SKMM akan panggil pasangan persenda Ramadan

Share


KUALA LUMPUR 14 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak.

“SKMM akan memanggil mereka bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat, buat masa ini kita serah pada SKMM untuk jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ’Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh…wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.

Hari ini, satu lagi akaun facebook telah memuat naik status yang mempersenda Ramadan dengan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletakkan logo halal.

Mengulas mengenainya, Jailani berkata, perkara itu telah dibawa kepada SKMM yang mengesahkan akaun itu diwujudkan oleh pengguna dari luar negara.

“SKMM akan membuat laporan kepada pengurusan facebook dan meminta mereka menyekat atau memadam akaun berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Jailani menasihatkan pengguna facebook terutama umat Islam supaya membuat laporan terus kepada pentadbiran laman sosial itu atau SKMM jika mendapati ada perbuatan menghina kesucian Islam dalam laman sosial itu.

Pengguna facebook juga dinasihat supaya tidak berkongsi atau menyebarkan status berkenaan bagi mengelak berlakunya suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

– Bernama



28 thoughts on “SKMM akan panggil pasangan persenda Ramadan

  • July 14, 2013 at 5:32 pm
    Permalink

    Ini lah sifat org kafir, hati mereka sungoh busuk seperti bangkai2 yg mereka makan, kenapa dengki sangat dgn islam? hinga sangup mempersendakan agama islam dgn pelbagai cara, Ini lah kebenaran islam kerana sentiasa dimusuhi, kenayataan nya maknusia tak suka pada kebenaran, kepalsuan jua yg diagungkan.

    Reply
    • July 16, 2013 at 5:32 pm
      Permalink

      Mereka memang salah kerana mempersendakan di bulan puasa ini untuk kawan2 muslim. Tapi satu ja..walaupun mkanan tu tidak halal di dalam agama Muslim, makanan tu tak layak di sebut bangkai. Thanks. bukan makanan yg salah..orangnya yg salah kerana tdk menghormati. Mohon makanan jangan di kaitkan.

      Reply
  • July 14, 2013 at 6:09 pm
    Permalink

    mereka ini menjadikan president MCA chua soi lek sebagai idol ,berani buat berani tanggungjawab!
    sebab itu wanita itu berani mengguna bendera BN menutup badannya!

    Reply
    • July 14, 2013 at 7:15 pm
      Permalink

      Apa yang hang dok mengarut toni…cuba hang komen dalam Bahasa Malaysia, boleh tak ?? ini komen hang mana hujung mana pangkal pun tak tau…ni la lepasan sekolah cina…tonggong !

      Reply
    • July 14, 2013 at 9:14 pm
      Permalink

      Lu punya idol ialah anwar ker tony? Wakakakaka!!!!

      Reply
    • July 14, 2013 at 9:49 pm
      Permalink

      camne plak ngan nurul izzah yang sebelum ni backup diorg…siap bergambar mesra lagik…

      Reply
  • July 14, 2013 at 6:59 pm
    Permalink

    Alahai…ae takat ambil statement aje. Bukan mereka nak kena hukuman apa apa.

    Reply
    • July 14, 2013 at 8:12 pm
      Permalink

      cuba bebudak kita kencing depan tokong, mesti punya kena tangkap, tak sampai 2 minggu masuk mahkamah dan jatuh hukum 2,3, tahun penjara.Alasannya menghina agama lain, provokasi, itu dan ini.. kita rakyat pribumi ni dah masak dan tahu jalan cerita pihak-pihak berwajib ni.. pangkah yg tu.. padan muka!

      Reply
      • July 14, 2013 at 8:30 pm
        Permalink

        Tu la pasal, Najib dengan dunia kapitalis yang tak bersempadan…kekadang aku was-was mungkin najib juga ada hubungan dengan freemason…ntahlah.

        Reply
        • July 14, 2013 at 10:07 pm
          Permalink

          Dengan pemansuhan banyak undang2 oleh Ah Jib Gor untuk nak ambil hati orang cina,orang kristen dan orang india,polis kita dah tak dak banyak kuasa untuk ambil tindakkan drastic.Undang EO dan ISA tak boleh pakai lagi jadi cina sudah berani maki melayu dan sultan2 kita,orang kristen berani suruh duta Vatican arah Ah Jib Gor bagi kebenaran untuk mereka pakai kalimah Allah. Banyak gengstar cina dan india terpaksa di lepaskan bila EO dimansuhkan.

          Kerajaan punya tak ada kuasa sekarang,news dua orang cina ni akan di panggil oleh MCMC pun di jadikan isu besar besaran supaya kita orang melayu rasa TERBELA. Hello…berapa ratus kali dah kita dengar news yang cina cina biadap ni di panggil oleh polis dan MCMC tapi sehingga sampai sekarang tak satu orang pun kena saman atau denda.

          Reply
          • July 15, 2013 at 11:20 am
            Permalink

            weh, korang ni x payah nk merossakkan lagi keadaan dgn naikkan isu perkauman cina, india, melayu tu tau? Orang2 bodoh cam ni ade dimane2 bangsa sahaja. siap dgn ade blog milo suam ke milo ais tu, surat khabar utusan melayu yg slalu mencaci bangsa lain. itu ape hah? biar jer badan bertugas tu ambik tindakkan dgn orang2 sial cam ni? jgn nk cucuk api biar semua org gaduh tau?

          • July 15, 2013 at 11:23 am
            Permalink

            WA INGAT LU JD PM LG BAGUS LA..WA NK GAK TGOK LU ACTION MCM MANA, SELALU ORG MCM LU NI SEMBANG JE BESAR, TAPI BILA KENE BATANG IDUNG SENDIRI 1 TINDAKAN PN XDA,,SETAKAT CAKAP DALAM NI JE BUDAK SEKOLAH PN BOLEH..

          • July 15, 2013 at 11:27 am
            Permalink

            Apa beza hang dgn dua org bodoh tu kalau komen2 yg diberikan tu sedemikian kurang matang & sensitif? pikir sikit.

          • July 15, 2013 at 11:31 am
            Permalink

            dotdot tu refer sape plk nie?

    • July 15, 2013 at 11:30 am
      Permalink

      kite tunggu jer, balasan diaorg ni. x pun klau terserempak org melayu yg bleh cam muka diaorg tu kat kl, habis muka senyum tu jadi mcm ayam penyet

      Reply
      • July 15, 2013 at 3:16 pm
        Permalink

        Setuju dgn 1Msia.. Biar pihak berwajib bt keje diorg. Klu asyik nk mengata, x smpai ke mana. Sorryyy la…i luv Malaysia so muc.

        Reply
  • July 14, 2013 at 8:14 pm
    Permalink

    nak komen apa lagi raplahjingaa!
    pasal bendera BN itu lagi!

    Reply
    • July 14, 2013 at 8:24 pm
      Permalink

      hahahahahahaha…

      Reply
    • July 14, 2013 at 9:46 pm
      Permalink

      ape daa tony…sokong bn buat itu macam ka….bn pon x mau orang macam alvivi tue…x da maruah…

      Reply
    • July 15, 2013 at 12:59 am
      Permalink

      kau tony , kalau bagi komen nampak sangat orang tak pernah berfikir dan pemalas , dengan terang pasangan ni kata sokong DAPigs dan inginkan Malaysia jadi macam singapura iaitu penuh dengan cina !!!

      inilah tipikal otak penyokong DAP , bukan sahaja kepada pasangan ni tapi keseluruhan , mereka lebih bersikap anti Melayu dan anti Islam !

      Reply
  • July 14, 2013 at 9:36 pm
    Permalink

    Woi tony!!!dia nak pakai apa, nak sokong sapa dia punya pasai la…yg dok hina Islam tu yg kami marah…

    Reply
  • July 14, 2013 at 10:43 pm
    Permalink

    panggil-ambil keterangan-lepas..esok/lusa hina lagi…dah bosan..

    Reply
  • July 14, 2013 at 10:57 pm
    Permalink

    panggil nak buat apa……..dessshummmm saja syaitan mcm ni.

    Reply
  • July 14, 2013 at 11:24 pm
    Permalink

    patut dihalau saja. pas sokong sbb boleh tengok filem blue vivian dan alvin. manyak syok free woooo

    Reply
  • July 15, 2013 at 1:00 am
    Permalink

    KALAU NAK SETAKAT PANGGIL TAKYAHLAH
    SILA TUKAR SURUHANJAYA SKMM NI KPD SURUHANJAYA PANGGIL MEMANGGIL

    AKU SALAHKAN NAJIB KEPALA KETUA PEGAWAI PEGAWAI BODOH NI… NAJIB PENGECUT

    Reply
  • July 15, 2013 at 12:53 pm
    Permalink

    JAKIM DAN KERAJAAN MALAYSIA SEWAJARNYA MENYAMAN MEREKA INI KERANA MENGGUNAKAN LOGO HALAL JAKIM SECARA SALAH.
    HARAP PIHAK JAKIM ADA TELUR DAN BERANI AMBIL TINDAKAN SAMAN DENGAN TEGAS! JIKA TIDAK , TAKUT KELAK LOGO HALAL JAKIM AKAN DIPERSENDA DAN DIMAIN2KAN SESUKA HATI!!!!

    Reply
  • July 15, 2013 at 10:49 pm
    Permalink

    Negara masih memerlukan ISA dan akta buang daerah yang menjadi praktik semenjak merdeka. Lubuk saperti pulau jerjak perlu diadakan semula dan semua ini sesuai untuk mereka yang tak tahu adab dan peraturan hidup.

    Kerajaan perlu mengambil sesuatu pendekatan tegas dalam waktu terdekat tidak lagi tungu dan lihat.

    Jika tuan rumah terhalu dari rumah sendiri , dihalau tetamu, ini sudah keterlaluan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *