Islam Bukan Agama Rasmi: Siapa Setuju?

Share


Sudah lebih dari tiga hari, tiada siapa pun dari kalangan para pemimpin PAS yang berani menegur, marah atau menempelak Teresa Kok atas kenyataannya yang enggan bersetuju untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Kenyataan pemimpin DAP itu dibuat ketika dia di dalam sesi perbicaraan da disebut di depan Hakim Siti Khadijah di Mahkamah Tinggi Jalan Duta beberapa hari lepas.

Agak kecoh bila Teresa keluarkan kenyataan begitu. Namun hanya beberapa pihak saja yang berani tampil menyelar kebiadapan Teresa Kok itu. Itu pun semuanya dari UMNO dan BN…

Persoalannya, di mana suara para pemimpin PAS yang kononnya “pejuang Islam” di negara ini? Sebelum ini PAS selalu mendabik dada seolah-olah mereka lebih Islam dari para muslimin dan muslimat di negara ini. Di mana suara mereka untuk membela kedudukan Islam di Malaysia?

Apakah kerana yang berkurang ajar terhadap Islam dan perlembagaan negara itu ialah pemimpin DAP, maka PAS perlu berdiam diri dan merelakan kedudukan agama Allah itu diperlekeh begitu saja?

Apakah ini merupakah satu lagi bentuk “tahaluf siyasi” yang diwar-warkan oleh PAS kepada rakyat di negara ini? Hanya disebabkan kepentingan kuasa politik, maka PAS rela membiarkan DAP memperlekehkan kedudukan Islam di Malaysia?

Dari mana PAS belajar bertahaluf? Dari Abdullah bin Ubai atau dari Musailamah Al-Kazzaab?

Saya tidak pasti sama ada rakyat di negara ini setuju atau tidak dengan kenyataan Teresa Kok itu? Kalau ditanya pada masyarakat Cina, mungkin 90% dari mereka setuju dengan Teresa Kok. Tapi bagaimana pula dengan masyarakat Islam di negara kita? Setuju?

Saya tidak marahkan Teresa Kok. Itu pandangan dia untuk tidak memilih Islam sebagai agama rasmi negara. Biasalah, memang kalau dasar kafir harbi, memang itulah pendirian mereka. Mereka mana mungkin hormat pada agama kita. Mereka lebih memilih kesamarataan agama…

Tapi saya kurang pasti pula jika PAS dan PKR juga bersetuju dengan pilihan DAP itu. Nampaknya sampai sekarang, mereka masih berdiam diri. Diam tandanya setuju?

Pada saya, pendirian Teresa Kok itu sememangnya sudah dapat dijangka dari awal. Dari dulu, DAP memperjuangkan kesamarataan agama dan mereka mempersoalkan kedudukan Islam yang diberi kedudukan yang istimewa di dalam perlembagaan.

Sebab itulah di zaman Arwah Ustaz Fadhil, PAS “pijak kepala” DAP dan menganggap parti chauvinis ultra kiasu itu sebagai “syaitan”. Tapi bila PAS di zaman Hadi Awang dan Nik Aziz, nampaknya DAP boleh “pijak” Islam semahu-mahunya…

Saya menjangkakan PKR akan bersetuju dengan pilihan Teresa Kok itu memandangkan Anwar Ibrahim sememangnya terkenal sebagai pendakwah agenda Pluralisme di Malaysia. Pada Anwar, agama di dunia ini sama saja, tiada yang lebih tiada yang kurang baiknya.

Cuma, saya tertanya-tanya, apakah masyarakat Malaysia khususnya umat Islam bersetuju dengan pilihan DAP dan PKR itu? PAS tidak mampu buat apa-apa, hanya sekadar menjadi “pak turut” di dalam Pakatan Haram.

Saya ingin berpesan. Kalau benar setuju dengan DAP dan PKR dalam hal ini, sila sokong Pakatan Haram. Dan jika benar tidak bersetuju dan tegasnya mahu melihat Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan terus subur secara fundemantel di negara ini, pilihlah UMNO – BN. Mudah bukan?


7 thoughts on “Islam Bukan Agama Rasmi: Siapa Setuju?

  • July 1, 2013 at 5:25 am
    Permalink

    Saya bersetuju bahawa ISLAM bukan agama Rasmi MALAYSIA

    Malaysia ialah satu entiti perundangan. Entiti yang di cipta. (siapa ada belajar Undang-undang pertubuhan akan faham konsep ini)
    Sebagai sebuah entiti perundangan jika di tanya apakah rupanya Malaysia maka kita lihat sempadannya. Jika di tanya apakah suaranya kita rujuk NEGARAku. Jika di tanya apa cara hidupnya kita jawap Rukun Negara. Jika di tanya apakah sifatnya peraturan hidupnya kita jawab Perlembagaan Persekutuan. Jika di tanya apakah agamanya JAWABNYA ISLAM.

    Apakah buktinya Malaysia itu Islam? Lihat PERKARA 3 Perlembagaan Persekutuan.

    Islam BUKAN AGAMA RASMI Malaysia. Malaysia hanya ada agama tunggal iaitu ISLAM. Sebagai satu entiti perundangan Malaysia tidak ada agama lain.

    Tidak ada perkataan agama RASMI dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 perlembagaan menyatakan agama Persekutuan ialah ISLAM tetapi agama lain di benarkan diamalkan oleh RAKYATNYA.

    Ini bermakna hanya rakyat yang mempunyai pelbagai agama TETAPI MALAYSIA sebagai satu entiti perundangan agamanya ISLAM.

    Jika hanya agama rasmi ini bermakna Malaysia ada banyak agama tetapi untuk kegunaan rasmi ialah Islam. Ini tidak benar dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan.

    Maka jika hendak membantah Teresa Kok hendaklah atas premis yang betul yakni mesti diajar beliau bahawa Malaysia agamanya ISlam tak ada agama lain. Jangan nak sebut rasmi-rasmi seolah-olah Malaysia banyak agama.

    Reply
    • July 2, 2013 at 10:27 am
      Permalink

      Saya faham seperti mana saudara faham dan saya rasa ramai juga yang faham seperti mana yang saya dan saudara faham. Saya telah disanggah oleh cikgu saya masa sekolah dulu pasal hal ini. Dan sekarang saya turut menyanggah kawan2 untuk membetulkan maksud dan tanggapan umum tersebut. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita menyebutnya sebagai agama rasmi bagi merujuk kepada agama bagi persekutuan Malaysia yakni Islam. Istilah perundangan tak ramai yang mampu menafsir dengan mudah. Namun yang mudah itulah yang menjadi salah tafsir. Mungkin bagi Teresa Kok peguam perlu tanya dia, adakah dia bersetuju dengan Perkara 3 Perlembagaan.. then baru dia tak ley lepas. Apa pun aku tetap berkeyakinan dia memang tak suka kat Islam, apatah lagi menjadi agama persekutuan..??

      Reply
  • July 1, 2013 at 7:11 am
    Permalink

    Apa pun kalau nak dikaji bagaimana si Teresa sanggup mengeluarkan perkataan tidak setuju bahawa Islam adalah agama resmi negara, ianya lahir dari perasaan benci dan jijik dia terhadap Islam.Dia benci kepada Melayu dan dia juga terpalit benci kepada Islam.Yang jadi terkeluarnya perkataan itu dari mulut dia SEBAB, dia langsung tidak tengok sebelah mata pun kepada Hadi Awang yang sibuk mempromosikan negara Islam. Pasti dia ketawa terbahak bahak kpd Nik Aziz yg kononnya mahu berdakwah kpd DAP.Kepada Anuar dia memang setuju dgn Teresa sbb pd dia ‘semua agama sama, plural/kesaksamaan’.Kepada kita orang Melayu tak kira apa juga tafsiran, demi maruah bahawa ini tanah nenek moyang, TANAH MELAYU.. sejak beratus tahun agama Islam dianut oleh orang Melayu sebelum kedatangan orang Cina dan India, bahwa kita sepatutnya rasa tercabar, rasa dihinakan dengan kenyataan Teresa tersebut.Apakah kita mahu mengulangi kes kalimah ALLAH boleh digunakan dlm Bible. Dan KINI KITA MAHU SETUJU DIMALAYSIA AGAMA RESMI ADALAH ISLAM DAN KRISTIAN DAN BUDDHA DAN HINDU. SEKALI DAYUS PATUT DAH MATI, DUA KALI DAYUS MEMANG PATUT MELAYU MAMPOS DITANAH SENDIRI!

    Reply
  • July 1, 2013 at 3:27 pm
    Permalink

    Hangpa pi Tanya nik ajis longkang tu, dia akan kata ” zaman nabi dulu pun tak ada agama rasmi ” tak oercaya ?? percayalah !!

    Reply
  • July 1, 2013 at 11:49 pm
    Permalink

    Kenapa lukis gambar tresa kok macam tu, macam betina sundal saja.

    Reply
    • July 3, 2013 at 5:26 pm
      Permalink

      Takkan teruja tgk PEHA GEBU NEH!!! (pinjam kata2 Hang Tuah)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *