Nik Abduh Perlu Salahkan Ayahnya Yang Gagal Memberi Nikmat Di Kelantan

Share


Hairan betul saya melihat sikap Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh, yang tidak tahu erti rasa bersyukur dengan apa yang dinikmati hasil dari bantuan dari Kerajaan Pusat. Katanya, Kelantan “dianak tirikan” berbanding negeri-negeri lain…

Di dalam parlimen semalam, dia mengeluh di dalam dewan. Kononnya Kelantan tidak dilayan sama adil oleh Kerajaan Pusat sebagaimana negeri-negeri lain.

Selain itu, dia turut meluahkan rasa risaunya tentang dasar Pembangunan Belia Negara yang kononnya kontradik dengan Islam, lantas menjerumuskan golongan muda-mudi dengan gejala penagihan dadah dan jenayah.

Seterusnya, Nik Abduh menawarkan kerjasama untuk membangunkan belia negara supaya berjaya. Kononnya, dia punya kepakaran untuk memastikan belia di negara ini berjaya?

Saya tidak tahu apa lagi yang Nik Abduh mahu dari Kerajaan Pusat. Nak dikata Kelantan tidak menerima dan disekat sebarang peruntukan kewangan dari Kerajaan Pusat, itu tidak benar kerana negeri itu tiap-tiap tahun dapat dana tambahan dari Kerajaan BN.

Malah kalau diikutkan rekod peruntukan dana dari Kerajaan Pusat, jumlah dana yang diperoleh Kerajaan Negeri Kelantan lebih besar berbanding beberapa negeri lain. Jadi, apa yang kurangnya lagi?

Kalau nak disebut tentang lebuhraya. Memang Kelantan tidak ada lebuhraya. Tapi bukan Kelantan saja yang menjadi satu-satunya negeri yang tidak punya lebuhraya. Sabah dan Sarawak pun tidak ada jaringan lebuhraya.

Jadi, apa lagi yang “dianak tirikan”?

Kalau nak disebut tentang royalti minyak, sudah dijelaskan berkali-kali bahawa sumber minyak yang dituntut Kerajaan pimpinan ayah Nik Abduh sebelum ini terang-terang terletak di luar perairan negeri Kelantan.

Bagaimana nak beri royalti jika begitu? Itu pun suda cukup bagus apabila Datuk Seri Najib sedia pertimbangkan sedikit sumbangan “ikhsan” untuk Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Kalau saya, jangan mimpilah…

Pada saya, sepatutnya tidak timbul langsung soal Kelantan dianak tirikan atau tidak. Sebabnya, memang jelas negeri itu tidak pernah dianak tirikan walaupun ia lebih dari 22 tahun ditadbir PAS di bawah pentadbiran ayah Nik Abduh sendiri.

Soal dasar pembangunan belia, saya tidak nampak langsung kehebatan pembangunan belia-belia PAS. Apa kepakaran belia PAS yang nak dikongsi Nik Abduh dengan belia-belia negara?

Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana sahsiah diri belia-belia PAS yang diajar dan diasuh untuk merempuh pasukan keselamatan negara serta cuba mencetuskan kekecohan yang menghuru-harakan keadaan.

Tidak percaya? Sila lihat kelakuan dan tindakan yang diambil oleh Unit Amal PAS. Bukan saja mereka merempuh polis, mereka memukul dan sanggup melanggar kedaulatan undang-undang semata-mata mahu memperjuangkan perjuangan seorang pemimpin PKR yang tidak bermoral?

Macam itukah “model belia Islam” bagi PAS? Benar mereka solat. Tapi lakukah solat mereka itu dan apakah solat mereka itu tidak dapat menegah mereka dari melakukan perkara mungkar seperti menyokong puak LGBT berdemo?

Bukankah solat itu menghalang kita dari melakukan perkara mungkar? Solatlah dengan niat dan kaedah Islam yang betul. Kalau mereka betul-betul solat, sudah selesai memberi salam nescaya mereka terus pulang ke rumah dan tinggalkan demo bersama puak LGBT itu, bukan?

Nik Abduh perlu tahu bahawa ayahnya gagal membangunkan Kelantan dan sebab itulah negeri pimpinan ayahnya itu tidak rasa erti nikmat. Malah Allah malukan pula Kelantan dengan “kejuaraan” pesakit AIDS paling ramai selama tiga tahun berturut-turut.

Nik Abduh tolong suluh muka di cermin dulu, boleh?



32 thoughts on “Nik Abduh Perlu Salahkan Ayahnya Yang Gagal Memberi Nikmat Di Kelantan

  • July 4, 2013 at 6:56 am
    Permalink

    Selama 23 tahun Rasullullah memegang tampuk pemerintahan, Mekah dan Madinah bersih, sejahtera dan muncul sebagai kerajaan yg menggegarkan kuasa besar Rom dan Parsi. Semuanya berlaku dalam keadaan kekurangan dan kedaifan keupayaan umat Islam. Mana ada bantuan Persekutuan spt yg Pas perolehi. Sahabat-sahabat Rasullullah berkorban harta benda dan perjuangan mereka iklas. Tetapi perjuangan Pas dikelantan berkorban juga, tetapi mengorbankan khazanah ciptaan Allah ia itu BALAK. Hasil negara hilang pergi entah kemana. Bumi Madinah dan Mekah diberi keberkatan kerana diruntuh dan dihapuskan berhala.Tetapi bumi Kelantan dibawah Nik Aziz didirikan berhala-berhala yang menandingi berhala zaman Nabi Ibrahim dan melebihi menara masjid yang sedia ada.Macam mana nak berkad.Nik Aziz menyekad kebebasan hiburan bagi anak muda, tetapi anak muda Kelantan pergi Golok dan Hadyai bukan untuk belajar kesenian tetapi untuk memuaskan nafsu sex. Nik Aziz hanya menyediakan pentas ceramah politik untuk anak-anak muda mengisi masa tanpa pekerjaan, lalu mereka bosan meninggalkan Kelantan dan yang tinggal lagi bosan lalu hisap ganja. Mana Kelantan ada berkad, Kelantan adalah pusat dajal edisi Melayu untuk menyebarkan dakyah Melayu bahawa selain Pas mereka (UMNO)bukan Islam, ibadat mereka tidak diterima Allah dan sembahyang mereka sia-sia. Doa Melayu Pas dikelantan KO UMNO , bukan ‘Ya Allah satukanlah hati-hati kami’. Kalau nak diikut-ikutkan kerajaan Pas Kelantan tidak berlu dibantu langsung. Bantu mereka seperti membantu anjing tersepit, mereka tidak hargai, dan yang paling teruk meraka tidak pandai mengurus negeri spt sunnah Nabi, akhirnya Allah mengalirkan air kotor dalam rumah-rumah mereka sebagai balasan atas kesombongan dan kebodohan mereka sendiri, wallahualam.

    Reply
    • July 5, 2013 at 10:10 am
      Permalink

      mmg kelantan dianak tirikan…nak kata kerana pas, tak juga…masa bn memerintah dulu pun sama juga…walau bagaimanapun, pas bukanlah memperjuangkan islam…pas bersekongkol dgn musuh Allah dan RasulNya bagi menjatuhkan kerajaan yg sah…pas mewarisi islam muawiyah dan anaknya yazid…adakah amal ibadat diterima jika kita memusuhi Allah dan kekasihNya…

      Reply
  • July 4, 2013 at 7:13 am
    Permalink

    nik abduh …………bercakap , dlm masa yang sama , menepuk air di dalam dulang ..Air terpercik ke muka nya sendiri …

    kasihan……………

    Reply
  • July 4, 2013 at 9:49 am
    Permalink

    Ntah lah…aku rasa Khairi patut mendengar pendapat nik abduh pasal pembangunan belia ni…nik abduh kekadang mengarut tak ketahuan punca jugak, tapi aku rasa tak salah untuk mendengar pendapat beliau, hendak kan penyatuan Melayu, we need to start somewhere.

    Reply
    • July 4, 2013 at 10:21 am
      Permalink

      betul bang, tapi puak Pas ni bila kita dah mula nak bekerjasama dia letak syarat pulak, ‘UMNO KENA TUKAR ISLAM DULU BUKAN KEBANGSAAN’.. apa benda mengarut ni, macamana kita nak berkerjasama!

      Reply
      • July 4, 2013 at 10:56 am
        Permalink

        Setakat kata tukar kepada Islam tu kira OK lagi…nanti dia suruh tukar kepada Hudud dulu…hehe….tu yg tak tahan tuu…

        Reply
        • July 4, 2013 at 4:25 pm
          Permalink

          ada masalah ke dengan hudud?

          Reply
          • July 4, 2013 at 5:03 pm
            Permalink

            aku dah agak…hang mesti jawab yang ni..hehe…tak payah diskus ngan hang lah tentang Hudud ni…letih aku menaip jer…hang pi lah revise balik yg dulu2 pernah diskus tu…

          • July 4, 2013 at 5:09 pm
            Permalink

            Hehehe, cuba bawak benda Hudud kat Nicky Ajis

            Opsss… Nicky Ajis now no power in Kelate

          • July 4, 2013 at 5:16 pm
            Permalink

            stopa ali gerenti marah kalau bujuk Tanya-Tanya pasal hudud pada dia…stopa ali sensitip orgnye tau bujuk

          • July 4, 2013 at 5:18 pm
            Permalink

            Stopa Ali nak buat Hudud susah bro…

            Menurut President PAS, Video itu besi…

            Tapi, tak tahulah kalau spender cap Crocodile boleh jadi bukti, hehehe

          • July 4, 2013 at 5:37 pm
            Permalink

            jawapan tuan seperti memperlekehkan hukum hudud. Sedangkan ia adalah hukum Allah, sama seperti ibadat2 yg. lain.

          • July 4, 2013 at 6:46 pm
            Permalink

            Tu la hang HAR…!! hahahahahah

          • July 4, 2013 at 8:44 pm
            Permalink

            Bujuk dah buta hati laa tu , hudud yang jadi permainan PAS sekarang dah slowww , kita lihat apa jadi kat selangor , tertunggu-tunggu aku undang2 Islam yang ingin ditegakkan oleh PAS .

            PAS sebenarnya yang memperlekehkan hudud dan mempermainkan hukum hudud bujuk , hukum hudud menjadi mainan politik oleh puak gila PAS . berpuluh tahun sampai hari ini hudud PAS tak lengkap dan penuh kesilapan !

          • July 5, 2013 at 8:44 am
            Permalink

            Tang mana kami memperlekehkan

            Tang video ka tang spender?

            Pendapat aku dlm kes Stopa Ali, kalau hudud dilaksanakan pun, Stopa Ali takkan dikenakan hukuman berdasarkan hokum hudud, sebab perlukan 4 saksi yg perlu memenuhi syarat2 yg ditetapkan dan menyaksikan perbuatan itu tanpa ragu2.

            Itulah sebab ada hukum lain mcm Takzir dan Qisas, jd jika Stopa Ali dihukum pun, akan mengikut Takzir atau Qisas.

            Yg pasti, mmg Stopa Ali pun dlm video itu, buat malu jer asyik sembang ttg agama Islam, tapi buat perkara tak senonoh.

            Kalau ada saudara2 nak membetulkan, saya terima seadanya.

          • July 5, 2013 at 4:19 pm
            Permalink

            yang tak betol tu HUDUD ALA PAS. mana boleh terima.

          • July 6, 2013 at 7:03 am
            Permalink

            Tak penting siapa yg. popularkan atau mula sebut, tapi kita semua tiada HAK nak pertikai perintah Allah. Tak kira hijau atau merah selagi kamu mengaku Allah tuhan kamu dan Islam agama kamu, maka kewajipan pada kamu untuk melaksanakan setiap perintahnya mengikut kemampuan kamu.

          • July 6, 2013 at 1:55 pm
            Permalink

            sesungguhnya kita memang tak boleh melawan perintah Allah bujuk !!!

            Tapi jelasnya PAS mempermainkan perintah Allah dan menghina serta memperolokkan hudud

            PAS sampai sanggup kafirkan sesama Islam demi hudud dan mengatakan ianya wajib .. tapi bila berkuasa Hudud dah jadi tak wajib , malah sanggup pula report polis pada sesiapa yang membnagkitkan isu hudud

            orang macam kau dan pemimpin kau laa bujuk yang banyak memporak perandakan Islam dan mempermainkan hukum Islam demi kuasa politik seolah agama Islam ni bukan agama kau dan tak takut dengan hukuman Allah s.w.t

          • July 8, 2013 at 11:42 am
            Permalink

            Aik, divert pasal tanggungjawab Bujuk…

            Hehehehe…

      • July 4, 2013 at 11:46 am
        Permalink

        Kalau ditakdirkan UMNO ditukar jadi Isle ala2 PAS pun, Nicky Ajis tak mau punya malah letak syarat lagi.

        Lagipun, buat apa nak tukar, UMNO is 1000 times (maybe more) better than PAS in terms of contribution made to ISLAM, MALAY and MALAYSIA.

        Reply
  • July 4, 2013 at 4:27 pm
    Permalink

    K’tan dapat peruntukan banyak.. tapi habis kat puak2 yg. tak berkuasa dalam negeri. Yg. sampai pada rakyat… kalau separuh dah cukup baik.

    Reply
    • July 4, 2013 at 4:58 pm
      Permalink

      Ni cerita apa pulak ni Bujuk…

      Ada bukti ker yg kau tuduh ni…

      Reply
      • July 4, 2013 at 5:05 pm
        Permalink

        Macam mana pulak yg tak berkuasa jadi lebih berkuasa daripada yg ada kuasa??? musykil…musykil…

        Reply
        • July 4, 2013 at 5:35 pm
          Permalink

          contohnya… wang ehsan(royalti minyak) d beri pada Awang adek dan bukan MB. Begitulah dengan projek2 yg. lain.. dapat pada ketua bahagian dan bukannya k’jaan negeri.

          Reply
          • July 4, 2013 at 6:43 pm
            Permalink

            Duit tu pergi kat rakyaat kelantan la jugak, bukan depa divert pi siam. Tahun lepas lebih 300 juta di salurkan terus oleh kerajaan persekutuan pada kerajaan negeri, tu hang tak mau cerita la pulak.

          • July 4, 2013 at 8:47 pm
            Permalink

            laa bujuk kau nak menipu apa ni??dasar manusia munafik macam kau cakap tak habis-habis menipu , beratus juta semuanya direct kat kerajaan kelantan , nak selesaikan air pun sudah rm900 juta kerajaan persekutuan direct terus kat kerajaan kelantan !!!

            mana duit tu semua pergi ??? duit dah hilang air tak setel-setel lagi .. ni macam kes duit memali dan pelbagai tabung yang dipegang PAS !!!

          • July 6, 2013 at 7:06 am
            Permalink

            korang setuju tak duit gaji korang bagi pada aku biar aku tadbir urus gaji korang untuk kebajikan keluarga korang?

          • July 6, 2013 at 1:58 pm
            Permalink

            Tak perlu berbelit dan menipu bujuk , ramai dah bagi bukti dan fakta kerajaan pusat dah bagi direct duit kat kerajaan PAS

            lagipun sapa nak bagi penipu dan muanfik macam kau bujuk !!!

            Tapi nyatanya sudah berbillion duit kerajaan pusat bagi terus kat kerajaan kelantan .. contoh rm900 juta untuk air terus ke kerajaan kelantan TAPI duit dah habis air pun tak setel !!!

          • July 8, 2013 at 11:44 am
            Permalink

            Ni apa cerita si Bujuk ni….

            Bagi duit gaji aku kat kau buat apa???

            Kau tak puas hati dgn rezeki yg diberi oleh Allah SWT.

            Jgnlah camtu Bujuk, hehehe

        • July 4, 2013 at 8:50 pm
          Permalink

          haha saudara HAR hanya bujuk dan pemimpin Pakatan jee buat ni .. bila dah taktau mentadbir salahkan orang lain , padahal dia yang berkuasa .. itulah golongan penipu dan pemfitnah !

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *