Tutup Kilang Arak: Khalid Ibrahim Akan Patuh Pada Desakan Pemuda PAS?

Share


Hebat sungguh Dewan Pemuda PAS apabila berdegar-degar di atas pentas mahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor supaya mengkaji semula dan menutup kilang arak Carlsberg yang terletak di Shah Alam.

Bunyinya begitu sinonim dan klise sekiranya dibandingkan dengan kenyataan para pemimpin utama PAS yang menegaskan bahawa mereka akan menutup kilang arak terbesar di Asia Tenggara itu sekiranya PAS berkuasa di Selangor suatu ketika dahulu.

Syabas saya ucapkan pada Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abd Halim, yang seolah-olah menyindir sinis dan memberi peringatan kepada para pemimpin tertinggi PAS yang sebelum ini berjanji untuk berbuat demikian.

Syarhan mungkin tersedar dan cuba mengingatkan tentang janji pemimpinnya sendiri yang mahu menutup kilang arak itu sebelum ayam berkokok di subuh hari, bukan?

Persoalannya, siapakah yang akan melayan kehendak sayap PAS yang menjadi lajnah “buih pepsi cola” ini? Pemimpin tertinggi PAS akan menyambut gesaan Pemuda PAS itu? Beranikah mereka untuk menyuarakan pada DAP Selangor di sidang DUN?

Pada saya, gesaan Syarhan ini hanya dibuat sekadar suka-suka sahaja. Tidak lebih dari gimik dari Pemuda PAS yang semakin risau melihat umat Islam di negara ini yang semakin ramai meninggalkan PAS yang semakin hanyut bersama mimpin rakan “syaitan” mereka…

Mungkin mereka gerun melihat begitu ramai umat Islam berbondong-bondong kembali menyokong UMNO dan meninggalkan PAS setelah parti “bulan purnama” itu hilang arah tuju serta bersikap bagaikan “lembu dicucuk hidung”.

Misalnya di Selangor, PAS sangat berpeluang untuk menjadi Menteri Besar di negeri itu memandangkan kerusi DUN yang dimenangi mereka lebih banyak berbanding PKR. Namun Khalid Ibrahim pula yang bermuka tembok dan dilantik untuk menjadi MB oleh PKR dan DAP?

Khabar dari seluruh Selangor jelas menceritakan betapa kecewanya mereka apabila DAP tidak menyokong seorang pun ADUN PAS untuk dijadikan MB Selangor. Sedangkan PKR yang hanya menyumbang beberapa kerusi pula yang disokong DAP?

Nampak sangat DAP tak ikhlas dan tak suka jika PAS diberi kuasa…

Sebenarnya, sumber dalaman Dewan Pemuda PAS memberitahu saya bahawa barisan Pemuda parti itu sangat “terhiris” apabila hak PAS untuk dilantik menjadi MB Selangor itu dinafikan oleh kedua rakan “syaitan” mereka.

Ada yang menampar meja, ada yang menghempas lebai di atas lantai, malah ada pula yang memaki hamun para pemimpin PKR dan DAP Selangor. Tapi mereka hanya berani buat di belakang rakan-rakan “syaitan” mereka sajalah. Mana berani nak dipamerkan secara berdepan. Nak mampus?

Mungkin kerana risau kehilangan sokongan dari akar umbi PAS yang semakin ketara, Dewan Pemuda PAS memberanikan diri untuk meminta kilang arak itu ditutup. Mereka mahu akar umbi tahu mereka pernah mendesak mengenai isu itu.

Pemuda PAS tahu suara mereka itu tidak akan dihiraukan sesiapa dari pihak Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Mereka hanya nak dapatkan kembali sokongan yang hilang dari umat Islam, itu saja. Sama ada kilang arak itu ditutup atau tidak, itu tidak penting bagi mereka…

Paling merisaukan PAS ialah kehilangan para pemuda yang senang mereka “lembukan” selama ini. Selalunya, golongan inilah yang paling mudah ditipu PAS dengan dakyah yang tidak realistik. Bila pemuda-pemuda ini tertarik dengan dakyah itu, senanglah mereka “dilembukan” nanti, bukan?

Saya fikir, mungkin Pemuda PAS sudah dapat menghidu mengenai sindrom “kekurangan lembu” mereka ketika berlangsung himpunan Blackout505 tempohari. “Lembu-lembu” Pemuda PAS sangat ketara berkurangan jika dibandingkan dengan himpunan-himpunan Bershit dulu…

Bagaimanapun, saya tunggu juga reaksi dari Kerajaan pimpinan Khalid Gagap. Manalah tahu kalau-kalau Khalid akan menerima cadangan dari “buih pepsi cola” itu. Saya akan terus menunggu sambil ketawa melihat Pemuda PAS dimalukan begitu saja hingga ke akhirnya…


58 thoughts on “Tutup Kilang Arak: Khalid Ibrahim Akan Patuh Pada Desakan Pemuda PAS?

  • July 5, 2013 at 4:02 pm
    Permalink

    UMNO/BN yg bina, lepas tu buat kelam kabut pulak…………………..

    Reply
      • July 5, 2013 at 7:59 pm
        Permalink

        gerenti pencacai pakatan tak berani nak klik link tu

        Reply
      • July 6, 2013 at 9:32 pm
        Permalink

        Pemuda Pas tu acah-acah sekadar nak tunjuk buat kerja. Kalau betul-betul nak bantah , kumpulkanlah semua pemuda Pas dan berdemonstrasi kat pintu pagar kilang arak tu macam demo Bersih dan 505. Apa nak hairan , kat Kelantan tu tak de jual arak ke? Tak de lesen jual arak ke yg dikeluarkan? Pas ni pasal main wayang pacak bagi la kat dia.. mahir sangattttt

        Reply
    • July 5, 2013 at 8:01 pm
      Permalink

      yang kata sebab disko dan lesen arak sampai murtadkan sesama Islam tu PAS moo lembu oiiiii , dan berjanji nak robohkan kilang tu pun PAS jugaa moo lembu oiiii

      Tapi dah 2 penggal lesen arak , disko dan Kilang arak dah jadi halal dengan cop PAS

      Reply
    • July 7, 2013 at 8:56 am
      Permalink

      DAN…. pelepasan hak dan kuasa sebagai MB selangor oleh Hj Hadi awal-2 lagi kpd PKR adalah berkait dengan janji menutup kilang ini. Kalu pas terima dan tak tutup kilang ni, maka nampak sangat taqiyyah mereka… mereka mahu agar penipuan mereka kpd rakyat tidak begitu ketara melalui penolakan sebagai MB. itulah kisah umat akhir zaman bernama PAS…

      Reply
  • July 5, 2013 at 4:09 pm
    Permalink

    Kat mana hang belajar kerajaan bina kilang Carlsberg ????

    Ahemmm….dulu kata nak tutup, sekarang berdolak dalih apasal ?? dah kata salah kerajaan BN benarkan pembinaan kilang tu…la ni apasal tak betulkan yang salah ??

    tak ada sapa yang kelam kabut moooo….hang yang dok panas.

    Reply
    • July 5, 2013 at 4:53 pm
      Permalink

      Kalau Kjaan tak kasi approval, boleh ka dia bina?

      Reply
      • July 5, 2013 at 5:03 pm
        Permalink

        Aik, dah terbelit pulak lidah yer Mooh…

        Yg kata UMNO/BN yg bina, siapa Mooh…

        Ngaku jer lah…

        Reply
      • July 5, 2013 at 5:50 pm
        Permalink

        hehe…

        kerajaan tak bagi approval buat perhimpunan haram….hangpa buat jugak !

        boleh la pulak !!

        Reply
      • July 5, 2013 at 7:52 pm
        Permalink

        berbelit pulak kau moo lembu kan , kuasa ditangan PAS sekarang hehehe itupun kalau berani laa , gerenti kena maki dengan DAPigs

        Reply
      • July 8, 2013 at 12:36 am
        Permalink

        ini semua nak jadikan isu nk pancing undi.masa kilang arak tu dibina mesti ada syarat.adakah arak dijual macam minuman biasa disemua kedai.tentang minum arak tu salah peminum sendiri.bagi yang islam dah tahu arak tu haram nek minum juga.salahnya kurang pengehtahuan islam dalam diri meraka.

        Reply
    • July 6, 2013 at 6:49 am
      Permalink

      Tak perlu belit2.. tak usah tuding jari, tanya diri sendiri iklas ke tidak. Jangan yg. d tulis dengan yg. dalam hati berbeza. Ingatlah… Allah takkan tertipu dengan mulut manis kita.

      Reply
      • July 6, 2013 at 12:55 pm
        Permalink

        Allah memang takkan tertipu Bujuk…yang suka tertipu ni puak2 tertentu jer…..

        Reply
        • July 6, 2013 at 10:08 pm
          Permalink

          Ingat Abullah bi Ubai?
          Dia solat d belakang Nabi, tapi dia munafik. Maknanya dalam orang yg. paling rapat dengan Nabi pun ada munafik, apatah lagi puak2 d akhir zaman.
          Zaman nabi dulu siapa yg. tidak berjemaah Isyak dan Subuh dah d katakan munafik kerana solat jemaah untuk d lihat orang saja(waktu siang). Beranikah kata kita benar2 ISLAM?

          Reply
          • July 7, 2013 at 8:49 am
            Permalink

            Kalau begitu… hang yakin ka hang islam bujuk?

          • July 7, 2013 at 11:00 am
            Permalink

            Ingat Abdullah Ubai….ingat pok nik ! Ingat Abu Jahal…ingat pok nik !

            Itu zaman Nabi…zaman sekarang pulak sapa yang bersolat jemaah tapi menjadi ahli PAS dikatakan Munafik.

            Aku orang Islam…hang tak berani nak ngaku Islam tu hang punya pasal. Jangan dok cucuk dakyah Syiah hang mai sini.

          • July 8, 2013 at 1:43 am
            Permalink

            kenapa kisah kau cerita ni aku teringatkan PAS dan Nik ajis serta diri kau bujuk !!!

            Cerita pasal Islam dan sahabat Nabi tapi dalam masa yang sama kau munafik hinggakan banyak fitnah kau dah kantoiii

            PAS sanggup kafirkan sesama Islam pasal hudud TAPI bila PAS berkuasa hudud tiba-tiba dah jadi tak wajib !!! inilah contoh golongan munafik PAS !!!

            Nik ajis cerita pasal hudud sampai habis air liur , tapi Nik ajis sendiri tak mampu dan tak berani buat hudud yang sebenarnya hukum hudud PAS telah diluluskan DUN Kelantan lebih 20 tahun dan hanya mengunggu kuasa menteri besar untuk gazetkannya !!!

            PAS sanggup kafirkan sesama Islam pasal berleluasanya kedai arak , kedai judi dan disko TAPI bila mereka berkuasa kedai arak , kedai judi dan disko masih berleluasa malah rumah urut makin bertambah dengan banyaknya !!!

            inilahh contoh yang benar mengenai orang munafik macam kau dan PAS bujuk

      • July 6, 2013 at 1:38 pm
        Permalink

        Sekarang PAS berkuasa bujuk , aku nak akan SOKONG segala yang dibuat PAS seperti yang telah dijanjikan sebelum ini !!!!

        Bila pemimpin PAS dah ada kuasa kat Selangor dan takut dengan DAPigs mula lah bujuk nak berbelit tunjuk baik , padahal manusia macam kau laa yang kuat memfitnah dan memaki BN sebelum ni bujuk pasal kilang arak tu.

        itulah PAS sebelum ni habis dia kafirkan BN sebab segala maksiat kat selangor TAPI bila PAS dah berkuasa rupa-rupanya segala surah Al Quran yang digunakan untuk kafirkan dan murtadkan UMNO telah dicampak dalam longkang , PAS sememangnya hanya mempermainkan dan memperolokkan Al Quran dan Hukum Allah s.w.t

        Reply
        • July 6, 2013 at 10:09 pm
          Permalink

          Kenapa tunjuk pada PAS semata2.. berapa negeri PAS berkuasa berbanding UMNO? K’jaan pusat siapa yg. berkuasa? takkan kuasa ketua kampong lebih besar dari datuk bandar.

          Reply
          • July 7, 2013 at 8:51 am
            Permalink

            kalau nak buat Langat 2, kjaan pusat tak diberi permit dan tak boleh buat, maka bagaimana pula dgn lesen arak kat selangor? mana yg lebih berkuasa? siapa yang munafik ni bujuk?

          • July 7, 2013 at 11:02 am
            Permalink

            Apa lah hang…kat bandar datuk bandar lah berpengaruh, kat kampung, ketua kampung lah yang berpengaruh, bukan boleh kira siapa yang besar !!

          • July 7, 2013 at 6:14 pm
            Permalink

            Salah tu Raplah…teori hang tak boleh pakai…sebb di Kelantan…orang yg tak ader kuasa lebih berkuasa dari orang yg ada kuasa……hang tak percaya ka…tak percaya tanya Bujuk….Bujuk boleh tolong mengesahkan….

          • July 8, 2013 at 1:39 am
            Permalink

            apalaaa yang kau berbelit ni bujuk , mestilaa kena tunjuk kat PAS !!! SEBAB PAS yang telah kafirkan dan murtadkan sesama Islam sebab isu kilang arak , kedai arak , kedai judi dan disko ni !!!

            Jadi bila PAS dah berkuasa !!! Kenapa kilang arak , kedai arak , kedai judi dan disko ni masih beroperasi dengan penuh bebas dan penuh maksiat !!! selama ni PAS kafirkan sesama Islam ialah hanya untuk mempermainkan dan mempersampahkan agama Islam laa yee bujuk !!!!

            hukum hakam agama kau permainkan macam agama tu tak penting !!!

          • July 8, 2013 at 10:56 am
            Permalink

            Bujuk, yg berjanji nak tutup kilang arak tu org PAS Bujuk…

            Apalah kau ni…takkan tak sedar lagi PAS gunakan Islam for political mileage

  • July 5, 2013 at 6:29 pm
    Permalink

    Menteri besar selangor PAS? Keh 1keh! keh
    Lnagkah BADAN MATI aku dulu kata DAP

    Reply
  • July 5, 2013 at 6:35 pm
    Permalink

    umno ini cari pasal saja!
    lesen mengeluar arak adalah di tangan kerajaan pusat!
    umno boleh menarik lesen tersebut dan bukan pas!

    Reply
    • July 5, 2013 at 7:56 pm
      Permalink

      Lu belajar mana lesen arak dan judi dikeluarkan kerajaan Pusat ??? bodoh punya apek DAPigs !!! Lu belajar kat sekolah cina ??? hahahaha memalukan !!!

      Reply
    • July 6, 2013 at 11:01 am
      Permalink

      Budak Red Bean Army bodoh piang, kecik-kecik tak nak mampos dah besar menyusahkan orang. Kerajaan pusat Pasir Berdengung je yang keluarkan lesen menjual arak ni. Kerajaan Pusat Malaysia tak buat macamtu.

      Reply
    • July 6, 2013 at 12:56 pm
      Permalink

      Hahahhahah……boleh tak hang sorok sikit kebodohan tak bertempat tu….

      Reply
    • July 8, 2013 at 11:01 am
      Permalink

      Tony, bukan UMNO la pasal!!!

      Yg cari pasal, si Adun Seri Andalas Dr. Xavier Jayakumar, lepas tu PAS melaui Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abd Halim berkokok suruh kerajan negeri Selangor suruh kaji semula dan menutup kilang arak Carlsberg yang terletak di Shah Alam.

      Kau marah la mereka yg aku sebutkan di atas…tau lah tanpa Carlsberg, hidup you tak aman…hehehe

      Reply
  • July 5, 2013 at 6:48 pm
    Permalink

    Hang ni toni, bila hang komen jer…terserlah ketonggongan hang, makin hari makin tonggong !

    Kilang Carlsberg tu tak ada mengena dengan kerajaan selangor la yea ? kerajaan selangor tak ada hak apa-apa atas kilang tu la yea ? kerajaan selangor tak ada hak nak tutup kilang tu la yea ??

    Kat sekolah cina apa yang depa ajar hang toni ? sampai hang jadi tonggong macam ni ???

    Reply
  • July 5, 2013 at 6:49 pm
    Permalink

    saya setuju dengan pendapat penulis bahawasanya gesaan ketua dewan pemuda Pas gombak ini hanya sekadar suka-suka sahaja, tidak memberikan impak atau kudis pada DAP dan PKR..malah akan ditertawakan sahaja.

    Reply
    • July 6, 2013 at 11:04 am
      Permalink

      Mungkin ada gentleman agreement antara DAP, PAS dan PKR. PAS dibenarkan sekali-sekala mengocak kedamaian sesama mereka dengan bersuaran nakal menimbulkan isu-isu agama ni untuk membuktikan yang dia masih relevan tetapi DAP tetap ada kuasa veto untuk memperbaiki keadaan.

      Reply
      • July 8, 2013 at 11:02 am
        Permalink

        Biasalah, nak2 pulak dah ada PRK Kuala Besut ni…

        Mulalah semua (termasuk tg kafir ni) tunjuk ALIM…

        Alim2 kucing jer puak2 PR ni…

        Reply
  • July 5, 2013 at 6:50 pm
    Permalink

    Ni dah dekat PRK Besut,macam biasa anjing suruhan DAPigs bernama PAS mula nak tunjuk ‘kesilaman’ mereka bukan keislaman.Tak lama lagi Pok Nicky Ajis akan dendankan lagu bertajuk ‘Hudud’. Drama bersiri ini akan berulang setiap kali ada pilihanraya.Dah loya dengar…

    Reply
  • July 5, 2013 at 7:34 pm
    Permalink

    jgn harap la khalid atau pkr akan dengar cakap pas, pas tu cuma ba;aci saja dlm pakatan. mereka cuma dengar cakap bos besar iaitu dap saja.

    Reply
  • July 5, 2013 at 9:10 pm
    Permalink

    Parti pas ni cite je lebih…tp haprak…kuda jek..tu pon x phm lg..cinabeng gak yg pegang tali…cian pengikut pengikut taksub yg igt perjuangan diorg suci murni… digunakan untuk kuasa…roboh laa kalau berani…jgn nk salahkan kerajaan jek…

    Reply
  • July 6, 2013 at 6:54 am
    Permalink

    Daripada bergaduh siapa yg. patut tutup kilang arak, baik fikir bersama-sama macamana nak tutup kilang arak. Tak pandainya anak2 kita jika ibu-bapa saling menyalahkan siapa yg. sebabkan anak2 gagal, tapi jika sama2 saling membantu anak tersebut berjaya… insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan dan permudahkan.

    Reply
    • July 6, 2013 at 10:03 am
      Permalink

      Hassan Ali dah nak kearah tu bujuk…apa PAS buat kat dia ???????

      Banyak jalan Allah dah tunjukkan….tapi, ialah manusia…pandang tapi tak nampak !!

      Reply
      • July 6, 2013 at 9:59 pm
        Permalink

        d mana dia sekarang?
        apa dia buat sekarang?
        Dan apa umno buat dengan DHA sekarang?
        Pejuang sebenar tidak mengalah dengan prinsip.. lain pejuang jawatan.

        Reply
        • July 7, 2013 at 11:55 am
          Permalink

          Pasal dia tak mengalah dengan prinsip la..dia di pecat PAS !! sebab prinsip PAS main hentam jer…janji ada political mileage.

          Islam bagi PAS hanyalah tools nak mengaburi mata orang melayu, tapi dah berpuluh tahun macam tu, orang Melayu pun naik fed-up, dan ianya di transformasi pada kertas undi PRU13, PAS kehilangan banyak undi orang Melayu !! dan kerusi parlimen PAS menyusut tinggal 21 kerusi dari 222 kerusi, lebih kurang 10% jer.

          Reply
          • July 7, 2013 at 11:18 pm
            Permalink

            He he he…..tepat hujah hang tu Rap, tapi bagi org yang gunakan otak aje…. Bagi yang berotak selut, ianya adalah salah dan palsu sama sekali!

        • July 8, 2013 at 11:04 am
          Permalink

          Dah halau DHA dari PAS, la ni tanya di mana DHA sekarang!!!

          Kau baru sedar ker Bujuk yg PAS ni perlukan org2 macam DHA, bukan org2 mcm Mahfuz Omar, Husam Musa dan Mat Sabu…

          Reply
    • July 6, 2013 at 1:32 pm
      Permalink

      yang kafirkan dan murtadkan umno pasal kilang arak, disko , kedai judi .. tu adalah pencacai PAS dan pemimpin PAS bujukkk

      tgk bila PAS dah berkuasa , kilang arak , kedai judi , disko dan rumah urut makin berleluasa .. kini dah jadi halal atas nama parti gilaa PAS !!!

      dulu Hassan ali yang menentang isu murtad juga yang kau maki , Hassan ali yang menentang fitnah terhadao JAIS oleh puak DAPigs pun kau maki .. Hassan Ali menentang penjualan arak pun kau makiii

      Tak perlu laa tunjuk sifat fasik kau bujuk , PAS dan kau sememangnya manusia hina , penjual agama Islam !!!

      Reply
    • July 6, 2013 at 10:02 pm
      Permalink

      Nampaknya korang masih terus nak konfrantasi… terpulang. Bagilah DHA jawatan yg. boleh dia perangi MURTAD, ARAK dan MAKSIAT. Lantik jadi Mufti wilayah ke… itu pun kalau UMNO Iklas sokong perjuangan DHA.

      Reply
      • July 7, 2013 at 11:58 am
        Permalink

        Konfrantasi bujuk ?? itu pekara terakhir yang kami mahukan…tapi kalau ada yang menjual dan memaksa-maksa…kami akan membeli !!

        Reply
        • July 8, 2013 at 1:34 am
          Permalink

          heheh berbelit-belit bujuk

          Reply
      • July 8, 2013 at 11:06 am
        Permalink

        Konfrontasi apa lak ni!!!

        Hahahaha, sahlah la PAS silap memecat DHA…sebab PAS perlukan org2 macam DHA, bukan org2 mcm Mahfuz Omar, Husam Musa dan Mat Sabu…

        Reply
      • July 8, 2013 at 3:12 pm
        Permalink

        Knapa UMNO yang perlu bagi jawatan kpd DHA sedangkan terang2 PAS memecat beliau? Nanti korg suma (bujuk dll) kata..UMNO beli DHA pulaaaakkkk….

        Reply
        • July 8, 2013 at 3:42 pm
          Permalink

          Betul tu bro

          Pusing2 mcm tu jer la cerita mereka

          Yg tukang pecat PAS, tapi UMNO jugak yg salah

          Reply
  • July 6, 2013 at 11:00 pm
    Permalink

    Aikk Bujuk…ngape pula disalahkan UMNO berkenaan dengan Hasan Ali..sampai suruh lantik dia jado mufti..pandai ko nak konar ekkk..persoalannya dan isu yang dibangkitkan diatas adalah berkenaan dengan suara salakan Pemuda PAS berkenaan dengan kilang arak kat Selangor ..member lain dah kata isu ni dah lama dibangkitkan oleh Hasan Ali sewaktu dia menjadi exco agama diselangor..tetapi pabila isu ni dibangkitakan..disebabkan gila kuasa PAS telah memecat beliau..ko pandai bercakap pasal Abdullah bin ubai..apa ko ingat ko dan melayu PAS je yang pergi mendengar majlis ilmu dan tau berkenaan dengan agama ke bujukk..so apa yang boleh ko katakana berkenaan dengan tindakan PAS terhadap Hassan Ali ni bukan kah ianya hipokrik..dok bercakap pasal agama didepan penyokong tetapi dalam masa yang sama mengusir pemimpin yang cuba menjalankan kewajipannya sebagai saorang yang berugama..

    Toy siall..kalau dah bangang jangan bagi komen yang memperbodohkan diri sendiri..meh aku ajar ko..sebenarnya kelulusan sesuatu bangunan didalam sesebuah negeri tu dibawah bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri dan bukannya kerajaan pusat..ni laa kencing belum lurus dah nak tunjuk pandai ..balik tong sang laa pergi belajar duluuu..

    Reply
    • July 7, 2013 at 11:00 pm
      Permalink

      Hang silap…
      PAS tak pernah bagi alasan DHA d pecat kerana tentang murtad, arak dan maksiat. Yg. bagi alasan tersebut ialah UMNO dan DHA sendiri.
      PAS bagi alasan DHA gagal mengikut perintah parti, menyusahkan dan merosakkan parti serta menyanggah keputusan parti melalui media lawan dan bukan dalam mesyurat parti. Kalau kita nak buat ikut suka hati kita.. buat apa kita jadi ahli parti yg. mana ada peraturan sendiri dan kena patuh keputusan parti.
      Pemain bola yg. hebat tapi tak mahu ikut cakap jurulatih pun akan duduk d bangku pemain simpanan… ingat bagaimana beckham yg. hebat juga d jual Alex furgason.

      Reply
      • July 8, 2013 at 1:31 am
        Permalink

        apa pulak yang kau nak belit lagi , kau sendiri akui DHA dipecat sebab ungkitkan perkara ini kepada umum !!!

        Kenyataan kau kat atas sendiri akui DHA dipecat sebab ungkitkan perkara tersebut , sambil membelakangkan kepentingan kuasa politik PAS !!!

        Maknanya kepentingan politik PAS lebih penting daripada isu murtad , arak dan maksiat !!!

        Reply
      • July 8, 2013 at 11:09 am
        Permalink

        Salah tu Bujuk, PAS tak bagi apa2 alas an pun…

        Surat pun takder, dgr dlm akhbar jer…

        P/S: Peminat Manchester United ker Bujuk… jgn lupa, Manchester United is known as the Red Devils, dan menurut PAS bila tafsir kata2 Mahathir, UMNO ni Devil… kau tak boleh support Man U, kau kena support West Ham sebab PAS SELALU KALAH!!!!

        Reply
  • July 8, 2013 at 10:47 pm
    Permalink

    dulu bn kutip keuntungan berjuta … tak kan nak tutup pula kutipan tu. kan pr punya … tolol lah kalu tutup .. serupa juga nuar kata nak bersara … nak boikot … mane beb … wang beb wang tak kan tak nak kaut..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *