Pakatan Tuduh Penyokong Sendiri Sebagai Bangla

Oleh: Zul Rawi

Kalangan pencacai ini secara terang-terangan telah membuat serkap jarang Bangla PKR-2dengan memuat naik beberapa keping gambar dan klip video menerusi laman sosial konon-kononnya pengundi-pengundi yang sedang beratur di tempat mengundi adalah merupakan pengundi hantu dari Bangladesh dan Myanmar.

Sedangkan mereka tidak sedar bahawa pengundi-pengundi tersebut yang juga merupakan rakyat Malaysia yang sah telah menjadi mangsa penipuan mereka sendiri kerana dituduh sebagai warga asing.

Paling mengecewakan, apabila terdapat pengundi-pengundi di kalangan India Muslim Malaysia atau lebih dikenali mamak dan kaum India Malaysia dituduh sebagai pengundi hantu dari Bangladesh.

Malah Anwar sendiri dilihat begitu tertekan dengan kekalahan pihak pakatan pembangkang yang sebelum ini digambarkan mampu menumbangkan kerajaan BN/Umno.

Lihat sahaja isu-isu yang diketengahkan dalam siri jelajah terbarunya yang mengunakan slogan ‘Himpunan Kemarahan Rakyat’. Semua berkisar kepada perkara yang sama dan yang terbaru isu ‘undi popular vs undi elektoral’.

Namun disebalik keghairahan itu, pencacai pakatan dikejutkan dengan satu laporan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan yang memohon maaf secara terbuka.

Ramai dikalangan pencacai yang mempertikaikan mengenai kesahihahan laporan tersebut, malah ada dikalangan mereka yang marah dengan tindakan editor yang dilihat tidak mendatangkan sebarang kelebihan kepada parti itu.

Tambah menarik perhatian ada dikalangan pencacai yang ‘taksub’ mengatakan ia merupakan propaganda Umno untuk menutup kelemahan SPR. Itu belum diambil kira dengan hujah balas yang menuduh kerajaan BN/Umno telah membayar sejumlah wang kepada syarikat pencetak untuk mengelirukan rakyat khususnya para pencacai.

Lidah rasmi PKR itu baru-baru ini telah mengeluarkan satu ‘Ralat’ atas ketelanjuran yang dilakukan sebelum ini.

“Merujuk kepada Suara Keadilan edisi 120, muka surat 13 pada tajuk ‘Bangla Gelabah Tunjuk Dua Kad’. Suara Keadilan memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar Ali Mydin sebagai warga Bangladesh yang datang mengundi.

“Beliau ialah seorang penyokong Pakatan Rakyat. Kegagalan beliau menyanyikan lagu ‘Negaraku’ apabila disoal oleh petugas di barong adalah kerana beliau tergesa-gesa mengejar masa. Sebelum ini beliau telah mengundi dalam beberapa pilihanraya dan merupakan warganegara malaysia yang sah” menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut.

Namun apa yang pasti, ramai dikalangan rakyat yang boleh berfikir secara waras akan tersenyum dengan gelagat pencacai yang kadangkala bersikap seperti beruk dan monyet di hutan.

Pendekatan matlamat menghalalkan cara yang mereka dokong selama ini telah menyebabkan mereka semakin ditolak oleh majoriti pengundi.

Buat para pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada 5 Mei yang lalu, syabas dan tahniah diucapkan. Keberanian kalian semua menolak pendekatan murahan Anwar dan para pencacai melalui sistem demokrasi amat dihargai.

11 thoughts on “Pakatan Tuduh Penyokong Sendiri Sebagai Bangla

  • May 13, 2013 at 11:04 AM
    Permalink

    Pakatan ialah parti yang menghasut, menyusahkan , mengelirukan, mengkhayalkan dan menayokkan rakyat.

    Reply
  • May 13, 2013 at 12:22 PM
    Permalink

    haha bengong punya Pacartoon. orang sendiri ‘Bangla’, pemimpin sendiri mamak

    Reply
  • May 13, 2013 at 12:24 PM
    Permalink

    hehe..tak tak tentu arah dah depa ni semua ! penyokong sendiri di tuduh bangla.

    Anwar secara terdesak cuma mengekalkan momentum untuk mencari titik pencetus rusuhan, PAS kelihatan sudah menerima kenyataan dan lebih berhati-hati kecuali seekor dua jembalang seperti mat sabu dan mahpus.

    Rakyaat dah semakin muak…!!

    Reply
  • May 13, 2013 at 1:04 PM
    Permalink

    memang epic fail.. selepas maki hamun dan fitnah macam2… akhirnya kena org sendiri

    Reply
  • May 13, 2013 at 1:32 PM
    Permalink

    Sepatutnya undang-undang perlu digubak untuk parti-parti politik tidak menggunakan perkataan seperti “Rakyat”, “Demokrasi” atau apa-apa ugama dalam menamakan parti mereka.

    Saya seorang rakyat Malaysia, ada IC, surat beranak, bayar cukai tahunan, ada passport dan mengikut undang-undang Malaysia. Saya bagaimanapun tidak bersetuju dengan “Pakatan Rakyat”. Mereka sering melaungkan “Rakyat mahu ini, rakyat mahu itu..” Saya sebagai rakyat Malaysia tidak mendokong cita-cota mereka, jadi mengapa saya dibabitkan? Sejak bila saya beri mereka kelulusan menggunakan saya sabagai “rakyat” mereka?

    Pada PR, sesiapa yang tidak mengikuti mereka, tidak boleh dikenali sebagai rakyat.

    Perkataan “rakyat” tidak boleh diguna sewenang-wenangnya.

    Reply
    • May 13, 2013 at 9:19 PM
      Permalink

      Eloklah nama Pakatan rakyat ini ditukar kepada Pakatan pemimpin yg syok sendiri…rakyat pun dah meluat…tak habis2 nak babitkan rakyat dalam segala hal…sedangkan masing2 sibuk hendak membesarkan punggung masing2…

      Reply
  • May 13, 2013 at 2:44 PM
    Permalink

    elokla yg dituduh bangla tu fikir dgn otak yg ada, parti macam tu ker dia nak sokong. kalau aku kena mcm tu, terus keluar parti sial mcm tu.

    Reply
  • May 13, 2013 at 5:43 PM
    Permalink

    Dok nampak org sja yg tak betul tapi diri sendiri macam perangai buruk ada..sembahyang ngan puasa je nampak elok.

    Reply
  • May 13, 2013 at 10:06 PM
    Permalink

    Jangan risau nanti polis akan beri amaran kepada mereka.

    Reply
  • May 14, 2013 at 5:30 PM
    Permalink

    Haa..haaa, penyokong sendiri disangka hantu .. agak2 hantu dari kubur yg telah menangkan mereka kot. Sendiri pasang jerat sendiri yang kena… bodo sungguh Penipu Rakyat nie

    Reply
  • May 19, 2013 at 11:28 PM
    Permalink

    muka nik ajis pun mirip2 pengundi hantu..oppppp bukan..mirip HANTU..hantu dadah…

    Reply

Leave a Reply to raplahjingaa Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.