Pemuda PAS Marah Anwar Tak Kongsi Rahsia Dengan Mereka?

Share


Apa sudah jadi pada Pemuda PAS? Dua hari lepas mereka meroyan marah-marah bila dikatakan bacul ekoran tidak mahu turut serta berhimpun di jalanraya untuk menggulingkan kerajaan BN. Semalam mereka meroyan lagi?

Meroyan apa yang teruk sangat hingga sanggup mempertikai “pemimpin anugerah Tuhan” yang tarafnya seperti “wali Allah”? Tak takut dengan kemurkaan “dewata raya” Pakatan Haram itu, kah? Pemuda PAS nak kena tempeleng?

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss mahu Anwar menjelaskan tentang “perjanjian sulit” yang dikatakan berlaku di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Umum PKR itu.

Katanya, perjanjian dengan BN yang menggunakan Jusuf Kalla sebagai orang tengah, perlu diberitahu terlebih dahulu kepada parti-parti di dalam Pakatan Haram, khususnya PAS. Raja Ahmad Al-Hiss pun nak tahu isi kandungan perjanjian “bertulis” itu…kan?

Naib kepada Nasrudin Tantawi itu mendakwa bahawa adalah menjadi amalan PAS untuk merujuk terlebih dahulu dengan para pemimpin DAP dan PKR sekiranya terdapat usul pertemuan untuk suatu perjanjian dengan BN.

Dia pertikaikan, mengapa Anwar tak boleh buat perkara yang sama dan hormati PAS dalam tindakan tersebut?

Nampaknya Pemuda PAS semakin tak sedar diri. Selepas lima tahun lebih di bawah kaki Anwar, apakah Pemuda PAS masih tidak sedar tentang kedudukan mereka yang langsung tidak dipandang oleh PKR mahupun DAP?

Ikut suka Anwarlah sama ada dia nak berjanji dengan BN atau dengan siapa pun sekali? Apa yang Pemuda PAS sebok? Apakah PAS yang beri makan PKR selama ini?

Pemuda PAS mahu penjelasan dari Anwar? Saya tak sangka Pemuda PAS begitu dangkal dan bodoh sekali untuk meminta sesuatu yang tidak mungkin akan djelaskan Anwar. Apa yang membuatkan Pemuda PAS fikir Anwar akan layan pertikaian mereka?

Kalau benar pun Anwar akan jelaskan tentang perjanjian itu, apakah Pemuda PAS fikir dia tidak akan menipu mengenainya? Bagaimana jika tidak ada sebarang perjanjian sebagaimana yang didakwa? Bagaimana jika Anwar membayar Jusuf dengan harga lumayan untuk sengaja membuat spekulasi?

Jika benar ada perjanjian di antara Anwar – Najib, saya yakin Anwar tidak akan ceritakan mengenainya pada PAS. Dari beritahu PAS, lebih baik beritahu DAP sebab parti pimpinan Karpal itu lebih “relevan” berbanding “keldai”nya yang bernama PAS..!

Katakanlah Anwar bermurah hati untuk memberitahu tentang perincian perjanjian bertulis itu, apakah Pemuda PAS fikir suami Wan Azizah itu akan memberitahu isi kandungan perjanjian yang sebenar?

Jangan mimpilah! Kalau Anwar bersumpah sekali pun, boleh percaya ke sumpah Anwar? Anwar mahukah bersumpah? Perkara sekecil OMEGA pun dia tak mahu bersumpah, apatah lagi perkara yang dipertikaikan “keldai muda”nya itu, kan?

Patutnya Pemuda PAS sedar tentang “kekalahan” PAS yang agak teruk pada PRU ke-13 tempohari. Walaupun PAS menang banyak di DUN pun, mereka tidak layak jadi MB di Selangor. Takkan itupun mereka tak boleh sedar tentang layanan “double standard” DAP dan PKR terhadap PAS?

Seperkara lagi, mana perginya Nasrudin Hasan Tantawi? Takkan suruh Naibnya saja yang serang Anwar dan PKR? PAS baru saja dituduh bacul. Atau memang Nasrudin dan Pemuda PAS sememangnya benar-benar bacul sebagaimana yang didakwa?


9 thoughts on “Pemuda PAS Marah Anwar Tak Kongsi Rahsia Dengan Mereka?

  • May 28, 2013 at 10:36 am
    Permalink

    bila ex timbalan Pas si nasha jumpa UMNO untuk membincangkan kerajaan perpaduan …punyalah bising DAP dan PKR kata membelakangkan mereka….

    skg dewata raya PR pergi jumpa DSN senyap-senyap, siap buat perjanjian lagi….Pas langsung tak tahu apa…malah mengetahui melalui suratkhabar utusan sahaja…inilah satu bentuk penghinaan yang diturunkan oleh allah swt terhadap Pas…belum apa-apa lagi Pas dah dipandang keji dan hina oleh parti gabungan PR…

    apalah nak jadi dengan Pas…lama-lama dilondehkan juga oleh PKR dan DAP menjadi pak turut

    Reply
  • May 28, 2013 at 11:18 am
    Permalink

    Hush ! agak-agak laaa..tak kan tokey nak kongsi rahsia dengan kuli.

    Reply
  • May 28, 2013 at 1:38 pm
    Permalink

    wauuu…garang nta mamat ni tapi saperti biasa laa..melayu PAS ni akan bersuara diperingkat permulaan tapi bila diherdik oleh puak PKR dan DAP..mereka ni mula laa tersengeh tunduk malu..pijak semut pun tak mati oii..mereka saperti kura-kura yang berani mengeluarkan kepala daripada cengkerang bila orang tiada..

    Reply
  • May 28, 2013 at 1:54 pm
    Permalink

    baru pas tau yg anwar tu boleh lompat mana saja, bila saja, masuk dalam lubang mana saja. yang peliknya pas masih menjadi barua anwar dan dap.

    Reply
  • May 28, 2013 at 7:15 pm
    Permalink

    Teringat teman kat buku 50 dalil kenape dsa x buleh jadi pm.

    Reply
  • May 28, 2013 at 10:20 pm
    Permalink

    PAS tak tahu yang macai-macai depa memang bacul..

    Reply
  • May 29, 2013 at 8:59 am
    Permalink

    Baru nak sedar diri… Pas hanya taraf macai yang diperbodohkan.. nasihat orang lain tak pernah nak dengar… perasan cerdik.

    Reply
  • May 29, 2013 at 11:09 am
    Permalink

    SALAM,
    BARU PADAN DENGAN MUKA ORANG2 PAS NI! MASIH JUGA TAK NAK SEDAR DIRI, DIPERBODOH DAN DIPERALATKAN OLEH DAP DAN PKR! DARI DULU LAGI DAH DAPAT JANGKA, BILA PAS BERGABUNG DENGAN PKR DAN DAP, PASTI PAS YANG AKAN JADI PENCACAI! ALANGKAH BAGUSNYA KALAU PAS BERGABUNG DGN UMNO….BILALAH AGAKNYA ORANG2 MELAYU NI NAK BERSATU?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *