Memahami Taktik “Winning Psychology” Anwar Ibrahim

Share


forbidden psychological tacticsTidak sukar mentelaah sikap dan strategi Anwar Ibrahim setelah keputusan PRU 13 diumumkan. Rata-rata rakyat Malaysia tahu bahawa cara demonstrasi jalanan, yang memungkinkan keganasan sebagai kemuncaknya bakal dilakukan.

“Winning psychology” yang telah dibuat sejak 2 tahun kebelakangan ini berjaya mengaburi mata penyokong mereka, dibuai dengan hasutan dan angan-angan kononnya mereka sudah menang, waima sebelum tempoh berkempen lagi.  Lihat sahaja lagak Anwar, dengan menggunakan jet peribadi serta helikopter pada lawatannya menggambarkan seolah-olah “he is no. 1 in Malaysia”. Dari perspektif antarabangsa pula, Anwar tanpa segan silu sering menwar-warkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Seluruh penyokong mereka percaya, apatah lagi hampir segenap industri telah dipenetrasi melalui bekas panglima ATM, artis, peguam serta pemimpin veteran UMNO.  Semua ini dirancang dengan begitu teliti, demi mewujudkan “winning psychology”. Suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa taktik Anwar ini hampir berjaya, terutamanya kepada pengundi muda dan atas pagar dari kaum Cina dan India.

Melalui “winning psychology” inilah Anwar mewujudkan sentimen, kononnya berlaku penyelewengan SPR yang menyebabkan mereka kalah pada PRU13. Rata-rata itulah ucapan oleh wakil-wakil PR di setiap perhimpunan haram 505; kepercayaan bahawa rakyat telah memilih PR, tetapi telah dinafikan oleh SPR, UMNO dan BN.

Tentu sahaja dengan arus “winning psychology” atau harapan kemenangan seperti yang dibuaikan oleh Anwar berkecai apabila keputusan PRU 13 diumumkan. Sungguhpun sekelian rakyat yang membuat keputusan, mereka tidak dapat menerima kenyataan itu.  Kekecewaan inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Anwar pada waktu dan ketika ini, bagi menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk turun berdemonstrasi. Pada saat perhimpunan inilah, hasutan untuk turun ke jalanraya bagi kononnya memulihkan demonstrasi.

Apa maksud turun ke jalanraya? Lihat kembali pada 1998, anda pasti mengetahui maksud yang tersirat. Anak muda yang mentah, yang masih dikuasai sifat amarah dan “rebellion” menjadi saluran pemuas nafsu Anwar yang sehingga kini gagal menjadi perdana menteri “at all cost”. Adam Adli, pelajar yang gagal dalam kuliah, contohnya, digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej agar kerajaan ditumbangkan melalui jalanraya.

Lebih mudah untuk menghasut sekiranya mereka yang dihasut sudah punya kekecewaan yang amat mendalam.  Contohnya, masyarakat Cina, yang dikhabarkan telah membuat “full swing” untuk menumbangkan kerajaan tetapi masih gagal, pastinya mengalami kekecewaan yang tiada tolok bandingnya. Pasti tidak sukar untuk menghasut mereka turun ke jalanraya.

Anwar bijak memanipulasi rakyat dengan “winning psychology”; mewujudkan rasa kemenangan sekaligus mempengaruhi “first time voters” dan pengundi atas pagar pada PRU 13 yang lalu.  Apabila gagal, kekecewaan penyokongnya diterjemahkan pula dalam bentuk demonstrasi, yang penulis yakin akhirnya dibawa ke jalanraya untuk menggulingkan kerajaan.

Sebijak-bijak Anwar bermain psywar, Allah jua yang maha berkuasa.



11 thoughts on “Memahami Taktik “Winning Psychology” Anwar Ibrahim

  • May 28, 2013 at 10:54 am
    Permalink

    walau sebagaimana hebat pun perancangan musuh Islam melalui proksinya bernama anwar ibrahim….kalau tidak diizinkan oleh Allah swt , maka mereka akan sentiasa kalah dengan perancangan mereka sendiri…

    lambat laun rakyat akan sedar manusia seperti anwar ibrahim hanya layak menghuni hospital bahagia sahaja

    Reply
  • May 28, 2013 at 11:17 am
    Permalink

    Dari 48 pengasas PKR, 45 dah lama tinggalkan anwar..tinggal 4 ekor jer, tu pun sebab ada talian sperm dengan anwar..kak jijah, nurul laki pada madu kak jijah, assmin.

    Reply
  • May 28, 2013 at 11:28 am
    Permalink

    Apa yang penting bagi BN sekarang ini ialah memerintah dengan tegas dan berani.

    PM sendiri telah cuba memenuhi segala kehendak masyarakat Cina, seperti bantuan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, dan berbagai-bagai lagi. Proses pilihanraya dan penghapusan ISA juga dilaksanakan.

    Sekarang ini BN mahu diubah pula. Perubahan ini akan menghancurkan BN juga. Ini semua adalah mengikut agenda tersembunyi pembangkang kerana, secara tidak langsung, BN akan diubah oleh mereka dengan cara yang sangat licik tanpa disedari agar rakyat memandang BN sebagai kerajaan yang lemah.

    UMNO perlu cermin diri sendiri dan mengubah cara mentadbirkan negara. Mengapakah mereka ini dibiarkan bebas mencabar kewibawaan negara yang dicintai ini ?

    Mengapakah Kerajaan tidak menyaman mereka yang berbohong dan memfitnah di mahkamah ? Mengapakah SPR tidak mengheret ke mahkamah mereka-mereka yang melemparkan segala tuduhan dan pembohongan ? Bangkitlah daripada tidur kamu. Masa untuk hanya menafikan pembohongan dan fitnah sudah berakhir kerana langkah ini tidak berkesan langsung. Sekarang ini perlu tindakan tegas, berani dan terbuka, berasaskan prinsip “berani cakap, berani tanggung”. Perangilah habis-habisan segala dakyah dan pembohongan secara terbuka melalui proses perundangan dengan cepat.

    Reply
  • May 28, 2013 at 11:29 am
    Permalink

    Allah maha berkuasa keatas segala sesuatu…setiap apa yg berlaku tentulah ada hikmah yg tersendiri…ada seorang soleh berkata anwar akan menjadi pm juga nnt melalui jln yg bathil…kalau dilihat pada peristiwa2 yg berlaku sejak dua menjak ni, x mustahil si peliwat tua ni akan jadi pm jugak…apa yg berlaku keatas keturunan Rasulullah saw mgkn akan berulang keatas penentang2 peliwat ni…jika forumer2 mempunyai masa terluang, bacalah buku hikayat muhammad ali hanafiyah…

    Reply
  • May 28, 2013 at 12:18 pm
    Permalink

    Yang saya hairan penulis ini tahu semua pelan2 Anwar tetapi penasihat Najib tahukah dan jika mereka tahu apa tindakan mereka?

    Reply
  • May 28, 2013 at 12:45 pm
    Permalink

    apapun, anwar tetap seorang pembohong bersiri.

    Reply
  • May 28, 2013 at 1:52 pm
    Permalink

    anwar boleh tipu mcm mana sekalipun, dunia pun mengiktiraf kemenangan BN dan mengucapkan tahniah kepada najib dan kerajaan bn kerana memenangi pru dan melaksanakan pru dgn bersih dan adil.

    Reply
  • May 28, 2013 at 2:37 pm
    Permalink

    Barisan Nasional tidak perlu diubah. Lainkalilah nak ubah BN. BN tetap diterima rakyat sehingga ke hari ini.
    Biarkan UMNO yang menjadi tulang belakang Bn.
    UMNO tetap utuh sampai bila-bila, insyallah. Orang melayu dan bumiputera tetap setia bersama UMNO.
    Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, UMNO tetap tabah dan semakin kuat untuk hadapi semuanya.
    Jangan terpengaruh dengan cadangan Gerakan.
    UMNO hanya untuk melayu dan bumiputera………………………………………….

    Reply
  • May 28, 2013 at 4:55 pm
    Permalink

    majoriti rkyt msia org melayu..majoriti melayu pilih umno..minoriti wajib hormat majoriti..majoriti cina sokong pr..masia ini hak mutlak org melayu..tuan tanah..pm tlg jaga sebaiknya tuan tanah yakni majoriti rkyt masia..yg minoriti tu bg yg asas je utk depa hidup bknnye utk depa kaut perabih..org melayu mmg kuat tolak ansur dh mmg budaya..bila kuat sgt tolak ansur kita ditolak nasib baik tk tersembab..kalu zaman jepun british kita boleh hidup susah..kita pun sanggup hidup susah skrg tanpa pertolongan cina yg nyata tikam kawan baik dari belakang..cina ni dh mmg sifat dia buat baik dgn melayu jika rasa boleh bawa untung..jika dia rasa tk boleh bawa untung dia blah tinggalkn kita..kita dh rasa skrg..biarlah puak pr pula rasa suatu hari nanti..

    Reply
  • June 8, 2013 at 10:55 pm
    Permalink

    ahmad..jgn la dikau percaya pada katanya tu..takde mana solehnya dia..yg ada hanyalah SALAH semata mata…

    Reply

Leave a Reply to khalid al walid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *