Jawapan Dari “Pungguk” Untuk “Cikgu” Nik Aziz Nik Mat

Share


Baru-baru ini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat ada menulis di Harakah. Katanya, cadangan PAS untuk bersama UMNO, hanya bagaikan “pungguk rindukan bulan”. Dia membidas cadangan  Prof Datuk Dr Zainal Kling yang ditulis di akhbar Sinar Harian pada 20 Jun lalu.

Memandangkan “orang sudah tidak mahu lagi dia menjadi MB Kelantan”, maka Nik Aziz mungkin kurang publisiti dan cuba menarik perhatian ramai dengan memaparkan kedegilan hatinya yang “hitam” terhadap impian menyatupadukan ummah di negara ini.

Kata Nik Aziz…

Dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan Umno untuk memperjuangkan Islam. Hal ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya Umno sahaja yang memperjuangkan Islam. Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus-menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.  

Itu kata Nik Aziz secara peribadi. Pada saya, memang benar UMNO memperjuangkan Islam selama ini di Malaysia. Bukan saja secara lisan, malah dasar-dasar dan segala muamalah yang dilaksanakan Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO tidak bercanggah dengan semangat dan jiwa Islam.

Berbanding dengan PKR dan DAP yang menjadi tempat PAS “bergayut”, kedua parti ini begitu jelas menolak dasar dan semangat Islam. Anwar sendiri menyokong Israel menzalimi Palestin dan DAP berkali-kali menegaskan bahawa mereka menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kalau nama “negara Islam” pun mereka tolak, apatah lagi dasar-dasar Islam, bukan?

Jadi, “dahan mana lebih rapuh”? Malah pada saya, PAS sebenarnya tidak punya dahan pun untuk berpaut. PAS terawang-awang dalam dilema sejak bersama DAP dan PKR. Penyokong PAS sendiri menjauhi PAS sejak parti itu bergabung dengan kedua parti “syaitan” itu…

Nik Aziz berkata…

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya Umno yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah Umno membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kaca mata ‘orang cerdik pandai’ ini? Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi Umno mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Memang UMNO yang benarkan premis judi di Kelantan sebelum PAS mengambil alih negeri itu pada tahun 1990. Apa salahnya? Premis judi itu diberikan lesen untuk orang bukan Islam yang mendesak untuk berjudi. Bukankah Islam itu adil dan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya?

Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dulu juga dibenarkan premis arak dan judi dibuka untuk memenuhi kehendak nafsu puak Yahudi dan golongan kuffar. Premis-premis itu dikehendaki membayar cukai. Samalah dasar tersebut dengan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN, bukan?

Lagipun, setelah PAS menjajah Kelantan, bukankah PAS terus menerus memberikan lesen judi itu kepada premis-premis itu? Kenapa PAS tidak berhenti berikan lesen? Kalau lesen judi itu menjadi ukuran “perjuangan Islam”, maka jelaslah Nik Aziz ini jumud fahamannya…

PAS sendiri sejak lebih 62 tahun setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun menghina Islam. Sudah berdekad PAS menghina Islam. PAS gunakan nama “Islam” pada nama partinya.

Kononnya dengan adanya perkataan Islam itu maka PAS perjuangkan Islam? Padahal, PAS hanyalah perjuangkan politik dan memecah belahkan ummah dengan memperdagangkan Islam. Jelas sekali penghinaan PAS terhadap kesucian Islam itu.

Sebetulnya, PAS itu parti politik dan Islam itu tetap sebuah agama bernama Islam, bukan?

Nik Aziz bertanya…

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan Umno, apa lebihnya Umno berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam? Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat Umno di Johor yang mencadangkan hudud dengan label ‘hilang akal’, di mana pemimpin Umno menyembunyikan diri? Jika lebihnya Umno ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN Umno di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi Umno!

Apakah perlu apabila kita mencadangkan sebuah penyatuan umat Islam di negara ini maka diwajibkan kita memberitahu tentang “apa yang lebihnya” pada diri kita? Seseorang itu perlu miliki kelebihan untuk mengajak PAS menyatukan umat Islam? Pemikiran Yahudi mana yang diceduk Nik Aziz?

Kalau PAS bersama UMNO di dalam BN, jangankan hudud, malah saya yakin dengan keberkatan perpaduan ummah itu kita akan dapat mencapai lebih dari itu. Itulah kelebihan yang dipersoal Nik Aziz. Pokok pangkalnya ialah perpaduan ummah dan insyaAllah keberkatan perpaduan itu akan dilimpahi dengan jutaan kelebihan rahmat dan rahim dariNya!

Umat Islam di Malaysia belum bersatu, maka payahlah dapat dilihat kelebihan itu. Cuba bersatu terlebih dahulu dan kita akan nampak hasilnya. Lainlah kalau Nik Aziz tidak habis-habis dengan sifat dendam kesumatnya yang lepas-lepas. Pemimpin silih berganti dan sudah tentu pendekatannya berlainan, bukan? Apa salahnya bersatu demi perpaduan ummah? Islam larang, kah?

Kalau Nik Aziz ukur kelebihan itu dengan jumlah “kerusi”, sampai matilah umat Islam di negara ini takkan bersatu. Kalau Nik Aziz nak sangat kerusi, rasanya dia mampu beli di kedai perabot. Kerusi itu bersifat duniawi manakala perpaduan ummah itu bersifat ukhrawi. Duniawikah yang Nik Aziz kejar?

Seterusnya dia berkata…

Jika Umno memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa Umno memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?

“Pengkhianat” itu diukur dengan “royalti minyak” dan sekatan “pembangunan”? Betul-betul Nik Aziz bersifat cintakan duniawi. Cuba fikir, kalaulah PAS bersatu dengan BN, saya yakin bahawa Kelantan tidak perlu royalti minyak pun, Allah akan limpahkan kemakmuran d negeri itu…

Kalaulah royalti minyak dan pembangunan diberikan di Kelantan di mana PAS dan Pakatan Haram memerintah negeri itu, kalau Allah SWT tetapkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu mundur ke belakang, maka ia tetap mundur juga, bukan?

Kalau Nik Aziz tak tahu memerintah, lemah mentadbir dan tidak tahu bangunkan sebuah negeri, janganlah salahkan orang lain. Muhasabah dan cermin diri sendiri terlebih dahulu. Kalau asyik ceramah saja 24 jam, macam mana negeri nak maju? Bela kambing pun lingkup rugi..!

Nik Aziz menulis…

Pada saya, Islam yang dibawa oleh Umno ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan Umno ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku Umno sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Pada zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Islam yang dibawa UMNO itu “Islam celup” pada saya hanyalah pandangan peribadi Nik Aziz seorang saja. Saya yakin bahawa ramai lagi pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang menyedari betapa seriusnya Kerajaan Malaysia mengimarahkan Islam di negara ini.

Kalau kita ke negara luar, belum tentu lagi kita akan dapat belajar Islam, ada mata pelajaran berteraskan agama Islam, IPT Islam, agensi-agensi Islam dan sebuah kementerian yang menjaga kepentingan Islam, bukan? Di Singapura yang dibanggakan DAP itu ada?

Masjid Dhirar itu lebih tepat sekiranya dirujuk pada PAS. Parti itu lebih layak “diruntuhkan” kerana ia “dimursyidkan” oleh seorang mursyidul am yang menentang keras perpaduan ummah yang dituntut Rasulullah SAW kerana ia ditubuh bukan di atas semangat Islam, bahkan nafsu politik yang meluap-luap!

Akhirnya Nik Aziz mencoret…

Oleh sebab itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama Umno selagi Umno tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Sekali lagi Nik Aziz tegaskan pendiriannya. Dan sesungguhnya PAS itu bukan milik mutlak Nik Aziz. Saya yakin ramai lagi pemimpin tertinggi PAS yang tidak bersetuju dengan Nik Aziz dan pro-perpaduan ummah. Mereka cuma malas nak bertekak dengan orang tua saja…

Pada saya, biarlah UMNO dituduh “pungguk rindukan bulan” atau “pungguk yang berbuat bising” asalkan pungguk itu merindukan perpaduan ummah dan buat bising demi menyatupadukan umat Islam yang dipisahkan oleh kedegilan seorang cikgu bernama Nik Aziz…

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

Duke Of Monte Cristo,
Muslim biasa,
Ahli UMNO biasa,
14 Syaaban 1434H bersamaan 23 Jun 2013M


45 thoughts on “Jawapan Dari “Pungguk” Untuk “Cikgu” Nik Aziz Nik Mat

  • June 23, 2013 at 11:14 am
    Permalink

    Kesian dengan orang tua nyanyuk ni..dulu dia glamour sebab jadi MB tapi sekarang ni udah takde jawatan so dok meroyan je laa..nak tanya balik kepada si musang berjanggut ni..selama lebih 23 tahun dia jadi MB apa yang dia lakukan:-

    1. Dikata membangun bersama islam..tapi yang nyata takde pun sebab keruntuhan moral diKelantan sama je malah lebih tinggi daripada negeri lain sebab kelantan merupakan jaguh dalam penularan penyakit HIV, Kelatan juga jaguh didalam sttistik penagih baru dadah dan yang terbaharu 60% daripada pesakit mental diKelantan berpunca daripada amalan pil kuda..

    Dikata nak takbir berlandaskan islam dan hudud tetapi walaupun hukum hudud telah diwartakan tetapi sampai sekarang tak dilaksanakan pun dengan alasan kerajaan pusat tak benarkan..sedangkan Tun M suruh kaji semula perundangan tersebut..ditubuhkan satu jawatankuasa untuk menkaji hukum hudud yang di ketuai oleh MB baru sekarang serta anak nike ajis tapi ianya bersifat hangat2 taik ayam sahaja sebab sehingga sekarang ni pun baru sekali sahaja mesyuarat diadakan..itu pun untk pemilihan ahlujawatan kuasa nya sahaja… sekarang ni sesudah habia musim pilihanraya hudud yang di perkatakan sudah hilang ditiup angin dan akan muncul kembali menjelang pilihanraya akan datang.

    Kemudahan awan, kepentingan rakyat..jauh sekali nak terbela..air sampai sekarang ni dok bermasalah sedangkan peruntukan kerajaan pusat beri..hebuh nak bina jambatan, stadium serta lebuhraya tapi hanya majlis pecah tanah yang dijalankan apa yang nyata sampai sekarang ni tak ujud pun sedangkan duit rakyat disapu dikata sebagai derma..

    so..rasanya lebih baik nike ajis tu dududk diam2 kat rumah..lapangkan dada dan tengok balik apa yang telah dilakukan selama dia jadi MB..hidup dah tak lama pun..jangan sampai orang tak kenali kelibat nike ajis dijalan dan anggap sebagai orang mereng pulak..

    Reply
    • June 23, 2013 at 10:11 pm
      Permalink

      Ulamak akhir zaman, Ulamak dalam semak, Ulamak fasik , Ulamak mulut syaitan , Ulamak hati batu , Ulamak tiada rasa kasih sayang, Ulamak yang mengkafirkan sesama Islam, silap hb orang tak kafir, dia dah lama tak sedar diri dah kafir pun dah (melantun ke muka sendiri).Ulamak tiada layak jadi pemerintah, tetPI GILA KUASA. Parti dia baca Quran saja, tetapi parti kita baca dan laksanakan ajaran Quran. Dia lihat Islam pada hudud, tetapi hukum membahagiakan ekonomi rakyat, pendidikan rakyat, hukum keselamatan negara, hukum jual beli dan perdagangan luar negara dan dalam negara mana dia faham. Dia pun mengaku bukan dia yg buat kerja tapi orang keliling dia yg buat, maka sebab itu HUsam dah lama dah auta dia hidup hidup, satu apa pun projek tak jadi. Nik Ajis kau mulut najis.

      Reply
  • June 23, 2013 at 11:22 am
    Permalink

    apa la admin. nik aziz tu kan pukimak. mana le dia risau psl melayu dan islam. sijil pun dari india. mazhab hanafi punya tempat.

    Reply
  • June 23, 2013 at 12:12 pm
    Permalink

    Nik ajis masih lagi bermimpi kot…mungkin dia tak sedar apa yang dia katakan pada UMNO telah diterbalikkan pada Pas sendiri…

    aku dari dulu berpendapat bahawa nik ajis berkata atas kapasiti diri sendiri sahaja..ketika jadi MB dan sekarang, sebab kenapa? kerana apa yang dia kata tak semua dilaksanakan oleh PR…tgk sahajalah selangor dan penang..ada perubahan ke? malah ianya lebih teruk dari ketika zaman kerajaan BN..

    Kedah pula kalau ketika dahulu di bulan ramadhan pusat hiburan ditutup…bila pas perintah…pusat hiburan dibuka…tentu nanti ada ahli Pas akan kata BN lah yang memulakan perkara tersebut di kedah sedangkan Pas yang mendahului semua atas nama perkongsian tak pintar mereka

    Reply
  • June 23, 2013 at 12:51 pm
    Permalink

    PAS bersama PR bagaikan ” Pungkok rindukan Aljuburi…

    Reply
  • June 23, 2013 at 2:19 pm
    Permalink

    Lot tanah dan lot kedai yang di pegang olih si tua kutuk ni dan bini nya dah di pulangkang kan balik kah kepda kerajaan negeri kelantan yang baru.? Dulu kat sebab mb, pemegang proxy lah konon, kini, kan kena buang olih Sultan, bagi lah balik , jikalau tidak ,rakyat Kelantan silakan buat aduan kat badan pencegah rasuah dan polis.Banyak rakyat kelantan yang memerlukan tanah dan bantuan kewangan.Orang tua kutuk ni duk kemut duit rakyat , tak da malu ke muka.? Cakap macam berpendidikan ugama, perangai macam sial dan iblis,. Jikalau beliau tak pulangkan balik, bermakna seluruh anggota exco dahulu dan kini, serta beliau telah melakukan CBT , (criminal breach of trusts).Harap maklum, kami tak lupa, harap kerajaan kelantan sedia ada jangan buat buat lupa lak.!

    Reply
  • June 23, 2013 at 2:25 pm
    Permalink

    Saperkara lagi, Lot 10 JKR dan kenderaan x 2 rasmi kepunyaan kerajaan kelantan dah di pulangkan balik ke belum, jangan buat harta mak bapak kau lah weh.!
    Cakap pandai macam malaikat, perangai sial macam syaitan, duk bagi fatwa merapu memecahbelahkan umat islam.

    Reply
    • June 23, 2013 at 2:43 pm
      Permalink

      Marah nampak. Orang kelantan cakap tak baik maki tok guru nanti ditimpa bala. Ada juga yang cakap kena undi parti dia sebab nanti di akhirat dia yang nak bagi shafaat. Parti Ajaran Sesat la tu.

      Reply
      • June 23, 2013 at 4:06 pm
        Permalink

        Mana tak marah nya sampai skrg air muka org tua ni tak dapat dimalukan secara sah dan rasmi……asyik dok sosek2 sesama sendiri je bagi melepaskan geram…habis binatang dalam zoo diumpamakan pd nik aziz …..kesian pencacai parti suci umno….hehe

        Reply
        • June 23, 2013 at 5:26 pm
          Permalink

          Mek, saya dok Kelantan tapi undi Barisan. Nak undi Parti Ajaran Sesat camana, pengikut dia kata Tok Guru boleh shafaat. Kalau bukan tok guru ajar, sapa lagi yang ajar benda mengarut lagu tu. Dok sini macam macam benda dah saksikan sendiri.

          Reply
          • June 23, 2013 at 6:01 pm
            Permalink

            Bagi le bukti yg pengikut kata nik aziz boleh bagi syafaat…..hanya org umno je tuduh mcm tu….fakta sikit la bukan auta !!!!!

          • June 23, 2013 at 6:51 pm
            Permalink

            semua orang tau mek…hang nak bukti macam mana ?? gambar, video hangpa kata besi…

            hang pi tanya adun selingsing PAS tu…

          • June 23, 2013 at 8:52 pm
            Permalink

            Sebab Tokguru ebgok ada syafaat la maka dia tak lagi di lantik sebagai MB selepaih. Habih la segala kekuasaan & kemewemahan pok Nik la ni. Pengikut nya pun tok lagi kagum & hormat kat dia sebab dia tak kuasa.

            Isy…isy..isy…kesian Pok Nik bersendirian la ni…!!!

  • June 23, 2013 at 5:05 pm
    Permalink

    nik aziz ini berdosa besar kerana tidak menyatu padukan umat islam di msia. berdosa besar, nanti mati jawablah kat Tuhan.

    Reply
    • June 23, 2013 at 6:04 pm
      Permalink

      Nak menyatupadukan apanya….org tak terima Islam sebagai cara hidup !!!!

      Reply
      • June 23, 2013 at 6:32 pm
        Permalink

        Mek esah ni tahu ke Cara hidup islam? atau cukup dengan bertudung dan berkopiah shj…kalau kita rasa diri kita ni aja yang betul orang lain yang tak sama dgn kita tu salah, riaklah tuuuuu…

        Reply
      • June 23, 2013 at 6:53 pm
        Permalink

        Nak menyatupadukan apanya….Islam dengan PAS jauh bezanya !

        Reply
      • June 23, 2013 at 8:47 pm
        Permalink

        Weiii…mek esah dah gersang…hang jangan nak melalut lalut la. Coba hang jelaih kan kat sini macam nerr nak amal kan islam sebagai cara hidup…?

        Kalo setakat pakai tudung liput & pakai jubah berserban tu ka hang kata cara hidup isle..? Ghamai depa yang berpakain la gu tu tapi peghangai sakan macam setan…sebab sepanjang masa depa suka mengutuk,memfitnah & melekeh kan oghang lain yang tak sealiran pemikighan politik ngan puak puak hamPAS riak lagi bengap tu.

        Reply
        • June 23, 2013 at 10:05 pm
          Permalink

          Sekurang2ada jgak sunnahnya…..Habis tu nak suruh berpakain mcm mana…berseluar jeans bertopi sudu ….sungguh tak sesuai bagi yang dah tua bangka mcm si anu bin si anu tu…..hehe

          Reply
          • June 23, 2013 at 10:41 pm
            Permalink

            Pakai jubah masuk masjid buat fitnah merata alam…sunah nabi mana tu mek ??

          • June 23, 2013 at 10:59 pm
            Permalink

            Mek esah, sebenarnya sesuatu perkara tu akan jadi benar atau salah mengikut niat hati kita sendiri. kalau kita tak buka pintu hati sampai bila pun kita tak akan jumpa kebenaran. Salah satu cara adalah dengan menimbangkan sesuatu perkara itu secara objektif yang berlandaskan fakta sebenar. sebagai contoh adakah boleh kita kata Malaysia ini Negara secular sedangkan orang luar negar memandang Negara kita adalah sebuah Negara islam contoh yang Berjaya…

          • June 24, 2013 at 1:38 pm
            Permalink

            Dalam Islam ni Mek…takder istilah sekurang2 nya atau atleast…atau apa sahaja….setiap amalan samada baik atau buruk semua diambil kira….hang pakai tudung tapi kalau mulut penuh tahi dan asyik nak ngutuk orang kata orang lain kurang Islam lepas tu…hati pulak asyik nak prasangka…semua tu akan dikira…hang pakai tudung (dapat pahala atau tidak Allah akan tentukan)…hang ngutuk orang dapat dosa atau tidak…hanya Allah juga yg tahu…tapi yg penting setiap amalan tak kira sebesar atau sekecil mana pun, ada ganjarannya….sebb itu pengiraan dan penghisaban di akhirat esok sangat adil…ada timbang beratnya….moral kat sini nak habaq kat hang…jgn terlalu konfiden dengan amalan hang…kita tak tahu pun sapa paling byk amalan…di akhirat esok semua akan ditimbang…hatta buang kaca di jalan raya sekalipun…bagus jika bertudung litup…tetapi itu bukan lesen untuk hang pandang rendah pada orang yg tak bertudung dan menganggap hang lebih baik dari depa…siapa kita…siapa hang nak hakimi orang lain, samada masuk syurga atau neraka…jadilah muslimah yg berhemah dan menunjuk contoh yg baik supaya menjadi ikutan perempuan lain….moga2 hati mereka terbuka bila melihat muslimah sejati yg menjadi contoh di alaf baru ni….aku bukan apa…kesal tengok perangai muslimah macam hang….mengaku bagus tapi tetap kelihatan byk celanya…..

      • June 24, 2013 at 4:35 am
        Permalink

        mek ! mek ! ni aku nk komen . Orang PAS tu , semua MAKSUM ke ? org umno pulak semua kafir ke ? ko ni betul lah buta mata , buta hati kan mek . kau cakap , mcm kau sorg je yg tau pasal islam kat kat sini . kau ingat , Allah suka ke percakapan kau tu ? dah 100% islam ke ayat2 kau tu ? cermin dulu muka sendiri lama2 mek , sebelum nak tuding org lain x terima islam sebagai cara hidup. kalau kau dah sempurna islam & iman , baru boleh tuding kpd org lain .

        Reply
        • June 24, 2013 at 6:13 pm
          Permalink

          Tak pernah pulak kata org pas tu maksum dan org umno pulak semua kapir…..tp yg set2 hang yang dok kutuk pemimpin mcm nik aziz dan nwar brahim dgn perkataan yg amat2 memualkan tak apa pulak….sikit terkena terus menggelupar….

          Reply
  • June 23, 2013 at 8:42 pm
    Permalink

    Stadium dan lebuhraya gotong royong bila nak buat kita org pas dok tunggu nie…duit derma dh byk bagi.

    Betul lah apa org umno kata pas utk menang p/raya tdk boleh lari dri menipu rakyat, nak tunjuk apa yg sdh dibuat utk rakyat tak ada maka menipulah caranya.Syabas org umno seseg

    Reply
    • June 23, 2013 at 10:14 pm
      Permalink

      Pas terpaksa buat highway sendiri dgn memungut derma wpun sebenarnya ia adalah tugas kerajaan msia….sikap bacul dan pengecut kerajaan pusat adalah dimulai dgn madey wpun pak lah agak mesra pas tp ntah mcm mana highway yg hampir2 menjadi kenyataan di masa paklah dibatalkan…..memang umno parti betina sifatnya….auuuw

      Reply
      • June 23, 2013 at 10:43 pm
        Permalink

        parti betina ??? hehe….
        mek hang tidur dalam khemah ke malam ni ??

        Reply
      • June 23, 2013 at 11:21 pm
        Permalink

        Mek esah oi..kalau tak tau cerita sebenar jangan nak memandai mandai. untuk makluman Mek projek tersebut telah tersenarai dalam rancangan Malaysia cuma pemaju yang yang nak laksanakan secara reka dan bina tu dah tarik diri…Lagi pun proses nak bina jalan bukan senang, cakap hari ni esok boleh siap. Ia melibatkan berbagai proses kajian, kenal pasti lot tanah yang terlibat, pengambilan balik Tanah sepanjang lebuhraya tu bukan free, rekabentuk, lantik kontraktor dll..so, orang yang tak berilmu memang cakap senang aja, tuduh, fitnah memang seronokla…..

        Reply
        • June 24, 2013 at 6:17 pm
          Permalink

          Dah hampir 2 dekad…..pemaju tarik diri?…. Kenyataan tolol dan bebal……ada tangan ghaib dikalangan seagama dan sebangsa yg bermain wayang…..yakin dan percaya lah !!!!!!!!!

          Reply
          • June 24, 2013 at 11:16 pm
            Permalink

            Mek Esah dua dekad tu 20 tahun mek oi, sedangkan pemaju tu tarik diri dihujung RMK9 (2010)Untuk makluman, kerajaan ada perancangan lebuhraya lain ke Kota Bahru iaitu lebuh raya Pantai timur yang sekarang dalam pembinaan fasa 2 (LPT2). Fasa 3 adalah dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu, ini untuk mengurangkan kesesakan di jalan Kota Bahru ke Kuala Krai….

      • June 24, 2013 at 4:40 am
        Permalink

        Hakikatnya , kerajaan PAS itu bengap lagi bodoh dalam mentadbir kerajaan ! ini aku cakap. kau kata kerajaan pusat bacul ? kau guna internet ini , kerajaan mana buat ? nik ajis buat ? pas bongok tu buat ? ape yg pas buat untuk malaysia ? ape yg pas buat untuk naikkan nama malaysia ?PAS adalah parti pembangkang paling bengap pernah wujud atas dunia ini ! pandai bercakap , pandai berjanji , tapi 1 pun tak tertunai .

        Reply
        • June 24, 2013 at 6:25 pm
          Permalink

          Ni memang tugas kerajaan pusat…..kantung duit dipegang bn…sapa2pun pandai buat benda ni…..rasanya pas lagi berhemah mengurustadbir negeri dalam keterbatasan sumber…..

          Reply
      • June 24, 2013 at 9:36 am
        Permalink

        Tanggugjawab???

        Bila cerita pasal tanggugjawab ni, nak tahu jugak dari Mek, duit2 derma tu dah pergi mana???

        Bukankah ia merupakan tanggugjawab kpd kerajaan neger selepas kutip derma untuk bina lebuhraya, kena usaha laksanakan pembinaan lebuhraya tersebut. Kenapa tak laksanakan tanggungjawab itu.

        Kalau tak dapat laksanakan, kurang2 kena la mengaku dan cuba cari dan memlangkan duit2 derma itu pada pihak penderma. Jika tiada rekod (selalu org derma ni anonymous), ambiklah duit2 tu bagi pada fakir miskin, ni senyap jer.

        Jgn lupa, kalau duit tu diambil atas alasan derma dan penipuan, kira otg yg mengutip dan mengambil duit2 itu HARAM hukumnya.

        Reply
        • June 25, 2013 at 12:12 am
          Permalink

          Berapa sen sangat le nak harapkan derma tu…..apa2 pun projek tu dah dimulakan…kalau hang rasa sangsi hang pi sendiri kat Bukit Bakar,Machang….tp pasal apa jahat sangat umno pada kelantan ?

          Reply
          • June 25, 2013 at 5:14 pm
            Permalink

            Berapa sen sangat???

            Mana boleh macam tu Mek, tipu duit tak kira sikit atau banyak, menipu tetap menipu.

            Amanah tetap amanah Mek, jgn pecah amanah…hehehe

      • June 24, 2013 at 11:07 am
        Permalink

        mek..lebih baik la ko jaga anak je,,buat malu je mengeluarkan text hanya menunujukkn kebengapan ko je,,

        Reply
        • June 25, 2013 at 12:16 am
          Permalink

          Bengap tak bengap pun …mek kesian pd pencacai umno yang dok defend krajaan bn yg diketuai umno buat jahat pd kelantan…..tak leh terima kenyataan bahawa demokrasi rakyat bebas memilih sapa….minda kelas ke3

          Reply
  • June 24, 2013 at 9:15 am
    Permalink

    “Jika Umno memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa Umno memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?”

    “Royalti” tu hak rakyat Kelantan???

    Hahaha, Kalau jumpa minyak seperti tertera dlm Akta Petroleum 1974 dan perjanjian negeri dengan Petronas pada tahun 1975/76, bolehlah dapat bayaran tunai dari PETRONAS. Masalahnya tak jumpa lagi minyak di Kelantan.

    Reply
    • June 24, 2013 at 1:55 pm
      Permalink

      Depa ni bangsa lambat pick up..lambat upload info masuk dalam kepala otak…neuron2 nya dah terbakar kot…tu sebb dah berpuluh kali bagi bukti dan fakta dalam ni pun, dok main lagu sama…tak habis2 dok sebut pasal royalti yg hakikatnya memang Kelantan tak patut pun dapat royalti…rasanya cakap ngan dinding pun lagi bagus dari bercakap dengan puak2 yg hampir boleh dikatakan bengap ni (tak der lain dah perkataan sesuai….kalau dah tak faham2 juga…bengap lah tu)

      Reply
      • June 25, 2013 at 3:08 pm
        Permalink

        Mek, kita ada dalil la Mek dlm hal ni, bukan dalih

        Dalih tu puak mu jer suka bagi!!!

        Awat, mu tak caya ker???

        Reply
  • June 24, 2013 at 1:47 pm
    Permalink

    Dah jumpalah minyak kat Kelantan ambi aja kat perigi tak perlu proses pun..

    Reply
    • June 25, 2013 at 3:28 pm
      Permalink

      Apalagi Mek, pergilah mintak “Royalti”

      Hehehe

      Reply
  • September 10, 2015 at 4:34 pm
    Permalink

    Mek Esah, hang boleh join parti PAN%#&, parti kepunyaan Mat Sabu pujaan Mek Esah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *