PR Akan Terus Ganggu Usaha Kerajaan Tadbir Negara

Oleh Nor Azlina Shaari

Usahlah kita termakan dengan lakonan hebat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh bergaya serta mimik wajah yang ‘suci’ ketika mengangkat sumpah menjadi Ahli Parlimen pagi semalam.
Di awalnya, Anwar mencanang hebat hinggakan mahu satu dunia mengetahui pembangkang akan terus memboikot pembukaan sesi taklimat penerangan parlimen sebelum ini.
Juga, begitu lantang memberitahu akan memulaukan sesi angakat sumpah yang berlangsung hari ini sebagai tindakan memprotes keputusan PRU13 pada Mei lalu.
Namun, Anwar membuat pusingan U pula di saat-saat akhir apabila hadir bersama-sama pemimpin PR yang lain untuk mengangkat sumpah.
Semua mengetahui, Anwar sudah malu apabila usaha memprotes keputusan pilihan raya yang dilakukan melalui cara siri demonstrasi himpunan bantah ‘Blackout 505’ pada 22 Jun lepas tidak berhasil.
Anwar gagal mengumpulkan pencacai-pancacai PR seramai 100,000 orang berhimpun dan berkhemah di Padang Merbok.
Jadi, demi meraih kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap PR, Anwar berlakon yang kononnya terpaksa menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen.
Kebenarannya, dari tindakan Anwar itu memperlihatkan parti pembangkang sebenarnya sudah pun menerima hakikat kemenangan UMNO dan BN dalam PRU13 lalu.
Kenyataan itulah yang harus dilihat dan diperhatikan oleh rakyat kerana selama ini Anwar hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan dan nafsu peribadi dirinya sendiri.
Biarpun Anwar dan kuncu-kuncunya sudah pun mengangkat sumpah, itu tidak bererti beliau akan terus mendiamkan diri dari meneruskan agenda protes kemenangan BN dan menumbangkan kerajaan.
Percayalah, bermulanya saat beliau berlakon menjadi ‘suci’ dalam dewan Parlimen, sebenarnya Anwar sudah rancak merancang pelbagai agenda dan muslihat untuk terus menggulingkan kerajaan.
Dendam Anwar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah padam walaupun kelibat dirinya dilihat duduk semeja menjamu selera bersama dengan pemimpin yang disegani rakyat itu.
Lihat sahaja bertapa liciknya perancangan Anwar sejak sebelum PRU13 berlangsung lagi. Anwar sudah mengheret Najib dengan pelbagai isu politik agar Najib tidak punyai masa mentadbir negara dan hanya memberikan fokus kepada isu-isu politik sahaja.
Sejak lima tahun lepas, Anwar sentiasa menganggu urusan pentadbiran Najib dengan mencipta kekecohan melalui perhimpunan-perhimpunan haram yang juga melibatkan emosi dan perasaan rakyat untuk terus membenci pihak kerajaan.
Ia berterusan dengan tindakan kotor Anwar yang dapat dihidu sebelum menjelangnya hari pembuangan undi di mana beberapa kumpulan telah diupah oleh Anwar dan PR sendiri untuk mencipta kekecohan pada hari itu.
Selepas keputusan undi diperolehi, Anwar tidak senang duduk dan terus menggerakkan gerakan reformasi menghasut rakyat supaya tidak menerima keputusan SPR dengan hati terbuka.
Lama-kelamaan, tindakan memprotes berterusan dengan mencipta himpunan ‘Blackout 505’ yang kononnya bersumberkan fitnah di mana telah berlakunya genjatan elektrik sewaktu pengiraan undi sedang dilakukan.
Natijahnya, gerakan ‘Blackout 505’ yang cuba digerakkan oleh partinya menerima sambutan yang bercampur baur di kalangan penyokong pembangkang sendiri.
Inilah usaha yang tidak pernah padam untuk dilakukan oleh Anwar. Selagi impian dan hasratnya tidak tercapai, selagi itulah Anwar akan terus menganggu Najib dan kerajaan dengan isu-isu politik yang tidak munasabah.
Cuma sekarang ini, pendekatan Anwar untuk mengacau pentadbiran kerajaan sudah dapat diagak kerana ia tidak pernah berubah. Mengutuk, mengeji dan juga meracuni pemikiran rakyat terhadap institusi politik negara adalah jenama strategi Anwar.
Cara yang sama juga akan Anwar gunakan untuk tempoh 5 tahun akan datang ini sebelum PRU14 pula berlangsung. Tidak mustahil!

12 thoughts on “PR Akan Terus Ganggu Usaha Kerajaan Tadbir Negara

  • June 25, 2013 at 11:35 am
    Permalink

    tugas MP pakatan tidak lain tidak bukan hanya menghuru harakan keadaan aman, mereka tidak tahu untuk bekerja…itu yang pasti…rakyat yang mengundi mereka pun disebabkan selesa atas kepayahan dan kerajinan ahli politik BN yang tidak dipilih…itu yang dapat macam-macam kemudahan…nak harapkan MP pakatan…muka pun tak nampak setelah dipilih…

    maka eloklah ada sesetengah parti dalam BN menutup pusat khidmat mereka di kawasan yang kalah…biar mereka yang menang itu buat kerja, biar mereka rasa bagaimana perasaan bila rakyat datang mengadu pelbagai masalah infrastruktur dan pembangunan…yang selama ini mereka abaikan demi menghadiri ceramah politik menguntungkan tabung diri sendiri

    Reply
  • June 25, 2013 at 11:46 am
    Permalink

    rakyat wajib menilai peranan mp pakatan rakyat. mereka perlu memastikan mp yg mereka pilih buat kerja, bukan hanya bercakap sahaja.

    Reply
  • June 25, 2013 at 12:34 pm
    Permalink

    Kena tipu sekali jawabnya TERTIPU. Tetapi kalau sering kena tipu dan rela kena tipu jawabnya BODOH, BAGHAL, MACAM BINATANG TAK ADA HOTAK, MALAH DALAM QUR’AN SEBUT PERANGAI MACAM SETAN TU, LEBIH HINA DARI HAIWAN.. PEROSAK SBB AKAL DAH ROSAK DEK TAK TAHU KENAL YANG MANA BETUL DAN SALAH!DAN SI SYAITAN TERUS MENIPU MEREKA..

    Reply
  • June 25, 2013 at 12:51 pm
    Permalink

    kih kih kih Umno semakin kuat,kuat apa? kuat merapu ke?

    Reply
    • June 25, 2013 at 3:26 pm
      Permalink

      lepas pru13 umno akan lebih kuat lagi…kuat membodek cina utk dapat undi pru14…tu je yg umno kuat…yg paling menonjol pemuda umno…siap tawar jawatan pada cina.

      Reply
      • June 25, 2013 at 3:32 pm
        Permalink

        kita tak tau mase depan…. tapi rasenya UMNO tak penah nak bgi jawatan kat cina sembarang2…. kite tgok je la nnti…
        tpi sekurang2nya UMNO dah berjaya memajukan negara….

        tapi kalau PR…memajukan negara?..emm..x kot.. aku rase lepas ni akan lebih banyak demo jalanan bodoh akan dibuat….kita akan dapat lihat monyet2 berlegar2 dijalanan sambil makan popcorn… kesiann… hehe..

        Reply
        • June 25, 2013 at 7:10 pm
          Permalink

          umno memajukan negara tapi bangsa melayu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi. umno masih lagi tunduk kemahuan cina sedangkan cina hanya pentingkan bangsa cina. PM berusaha utk menyatukan semua bangsa di msia tetapi sebagai presiden umno gagal utk menyatukan bangsa melayu. selagi pentingkan cina selagi tulah melayu takkan tertindas di bumi sendiri.

          Reply
          • June 25, 2013 at 7:13 pm
            Permalink

            pembetulan :melayu tertindas dibumi sendiri

  • June 25, 2013 at 7:30 pm
    Permalink

    Apa lagi depa nak buat..depa bukannya jenis yang membina, jenis yang memakmurkan. Depa ni jenis pelingkup jenis perosak.

    Reply
  • June 25, 2013 at 10:40 pm
    Permalink

    pengacau2 ni perlu diberkas mengikut apa2 unadang2 yg ada, dan dikurungkan dalam bilik gelap, diberi makan dan minum dari tingkap kecil, untuk beberapa waktu hingga mereka sedar kesalahan mereka. Minta pdrm bina bilik2 gelap mengikut keperluan yg dijangkakan……..hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *