Kerja 5 Tahun Lepas Tak Jalan, Mak Lampir Salahkan Khalid!

Oleh Nor Azlina Shaari

Hingga kini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin masih lagi menyelar kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim biar pun belum cukup sebulan Si Gagap memerintah Selangor.

Sebelum ini juga, Zuraidah sudah pun memberikan kata dua sekiranya Khalid terus diberikan tanggungjawab sebagai MB Selangor, beliau akan keluar dari parti PKR.

Tapi, itu hanyalah kata-kata yang terucap di bibir sahaja. Tidak pula Mak Lampir ini berani mengotakan janjinya. Itulah ciri-ciri yang sama yang ada dalam diri setiap pemimpin parti pembangkang.

Kenyataan yang berbentuk ugutan itu dibuat selepas keputusan PRU13 keluar kerana Selangor masih lagi di tangan PR dan Zuraidah lantang bersuara bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Rasa tidak puas hati Zuraidah berterusan hingga kini walaupun kelibat Azmin dalam isu menempelak Khalid tidak lagi kelihatan.

Ketika keputusan masih lagi tidak dibuat bersabit isu siapa yang layak menjadi MB Selangor dan hanya mendengar suara-suara mengatakan khidmat Khalid akan diteruskan, Zuraidah bangkit menembak peribadi dan kebolehan Khalid.

Beliau mendakwa Khalid tidak layak menjadi MB kerana kewibawaannya sebagai pemimpin tidak berkesan selain tidak dapat memenuhi janji rakyat serta semakin banyak masalah yang timbul di Selangor.

Ketika ini, Zuraidah juga menyalahkan Khalid kerana kerja-kerjanya di Ampang tidak bergerak.

Dalam sidang media yang dibuat baru-baru ini, Zuraidah menyerlahkan kebodohannya sebagai Ahli Parlimen Ampang sejak 5 tahun yang lalu di mana memberitahu masalah seperti su air, sampah (kekerapan dan kapasiti pengutipan), pembersihan kawasan awam dan longkang, jalan berlubang serta masalah lampu jalan tidak dapat diselesaikan.

Mak Lampir ini menyalahkan Khalid 100% dengan memberitahu Kerajaan Negeri pimpinan Khalid tidak meluluskan urusan penyaluran dana kepada dirinya.

Persoalannya, kenapa selama 5 tahun Khalid memegang Selangor, baru sekarang Zuraidah mahu bersuara? 5 tahun itu adalah satu tempoh masa yang terlalu lama. Takkan pula masalah serius yang melibatkan kehidupan seharian rakyat tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa itu? Mustahil.

Pelik juga apabila isu yang melibatkan rakyat, Khalid tidak mampu untuk selesaikan walhal Khalid sering kali melaungkan semangatnya sebagai pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat.

Inilah keadaan yang Zuraidah tidak sedar dan tidak nampak. Pendedahan yang mengatakan selama 5 tahun lepas Khalid sebagai MB Selangor tidak membantu menyelesaikan masalah di Ampang memperlihatkan dirinya sendiri yang tidak melakukan kerja dan tugas yang sepatutnya.

Zuraidah nampaknya telah membodohkan diri. Kononnya mahu mendedahkan sikap buruk Khalid yang tidak membuat kerja, akhirnya diri sendiri yang sebenarnya tidak menjalankan tugas dengan baik.

Ibaratnya seperti mahu menunding jari kepada orang lain. Tanpa sedar, empat jari lagi menunding diri sendiri.

4 thoughts on “Kerja 5 Tahun Lepas Tak Jalan, Mak Lampir Salahkan Khalid!

  • June 13, 2013 at 10:11 pm
    Permalink

    biaslah mak lampir ni dr kem azmin, sudah tentu skrg mereka akan serang khalid habis2an. khalid skrg bukan kena serang dgn pembangkang di selangor tetapi dr org partinya sendiri.

    Reply
  • June 14, 2013 at 1:39 am
    Permalink

    Mak lampir ni mana tau buat keje..biasa laa mantan penjual buah dan minyak kat pekan ampang..dia tau menyalak kosong je isi nya tiada..ehmmm..untung betul mak lampir ni daripada warga S’pore, asalnya penjual buah dan minyak urut kat pekan ampang…cuma mempunyai sebuak kereta produa kancil..sekarang dah hebat dengan jual air liur dapat elaum MP >RM1200/= punyai beberapa kereta mewah…nasib ko memang baik mak lampir ooo selain dapat undi 100% daripada cina DAP..ko dapat undi daripada melayu PAS dan PKR yang bangang. kalau bukan undi cina ..ko terlungkup laa oii…anyway tahniah kepada warga ampang yang masih mau bertuankan mak lampir ni so tanggung sendiri la akibatnya dan pergi lah mengadu kepada beliau sekiranya terdapat sebarang masalah.

    Reply
  • June 14, 2013 at 4:02 pm
    Permalink

    PR Selangor sudah dapat 2/3 majoriti dalam PRU13 maka PKR dan PAS kenalah minta DAP bagaimana nak bantu orang Melayu di Selangor terutama sekali di luar bandar dalam negeri Selangor nak berjaya dalam perniagaan, pertanian, pembuatan, perumahan, penternakan.

    PR Selangor jangan ingatkan orang dan rakyat Negeri Selangor di Kawasan Bandar sahaja.

    PR Selangor juga kena ambil berat tentang keluarga ibu tunggal, Mat Rempit, penagih dadah dan OKU.

    Longkang tersumbat, jalan Negeri dan Majlis Tempatan Perbandaran dan Bandaraya pun Kerajaan PR Selangor kenalah ambil perhatian.

    Negeri Selangor ialah negeri yang terkaya di Semenanjung. Bolehkah Kerajaan Negeri Selangor adakan Kelas Tusyen Bahasa Inggeris bagi murid-murid Melayu yang mana keluarga mereka berpendapatan kurang daripada $3,000.00 sebulan.

    Reply
  • June 15, 2013 at 9:52 am
    Permalink

    Saper la yg dpt kontrak sediakan guru2 BI tu yer?? Musykil sbb Utusan Malaysia da kuar berita 70% guru BI x capai tahap..Kot2 S’gor kene import lak cikgi2 yg putih gebusss dari Amerika ka China ka…isskkk, skandal Chinadoll Round 2 pulak!! Tak pa, sbb S’gor kaya raya lagi makmur, sy cadangkan k’jaan PR ikat kontrak terus ngan British Council supaya standard BI murid-murid Melayu yang mana keluarga mereka berpendapatan kurang daripada $3,000.00 sebulan akan jadi setaraf ngan mereka yg ibubapa berpendapatan lebih drp $3,000.00 sebulan. Amacam??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *