Menghina Raja-Raja Melayu Lambang Berfikiran Matang Dan Luas?

Share


Sebenarnya, saya masih belum puas hati selagi mereka-mereka yang menghina DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Saya memandangkan tinggi cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang mahu akta Derhaka digubal bagi membendung penghinaan terhadap institusi yang menjadi “payung” rakyat Malaysia bernaung selama ini.

Pada saya, kebiadapan mereka-mereka ini perlu diajar dengan hukuman yang berat memandangkan ia adalah satu kesalahan serius yang mampu mencetus kemarahan bangsa Melayu dan menjejaskan imej kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Kalau di zaman kesultanan Melayu Melaka, mereka-mereka ini sudah tentu akan dipancung. Mungkin hukuman itu agak keterlaluan untuk dilaksanakan di zaman ini, namun hukuman itu melambangkan betapa seriusnya kesalahan tersebut, bukan?

Memalukan, masih ada lagi beberapa pengkhianat bangsa yang tak sedar diri dan masih memandang remeh penghinaan kepada Raja-Raja Melayu itu. Antaranya ialah AJK PAS Pusat, Mujahid Yusuff, Peguam Suaram, Fadiah Nadwa, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah dan Presiden TERAS, Mohd Azmi Hamid.

Mereka mendakwa, kononnya akta Derhaka ini melambangkan fikiran yang tidak matang, sempit, menghalang kebebasan bersuara, menyekat kemajuan pemikiran dan rakyat perlu diberikan ruang untuk meluahkan pemikiran mereka.

Saya tertanya-tanya, apakah menghina Raja-Raja Melayu itu melambangkan “luas”nya pemikiran seseorang? Apakah memperlekeh dan mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu itu menunjukkan kebebasan suara yang wajar diperjuangkan?

Apakah dengan wujudnya akta Derhaka itu maka ia akan menyekat kemajuan pemikiran rakyat dan sekaligus membataskan kotak pemikiran kita semua?

Saya tak tahu dari mana dan bagaimana akal puak-puak Pakatan Haram ini berfikir, namun dari sudut pandangan saya, ada yang tak kena dengan cara puak-puak ini berfikir.

Akta Derhaka itu pada saya dicadangkan untuk menghukum mana-mana pihak yang memiliki kebiadapan melampau dan keceluparan yang mengganggu sensitiviti kedudukan serta kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang ketuanan Melayu di negara ini.

Perkara ini sangat penting pada bangsa Melayu. Derhaka pada Raja-Raja Melayu bermakna “mencari pasal” dengan bangsa Melayu. Orang Melayu dulu berparang dan berkeris kerana mempertahankan Raja-Raja Melayu. Dan kini mungkin kerana keris disimpan di dalam sarungnya, maka Akta wajar menggantikan “keris” itu.

Saya ingin bertanya, apakah kebebasan bersuara dan meluahkan pemikiran itu maka mewajarkan seseorang itu menghina Raja-Raja Melayu?

Tidak salah untuk mana-mana pihak bersuara dan meluahkan buah fikiran. Namun, adalah salah sama sekali menghina orang lain, khususnya Raja-Raja Melayu yang memiliki kedudukan dan kedaulatan tersendiri di negara ini.

Pada Peguam Suaram, sila buka perlembagaan dan fahami kandungan perlembagaan Malaysia semula. Sia-sia jadi peguam kalau tak faham kandungan perlembagaan negara.

Akta Derhaka wajar dikaji bagi menghentikan tindakan melampau segelintir rakyat yang tidak sedar diri ini. Mereka yang tidak matang, dituduhnya pula orang lain tidak matang. Mereka yang buat salah, dituduh pula orang lain berfikiran sempit…

Pada saya, institusi Raja-Raja Melayu perlu dijaga imej mereka sebagai lambang kedaulatan negara. Malaysia bukan negara republik seperti China atau Singapura. Kalau itu pun gagal dihayati, rasanya elok “migrate” saja ke negara lain dan pohon kerakyatan di sana. Harap maklum.



6 thoughts on “Menghina Raja-Raja Melayu Lambang Berfikiran Matang Dan Luas?

  • June 12, 2013 at 9:57 am
    Permalink

    Kita sudah sampai ke peringkat yang sudah LEWAT untuk menghalang perhinaan raja2 kita. Sebab nya masa perkara ini bermula kerajaan kita buat tak kesah,tapi sekarang bila sekarang Anwar sudah dapat tahu dia mendapat 51% undi popular itu 5.7 juta rakyat Malaysia menyokong dia,sokongan ini sudah menjadi ‘senjata’ bagi dia untuk menguling kerajaan. Dia telah mengalakkan penyokongnya untuk mencabar undang2 kita,keputusan pilihanraya dan sekarang penyokong dia sudah tahu perkara ini mendapat lebih ‘perhatian’ di media dan pihak polis. Puak2 ini akan membuat provokasi dengan menghina Raja2 kita secara besar besaran dengan beramai ramai mereka sehingga ‘mustahil’ untuk kerajaan ambil tindakan menyaman dan menpenjara kesemua mereka. Bayangkan jikalau semua yang hadir di Stadium Kelana baru baru berbuat demikian sebagai ‘sokongan’ untuk Anwar, seluruh dunia akan melihat betapa zalim dan ‘undemokratik’ nya kerajaan Ah Jib Gor mempenjara rakyat dia kerana bersuara tentang Raja2 mereka. Kelakuan kurang ajar ini adalah lagi satu ‘affirmative action’penyokong Anwar akan memberi kepada Anwar as a ‘show of support’ untuk gerakan ‘UBAH’ mereka. Kita sudah lewat untuk menghalang isu ini lebih baik biarkan sahaja lama lama mereka pun berhenti bila tidak dapat perhatian dari kerajaan.

    Di era tahun 80’an trend menghina Ratu Elizabeth sangat popular dengan wujudnya ‘punk’ culture dan music seperti band ‘Sex Pistol’. Anwar mengguna cara ini untuk brainwash penyokong muda dia sekarang,

    Reply
    • June 12, 2013 at 10:27 am
      Permalink

      Sebenarnya kita tak perlu risau…worse come to the worse…agung boleh isytihar darurat…army boleh take over…masa tu yg kaya2 baru lah tahu langit ni tinggi atau rendah…dan kita boleh saksikan rakyat mana yg betul2 setia…yg tak setia kepada negara sure akan cabut gi obersea…

      Reply
      • June 12, 2013 at 4:35 pm
        Permalink

        Saya takut Ah Jib Gor dah buat juga ‘gentlemen’ agreement dengan Anwar yang kita tahu semacam mana dia buat untuk PRU13 dengan Jusuf Kalla,kali ini kalau nak jadi darurat dan ia memihak kepada Anwar dari negara hancur gentleman Ah Jib berundur.

        Reply
  • June 12, 2013 at 11:47 am
    Permalink

    Bila menyebut tentang kebebasan dan freedom of choice…manusia sering lupa tentang satu perkara…kebebasan itu sebenarnya hanyalah significant jika ia termaktub dalam norma2 yg positif serta tidak memudaratkan….Contohnya Allah menciptakan kita mulut untuk bebas memasukkan apa sahaja dalam mulut tersebut…selain digunakan untuk makan, ia boleh juga digunakan untuk bercakap…tetapi, jika mulut yg digunakan untuk makan itu digunakan untuk memakan racun, makanan yg haram dan mudarat pada tubuh…serta diguna pula untuk makan aiskrim dalam jamban…maka kebebasan yg diberi itu sudah menjadi suatu kezaliman kepada tuan tubuh badan…kerana meletakkan sesuatu yg bukan pada haknya…begitu juga berckp…kita digalakkan untuk bercakap perkara yg baik….menasihati…memuji kebesaran Allah…berzikir dan lain2…tetapi…jika mulut yg diciptakan Allah itu digunakan untuk memfitnah, menghina orang lain, berbohong dan mengumpat…maka ia sudah menzalimi tubuh tuan punya badan dan juga orang lain yg difitnah tersebut….maka sebab itu sewajarnya tubuh2 yg zalim ini akan dibalas di akhirat kelak dengan perbuatan masing2….jadi ada byk lagi kebebasan yg telah disalah guna oleh manusia…tangan diguna untuk mencuri…mata diguna untuk melihat perkara yg tidak baik dan lain2….jadi…apakah sebenarnya kebebasan itu??..dan wujudkah kebebasan secara total??…atau adakah sebenarnya kita tidak bebas langsung??…kerana hidup ini perlu ada undang2 dan garisan yg boleh dijadikan penanda aras terhadap sesuatu yg kita lakukan supaya tidak melampaui batas….hakikatnya…kebebasan secara total tidak pernah wujud…sebagai orang Islam…kita sendiri tahu…ada perkara yg kita boleh lakukan..dan ada perkara kita langsung tidak boleh lakukan….sebaiknya…jgnlah kita orang melayu ini terlalu terikut2 dengan budaya barat dan sesat yg menjulang kebebasan melampau sehingga boleh berbogel di tepi pantai atas nama kebebasan itu sendiri…wallahua’alam

    Reply
    • June 12, 2013 at 1:04 pm
      Permalink

      Freedomm of speech, Human rights, environmental protections, freedom of religion,wild life preservation malah demokrasi adalah ” tools ” negara-negara barat terutamanya Amerika dalam memastikan mereka ada tool ynag sesuai untuk mengekang kebangkitan negara-negara lain, terutamanya negara-negara di Asia Tengah dan Asia.

      Factor dia atas adalah baik, tetapi tujuan mereka adalah amat meragukan… Di negara barat berbagai akta di gunakan untuk memastikan faktor ini berpihak kepada mereka dan hanya mereka sahaja.

      Bercakap pasal hak asasi manusia…guatanamo bay, apakah ianya menjunjung hak asasi manusia yang mereka laungkan ?? Pengharaman pembinaan masjid yang kecil di Frisno, California..apakah ianya selari dengan freedom of religion yang mereka juarai ?? Berapa loji tenaga nuklier di negara barat ? apakah ini selari dengan environmental protection ?

      Bila ada cai-cai di Malaysia ni yang terpengaruh pada slogan-slogan ini tanpa memikirkan implicationnya, maka akan tergugat lah keharmonian negara.

      Aku nak tanya cai PAS, apakah freedom of speech bersesuaian dengan Islam ?? Apakah hak asasi manusia, walaupun perogol, pembunuh di tuntut agama ? jawapanya tentu lah tidak ! walaupun dalam hal-hal tertentu hak mereka ada termaktub dalam Al Quraan. Di sebelah kiri mereka memekik hudud….di sebelah kanan pulak mereka memekik hak asasi manusia dalam acuan barat.

      Di negara scandinavia dah ada gesaan untuk mengharamkan penyembelihan haiwan secara syarak dangan alasan ianya kejam dan tak berperi kemanusiaan…kemanakah hala tuju kita sebagai orang Islam.

      Itu lah HAR…kebanyakan anak-anak muda sekarang dah hilang jati diri sebagai orang melayu yang beragama Islam, bagi mereka its cool to rebel, dan tanpa mereka sedari mereka hanyalah pawn dalam permainan catur.

      Reply
      • June 12, 2013 at 4:44 pm
        Permalink

        Pandangan bekas IGP Tan Sri Rahim sangat tepat,dia kata Anwar akan guna ‘gelombang’ idealogi Hak asasi manusia yang sangat universal untuk meracun minda rakyat Malaysia.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *