“Ini Penang Cina Punya, You Mesti Belajar Cakap Cina”

Share


Nasib_Melayu_CoverTerserah kepada anda untuk menilai tajuk artikel ini. Jika anda percaya ianya berbaur rasis, rasislah ia. Jika anda berfikiran ia cubaan menghasut, maka ia menjadi hasutan. Ternyata, akal kita dapat memilih untuk berada di pendirian tersendiri, berdasarkan “favouritisme” atau apa juga sebab yang selalunya menyebelahi kita.

Apa yang cuba penulis fokuskan disini ialah berkenaan dengan pengalaman seorang sahabat yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Pulau Pinang. Sedang beliau bukanlah seorang yang mesra politik, pengalamannya yang baharu sahaja mencecah 5 bulan di Pulau Pinang, telah merobah dirinya secara total; “from nothing to something”, menjadi rakyat yang celik politik.

Menurut sahabat, beliau sering melihat politik sebagai medan pemecahan keterikatan perpaduan ummah. Tidak pernah menyalahkan beliau, tetapi itulah yang berlaku di lingkaran masyarakat Melayu, yang sebahagiannya mempercayai fatwa kafir mengkafir hanya kerna politik. Minda singkat lagi kusut, hanya untuk mencari pengikut. Biarkan si Algojo menjalankan tugasnya nanti.

Pengalaman sahabat di Pulau Pinang (beliau masih lagi bertugas di sana) yang baru sahaja mencecah 5 bulan telah berjaya membuka matanya tentang apa itu politik dan betapa pentingnya mengekalkan status quo 2004, disebalik pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan yang telah lebih 50 tahun mengemudi negara ini.

Menurut sahabat, di Pulau Pinang, sensitiviti agama, mahupun adat budaya tidak lagi dihiraukan oleh golongan yang mendabikdada kerna berjaya membentuk kerajaan, waima sekadar kerajaan negeri. “Si Kerbau Pendek” dijual secara terbuka, tanpa menghiraukan sensitiviti kawasan kejiranan.  Tidak perlu penulis hebahkan tentang betapa angkuhnya mereka sekiranya ditegur.

Nasib peniaga Melayu sudah ramai yang tahu, berjajaran peniaga Cina di persisiran jalan, tetapi dihukum sebagai haram untuk peniaga Melayu. Ironinya, hukum ini diterimapakai oleh golongan Melayu minda kusut. Betapa dendam amarah syaitanirrajim yang menjadi dasar pemahaman politik mereka telah sebati di hati sanubarinya.

Bangkitnya hati Melayu sahabat ini, apabila sedang memberi perkhidmatan kepada rakyat, seraya diherdik “Ini Penang cina yang punya, you mesti mau cakap bahasa Cina”. Seperti dipalu halilintar gegendang telinganya mendengar kenyataan berbaur hamis, persis komunis.  Pilu hatinya mendengar “penghinaan” itu. Dia tidak menyangka itu akan berlaku, kerana menganggap semua yang mendapatkan perkhidmatan di tempat beliau bertugas adalah rakyat Malaysia.

Apakah Pulau Pinang bukan lagi sebuah provinsi berdaulat milik Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi?

Sahabat memberitahu, bahawa beliau tidak sabar untuk menamatkan tugas dan kembali di negeri asalnya. Bukan takut, tetapi takut gagal membendung perasaan amarahnya. Amarah bila menyala, hadirlah syaitan menunggangnya, persis bagaimana golongan Melayu minda kusut ditunggang, sehingga lupa mana harbi, mana dzimmi.

Dan beliau memberi penjelasan, takut-takut, semangat Dato’ Bahaman, atau Rentap, tiba-tiba bangkit dan menggila sewaktu penghinaan-penghinaan tersebut dilontarkan kepadanya.

Syukur rasanya bila sahabat ini sudah keluar dari fobia politik yang selama ini membelenggunya sekaligus menyebabkan beliau gagal melihat politik dari sudut makro. Semoga ramai lagi yang diberi hidayah sama seperti beliau.

Ke utara atau ke selatan, kegelapan atau cahaya, kau sendiri yang mengambil keputusan.



47 thoughts on ““Ini Penang Cina Punya, You Mesti Belajar Cakap Cina”

  • July 11, 2013 at 11:46 am
    Permalink

    Hmmmm….Pulau Pinang, ntahlah…bagi aku nasi dah menjadi bubur, dah terlambat !! Ini lah hasil pertelingkahan orang melayu…bumi tergadai, anak bangsa merempat di bumi sendiri.

    Apa yang melayu pro pembangkang, dan pro kerajaan boleh banggakan dengan Pulau Pinang sekarang ni ?? Ianya telah jatuh ketangan bangsa asing…aku berani katakan its another spore in the making.

    Semua pemimpin melayu bersalah dalam hal ini, baik dari BN/UMNO atau dari pembangkang, ikutkan hati, lalu mati.

    Reply
    • July 11, 2013 at 12:00 pm
      Permalink

      Kekayaan Melayu, semua org melayu dapat secra adil dan hak kah??? Kak Jat dapat RM250 juta..korang ada dpt??

      Reply
      • July 11, 2013 at 12:03 pm
        Permalink

        Aku dapat jugak tempias duit 9 billion yang kerajaan jepun bagi…hang ada dapat tak mooo ??

        Reply
        • July 11, 2013 at 12:31 pm
          Permalink

          Patut hang masuk ameno..hang kuat kenching….

          Reply
          • July 11, 2013 at 12:37 pm
            Permalink

            Dak eh…

            Mooh yg selalu kena kencing…lepas tu nak lap kencing tu, tissue paper tak mampu beli…

            Udah2 lah kena tipu Mooh…

          • July 11, 2013 at 1:21 pm
            Permalink

            Aku teruja dengan keupayaan mooo terima penipuan dan menganggap itu betul !

            special talent tu !

          • July 11, 2013 at 4:10 pm
            Permalink

            moo yang penipu jee di percaya , yang betul dia tak pernah nak percaya dan ambik tau hahahahaha

          • July 11, 2013 at 1:16 pm
            Permalink

            laaaa…macam tu punya pembohong pun mooo boleh percya !!

            cewah…dulu dengan bergayanya masuk sini tanya kita mana pi duit pampasan WW2 yang kerajaan Jepun bayar pada kerajaan Malaysia berjumlah RM 207 billion…

            laaaaa…rupa-rupanya hang kena temberang dengan harakah ! hehehehe

          • July 11, 2013 at 1:28 pm
            Permalink

            Hehehe….lepas tu Mooh kata saudara Raplah kuat kencing…

            Hahaha…padahal Mooh kuat kencing, pasal selalu kena kencing

          • July 11, 2013 at 4:03 pm
            Permalink

            hahaha macai Pakatan ni cakap pasal 250 juta ?? 207 billion pun nak menipu dan buat fitnah !!! apalaa macai pakatan low class sangat ni

        • July 11, 2013 at 12:35 pm
          Permalink

          Orang macam MOO tu mana boleh dapat apa-apa. Kalau buat pinjaman TEKUN mesti tak lulus, mana dia ada projek, jangankan bela lembu , bela arnab pun tak tahu..
          Kepada Cina DAP Pulau Pinang gua nak belitahu, lu ingat peribahasa Melayu, ADA UBI ADA BATAS, KALAU LU BUAT, GUA MESTI TAKKAN LUPA, GUA MESTI BALAS, kami Melayu maa,pandai balas punya..kepada itu olang Pas gua serah pada lu, buatlah dia tunggangan lu, dia kuda kepang maa..

          Reply
      • July 11, 2013 at 12:24 pm
        Permalink

        lagi tak adil bila senang2 jer si ngeh boleh pajak tanah kat kelantan

        Reply
        • July 11, 2013 at 12:31 pm
          Permalink

          Yap Ah Loy boleh pajak KL..apa kelas Kelantan…

          Reply
          • July 11, 2013 at 12:36 pm
            Permalink

            Memang Ngeh takder class…

            Tapi cina bukit, asal free jer takper lah….

            P/S: Bak sini dokumen Yap Ah Loy Pajak KL….

          • July 11, 2013 at 1:18 pm
            Permalink

            heehehehe…

          • July 11, 2013 at 3:59 pm
            Permalink

            hang mintak bukti katt moo saudara WTF ??? mooo kalau cakap mana pernah ada bukti dan dia sendiri tahu semuanya fitnah !!

            paling hebat dia buat ialah mintak laa apa-apa pun moo akan tetap bersikap bacul , penakut itulah sikap seorang penipu

          • July 11, 2013 at 4:55 pm
            Permalink

            Betul jugak…

            Mooh mana ada bukti…

            Tipu jer lebih, hehehe…

      • July 11, 2013 at 1:12 pm
        Permalink

        Yang hang pun satu…orang melayu tak sibuk dan bising pun bila Kak Jat yg bukan original melayu (tapi set2 mamak macam hang) yg dapat…tapi hang yg dah tentu DKK meroyan bila Kak Jat yg dapat…hang dengki dengan Kak Jat ke Moo….tak baik dengki2 bulan posa ni Moo…udah2 laa…slow sikit….lepas Ramdhan…hang nak sambung kutuk dan buat fitnah ke apa ke…up to u….

        Reply
        • July 11, 2013 at 1:18 pm
          Permalink

          Hm…Zahid Hamidi ada anak lawa

          Kak Jat pun ada anak lawa…

          Memang sah Mooh ni jantan cabaret tak laku, konon nak contohi KJ (dapat kahwin Nori)…

          Tapi diri sendiri tak handsome…

          Dah lah tu Mooh…

          Reply
      • July 11, 2013 at 4:20 pm
        Permalink

        Moo Kau teruskanlah menggunakan isu Shahrizat tu supaya PAS yang ada 20 kerusi tu boleh memerintah Pulau Pinang satu hari kelak. Semoga dengan usaha murni kamu ini akan berjaya menumbangkan 89 orang UMNO yang memerintah negara sekarang ini. Ingatlah isu rasuah atau isu penyalah gunaan kuasa ada dalam semua parti termasuk PAS. Kalau disebabkan oleh sekor insan yang buat taik dalam UMNO adakah kita nak buang kesemuanya sekali. Melayu mana yang boleh memerintah kalau macam ini. PAS ke? atau PKR ke?. Ingat barang yang dikendong seperti tanah riserve Melayu, institusi MARA dan UiTM, DEB, Hak keistimewaan orang Melayu, Perlembagaan dan Istitusi Raja2 yang mempertahankan Islam sehingga ke hari ini, quota Bumiputra dan sebagainya. Kita juga perlu ingat semua ini adalah hasil perjuangan pemimpin melayu terdahulu. Pemimpin sekarang sudah tidak mampu untuk mengadakan benda2 baru untuk Bumiputra kerana adanya petualang2 seperti kau Mooo. Wahai Moo dan kaum yang sekapal dengan nya, bersatulah kita seperti bersatunya Cina dalam PRU13 menentang BN sebelum negara ini tergadai. Kau tak tisau ke Moo Bila Teresa Kok tidak mahu Islam menjadi agama persekutuan, kau tidak risau ke bila Ngah Kor Meng mempersoalkan tanah riserve melayu. Kau tak risau ke bila Karpal mempersoalkan perlembagaan tentang penentuan agama bagi kanak bawah 18 tahun. Kau tak risau ke bila UiTM dipersoalkan. Kau tak risau ke bila kalimah Allah hendak digunakan dalam bible versi BM, Kau tidak risau ke bila PAS tidak mampu untuk memegang portfolio agama di P. Pinang dan Selangor, Tentang orang Sharizat tu lupakan sementara waktu kerana kerjaya politiknya dah hancor macam nik Aziz juga (Si Pemegang Amanah Tanah kerajaan negeri Kelantan). Melayu yang kuat perlu di beri sokongan supaya dapat meneruskan survival bangsa Melayu dan Islam.

        Reply
      • July 11, 2013 at 7:57 pm
        Permalink

        Raja Liwat Anuaq dah dapat berbilion bilon yang tersimpan dalam akaun Bank of Israel. Mana datang nya duit sebanyak tu hah…? Kan ka duit yang di ghembat tu hasil semasa dia jadi TPM/Menteri Kewangan dulu…kan..kan..kan…?

        Wahai Moooo topngong macam lembu sila jawab balik….!!!!

        Reply
  • July 11, 2013 at 11:59 am
    Permalink

    tak pa, allah telah bagi buka mata bagi mereka yang membuat silap. bukan apa, melayu mudah tolak ansur, malas nak bergaduh, semangat kejiranan. lepaih ni, sori laaaa. orang melayu dah mula perasan noh. pastikan pemimpin masa depan adalah seperti zahid ahmad, jangan kasi can langsung.

    Reply
  • July 11, 2013 at 11:59 am
    Permalink

    Orang melayu ini terlalu lembut hati dan mengalah…kenapa kita pula yg perlu berundur dan lari….semata2 hendak menahan amarah…saya bukan hendak mengajar…tetapi dari dahulu saya suka mengambil inisiatif berkawan dengan orang Cina….kita berbaik2 dengan mereka, tunjuk contoh yg baik…sehingga mereka betul2 mempercayai kita…lagipun kita tidak berniat untuk menganiaya mereka…cuma kita mahu masuk ke dalam kumpulan mereka..anak2 dan cucu juga saya nasihatkan begitu….saya juga tinggal di kejiranan yg rata2 Cina dan melayu lebih kurang sama ramai…jiran saya sekarang…kiri, kanan, depan dan belakang semua Cina…(dulu saya pernah tinggal di kejiranan melayu…tapi jiran saya yg melayu itu berperangai lebih buruk dari jiran Cina saya sekarang…mungkin kebetulan)…walaupun jiran2 saya ramai Cina….tetapi kami boleh menegur dan mengangkat tangan jika terserempak….in fact…isteri jiran saya ni rajin membelikan nasi lemak untuk isteri saya jika dia ke pasar…dan dia akan carikan yg melayu jual…yg halal…sebenarnya inilah yg perlu diterapkan…jika orang melayu hanya bercampur dengan geng depa sahaja…sampai bila pun kita tidak dapat berdakwah kepada mereka….kalau boleh…cubalah hantar anak2 anda ke sekolah Cina….jika mereka tidak mahu hantar anak ke sek kebangsaan…kita hantar anak kita ramai2 pergi sana…biar sama2 belajar hidup bermasyarakat….jika mereka tak nak campur kita…kita mulakan dahulu salam….mereka mungkin agak kasar dari segi pertuturan dan pergaulan…tapi kita orang Islam…tentu boleh menjaga diri dan menunjukkan contoh yg baik…tidak ada kerugian jika kita bersangka baik dan berbuat baik…tapi bila saya kata berbuat baik itu bukan bermakna kita buat bodoh dan mengalah tanpa sebb…kita perlu bertegas di mana kita perlu tegas…berlembut..di mana perlu berlembut…saya tetap meletak kesalahan kepada orang melayu….mereka mungkin tidak mahu bercampur kita….tapi kita kena usaha masuk dalam kumpulan mereka…sempena hari raya ini…saya sarankan anda yg mempunyai kawan2 Cina…jemput mereka datang ke rumah….manusia secara semulajadinya tetap suka perkara yg baik….wallahua’lam

    Reply
    • July 11, 2013 at 1:51 pm
      Permalink

      hantar anak ke sekolah cina? sepatutnya sekolah cina tu yg dihapuskan…dan sepatutnya juga kaum cina yg menghormati kaum melayu…adakah kita x berbaik sangka kpd mereka selama ni?

      Reply
      • July 11, 2013 at 2:04 pm
        Permalink

        Betul tu Ahmad. Bertolak ansur yang akhirnya kita ditolak beransur2 oleh cinabeng. Lagi nak berlapik2 berbasa basi dengan kaum yg tak tahu langsung berbasa basi apatah lagi mengenang budi. baca sejarah kaum cinabeng dan ketahui tradisi budaya mrk, jelas nampak assobiyah tahap neraka jahanam kekal mereka tu!

        Reply
        • July 11, 2013 at 4:27 pm
          Permalink

          Kita hantar ke sekolah Cina untuk belajar bahasa depa..personally aku rasa sekurang2 nya kita kena hantar seorang wakil dalam satu keluarga untuk belajar bahasa depa…kalau kita tak masuk kubu depa…tak bergaul dengan depa…mana kita nak tahu apa rancangan depa pada kita…mana kita nak belajar kelemahan depa? suratkhabar depa pun takder yg boleh baca..jadi tak salah kita hantar anak kita ke sekolah depa…..

          Reply
          • July 11, 2013 at 11:33 pm
            Permalink

            Apa kata di sekolah kebangsaan kita adakan subjek bahasa Cina dan Tamil ??
            jadikan ianya core subject sekurang-kurangnya 6 jam seminggu.

            Percayalah dalam masa 15 tahun anak melayu kita akan fasih berbahasa Cina dan Tamil.

          • July 12, 2013 at 10:37 am
            Permalink

            Memang patut ada pun…tapi paling patut DS Najib kena tutup semua sekolah vernakular….tapi percayalah cakap aku….isu penyatuan kaum ini hanya retorik semata2….selagi masing2 guna bahasa masing2 dan berugama lain2…maka pemisahan tetap terjadi…sebb itu Islam agama yg paling unggul…kerana orang Islam diajar untuk memulakan salam….Islam sahaja yg dapat satukan semua…orang Islam jika betul cara dan bawaan Islam mereka…kita akan jadi lebih kuat….orang akan gerun dan respek kita…tapi kau tengok aja lah umat Islam kita sekarang….tak kuat mana….yg terlebih kuat sampai jadi sesat pun berlambak… menurut kata cucu aku yg baru masuk satu IPTA, dia kata di situ bab2 agama depa tak berapa pentingkan…sapa nak solat pergi solat…tak nak sudah…maka cucu aku dengan inisiatif sendiri mengumpulkan kengkawan utk mengajak solat jemaah dan lain2….jadi semua bermula dengan akar yg satu….masyarakat dan akar yg membentuk pohon di Malaysia ini sudah lama rosak…jadi penyatuan ummah ini sebenarnya bukan lagi terletak di bahu pemimpin seorang…tapi terletak atas bahu kita masing2….satukan famili kita dulu, then jiran kita….then baru masyarakat….jika setiap insan tanamkan perkara ini dalam hati…baru kita boleh masuk ke dalam fasa baru….bercakap sahaja tidak boleh bawa kita ke mana….aku berani bet…berapa ramai kita ini yg kenal jiran2 kita all out…?? ada yg mungkin tak pernah tegur sapa pun….generasi sekarang byknya macam tu….inilah contoh perpecahan yg paling nyata…..

    • July 11, 2013 at 8:09 pm
      Permalink

      Tapi masaalah nya cuma melayu jerr yang beria ia nak berbaik sangka ngan kaum cina ni…pada hal depa langsung tak mau nak bercampoq gaul ngan ernik lain termasuk melayu. Tu sebab cina bermati matian nak pertahan kan sekolah vernakular cina supaya depa leh masuk & belajaq budaya nenek moyang depa dari tanah besaq China tu. Dampak nya depa negitu taksob,cauvanis,oportunis & mementing kan diri sendiri & kaum cina saja. Sikap tamak & rasisme semakin menjadi jadi sebaik saja di didik dari sistem pendidikan vernakular cina ni.

      Reply
      • July 12, 2013 at 11:27 am
        Permalink

        Aku setuju cakap hang…sebb tu DS Najib kena fikir cara lain…aku perpendapat bahawa isu kaum sudah tidak lagi relevan…sekarang sudah zaman 2013…ada isu yg lebih syumul dan besar yg kita kena fikir jauh ke hadapan…kita kena mulakan langkah Islamization….transformasi islam perlu dibuat secara besar2 an…dari penjawat awam…..swasta…persendirian dan tiap individu muslim…..orang2 Islam perlu diajar cara2 berdakwah secara tidak langsung kepada non muslim di Malaysia….kerana rata2 di Malaysia ini…apabila orang Islam berkawan dengan non muslim…bukan mereka yg dakwahkan orang…tapi mereka pula yg didakyah masuk jadi macam non muslim…contoh…clubbing dan minum arak….(ramai exec2 yg kerja dengan international company terjebak gejala ni…atas tiket modernization) …orang Islam di Malaysia perlu proactive dan tidak hanya receptive dan passive…jadi kerajaan perlu brainstorm cara2 Islamization secara national ini, dan satu formula perlu diikuti supaya setiap hari tiap individu dan jiwa2 orang muslim ini dibrainwash dengan idea yg sama sehingga menjadi satu ideologi Islam yg perlu diikuti dan dipatuhi….in short kita kena contohi cara rasulullah dan sahabat2 dahulu….samada dari segi muamalah….persahabatan….kekeluargaan dll….period…

        Reply
  • July 11, 2013 at 12:26 pm
    Permalink

    Kajian sahkan Melayu bukan pendatang

    KUALA LUMPUR 9 Julai – Kajian ilmiah oleh seorang penyelidik mengesahkan bahawa orang Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini dan bukannya golongan pendatang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
    Penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman yang bakal menerbitkan hasil kajiannya tidak lama lagi berkata, bukti menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.
    “Pengesahan ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India,” katanya.
    Beliau berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di sini, semalam.
    Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.
    Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.
    Zaharah berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.
    “Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.
    “Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu,” katanya.
    “Saya harap kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud ‘orang gunung’,” katanya.
    Tambahnya, faktor letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.
    “Selat Melaka sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para pengkaji kenapa selat ini sangat cetek,” ujarnya.

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=kzR3IBto_OM#t=7s

    Kepada melayu sekelian sampai perkara yang macam mana berlaku baru nak sedar diri,masih diulit mimpi dan angan-angan mat jenin.

    Reply
    • July 11, 2013 at 4:24 pm
      Permalink

      Memang melayu sah2 dari Nusantara…kalau takder kajian pun memang confirm dari wilayah genetik yg sama…tengok saja cara pemakanan…percakapan..bentuk tubuh…rupa, kulit…baka nya lebih kurang sama…yg jauh dari keturunan melayu adalah Cina….bahkan orang Filipina juga lebih dekat dengan melayu/Borneo (lihat bahasa mereka yg ada sikit2 persamaan) jika hendak bandingkan dengan Cina yg benua nya jauh tercampak di sebelah sana….India juga lebih dekat dengan Nusantara…tapi Cina….tidak sama sekali….jadi melayu lebih berhak claim tanah…

      Reply
      • July 11, 2013 at 6:49 pm
        Permalink

        Minta sapa-sapa yang hendakan pencerahan tentang bangsa melayu, google ” alter terahsia bangsa melayu ” dan anda dapat membaca penulisan ilmiah para penyelidik, yang buat masa ini, menyatakan asal keturunan bangsa melayu adalah dari isteri ke4 nabi Musa, Kathurah.

        Reply
  • July 11, 2013 at 12:38 pm
    Permalink

    Padan muka Melayu….

    Bagi kat UMNO, UMNO percaya kat MCA/GERAKAN

    Bagi kat PAKATAN, PAKATAN percaya kat DAP

    Apa lagi MELAYU mahu?

    Jual ler PULAU PINANG sebab nak ambik balik undi Melayu dah tak cukup kat situ.

    Atau pergi sembah kaki LGE ler pulak.. mintak tolong jgn bela Babi sebab air najis Babi masuk ke kawasan orang Melayu

    Apa lagi MELAYU mau?

    Reply
  • July 11, 2013 at 2:14 pm
    Permalink

    dulu mereka merampas isngapura sekarang mereka cuba dengan penang……bertindaklah sebelum terlambat.

    Reply
  • July 11, 2013 at 3:24 pm
    Permalink

    ini Malaysia melayu punya tau lua orang kena masuk sekolah melayu tauu tak der lagi sekolah jenis jenis kebangsaan tau…ada faham ka????

    Reply
  • July 11, 2013 at 4:06 pm
    Permalink

    kita Melayu kena berani , memang best kalau cina DAP ni sound kat aku , boleh sound tepat kat muka diaa , org cina DAP ni paling malang bila kena maki .

    Reply
    • July 12, 2013 at 6:43 pm
      Permalink

      Guan Eong : Tak dak janggut ada misai itu kucing…

      Guan Eong dan Kupul Singh : Ha Ha Ha Ha!!!!

      Kupul Singh : Tak dak misai ada janggut itu kambing…..

      Guan Eong dan Kupul Singh : Ha Ha Ha Ha!!!!

      Guan Eong : Ada misai ada janggut itu benggali singh…
      Ha Ha Ha !!!!

      Kupul Singh : Aiyooo!!!Cheettt!!!

      Kupul Singh : Tak dak janggut tak dak misai itu anjing….
      Ha Ha Ha!!!!!!!

      Guan Eong : Hai ya Cilakak!!!

      Reply
  • July 11, 2013 at 6:13 pm
    Permalink

    Moo kau komen tak ikut tajuk la moo otak cam lembu.. kau rela Penang di Cinakan oleh DAP memang hati kau busuk kaudu

    Reply
  • July 11, 2013 at 9:04 pm
    Permalink

    orang orang macam moo lah yg wat cina nih naik kepala….bukan fikir agama ngan bangsa pon…sibuk nak pecah belahkan kaum sendiri….sedih…sedih..

    Reply
  • July 12, 2013 at 12:28 am
    Permalink

    manusia spesis MOO ni lah yg dengki kalau melayu kaya raya..kalau cina dap kaya dia suka dan sanggup jilat buntut..

    Reply
  • July 12, 2013 at 8:49 am
    Permalink

    Cuba korang tengok …Allah turunkan sedikit dugaan di penang, itupun tuduh menuduh hamsap dah berlaku.itu baru sikit jer Allah duga, belum hebat lagi…….kalaulah keadaan tak dapat dipulihkan di sana, kita org melayu mesti buat plan untuk ambil balik dan tadbir semula penang.

    Apa nak takut?? Penang masih Malaysia. Pemimpin melayu yang diambil untuk mentadbir skrg pun lembik, tak der langsung semangat pendekar melayu yang mempertahankan agama dan bangsa!! Sejak bila suka nak jadi bisu??? Kena ugut oleh dorang ke?? Ada makan hasil dorang ker sampai pikir nasi peiruk sendiri jer??? Dalam kes ni, aku memang salute habis pada nenek moyang kita yang gadai nyawa demi memperjuangkan, mempertahankan bumi Malaysia yang sangat bertuah nie. Dalam konteks bangsa melayu sekarang….aku memang sedih sebab ada jenis yang tak mau masuk campur politik…
    Ada yang jenis dibutakan mata dan hati …..
    Ada jenis yang makan habuan baru nak sokong, tak kira lah sokong yang haluan yahudi/nasrani, asalkan perut sendiri kenyang buat daging darah anak keturunan….
    Ada jenis terlalu kebaratan/westernised sampai sanggup umpama diri sendiri dia cina bile google, dia terbaca yang melayu juga ada unsur cina (ikut a school of thought)
    Ada jenis ambil jalan tengah kerana memikirkan dia ada kawan2 bangsa lain yang sangat rapat dgn mereka, jadi taknak guriskan perasaan kawan mereka

    Betapa pendeknya akal mereka ni kerana tidak mahu merapatkan barisan dan menguatkan ukhuwah kita…..yer…kita melayu memang bertolak ansur jika buat baik, tapi awas, ada natijahnya kalau terlampau kurang hajar. Kita perlu ‘remind them’ yang hina bangsa dan agama ada batasan/had limit yang jangan dilangkau….balik semula kepada semangat perpaduan dan persaudaraan.

    Kita perlu ambil balik penang.

    Reply
    • October 24, 2013 at 11:37 pm
      Permalink

      sampai kiamat tak boleh sebab majoriti Cina dan tiada lagi orang sama hebat melainkan mendiang Lim Keng Yiek .. Cina susah nak bertolak ansur melainkan mendiang tu aje boleh lakukan … la ni nasi dah jadi bubur. Sifat rasis Cina mereka akan pasti anak2 buahnya bersama DAP. Penang skrg adalah 2nd Singapore.

      Reply
  • July 12, 2013 at 10:53 am
    Permalink

    11 SoalanLagiUntukNajib.

    Kita dah tanya 11 soalan untuk PM. Kita naktanya 11 soalan lagi.

    1. Siapakah Azman Awaluddin yang jadi CEO Zeal High Tech Solutions yang tipu UMNO RM70 juta? Macam mana dia boleh buat begitu? Mesti ada orang kuat UMNO di belakangnya –Jamaluddin Jarjis atau Raof? Dia guna Khalid Mohd Botak untuk negotiate dengan Utusan cetak manifesto dengan harga RM1.17 sen tapi charge UMNO RM12. Sebanyak TUJUH JUTA (7 juta) buku manifesto dicetak, kalau Zeal sapu RM10 satu buku, Zeal dapat RM70 juta! (Tujuhpuluhjuta Ringgit).

    2. Demi jaga nama baik UMNO, apakah Najib dah arahkan SPRM siasat kes ini? Ahli UMNO nak tahu hasil siasatan SPRM. Apakah SPRM bertindak professional dalamhal ini?

    3. Ahli UMNO nak Tanya berapa banyak kereta baru dan rumah baru yang dibeli oleh orang-orang keliling PMselepas PRU-13. Betulkan Farid beli Porsche dan Raof pergi Australia untuk agih-agihkan duit dengan 40 penyamun?

    4. Apakah cerita di sebalik perletakan jawatan Sufi Yusof, Pegawai Akhbar Tun Mahathir dari National Communication Team (NCT) beberapa hari sebelum PRU-13? Betulkah dia yang dedahkan hanky panky dalam Zeal menyebabkan Azman buang dia. Betulkah Najib tak tahu Sufi dibuang sehingga lepas PRU-13?

    5. Betul atau tidak tokoh-tokoh perniagaan Cina yang “rapat” dengan Najib beli polisi insurans dengan bagi wang pada pembangkang? Ada di antara mereka Tan Sri yang rapat dengan Najib dan Rosmah. Harap dedahkan nama-nama mereka sebelum kami dedahkan pada umum.

    6. Betul atau tidak ketua pengarang sebuah akhbar Inggeris jadi double agent – bagi rahsia dalaman pada pembangkang masa PRU-13. Dia hadir dalam perbincangan sensitive strategi media yang dipengerusikan oleh Khalid Botak sebagai ketua NCT. Bila orang mula suspek dia jarang dating lagi ketaklimat itu.

    7. Kami ahli UMNO nak Tanya macam mana Najib tergamak biarkan adiknya Nazir sokong Rani Air Asia yang kata Utusan akhbar rasis. Kat luar, Najib sokong Utusan, tapi adiknya sokong perbuatan budak Melayu yang biadab.

    8. Kami nak tahu apa jasa Khairul Anas Jusoh yang dapat Datuk dari Agung baru-baru ini. Dia dapat Datuk juga dari lima negeri lain. Orang ini pernah kahwin dengan anak Datuk Syed Rahman dan isterinya minta cerai sebab dia gay. Takanlah orang gay dapatDatuk? Balas budi sebab diabawa Samsul jumpa PM?

    9. Nak Tanya Najib kenapa biarkan Datuk Seri Alis, bekas Setpol PM membisu? Dia orang baik. Mengapa biarkan PM dirosakkan oleh Raof, Jamaludin Jarjis dan Khalid Botak? Takada conscience lagi ke Datuk Seri?

    10. Bagaimanakah seorang samseng dan kaki pukul boleh jadi Pengerusi Tabung Haji? Siapa tak kenal Datuk Azeez Putra? Orang macam ini jadi Pengerusi Tabung Haji? Takada orang lain lagi ke? Kami yang simpan duit di Tabung Haji gerun sebab Tabung Haji di tangan penyangak dan perompak Ali Baba Bujang Lapok!

    11. Kenapa Najib lantik Dracula di Tabung Darah? Siapa tak kenal TS Nor Mohd Yaakob? Mamak ini sapu licin apa yang ada depan mata. Sekarang diadilantik Naib Pengerusi Khazanah. Dracula dah duduk dalam bank darah. Habislah duit rakyat!

    Harap Najib jawab. Kita ada 11 soalanlagi.

    Reply
  • July 30, 2014 at 11:16 am
    Permalink

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya-raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa di antara kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Kita kan merintih sendiri

    Jangan buang waktu lagi
    Majulah raih semua mimpi
    Hapuskan sengketa
    Teruskan usaha

    Kita kan gagah di nusantara
    Kita kan gagah di nusantara
    Kita kan gagah di nusantara
    Kita kan gagah di pentas dunia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *