Caj Air Kedah – Pulau Pinang: Guan Eng Cuba Lari Bayar Hutang

Share


Nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang, “Khalifah” Lim Guan Eng, tetap berdegil enggan membayar sebarang caj kepada Kerajaan Negeri Kedah atas bekalan air mentah yang “dicuri” Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi sumber Sungai Muda.

Dia berhujah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya mengambil air mentah dari kawasan Sungai Muda yang terletak di dalam sempadan negeri Pulau Pinang.

Justeru itu katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu membayar apa-apa caj air kepada Kerajaan Negeri Kedah memandangkan sumber air yang mereka dapat itu diperoleh di dalam kawasan sempadan negeri Pulau Pinang.

Pada saya, hujah Guan Eng itu mungkin logik dan dapat diterima bagi mereka-mereka yang malas berfikir serta tidak tahu tentang operasi yang melibatkan industri bekalan air bersih kepada rakyat.

Tapi, kepada mereka yang “familiar” dan tahu tentang “modus operandi” industri air, saya yakin mereka akan bersetuju bahawa alasan Guan Eng itu langsung tidak masuk akal, tidak wajar dan hanya bersifat melepaskan diri dari menunaikan tanggungjawab.

Dalam ertikata lain, jawapan Guan Eng itu adalah satu tindakan yang zalim dan tidak adil kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Pada saya, Guan Eng perlu bayar caj air yang dituntut itu memandangkan Kerajaan Negeri Kedah bertanggungjawab menjaga sumber bekalan air itu di kawasan hulu Sungai Muda. Bukan mudah untuk menjaga sumber air berkenaan.

Untuk menjaga dan memelihara sumber bekalan air mentah, Kerajaan Negeri Kedah perlu memastikan sungai tersebut tidak tercemar dan tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti yang mampu mengancam sumber air berkenaan.

Kalau ada pokok bakau yang berkualiti, ia tidak boleh ditebang untuk bantu sumber ekonomi. Dan jika di sekitar kawasan Sungai Muda itu berpotensi untuk dibangunkan, ia terpaksa dilupakan demi memelihara kebersihan dan kualiti sumber air tersebut.

Tahukah Guan Eng bahawa semua komitmen memelihara sumber air semulajadi itu merugikan Kerajaan Negeri Kedah dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk memastikan kawasan itu tidak tercemar?

Pada saya, Kerajaan Negeri Kedah boleh membina empangan khas dan melencongkan aliran air Sungai Muda itu dari masuk ke sempadan Pulau Pinang. Aliran air sungai itu boleh disekat. Cuma buat ini Kerajaan Negeri Kedah tidak tergamak dan tidak sezalim itu kepada rakyat Pulau Pinang.

Tapi kalau Guan Eng enggan membayar caj tuntutan tersebut, tidak mustahil jika Kerajaan Negeri Kedah boleh melencongkan aliran air supaya kekal di dalam kawasan negeri Kedah. Jika itu berlaku, saya harap Guan Eng tidak datang menyembah dan merayu pada MB Kedah. Sudah terlewat!

Saya masih ingat lagi tentang desakan Kerajaan PAS Negeri Kedah yang mahu Guan Eng membayar caj air kepada mereka pada penggal lepas. Alasan tuntutan itu tetap sama iaitu Pulau Pinang memperoleh sumber air dari Sungai Muda yang mengalir dari Kedah.

Ketika itu, tuntutan tersebut disokong sebulat suara oleh para pemimpin BN Kedah. Cuma, para pemimpin BN tertanya-tanya, mahukah “saudara sekatil” PAS itu membayar caj air yang dituntut Ustaz Azizan itu?

Memang Guan Eng enggan melayan tuntutan PAS Kedah. Dan keengganan itu sebenarnya telah menjadi kontroversi yang merenggangkan hubungan di antara PAS Kedah dan DAP sehingga kini. Khabarnya, mereka bergaduh sakan!

Kini, Kerajaan BN Negeri Kedah menuntut perkara yang sama. Caj air itu dituntut memandangkan ia adalah satu tindakan yang sangat wajar setelah Pulau Pinang tergadai dengan harga yang sangat murah (RM10,000) pada suatu ketika dulu.

Pada saya, Guan Eng boleh teruskan kedegilan dan kesombongannya. Namun kalau Guan Eng boleh main jahat, Kerajan BN Negeri Kedah boleh main kasar 10 kali ganda. Harap Guan Eng jangan menyesal nanti..!



20 thoughts on “Caj Air Kedah – Pulau Pinang: Guan Eng Cuba Lari Bayar Hutang

  • June 17, 2013 at 7:11 pm
    Permalink

    elok buat aje empangan… boleh jadikan sumber letrik

    Reply
  • June 17, 2013 at 7:45 pm
    Permalink

    jangan lepaskan si setan guan eng ni, kerajaan kedah jgn berlembut dlm isu ini, pastikan mereka bayar atau potong bekalan.

    Reply
  • June 17, 2013 at 8:19 pm
    Permalink

    pulau pinang sebenarnya adalah sebahagian daripada negeri kedah!buat apa nak menzalimi penduduk pulau pinang!

    Reply
    • June 17, 2013 at 8:44 pm
      Permalink

      betul pada tahun 1776

      Reply
    • June 17, 2013 at 9:01 pm
      Permalink

      Hang toni tarak guna ONE…tu tak pa. Kalo lagu tu hang ka Kedah akan ambik balik tanah di Seberang Prai tu jadi milik Kedah. Lepaih tu jangan hang ka Kedah zalim plak….!!!

      Reply
    • June 17, 2013 at 9:51 pm
      Permalink

      kerajaan Penang yang zalim taknak bayar hutang , lu apa tautony ?? lu otak serupa apek racist lim laa , taktau mentadbir negeri dan tak mau bayar hutang !!! ini macam orang bodoh pun rakyat Penang boleh pilih kaa ??? hahahaha

      Reply
    • June 18, 2013 at 8:19 am
      Permalink

      Ni tak tahu nak kata kau ni Tony

      Kira nak ikut pandangan kau, Singapore tu sebahagian dari Johor la ya!!!

      Reply
  • June 17, 2013 at 9:03 pm
    Permalink

    dan orang cina sebenarnya adalah pendatang dari Tanah besar cina yang di bawa masuk sebagai buruh untuk melombong bijih !

    Reply
  • June 17, 2013 at 9:21 pm
    Permalink

    Apa lagi, charge aje. Buat semakan kadar setiap tahun.
    Jangan bagi peluang orang lain pijak kepala.

    Reply
  • June 17, 2013 at 10:04 pm
    Permalink

    Lencong-melencong ni tanya je pakar…..pakarnya adalah madey….lencong salur paip gas yang sepatutnya didaratkan di Pantai Senok, Bachok,berjaya dilencongkan ke mana ntah oleh pakar sawa belit ni !!!!!!

    Reply
    • June 17, 2013 at 11:53 pm
      Permalink

      mekkk ada pemimpin Pas kata dah jumpa minyak kat darat … elok kau pergi gali ngan pemimpin PAS tu , hanya orang bodoh macam kau jee yang percaya mekk hahahaha

      Reply
      • June 18, 2013 at 10:14 am
        Permalink

        Mekk ni…orang lain khatam Quran …tapi dia pulak hanya khatam ceramah pembangkang dengan suratkhabar harakah…sebb itu otak dia hanya tahu nak bangkang jer…dan standard macam tuu jer…lain mana dia pandai…..

        Reply
    • June 18, 2013 at 8:35 am
      Permalink

      Mek, cuba tunjuk blueprint plan pendaratan ke Pantai Senok di Bachok tu…hehehe

      Bersambung dari semalam…

      Harakah (19 Jun 2013): Ketika ditanya adakah akan pelan pembinaan landasan MRT dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur akan diteruskan, Husam menjawab “Sudah diterangkan, selagi takder derma tuan2, kami tak dapat pergi berjumpa dan menarik minat pakar2 minyak dunia. Derma ini adalah jihad utk minyak “free”. Bukan sahaja minyak “free”, rakyat Kelate tak perlu bayar apa2 tambang dari KB ke KL, kerana ini semua ditangung oleh kerajaan PAS. Tapi kalu demo mau dr KL ke KB, kena bayarle tambang sebab kat KL minyak tak “free””. Kata2 Husam disambut dgn tepukan gemuruh org2 PAS diringi dgn Takbir!!!

      Bersambung….

      Reply
    • June 18, 2013 at 11:36 am
      Permalink

      mek..kalau ckp xda fakta baik ko g jual kopok lekor je la mek,,,

      Reply
  • June 18, 2013 at 12:10 am
    Permalink

    Kemana dilencungkan mek ?? hang ni..

    Mek hang kata currency spore better daripada kita, bila hang nak pi shopping di spore ?? Posa dah nak dekat nii…hehe

    Reply
  • June 18, 2013 at 8:50 am
    Permalink

    Aku setuju jika lencong punca air kedah dari penang jika tak mau bayar kos selenggara punca air tersebut. Kedah boleh jual air bersih pada penang dengan harga yg. lebih tinggi. Kalau tak mau berpakat memang patut diajar begitu. Biarlah penang dapat sungai yg. kering.. jika itu dapat mengajar LGE erti bekerjasama dan tolong-menolong. jangan pentingkan diri sendiri ajeee..

    Reply
    • June 18, 2013 at 10:16 am
      Permalink

      Biar betul engkau ni Bujuk……macam tak percaya pulak….

      Reply
    • June 18, 2013 at 11:34 am
      Permalink

      hahaa,,,bujuk,,setuju sgt gan ko,,,mesti ko mimpi masuk umno malam td ni,,,

      Reply
    • June 18, 2013 at 7:08 pm
      Permalink

      Ni memang aku..
      Kalau dah terang dia nak bolot semua mana boleh bagi senang2. Kita kena adil walau d mana kita berada. Ini bukan masalah parti, tapi HAK. Sama seperti kes royalti.. jika k’tan berhak, k’jaan persekutuan kena bagi bukan menafikan.

      Reply

Leave a Reply to tony gunawan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *