Menate Ni Mari Jugok

Share


Oleh: Zul Rawi

Sekiranya sebelum ini, pakatan pembangkang begitu berbangga dengan kerjasama yang terjalin antara DAP-Pas-PKR yang dikatakan telah berjaya membentuk satu pakatan yang kuat dalam pilihan raya umum yang lalu. Mereka juga sebelum ini begitu mendabik dada kononnya pakatan yang dibentuk ini berjaya mengembalikan keyakinan rakyat yang dikatakan telah mula menyisihkan BN/Umno.

Namun ternyata semua yang dikatakan itu adalah dusta semata-mata, ini kerana pada hakikatnya rakyat masih lagi menolak pakatan pembangkang khususnya DAP yang begitu tebal dengan semangat kecinaan atau lebih dikenali sebagai parti ‘ultra kiasu’.

Sebagai contoh, ketika perarakan penamaan calon di pilihan raya kecil Kuala Besut ramai di kalangan pengikut dan penyokong Pas nyata tidak begitu senang dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Malah ada di kalangan mereka yang turut memberikan komen negatif sebaik sahaja kelibat Kit Siang terlihat di tempat proses penyerahan borang pencalonan.

Antaranya ‘Menate Ni Mari Jugok’ (Binatang Ni Datang Juga) yang diluahkan oleh salah seorang pengikut Pas tegar. Apabila ditanya beliau dengan jelas mengatakan tidak pernah percaya dengan keikhlasan, mana-mana pemimpin DAP yang jelas begitu anti-Islam. Malah menurutnya lagi, walaupun mereka berulang kali mengatakan berjuang atas nama rakyat, tetapi nawaitu jelas diragui.

Selain dari itu, beliau turut menjelaskan ramai di kalangan pemimpin ulama di dalam Pas tidak begitu senang dengan calon yang diputuskan oleh Pas pusat ini. Ini kerana ramai di kalangan mereka mengharapkan agar Nik Zawawi Nik Salleh diberikan peluang berdasarkan sumbangan dan penglibatan beliau dalam Pas selama ini.

Tambahan pula Zawawi adalah merupakan bekas wakil rakyat yang pernah memenangi kerusi tersebut. Untuk makluman pada PRU 1999, Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426  manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,9,39. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.

Menurut sumber yang meminta agar identiti beliau dirahsiakan itu, turut menjelaskan calon Pas PRK Kuala Besut, Azlan Jusuh  adalah merupakan calon ‘cari makan’ dan tidak mesra dengan pengundi khususnya kepimpinan dan ahli Pas di kawasan.

Tambah menarik, Azlan dikatakan langsung tidak membantu jentera parti dalam pilihanraya umum yang lalu. Dia dikatakan lebih banyak meluangkan masa dan tenaga bagi membantu Naib Presiden Pas, Husam Musa.

Walaupun menyandang jawatan sebagai Bendahari Pas Kawasan Besut, Azlan yang dikenali sebagai Che Long langsung tidak memberi kerjasama kepada calon Pas pada PRU 13, Napisah Ismail, sehingga calon wanita itu kalah teruk kepada BN.

Kesimpulannya, calon Pas yang membawa tagline ‘cari makan’ ini sedang berdepan dengan tentangan hebat dari kumpulan pro-ulama dan muslimah Pas.



8 thoughts on “Menate Ni Mari Jugok

  • July 14, 2013 at 2:20 pm
    Permalink

    Beruk DAP pergi ke Kuala Besut untuk memastikan kekalahan PAS,bukanya apa?

    Reply
  • July 14, 2013 at 3:43 pm
    Permalink

    Kit siang…dikelilingi oleh askar-askarnya…hehehe

    Reply
  • July 14, 2013 at 7:59 pm
    Permalink

    Dalam kepala hotak Lim Kit Siang tengah berputar, macamana lebai-lebai Pas Tganu ni dapat dijinakkan.. dia tak sedar sebab dialah Amanat Hj Hadi yg mengkapirkan UMNO terpelantun balik ke muka Hj Hadi dan pengikutnya
    (amanat yg mengkafirkan UMNO sbb berpadu dgn MCA/MIC).. hebat jugak taukey ni, diam tak diam Hj Hadi tersungkur disebab dia…

    Reply
  • July 14, 2013 at 10:54 pm
    Permalink

    brader depan tuh…ushar panass jek…

    Reply
  • July 14, 2013 at 11:21 pm
    Permalink

    Brader baju hijau sebelah kiat sial dok jeling semacam. dalam hati bagus jugak dia datang ke kuala besut, boleh islamkan melayu yg dok sokong pas.

    Reply
  • July 15, 2013 at 1:37 am
    Permalink

    Wahai masyarakat Melayu Kuala Besut janganlah kalian diperbodoh-bodohkan oleh Lim Kiat Sial laknat ini. Janganlah kalian digoreng-goreng sehingga hangus oleh menate beruk ini seperti yang berlaku kepada Hadi B.Awang. Buka minda jangan buka seluar nanti kalian kena sodok oleh Anwar…. jaga-jaga.

    Reply
  • July 15, 2013 at 6:06 pm
    Permalink

    Pemimpin MCA, MIC dan Gerakan tak nampak batang hidung pun. Apakah dalam BN hanya ada UMNO?
    D mana 1 m’sia???

    Reply
    • July 16, 2013 at 1:02 am
      Permalink

      PRU13 lepas pun tak ada keterampilan aktif komponen BN yang lain di Kuala Besut, tapi menang jugak…kekadang bila menghadapi musuh yang kurang cerdik, kita tak perlukan bantuan…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *