Kerajaan DAP Pulau Pinang Bacul Berdepan Perempuan?

Share


Memang tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tidak mempunyai sesi soal jawab secara lisan memandangkan ia adalah sesi yang sangat penting bagi setiap kali bersidang.

Namun kali ini, sidang DUN Pulau Pinang dilihat bagaikan membunuh suara demokrasi apabila Speaker Dewan memutuskan untuk tidak mengadakan sesi soal jawab lisan itu dengan alasan “kekangan masa”.

Sidang DUN sepatutnya menjadi medan bagi para ADUN di setiap negeri membahaskan dasar dan pencapaian setiap kerajaan negeri. Peliknya, sesi soal jawab itu sengaja “dighaibkan” oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang?

Sungguh memalukan!

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid sempat menempelak tindakan Speaker Dewan, Law Choo Kiang yang tidak membenarkan sesi soal jawab diadakan. Dalam ucapannya, dia turut membangkitkan beberapa perkara kontroversi yang diamalkan oleh kerajaan Guan Eng.

Antaranya ialah tentang Akaun Perumahan Bumiputera, sistem penyampaian maklumat, projek mega dan pelancongan. Paling kritikal, beliau mendedahkan di dalam dewan bahawa harga rumah di Pulau Pinang melonjak sebanyak 137% di sepanjang pemerintahan DAP.

Mengejutkan lagi, unit kormesil milik Bumiputera pula hanya ditahap 2% sahaja. Itu pun kerana wujudnya MARA dan UDA. Katanya, kalau tidak ada MARA dan UDA, bumiputera langsung tidak punya premis perniagaan sendiri…

Namun kerana sesi soal jawab tiada, maka tidak ada sebarang pertanyaan yang sempat diajukan oleh ADUN-ADUN BN kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dan mereka dijangka hanya akan memperoleh jawapan secara bertulis sahaja berdasarkan soalan-soalan yang dihantar pada dewan tersebut sebelum sidang bermula sebelum ini.

Kali ini DAP berdepan dengan seorang wanita yang menjadi Ketua Pembangkang di sidang DUN Pulau Pinang. Berdepan dengan wanita pun Guan Eng dan DAP takut? Awal-awal lagi sudah tutup mulut dan enggan jawab secara “gentlemen”?

Dengan wanita pun boleh kalah? Kononnya anak Karpal, Jagdeep ada di dalam sidang DUN. Dia pun “kecut” juga?

Saya tertanya-tanya, apakah yang cuba disembunyikan oleh Guan Eng dan ADUN-ADUN DAP Pulau Pinang? Kenapa mereka takut untuk menjawab soalan secara lisan dan berdepan dengan perdebatan hangat? Mereka ada lakukan apa-apa penyelewengan, kah?

Bagaimanapun, Guan Eng sempat “main wayang opera” apabila “berlakon”, kononnya dia hairan dengan sidang DUN di negeri pimpinannya itu tidak membenarkan sesi soal jawab berlangsung seperti biasa.

DAP selalu cakap soal demokrasi dan lantang memperjuangkan kebebasan bersuara. Tapi bila di dalam sidang DUN, mereka matikan demokrasi dan mereka “tutup mulut” ADUN-ADUN BN yang membawa suara rakyat?

Demokrasi jenis apakah ini? Demokrasi terpimpin dan terancang? Sekali lagi saya ulang, Kerajaan DAP mulakan sidang DUN penggal ini dengan sikap yang sungguh memalukan. Bacul!



14 thoughts on “Kerajaan DAP Pulau Pinang Bacul Berdepan Perempuan?

  • July 4, 2013 at 9:31 am
    Permalink

    Adakah ini demokrasi ala Pakatan Rakyat..keputusan itu menunjukkan kerajaan negeri enggan bertanggungjawab untuk memberi jawapan kepada rakyat berlandaskan ketelusan. Ini menunjukkan sikap pemerintahan secara kuku besi oleh kerajaan pakatan Rakyat dimana setiap keputusan yang dilakukan nya tidak boleh dipersoalkan.

    Yang pelik nya adakah ini merupakan satu pembahruan didalam pemerintahan Pakatan Rakyat yang selama ini melaungkan demokrasi, kebebasan media dan hak asasi Hakikat sebenarnya segmen soal jawab merupakan satu kemestian didalam mana2 mesyuarat samada di pertubuhan, kelab, pejabat ataupun dewan rakyat kerana ini akan memberi peluang kepada ahli mesyuarat menyuarakan persaolan mengenai sesuatu isu.

    Kita tunggu akan adakah suara daripada majlis peguam, Keling Ambigga dan lain2 NGO yang dok bercakap mengenai hak asasi.

    Reply
    • July 4, 2013 at 10:52 am
      Permalink

      Orang2 melayu di PP masih cukup makan…dan cukup segala2nya….sebb itu mereka tidak merusuh dan berdemo on the street…berbanding dengan kumpulan blackout 505 yg memang sudah terlebih makan, terlebih sudu, terlebih kuah…mereka berhimpun sebb mereka disponsor untuk berhimpun/berdemo….suatu hari nanti apabila penindasan mencapai paras yg sangat maximum…kita tidak perlu lagi sponsor rakyat untuk merusuh dan berdemo…kerana mereka akan merusuh dan berdemo secara sukarela….

      Reply
  • July 4, 2013 at 10:30 am
    Permalink

    Kalau UMNO/BN buat mesti DUN macam kapal pecah dgn tuduhan ‘salahguna kuasa, diktator,penakut,itulah inilah…memang layak muka anak beranak Karpal Siong dan Lim Kit Sial dilempar dengan telur busuk.. sebab mainan politik mereka csememang busuk lagi membusukkan..Kalau Ketua Pembangkang lelaki agaknya langsung DUN tak bersidang. Tahniah YB Jahara.

    Reply
  • July 4, 2013 at 10:30 am
    Permalink

    unit kormesil milik Bumiputera pula hanya ditahap 2% sahaja!
    dari tahun 1957-2008 bila umno berkuasa apa yang umno buat!
    umno yang patut disalahkan bukan PR!

    Reply
    • July 4, 2013 at 11:41 am
      Permalink

      Alah Tony, kalau UMNO berjaya buat pengangan unit commercial milik Bumiputra jadi 90%, kau akan tuduh UMNO racist pulak…

      Sudah2lah tu…

      Reply
    • July 4, 2013 at 11:42 am
      Permalink

      Selepas DAP-PKR-PAS menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu ini?

      Reply
    • July 4, 2013 at 1:25 pm
      Permalink

      hehe…toni hang merapu apa ni ? oarang cakap pasal kebodohan terlampau guan eng sebagai KM Pulau Pinang, ada dewan undangan negeri, tapi tak boleh berbahas !!

      akai hang ada ka ??

      Reply
      • July 4, 2013 at 1:34 pm
        Permalink

        Bukan takut bro, si Guan Eng nak tunjuk dia tu DIKTATOR dan Penang tu empayar dia.

        Reply
        • July 4, 2013 at 3:38 pm
          Permalink

          Orang kalau dah tak percaya hari akhirat….macam tu lah gamaknya….acting like God….

          Reply
        • July 4, 2013 at 8:45 pm
          Permalink

          itulah empayar Lim DAPigs

          Reply
    • July 4, 2013 at 8:48 pm
      Permalink

      Lu cakap pun serupa bodoh laa apek DAPigs tony , itu anak Lim Kit Sial dah bunuh demokrasi , lu lagi mau melalak tunjuk statistik bodoh lu !

      Reply
  • July 4, 2013 at 11:40 am
    Permalink

    ‘Tidak cukup masa’ adalah alasan yang amat dangkal.

    Reply
    • July 4, 2013 at 11:41 am
      Permalink

      Selepas DAP-PKR-PAS menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu ini?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *