Calon ‘Cari Makan’ Dari Pas, Guna Bodyguard Siam?

Share


Oleh Zul Rawi

Seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan, kelibat calon Pas bagi pilihanraya kecil DUN Kuala Besut, Azlan Jusuh seakan sukar untuk ditemui khususnya dari petugas media. Beliau yang menjadi tumpuan pada ketika ini, seakan cuba melarikan diri apabila mendapat tahu kehadiran para wartawan di setiap program kempen yang dianjurkan oleh Pas untuknya.

Sebagai contoh, dia dilaporkan gagal untuk menghadirkan diri, di 3 tempat program yang telah dijadualkan sebelum ini. Walaupun paqda ketika itu, pengikut dan penyokong pakatan pembangkang sudah ada yang berkumpul dan memulakan aturcara majlis.

Menurut sumber ia ekoran dari kehadiran para petugas media yang ingin mendapatkan pelbagai komen dan kenyataannya berhubung beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini. Malah mengikut salah seorang petugas jentera Pas yang ditemui mengatakan, Azlan telah diarahkan untuk menjauhkan diri dari media yang pro-kerajaan bagi mengelakkan dirinya tersilap lagi dalam memberikan maklumbalas dan komen.

“Arahan yang diterima, ialah untuk pastikan agar dia tidak lagi membuat sebarang kenyataan. Sebab ada beberapa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini telah digunakan oleh BN/Umno sebagai modal kempen. Dia hanya dibenarkan memberikan kenyataan kepada para media yang pro-pakatan seperti Harakah dan Malaysiakini” jelas petugas yang hanya ingin dikenali sebagai Abe Su itu.

Media, portal dan beberapa blog sebelum ini melaporkan mengenai kenyataan Azlan yang akan melantik seorang pegawai bagi berjumpa dan menyelesaikan masalah orang kampung. Kenyataan tersebut akhirnya telah memakan diri, apabila beberapa pengundi yang ditemui jelas marah dan menolak pendekatan yang ingin digunakan itu.

Sebagai contoh, salah seorang pengundi yang juga merupakan anak jati Kuala Besut ketika diminta memberikan pandangan berhubung perkara itu mengatakan inilah masalahnya apabila parti Pas meletakkan seorang ahli perniagaan sebagai calon wakil rakyat.

“Mereka ini langsung tidak mempunyai niat untuk berkhidmat kepada rakyat. Kerana pada mereka semua yang dilakukan adalah berdasarkan kepada konsep berniaga dan keuntungan. Belum pun dipilih sebagai ADUN, dia dah pasang niat nak lantik pengawai untuk uruskan rakyat. Jadi apa tugas dia sebagai wakil yang dipilih rakyat.

“Mungkin dia terlalu sibuk nak kejar projek sampai tak ada masa, ada lebih baik letak sahaja pegawai yang dia nak lantik itu sebagai calon. Kita nak seorang wakil yang boleh bekerja untuk rakyat dan bukannya wakil kepada wakil” tegasnya.

Azlan sebelum ini telah dilabelkan sebagai ‘calon cari makan’ oleh sebilangan pengundi di Kuala Besut ekoran dari tindakan-tindakannya sebelum ini yang dilihat lebih berminat untuk mengejar bagi mendapatkan ‘projek-projek’ tertentu. Malah ekoran hubungan akrabnya dengan Naib Presiden Pas, Husam Musa juga dikatakan sebagai punca Pas pusat terpaksa mengetepikan beberapa nama lain untuk diletakan sebagai calon di Kuala Besut.

Tambah menarik, Azlan bukan sahaja mencerminkan dirinya sebagai wakil yang tidak mesra rakyat, malah menurut sumber, dia juga turut mengunakan 2 orang ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) dari Siam sepanjang kempen pilihanraya kecil ini.

Kelibat 2 orang pengawal tersebut, sering dilihat bersama Azlan, kononnya bagi menjaga keselamatannya dari sebarang gangguan dan bahaya. Dengan perwatakan yang garang dan muka masam kehadiran 2 pegawal peribadi dari Siam ini dilihat akan dapat membantu memberikan markah tambahan untuk calon dari Barisan Nasional.

Syabas!!! diucapkan kepada Azlan, segala tindakan dan kenyataan yang dilakukan telah membolehkan rakyat untuk sedar dalam memilih mereka yang benar ikhlas dan layak untuk diberikan amanah dan tanggungjawab yang besar ini.

Kerana apa yang nyata, seorang calon yang terkenal dengan jolokan ‘Cari Makan’ tidak layak diangkat sebagai Yang BerKhidmat bagi kawasan DUN Kuala Besut.



3 thoughts on “Calon ‘Cari Makan’ Dari Pas, Guna Bodyguard Siam?

  • July 14, 2013 at 10:57 pm
    Permalink

    Horrrreyyyyy bn mng mudah d k besut

    Reply
  • July 15, 2013 at 4:08 pm
    Permalink

    apa yang CALON CARI MAKAN nye?..setahu saya yg boleh cari makan dgn BN je..dengan PAS bergolok begadai le bro!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *