“Hantu-Hantu” Di GLC Kedah Akan “Dibotolkan” Secepat Mungkin…

Share


Kadang-kadang “letih” juga bila lihat perangai puak-puak PAS yang tak tahu malu. Sudah kalah tu, sudahlah. Tapi tetap menebalkan muka menempel enggan meletak jawatan lantikan politik mereka di beberapa GLC di Kedah.

Sebenarnya, bukan sedikit puak-puak PAS mengimplankan kroni-kroni mereka di dalam GLC-GLC Kerajaan Negeri Kedah selama lima tahun mereka mentadbir negeri Jelapang Padi itu. Boleh dikatakan habis mereka “ratah” jawatan-jawatan yang ada…

Dulu ketika di awal zaman jajahan PAS di Kedah, parti pak lebai kulup itu menempatkan kroni-kroni mereka ke jawatan-jawatan strategik di dalam GLC-GLC tersebut. Mereka isi seberapa banyak jawatan yang ada secara lantikan.

Maklumlah, semua individu lantikan BN meletak jawatan sebaik saja PAS menjajah Kedah…

Namun, mungkin tak puas hati dengan jawatan lantikan politik yang ada, mereka “ada-adakan” jawatan dan jabatan baru bagi mengisi sanak saudara, isteri, adik, kakak, abang dan sepupu sepapat mereka di GLC-GLC tersebut.

Bukan saja secara di jawatan-jawatan lantikan politik yang dibuat secara kontrak, mereka serap seberapa banyak kroni-kroni mereka di GLC-GLC tersebut ke jawatan tetap. Penuh GLC-GLC di Kedah dengan puak-puak “hijau”.

Bukan apa, kalau yang dilantik dan diambil bekerja itu mempunyai kelayakan yang sewajarnya, saya fikir mungkin mereka punya alasan untuk berbuat demikian. Sekurang-kurangnya mereka menitik beratkan profesionalisme dan kualiti pekerja.

Masalahnya, kebanyakkan yang dilantik dan diberikan kerja itu lebih dari separuh tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya. Adakah patut dilantik seorang bekas eksekutif bank sebagai Presiden sebuah taman teknologi bertaraf dunia? Agak-agaklah sikit..kan?

Bila BN mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dari jajahan PAS, tiba-tiba mereka-mereka yang dilantik secara lantikan politik itu enggan meletak jawatan. Bila diberikan notis 6 bulan perletakan jawatan, Kerajaan BN dituduh zalim dan mereka nak saman GLC terbabit…

Agak-agaklah sikit. Tak tahu malu, kah? Kalau jawatan lantikan politik, maka buatlah cara “gentleman”, letaklah jawatan bila PAS kalah di Kedah! Takkan itu pun tak tahu fikir sendiri? Sanggup bermuka tembok menebalkan diri pada BN?

Siapa kata mereka tahu malu? Salah seorang dari mereka misalnya buat muka tak malu hadir ke majlis kesyukuran MB Kedah di Sri Mentaloon dan cuba membodek Datuk Mukhriz Mahathir. Dia fikir Datuk Mukhriz tak tahu siapa dia?

20130611_101741

Mukanya terpampang di poster “ceramah tolak BN” sebagai penceramah PAS yang mengutuk BN. Nak tipu apa lagi? Dia patut sedar diri. Cari kotak di supermarket dan kemas barang-barang di pejabat sebelum serahkan surat perletakan jawatan secara terhormat…

Bukan apa. Saya percaya “peninggalan-peninggalan PAS Kedah” di dalam GLC di anak-anak syarikat kerajaan negeri itu dipercayai menjadi “hantu penanggal” yang menyalurkan informasi dalaman kerajaan BN Kedah kepada PAS.

Beberapa informasi sebelum ini dikesan bocor ke tangan puak-puak PAS. Maknanya, ada “hantu penanggal PAS” yang menyampaikan maklumat berkenaan. Kalau maklumat itu sahih lainlah cerita. Masalahnya, maklumat yang disampaikan itu palsu dan berbaur fitnah!

Persoalannya, apakah wajar “hantu-hantu” itu dibiarkan bermaharajalela? Pada saya, mereka perlu “disekolahkan” dengan tindakan-tindakan disiplin yang sewajarnya. SOSMA dan OSA boleh digunakan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, mana-mana lantikan politik di dalam GLC itu perlu ditekan sehabis mungkin dan ditamatkan kontrak mereka secepat mungkin. Bukan apa, ramai lagi golongan profesional yang dilihat mampu membangunkan Kedah semula selepas dirosakkan rejim PAS Kedah.

Saya yakin, walau apa pun yang berlaku selepas ini, barisan Exco dan MB Kedah yang baru mendapat mandat dari rakyat Kedah itu mampu mengatasi masalah “hantu-hantu” itu. Hanya tunggu masa dan ketika saja untuk mereka “disemadikan di dalam botol”..kan?



10 thoughts on ““Hantu-Hantu” Di GLC Kedah Akan “Dibotolkan” Secepat Mungkin…

  • June 16, 2013 at 3:55 am
    Permalink

    eloklah letak jawatan secara gentleman sebagaimana para pegawai bn buat dulu semasa pas mengambil alih pemerintahan negeri. jgn jadi muka tak malu.

    Reply
  • June 16, 2013 at 4:02 am
    Permalink

    macam mana nak letak jawatn , tanggungan hutang yang membebankan, depa ingat Pas mampu bertahan pada PRU13…maka belilah kereta mewah, rumah baru, bini baru..last-last hancur…kalau tak ada kerja camana nak bayar itu semua…last-last buat lah perangai ‘tak mahu mengalah’…..standard lah tu…pak lebai Pas mana reti tahu malu..bini orang pun sapu…malah yang berlakon dan bermuka-muka pun ramai

    Reply
  • June 16, 2013 at 7:12 am
    Permalink

    Adatlah, walau dimana atau parti apa pun bila menang tentulah akan memilih dari kalangan penyokong dan mereka2 dari parti berkenaan, ini mmg standard dimana2 dan tak timbul masaalah kerajaan yg menang itu zalim, takkan kita nak bagi jawatan pada yg terang2 dan sahih menentang kita… so pada org2 PAS yg berkenaan cubalah belajar jadi gentleman…

    Reply
  • June 16, 2013 at 10:47 am
    Permalink

    Kalau mereka perform well…aku rasa tak salah kekalkan mereka, kalau idak, longkangkan jer..

    Bukannya apa UMNO ni, bab-bab perkasakan bangsa dan agama dalam GLC sejak semenjak ni dah jadi hampeh !!
    lantikan politik ke GLC di peringkat nasional pun…hancur !! sedih !!

    As long dia melayu Islam dan menunjukan prestasi kerja yang memberangsangkan, tak kira lah dari PAS pun, kekal kan lah meraka. Jangan di ambil orang cina memegang jawatan tinggi dalam GLC, kerana sabotaj yang akan mereka lakukan adalah maximum.

    PM pun depa boleh tipu, inikan pulak boss-boss melayu depa di GLC .

    Reply
  • June 16, 2013 at 12:40 pm
    Permalink

    yap…mane yg rekod baik bleh stay… tp kalo jenis bangsa ng melingkupkan ajek kasi tendang jejauh…yang penting time keje x de nk politik2…amanah tu jage.. kita ni orang islam…

    Reply
    • June 16, 2013 at 7:30 pm
      Permalink

      dlm pas yg baik2 banyak dah kena kick yg tinggal semuanya sepisis haram jadah….kasi jer satu meja dlm stor suruh depa dok dlm tu…tengok berapa lama buleh tahan!

      Reply
  • June 16, 2013 at 6:33 pm
    Permalink

    saperti yang kita tahu semua orang kita yang bertaraf pemimpin atau non-pemimpin memiliki semangat juang paling tinggi. Atau dalam bahasa kasar mereka semua kepala batu & degil lebih degil dari orang Arab.

    Diluar sana pemimpin mereka akan terus letak jawatan selepas cerita mereka mula disoksek, belum pun keluar dalam media.
    Orang Jepun, Korea, Thai malah US , pemimpin mereka semua ambil pendekatan begini . DiIndon seorang speaker letak jawatan setelah diintip dan dibuktikan menonton vidoe lucah.

    Dinegara kita video aksi sepanjang durasi 22 min.serta footage cctv menjamu selera aiscream bukan menjatuhkan mana2 pemimpin malah membantu mereka menang PRU.

    Keengganan mereka yang dilantik tidak mengikut prosidur itu adalah memanjang budaya degil dan tidak mahu kalah orang kita walau pun maruah diri disoal oleh tindakan mereka.

    Reply
  • June 16, 2013 at 9:30 pm
    Permalink

    Tak kiralah siapa yg ada dlm GLC tu,yg penting blh bekerja dgn jujur & bertanggung jawab bkn kaki bodek.Org PAS ka org UMNO ka yg tidak amanah tetap berdosa.Klu masa UMNO kalah dulu semua yg ada dlm GLC letak jawatan bila PAS berkuaasa, Org PAS dok tunggu apa lagi, takan tak malu kot.

    Reply
  • June 17, 2013 at 8:27 am
    Permalink

    GLC..kih kih ..jangan nak longkangkan yang dikedah jer,,yang tempat lain pun kena juga,,sebelum rakyat termuntah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *