Siapa Anwar Untuk Pertikai Titah DiRaja?

Share


Bukan saja menjadikan pembohongan sebagai “makanan ruji” hariannya, kini Anwar Ibrahim yang baru saja ditabalkan DAP sebagai Ketua Pembangkang telah mengampuhkan lagi serangannya bagi melemahkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di negara kita.

Terbukti sikap derhaka dan “Si Kitul”nya apabila dengan biadap dia menyatakan pada media bahawa titah DYMM Yang DiPertuan Agong pada ucapan pembukaan sidang Dewan Rakyat semalam disampaikan di dewan itu untuk dibahas dan bukannya arahan.

“Dalam amalan demokrasi berparlimen, titah (Yang di-Pertuan) Agong bukan arahan, ia adalah untuk dibahaskan. Kalau arahan buat apa nak dibahaskan. Tuanku berucap berdasarkan usul Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan pertimbangkan di Parlimen dan bahas,” – Anwar Ibrahim, 25 Jun 2013.

Sebelum ini, Anwar juga pernah menuduh DYMM Yang DiPertuan Agong seolah-olah menjadi boneka BN apabila baginda menitahkan sekalian rakyat supaya menerima keputusan PRU ke-13 dengan hati yang terbuka tanpa sebarang pertikaian.

Paling biadap, Anwar mendakwa bahawa teks titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri dan baginda hanya perlu membacanya di hadapan rakyat.

Mujurlah Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menafi dan menegaskan bahawa titah baginda itu datangnya dari Istana Negara dan tiada kena mengena dengan Pejabat Perdana Menteri.

Pada saya, tuduhan dan pertikaian Anwar terhadap titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu adalah satu kenyataan biadap yang cuba “diimplan” Ketua Pembangkang itu dengan tujuan supaya rakyat membenci dan memandang rendah pada institusi Raja-Raja Melayu.

Baru sehari dia mengangkat sumpah di dewan yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong, hari ini dia sudah berkurang ajar, derhaka pada baginda.

Untuk pengetahuan Anwar, DYMM Yang DiPertuan Agong itu sudah dua kali ditabalkan ke jawatan tertinggi negara itu dan saya yakin baginda belum pernah jumpa seorang Ahli Parlimen sebiadap seperti Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Apakah Anwar fikir DYMM Yang DiPertuan Agong tidak punya kuasa untuk menolak sebarang usul dari Perdana Menteri?

Sekiranya Perdana Menteri senaraikan sejuta usul sekalipun pada DYMM Yang DiPertuan Agong, tetapi baginda enggan bertitah mengenai usul-usul tersebut, saya yakin ia tidak akan dititahkan di dalam Dewan Rakyat.

Tiada siapa pun yang dapat memaksa DYMM Yang DiPertuan Agong bertitah mengikut telunjuk atau kemahuannya kerana baginda merupakan antara Raja-Raja Melayu yang berpengalaman dan bijak memikirkan masa depan Islam, bangsa dan negara.

Mungkin Anwar sengaja “menyerang” titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu kerana hatinya tersinggung dengan sindiran tajam yang mahu semua pihak menerima keputusan PRU ke-13 tanpa sebarang pertikaian.

Mungkin hati Anwar terlalu pedih apabila memikirkan titah itu seolah-olah ditujukan tepat ke dahinya apabila baginda menyeru supaya tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam bagi kepentingan mana-mana pihak.

Saya yakin, serangan Anwar terhadap institusi Raja-Raja Melayu tidak akan terhenti semalam sahaja. Dia akan lancarkan beberapa lagi serangan terhadap institusi “payung negara” itu dari masa ke semasa.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada perlembagaan dan rukunegara wajar berjaga-jaga dengan propaganda “api kebencian” Anwar itu dan memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak tercemar dan terus terpelihara kukuh dipersada negara. Daulat Tuanku!


11 thoughts on “Siapa Anwar Untuk Pertikai Titah DiRaja?

  • June 26, 2013 at 3:22 am
    Permalink

    Cara dia cakap dan muka dia cakap masa interview TV pun macam orang angkuh. Lagi ada ke cakap Titah “Agong” macam DYMM Agong itu kawan dia je. Tak hormat langsung. Matilah dia sebelum PRU 14.

    Reply
  • June 26, 2013 at 3:41 am
    Permalink

    setuju 2000% duke .

    Reply
  • June 26, 2013 at 4:15 am
    Permalink

    Inilah Melayu durjana yang telah mengajar dan membuka ruang bagi cina & india untuk bersikap biadap & derhaka kepada pemimpin Melayu & institusi raja-raja Melayu. Anwar bertanggapan seolah-olah DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agung diperalatkan oleh UMNO/BN dalam titahnya. Selain itu, atas nama demokrasi, titah baginda itu diperboleh malah harus dibahas oleh wakil-wakil keparat yg tak berhormat dalam dewan parlimen. Anwar harus didakwa atas kebiadapan beliau.

    Reply
    • June 26, 2013 at 3:36 pm
      Permalink

      rasanya dia bukan melayu…dgr kata anak india + cina…

      Reply
  • June 26, 2013 at 8:05 am
    Permalink

    Percayalah akan muncul pejuang berani mati yang terpaksa muncul oleh kerana kekurang ajaran terlampau AlJuburi dan diikuti oleh Cina dan India.Mana-mana bangsa didunia ini memang ada semangat gila babi yang tak tertahankan apabila kesabaran diinjak-injak.Sejak 13569 sifat MENGAMOK orang Melayu disimpan rapat kerana sedar menang jadi arang dan kalah jadi debu.Tetapi apakan daya musuh menari didepan mata.. takkan nak didiamkan. Walaupun parlimen dikatakan kebal drp undang-undang, kpd YB YB sila ingat parlimen ada pintu untuk anda keluar dan terdedah didunia nyata… Aapkah 133 YB BN tidak boleh menggubal UNDANG-UNDANG DURHAKA YANG BOLEH MENEMBUSI DINDING PARLIMEN?

    Reply
    • June 26, 2013 at 12:29 pm
      Permalink

      Aku rasa macam nak percaya cakap hang…tapi aku tak rasa kita akan betul2 ada ramai orang macam ni…kenapa?? sebb rakyat Malaysia sekarang sudah senang dan kenyang….xder yg lapar…hanya rakyat yg tertindas, dizalimi dan kelaparan sahaja yg akan terdesak dan buat macam ni….kau bayangkan yer…dah berapa kali raja kena hina, nabi kita dihina…ada kau nampak keluar dalam paper melayu mengamuk…??? tak der pun…kalau dulu mungkin ada…tapi zaman sekarang ni…aku kurang yakin…yg nk mati syahid pun…aku berani bilang dengan jari….nak harap pejuang2 13 May dulu??? semua dah tua…nak angkat tangan pun dah tak larat…anak2 muda sekarang??? orang mengata nabi depa pun…ada yg pakat dok gelak lagi….hampeh…

      Reply
  • June 26, 2013 at 8:44 am
    Permalink

    Negara-negara Islam pada akhir zaman ini sering ditimpa bala. Ada negara yg musnah kerana diserang negara lain, peperangan saudara, kemarau, banjir, kemiskinan, kebuluran dan sebagainya. Bagi negara kita bala yg diterima agak berlainan. Di negara ini diturunkan Al-Juburi maka disebabkan angkara Al-Juburi justeru melandalah huru-hara, purak puranda, fitnah dan kacau-bilau..!
    Marilah kita doakan semoga Allah Taala menyelamatkan negara kita drpd segala bala bencana ini.

    Reply
  • June 26, 2013 at 9:12 am
    Permalink

    nada orang kecewa yang tidak dapat jadi PM…agaknya kalau dia jadi PM, nada ulasan titah baginda akan diterjemahkan kepada yang lain…

    Orang tahu anwar hanya mengikut telunjuk DAP….tapi tak ada orang nak bising pun, sebab dah lama tahu….

    asal perkara yang sentuh hal institusi sultan dan hak melayu semuanya arahan dari DAP…anwar sebagai puppetnya…bercakap atas landasan membabi buta

    Reply
  • June 26, 2013 at 9:13 am
    Permalink

    Pembangkang sedang giat menanam supaya benci dan tentang kerajaan yang dipimpin umno kepada semua rakyat. dapig paling seronok kerana anuwar memudahkan kerja mereka.

    Reply
  • June 26, 2013 at 10:39 pm
    Permalink

    Sebenarnya di parlimen walaupun ada kebebasan bersuara, sebenarnya ada apa yang disifatkan sebagai abuse of parliamentary privileges, di mana jawatankuasa parlimen boleh mengenakan tindakan ke atas mana-mana Anggota Parlimen yang melampaui batas. Nyata anwar dengan bongkaknya telah tidak menghormati perlembagaan dan mesti dikenakan tindakan disiplin parlimen itu sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *