Bila Isteri Ustaz Azizan Kata Blogger PAS Kedah Melampau…

Share


Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya? Kalau sudah berumahtangga sehingga berusia berpuluh-puluh tahun, rasanya boleh dikatakan bahawa ikatan kasih sayang di antara suami isteri itu sangat kukuh dan itulah yang berlaku antara Ustaz Azizan Razak dan isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah.

Siapa boleh tahan bila suaminya yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan memimpin kerajaan dihina sewenang-wenangnya oleh mereka yang dulunya kuat membodek dan memuji suaminya? Lainlah kalau suaminya itu benar-benar tak guna seperti Anwar Ibrahim…

Siapa pula boleh sabar apabila suaminya dikutuk, dikecam dan dipersalahkan dari segenap sudut sedangkan sebelum ini mereka-mereka itu tidak pernah bersuara menegur, marah atau mengkritik kepimpinan suaminya secara terbuka.

Ustaz Azizan sedang bertarung dengan maut, para penyokong PAS yang dulu kononnya “setia” di belakang bekas Menteri Besar Kedah itu bertalu-talu memfitnah dan menabur tohmahan terhadapnya. Bolehkah Datin Seri Faekah tahan sabarnya?

Mungkin kerana itu, isteri Ustaz Azizan itu rasa terpanggil untuk meluahkan rasa kecewanya atas tindakan blogger-blogger PAS Kedah yang dilihat keterlaluan dan melampau terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Kata Datin Seri Faekah…

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” – Isteri Ustaz Azizan.

Malah tanpa berselindung lagi, Datin Seri Faekah mendedahkan dan mengesahkan tentang kebenaran cubaan pihak dalaman parti yang cuba menggulingkan suaminya itu ketika menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya yang dipetik dari media, semalam.

Bayangkanlah “hati perut” puak-puak PAS di Kedah, betapa busuknya jiwa dan raga mereka! Mentang-mentanglah Ustaz Azizan tidak lagi berkuasa untuk berikan jawatan tinggi dan projek pada mereka, mereka kutuk beliau habis-habisan.

Dan bayangkan pula kalau kepada Ustaz Azizan pun mereka sanggup berhati busuk, bagaimana pula perlakuan mereka terhadap UMNO, BN, para pemimpin dan penyokong-penyokong kerajaan seperti kita semua? Rasanya mereka sudah tidak fikir lagi soal dosa dan pahala…

Saya benar-benar tersentuh dengan keluhan isteri Ustaz Azizan Razak itu. Walaupun saya pernah menulis mengenai keburukan dan kelemahan PAS Kedah, saya tidak sesekali menyerang peribadi Ustaz Azizan kerana saya tahu tentang akhlaknya yang baik dan tegas.

Tidak salah menyerang PAS secara dasar, tapi menyerang peribadi memerlukan sifat kemanusiaan dan rasional yang tinggi sebelum berbuat demikian. Ustaz Azizan bukanlah pemimpin tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim dan kita tidak perlu serang peribadi beliau…

Setahu saya, para bloggers pro-PAS di Kedah itu berada di dalam tanggungjawab dan seliaan Unit Penerangan PAS Kedah kerana itulah maklumat yang saya terima dari salah seorang dari mereka. Persoalannya, apakah Penerangan PAS Kedah terlibat dalam usaha menggulingkan Ustaz Azizan?

Kalau benar, tidak hairanlah mereka menghentam bekas “boss” mereka itu. Tapi kalau tidak benar, mengapa pula pihak editorial blog dan portal tersebut sanggup membenarkan penulis mereka “membelasah” Ustaz Azizan? Editorial tak boleh padam artikel-artikel itu, kah?



38 thoughts on “Bila Isteri Ustaz Azizan Kata Blogger PAS Kedah Melampau…

  • May 26, 2013 at 9:40 am
    Permalink

    Semoga ustaz azizan dan keluarga beroleh rahmat dari Allah swt d dunia dan akhirat…..

    Reply
  • May 26, 2013 at 11:13 am
    Permalink

    YA ALLAH ..SAMPAI BEGITU SEKALI BLOGER PAS INI. DOA SAYA DARI AHLI UMNO UNTUK USTAZ AZIZAN SEMOGA KEMBALI SIHAT.

    Reply
  • May 26, 2013 at 12:20 pm
    Permalink

    Itulah dia penyokong kalau dah taksub , aku hormat pemimpin pas atas dasar saudara sesama islam , walaupun berlainan parti tapi kita tetap sama agama islam,islam x ajar kita erti pecah belah islam ajar kita erti bersatu, islam x ajar kita kutuk mengutuk, islam ajar kita saling bantu membantu , aku doakan ustaz azizan sihat sejahtera , x semua umno itu jahat dan x semua pas itu baik , kalau pas dan umno bergabung , insyAllah islam dan melayu akan kuat , percayalah .

    Reply
    • May 29, 2013 at 11:51 am
      Permalink

      SALAM,
      SANGAT SETUJU DENGAN PENDAPAT DARAH BIRU! PEMIKIRAN ANDA SAMA SEPERTI SAYA. SAMA2LAH KITA BERDOA SEMUGA USTAZ AZIZAN DIKURNIAKAN ALLAH KESIHATAN YANG BAIK DAN CEPAT SIHAT.
      DAN SAMA2 KITA BERDOA SEMUGA PAS DAN UMNO BERGABUNG DEMI KEBAIKAN ORANG MELAYU DAN JUGA AGAMA ISLAM KITA… AMIN..

      Reply
  • May 26, 2013 at 1:20 pm
    Permalink

    Saya sebagai penyokong UMNO mendoakan agar Ustaz azizan segera sembuh dan keluarga beliau tabah dalam menerima dugaaan Allah SWT. Semuga umat melayu islam bersatu walaupun berlainan ideologi kerana bersatunya melayu maka teguh lah Islam untuk kebaikkan ummah.

    Reply
  • May 26, 2013 at 2:56 pm
    Permalink

    Kalo ada bukti seleweng..harap xmb..kuarkan la..sama2 kita jatuh..jgn biarkan mereka bersenang lenang gitu je.pandai nak kutuk bila xde kuasa.

    Reply
  • May 26, 2013 at 3:24 pm
    Permalink

    orang Pakatan memang macamni , perangai burukkk nak mampus !!!

    Reply
  • May 26, 2013 at 4:29 pm
    Permalink

    rakyat dah lama tahu perangai buruk penyokong Pas ini,sekiranya ada dikalangan ahli dan pemimpin mereka yang tidak sehaluan dgn mereka pasti dikecam, maki dan dipulaukan…

    ianya berlaku tidak hanya di peringkat kepimpinan tertinggi mereka, seperti yang berlaku kepada ustaz nasha, hassan ali , c.n afghan…dan banyak lagi…mnalah ianya berlaku diperingkat ahli bawahan…

    saya menyaksikan sendiri bagaimana perebutan kuasa Pas kawasan melibatkan pergaduhan ahli-ahli bawahan..sampai episod rampas merampas markaz Pas..mereka-mereka inilah yang dikatakan memperjuangkan islam tapi sebenarnya menipu membohongi manusia sekeliling namun tidak mampu berbohong kepada pencipta mereka…

    buat isteri ex MB kedah, bersabarlah…memang keadaan suami puan mendatangkan kegembiraan pada musuh politik dalaman suami puan, tapi pada UMNO apa yang menimpa pada suami Puan diambil satu pengajaran….

    ingat pepatah melayu lama mengatakan ‘harapkan pagar , pagar yang memakan padi’ sebabkan terlalu mengharapkan parti Pas , parti Paslah yang membunuh karier suami anda….

    Reply
  • May 26, 2013 at 7:09 pm
    Permalink

    Tiba2 puak2 munafik beralih arah… kalau dulu merekalah juara mengutuk dan menghina Ust.Azizan, hari ni dah jadi pembela pulak.
    Mungkin ada 2-3 kerat yg. perangai huduh dalam PAS, tapi majoritinya sentiasa doakan keselamatan dan kesihatan Ust.Azizan.
    Buat Isteri dan keluarga Ust.Azizan, sabarlah dengan ujian buruk yg. sedikit dan syukurlah dengan kebaikan yg. banyak.

    Reply
    • May 26, 2013 at 10:36 pm
      Permalink

      Alaaa kak oiii, kakak pun dah lama dalam PAS, tak kan la kakak tak tau perangai berok depa tu semua, la ni kakak kena terima la hakikiat.

      sabar je la kak oiii…

      Reply
      • May 27, 2013 at 1:49 pm
        Permalink

        satement bujuk tu tak ikhlas..cuba kita baca betui2….ni puak pakatan haram jaddah memang lagu nih…jgn risau..allah bersama2 orang yang benar…baca betui2 statement bujuk nih:

        bujuk says:
        “Buat Isteri dan keluarga Ust.Azizan, sabarlah dengan ujian buruk yg. sedikit dan syukurlah dengan kebaikan yg. banyak.”

        Reply
    • May 27, 2013 at 1:53 am
      Permalink

      geli aku tgk munafik yang kuat menipu dan memfitnah bujuk nak beri gelaran kat orang !!! hahahaha

      Bukan nak membela segala kesilapan dan penipuan kerajaan PAS kedah TAPI naluri saudara seagama sedih melihat puak jijik PAS ni , Ust Azizan ni lambang kemunafikan puak agama PAS yang akan menghina dan mencela semua manusia demi kuasa .

      Majoriti orang PAS ni memang hina bujukkk .. contohnya macam kau , kami yang turut merasai kesedihan Ust Azizan dengan sakit beliau dan segala fitnah yang dihadapi beliau sekeluarga TAPI orang macam kau menghina pulak doa kami ini !!! dasar manusia hina punya bujuk !

      Reply
      • May 27, 2013 at 8:58 am
        Permalink

        bujuk bukan dari kalangan munafik ???

        Reply
      • May 27, 2013 at 7:08 pm
        Permalink

        Aku pun sedihhhhh..
        Sebagai orang Islam kita kena redha dengan kada&kadar Allah, sabar dengan ujian dan syukur dengan nikmat.
        Kat mana ayat aku yg. salah???
        Apa hang terasa dulu2 hang ada kutuk dan hina Ust.Azizan kaaa?

        Reply
        • May 27, 2013 at 10:38 pm
          Permalink

          pemimpin UMNO yang melawat azizan kau hina dan boleh tahu pulak keihklasan hati mereka !!! kami kat sini doa yang baik-baik untuk azizan pun kau kata dan tuduh “puak munafik beralih arah” .

          tak perlulaa meroyan macam anjing gilerrr pasal politik .

          Reply
        • May 28, 2013 at 1:22 pm
          Permalink

          sedih betui ka sedih belakun…aku dah siap highlight ayat hang..hang tanya lagik..hang ni sedaq ka tidaq. atau hang dah pekena PIL KUDA..secara jujur dan ikhlas..aku dari dulu sampai la ni tak pernah kutuk dan hina hamba ALLAH yang bernama Ust.Azizan ni…yang aku tau…hang ja yng tak kenai dia kalau mengikut dari statement hang yg lepaih..jgn hang nak pusing kot lain n spin pulak..aku asal dari negeri dia..aku tau dia macam mana..bukan macam hang yang pencacai seumur hidup PAKATAN HARAM JADDAH LAKNATULLLAH…jangan nak spin lah bujukk..betui ka hang kenai sapa Ust.Azizan..????DASAR PAKATAN HARAM JADDAH…PEHA GEBU NAHHHH tu ja yang hang tau..

          Reply
          • May 28, 2013 at 10:10 pm
            Permalink

            tolong cerita peribadi Ust.Azizan kat sini kalau hang betul kenal… supaya siapa2 yg. dulu rajin mengutuk danhina Ust.Azizan ni insaf sikit.

          • May 29, 2013 at 12:47 am
            Permalink

            inilaa bujuk contoh manusia hina, bersedih lihat saudara segama dalam keadaan uzur bukanlah bermakna menghalalkan segala fitnah dan kejahatan beliau terhjadap kedah …

            makin meroyan bujukk aku tgk , maklumlah orang PAS ni mmg gilerr sampai azizan kena potong kaki dan sakit pun mereka duduk dan pakat gelak . tu yang bujuk pun jadi gilerr sekali

          • May 30, 2013 at 12:24 pm
            Permalink

            cerita untuk hang ka atau oghang lain..??.setahu aku hang yang mati2 tak kenai dia..aku nasihatkan sapa2 yang kutuk Ust.Azizan tu insaflah sepenuhnya..jangan jadi puak munafik macam bujuk nih..sekutu PAKATAN HARAM JADDAH dan DAP KAFIR HARBI..PEHA GEBU NAHHHH….puak2 JAHANNAM ni tak makan nasihat n undang2 serta hukum ALLAH…tu yang dia kutuk oghang lain walaupun 1 PARTI dan 1 agama ISLAM tapi lain pandangan…

  • May 26, 2013 at 8:16 pm
    Permalink

    walaupun berlainan parti , saya sentiasa mendoakan kesejahteraan ustaz azizan. tak sangka pula org yg sama parti boleh menyumpah dan sebagainya kpd ustaz azizan. perangai mengalahkan syaitan.

    Reply
    • May 27, 2013 at 11:09 pm
      Permalink

      Doakan semoga ustaz azizan sihat walfiat dan bersama kita dlm perjuangan agama bangsa dan tanahair

      Reply
  • May 26, 2013 at 9:21 pm
    Permalink

    Sebab tu sampai la nik aziz tak berani nak berbaik dengan umno, dia tahu syaitan mana yg menjadi ahli parti dia. Kalau dia. Berbaik dgn Umno alamat dia kena maki silap silap dibuang dari syurga yg dia sendiri cipta. Tak ke naya. Alahai bujuk,yg munafik tu ahli pas. Kalau dulu azizan boleh bagi balak kat pemimpin pas la dah tak boleh so, apa lagi. Pas pakat hentam la ostat azizan. Tak munafik ka perangai org pas nie bujuk.
    Hassan Ali Dan nasharuddin pun gang hangpa pakat ludah bila x sependapat Ngan tok guru syaitan hangpa, inikan ost azizan. Jgn dok hina sangat pemimpin hangpa bujuk, mentang dia oku. Nanti Nik aziz pulak akan Terima musibah yg lagi dasyhat baru hang tau.

    Reply
    • May 26, 2013 at 9:55 pm
      Permalink

      Nik aziz mati2 tak nak berbaik dgn umno pasal dia tahu sapa sebenarnya umno……kawan yg makan kawan….set2 muda mungkin pening bila umno janjikan sesuatu yg digula2 kan….

      Reply
      • May 26, 2013 at 10:37 pm
        Permalink

        nik ajis hanya berbaik dengan syaitan jer…dan syaitan tak pernah berbaik dengan orang yang baik…hehe

        Reply
      • May 27, 2013 at 1:55 am
        Permalink

        nik ajis hanya berbaik dengan syaitan dan DAPigs yang memperjuangkan murtad dan kebebasan agama untuk semua kaum !!!

        Reply
        • May 27, 2013 at 8:59 am
          Permalink

          sebab tu nik ajis sentiasa meragui keislaman org lain

          Reply
      • May 27, 2013 at 10:47 am
        Permalink

        kami org muda dlm umno pun , tak hingin PAS bawah nk ajis sekarang nak berbaik dengan umno. takde faedah langsung pun berbaik dengan PAS yg dikawal nik ajis. tapi sekurang2 , kami x berani melabel org dgn pelbagai label , menggunakan islam sebagai modal politik. esok mati nungkar & nagkir tak tanya pun dlm kubur , ko parti ape , sape presiden parti , sape mursyidul am parti ko.

        Reply
      • May 27, 2013 at 6:52 pm
        Permalink

        tapi bermatian nik aziz berbaik dengan DAP KAFIR HARBI LAKNATULLAH walaupun dia tahu siapa sebenarnya DAP yag sedang memakan PAS sehingga tidak tinggal tulang pun….akar umbi PAS sedang meraung dalam diam bila sedikit demi sedikit tentangan DAP telah menampakkan hasil untuk mrnghalang PAS dari brsuara…

        Reply
      • May 28, 2013 at 8:21 am
        Permalink

        aku nak cadang kat nik ajis, dah free ni slalu la wat solat istikhoroh.. doa agar Allah tunjukan sapa tu anu aljuburi.., DAPigs… dan sapa org2 Islam yg slalu dia kafirkan tu.
        Perpaduan Islam lebih penting dari segalanya.. kita ni ibarat satu pohon yg besar, akarnya dah sama, klonnya pun dah sama, cuma dahan mencabang ke arah yg berbeza.. tp matlamatnya hanya satu, mendapatkan cahaya matahari..

        Reply
    • May 27, 2013 at 7:13 pm
      Permalink

      Ada ke aku mention puak mana yg. munafik tersebut? apasal korang pulak yg. terasa?
      Aku hanya mention orang yg. suatu masa dulu ketua yg. menghina dan cerca Ust Azizan, yg. tiba2 lidah dia dah bercabang.. puji dan simpati pulak.

      Reply
      • May 27, 2013 at 10:42 pm
        Permalink

        bila munafik dah terbelit . cakap pun sampai dah terbelit leher sendiri …

        simpati dengan keadaan azizan jauh bezanya bujuk itu yang dituntut oleh Islam , dalam masa yang sama juga ia takkan menghalalkan segala haramjadah yang dilakukan oleh Kerajaan PAS terhadap Kedah dan segala fitnah beliau tehadap kerajaan BN , biarlah Allah tentukannya .

        apa punya bebal laa kau bujuk , orang busuk hati macam kau , memang hina laa bujuk !!!

        Reply
      • May 28, 2013 at 2:02 pm
        Permalink

        hang mention diri hang lah tu…DASAR PUAK MUNAFIK PAKATAN HARAM JADDAH LAKNATULLAH…sat kenai sat dak…

        Reply
  • May 27, 2013 at 3:05 am
    Permalink

    ISLAMLAH SANGAT PAS NI…saudara semuslim tengah terlantar kesakitan pun jadi bahan cercaan dan hinaan.cilako pas.

    Reply
    • May 27, 2013 at 9:01 am
      Permalink

      siapa kata pas islam ??? pas parti politik !…Islam adalah agama

      Reply
      • May 27, 2013 at 12:37 pm
        Permalink

        Betul, betul, betul.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *