Macam Dah Tak Ada Akal, Pakatan Terus Menyerang SPR

Share


Muka tak malu!

Itulah yang boleh diperkatakan tentang gelagat para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR dan DAP yang terus mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana kononnya tidak menjalankan tugas dengan jujur dan telus.

Alasan mereka, PRU-13 dipenuhi dengan pelbagai penipuan dan taktik untuk memenangkan Barisan Nasional. Tuduhan-tuduhan mereka pula, kononnya sangat kukuh dan telah membuktikan bahawa SPR memang telah mencabuli tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Hakikatnya, yang gagal sebenarnya adalah mereka sendiri. Segala tuduhan yang dilemparkan, langsung tidak dapat dibuktikan dengan baik. Bahkan segala tuduhan berkenaan, akhirnya membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya yang jadi pembohong, penipu dan pemerdaya.

Setakat ini, tiada satu bukti pun yang menunjukkan segala tuduhan yang dilemparkan adalah benar belaka.

Para pecacai Pakatan Rakyat cuba semula memainkan isu dakwat kekal untuk menunjukkan bahawa SPR menipu, justeru mewajibkan Pengerusi SPR meletakkan jawatan atau didakwa kerana berbohong dan seterusnya dipenjarakan.

Namun dakwat kekal sebenarnya bukanlah sesuatu perlu dipertikaikan pun. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan mereka yang telah dicalitkan dakwat kekal, mengundi dua atau tiga kali. Pembuktian yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pula, semuanya melebihi jam 5:00 petang di mana proses pengundian telah pun selesai.

Dari awal lagi, TAKTIK DAKWAT KEKAL telah didedahkan oleh pelbagai blog dan portal pro-kerajaan. Dari awal lagi juga telah didedahkan bahawa Pakatan Rakyat akan cuba menjadikan dakwat kekal sebagai kaedah terbaik untuk menunjukkan PRU13 adalah pilihanraya yang paling tidak adil dan penuh penipuan. Dan akhirnya terbukti, segala pendedahan tersebut adalah benar belaka. Pakatan Rakyat memang mahu menimbulkan huru-hara dan mencari jalan untuk memprotes bagi kekalahan mereka.

Kaedah biometrik yang sekarang ini digunakan secara meluas di lapangan-lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia, bahkan dalam sistem pilihanraya di seluruh dunia, telah ditentang sepenuhnya oleh  Pakatan Rakyat. Kata mereka, sistem biometrik tidak akan berkesan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan lebih mudah.

Akhirnya, SPR memilih untuk mengikut kehendak Pakatan Rakyat. Sistem biometrik yang dicadangkan lebih awal, ditolak ke tepi dan dakwat kekal dipilih untuk digunakan. Pakatan Rakyat melompat seronok sebab jerat mereka telah mengena.

Tidak ada dakwat kekal yang akan kekal selama-lamanya kecuali dicacah di bawah kulit. Apatah lagi dakwat kekal yang digunakan dalam PRU di Malaysia buat julung-julung kalinya itu, berasaskan air yang sudah tentu tidak akan bertahan selama dakwat kekal berasaskan minyak dan alkohol yang digunakan oleh negara-negara dunia ketiga lain.

Sekarang, dakwat kekal itulah yang sedang dipertikaikan. Dakwat kekal itulah yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk membatalkan kemenangan Barisan Nasional walaupun pada masa yang sama, memelihara kemenangan mereka walaupun membabitkan dakwat kekal.

Tiada lagi cerita tentang 40 ribu orang pendatang asing yang diimport khas oleh UMNO-BN untuk menjadi pengundi hantu. Tiada lagi cerita tentang pesawat-pesawat khas yang mendarat di lapangan terbang di seluruh negara. Tiada juga cerita tentang bas-bas yang digunakan untuk mengangkut pengundi-pengundi hantu itu.

Lebih menarik lagi ialah, cerita tentang Blackout yang menjadi asas kepada himpunan besar-besaran yang sedang dirangka dan dirancang oleh Pakatan Rakyat, juga enggan diperkatakan memandangkan tiada mana-mana pihak dari kalangan Pakatan Rakyat terutama yang menang dalam PRU lalu mahu membuat laporan polis berhubung blackout.

Anehnya, di sebalik semua tuduhan yang tidak berasas itu, Pakatan Rakyat masih cuba untuk menunjukkan yang mereka betul. Berbanding membuktikan bukti-bukti dan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan, mereka melalak dan mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Walhal yang sepatutnya meletak jawatan, tutup mulut dan menyerah diri untuk dipenjarakan adalah para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim yang kuat menyalak sampai ke luar negara tetapi gagal menunjukkan bukti atas segala tuduhannya.



14 thoughts on “Macam Dah Tak Ada Akal, Pakatan Terus Menyerang SPR

  • June 17, 2013 at 4:42 pm
    Permalink

    SAYA cadangkan spr tak payah lagi guna dakwat kekal yang bodoh lagi kuno ni, negara tak maju yang tak ada ic saja dok guna…..pakailah sistem biometrik yg lagi berkesan. jangan dok ikut sgt cakap pakatan syaitan ni, mereka yg dok suruh lepas tu mereka yang dok meroyan. jangan bagi muka lagi kat mereka.

    Reply
  • June 17, 2013 at 7:07 pm
    Permalink

    Kita mendesak kepada SPR mansukhkan penggunaan dakwat dan dikembalikan
    penggunaan Biometrik Yang jauh lebih baik terutama dalam mengesan pengundi hantu DAP dari Tiongkok.

    Reply
  • June 17, 2013 at 7:52 pm
    Permalink

    SPR mengaku telah terdapat sedikit kecelaruan dalam penggunaan dakwat kekal. Dakwat yang sepatut kekal hingga 3 ke 7 hari dikatakan hilang sertamerta setelah dicuci. SPR mengatakan kerana aplikasi yang tidak mengikut aturan, botol tidak digoncang terlebeh dahulu dan calitan yang tidak rata oleh petugas, menyababkan dakwat mudah hilang hilang.

    Period.. penjelasan sudah diberi tanpa flip-flop. Sekarang akibat dari dakwat hilang, apa pulak kaitannya dengan penipuan ? Adakah orang yang tangannya dibasuh bersih itu sudah mengundi 2 kali, 3 kali atau 9 kali oleh kerana dakwat padam dari jarinya ?

    Mana wakil mereka, mana permerhati yang dapat dibuktikan tertidor sehingga orang tanpa dakwat dijari sudah berulang kali mengundi?.

    Kita konpius dan tak faham.

    Reply
  • June 17, 2013 at 8:02 pm
    Permalink

    Dari tahun 2004 hingga 2012 Dewan Rakyat/Parlimen telah dipergunakan oleh pehak pembangkang untuk melemahkan Kerajaan Persekutuan dan jentera Kerajaan.

    Mula-mula mereka minta ISA dimansuhkan/ Selepas itu mereka mahu dakwat digunakan untuk dicalitkan ke jari semasa mengundi.

    Selepas pindaan undang-undang dibuat apa jadi sekarang? Mereka kata process mengundi tidak berjalan dengan betul pula kerana dakwat tidak kekal di jari.

    Pada hal sistem yang ada sebelum pengunaan dakwat adalah satu sistem yang baik, yang telus dan yang senang dipraktikkan dan dipantau.

    SPR melalui TV dan You Tube patut menayangkan atau melakunkan process dan cara pengundi datang mengundi dari mula hingga akhir di Pusat Mengundi, di luar bilik dan di dalam bilik mengundi serta kehadziran agen-agen SPR dan agen-agen parti politik serta cara Kad Pengenalan disemak dan nama pengundi dipanggil untuk tontonan orang ramai semula.

    Reply
  • June 17, 2013 at 8:03 pm
    Permalink

    pengundi yg tertanggal dakwat di jari tu tak ader ic rupanya !

    Reply
  • June 17, 2013 at 9:06 pm
    Permalink

    Dakwat kekal pru13, kolot kuno tak masuk akal, ini lah tahap pemikiran para pemimpin PR yg digilai dan disanjung tinggi oleh sebahagian rakyat malaysia, lebih malang lagi golongan terpelajar seperti guru pensarah yg kejanya meng hasut para pelajar membenci kerajaan terpengaruh dgn kedunguan dan kejahatan para pemimpin PR, yg peliknya diaorang kata umno kolot dan kuno, BODOH punya orang suka putarbelit.

    Reply
  • June 17, 2013 at 9:07 pm
    Permalink

    Haron Din nak dakwat tu kekal ke ?? ooo..kalau macam tu padang besar bukannya jauh tok….pi seberang buat tattoo la, confirm kekal.

    Reply
    • June 17, 2013 at 11:26 pm
      Permalink

      baik hang jgn ajar2 dia pi seberang…bukannya apa… takut kalau dah sampai seberang nanti tak jadi buat tattoo…lain pulak yg dibuat nanti…

      Reply
      • June 17, 2013 at 11:53 pm
        Permalink

        hehe….

        To be fair Harun Din kita hormati atas ilmu agamanya yang tinggi, aku rasa jauh lebih tinggi dari nik ajis, mursamdol pas sepanjang hayaT tu, tapi pernah kita terfikir kenapa saban PRU Harun Din akan kecundang di Perlis ?? Pi la Tanya orang Perlis..

        Bagi orang Perlis, Harun Din adalah tok guru yang di hormati oleh sesiapa pun tak kira apa pun pegangan politik. Mustahil untuk dia kalah di Arau.

        Tapi itu lah perkiraan Allah swt…rakyaat Perlis menyanjung tinggi Haron Din, tapi bukan PAS !!

        Reply
  • June 17, 2013 at 9:51 pm
    Permalink

    Datok harun din pun dah sebok pasal dakwat kekal? sudah sudah la tu tok,,,, dalam dunia ni mana ada yg kekal, tak kan tu pun tok tak tau?

    Reply
  • June 17, 2013 at 9:54 pm
    Permalink

    kalau Pakatan tak memfitnah dan menipu SPR tu lagiii aku terkejut !!!

    Bila SPR difitnah , dicemuh , dihina dan dimaki oleh puak Pakatan . Tu tandanya SPR telah membuat kerja mereka dengan penuh keikhlasan dan jujur !

    Reply
  • June 17, 2013 at 11:12 pm
    Permalink

    Pr ni memang keji penuh dgn putar belit dan tipu muslihat, lagi lagi spr tipu, aku sebagai jentera parti lihat kebanyakan kakitangan sementara spr dari kalangan penjawat awam yg bertugas di pusat mengundi ialah penyokong pr, ni yang aku muskil silap2 pr yg menipu , kan memang dah jadi tabiat pr bila mereka menipu org lain yg salah,

    Reply
    • June 18, 2013 at 10:19 am
      Permalink

      Yang ni aku ada dengar juga…ramai petugas SPR penyokong PR…tapi tak pasti kesahihan….

      Reply
  • June 18, 2013 at 1:52 am
    Permalink

    ha ha ha, ini la orgnya yg ada dikalangan org umno pun sama dok puja kononnya ulamak tersohor. geli pankreas aku tgok gelagat org2 bijak pandai agama la ni. tak silap aku, dia pun bkannya pernah mnang bertanding, asyik kalah je. cuba2lah trima ketentuan Allah….awat yg teruk sangat ni ?!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *