Pengerusi BN Pulau Pinang : Siapa Lebih Layak?

 

PRU13 di Pulau Pinang benar-benar menguji kewibawaan MCA dan Gerakan.  Negara telah menyaksikan hakikat samada mereka ini bersungguh-sungguh ikhlas menunaikan tanggungjawab sebagai  ahli parti komponen Barisan Nasional atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini memandangkan ahli MCA yang berjumlah lebih sejuta telah menyuarakan pendirian mereka dengan mengundi DAP.

 

Tambahan pula pola pemilihan PRU13  kali ini telah membuktikan yang  masyarakat Cina  memangkah pada lambang roket DAP   tanpa banyak usul-periksa akan latar belakang perkhidmatan yang pernah  disumbangkan oleh calon kepada rakyat. Daripada 89 calon Pakatan yang menang,  30 orang daripada mereka telah menewaskan calon MCA. Ini bermakna satu-pertiga daripada kekalahan BN harus dipertanggungjawabkan kepada kepincangan MCA. Begitu juga dengan calon Cina BN yang mewakili Gerakan di semenanjung, SUPP di Sarawak dan PBS serta LDP di Sabah pun turut kalah juga. Seramai 45 orang calon yang kalah merupakan calon keturunan Cina.  Oleh itu lebih dari separuh  beban kekalahan BN harus dipertanggungjawabkan kepada golongan Cina.

 
Jika kedua-dua parti yang mewakili kaum Cina itu enggan memegang jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang  maka Umno bersedia memangkunya atas dasar setia kawan. Umno Pulau Pinang bersedia memangku jawatan tersebut  sekiranya anggota dari Gerakan dan MCA menolak untuk memenuhi jawatan berkenaan buat sementara waktu.
Sejak 1974, terdapat perjanjian di antara parti komponen BN iaitu parti yang mewakili kaum Cina akan memegang jawatan itu dan Umno akur dengan perjanjian itu. Bagaimanapun, sekiranya Gerakan ataupun MCA enggan memenuhi jawatan itu, Umno bersedia berbuat demikian. UMNO tidak boleh biarkan jawatan itu kosong tanpa diwakili mana-mana parti. Jika mereka (Gerakan dan MCA) mahu semula, UMNO akan beri balik atas dasar semangat setia kawan.

 
Pihak UMNO ada mengemukakan surat rayuan kepada bekas Pengerusi BN negeri,Teng Chang Yeow  agar menarik semula hasratnya peletakan jawatan. Walaupun surat rayuan sudah dikemukakan, ia bergantung kepada Chang Yeow dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskannya kelak.
Mereka masih menunggu keputusan selanjutnya daripada Najib dan mereka juga sudah kemukakan surat rayuan kepada Chang Yeow agar menarik semula hasrat itu. Menurut mereka rayuan itu dibuat kerana UMNO merasakan beliau masih boleh memegang jawatan itu dan memimpin BN di Pulau Pinang. Namun Chang Yeow mendakwa, keputusan itu diambil kerana bertanggungjawab atas kekalahan BN kerana bertindak sebagai perancang utama strategi untuk PRU13.

 

Bagi penulis jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang harus diberi kepada orang yang benar-benar layak bukan sekadar tangkap muat dan menjalankan tugas tidak sepenuh hati. Sekiranya UMNO memang benar-benar mahu berjuang untuk Negara maka mereka sememangnya jauh lebih layak untuk mengemudi Barisan Nasional Pulau Pinang.

24 thoughts on “Pengerusi BN Pulau Pinang : Siapa Lebih Layak?

  • May 26, 2013 at 12:16 am
    Permalink

    Bila lah orang UMNO nak sedar bahawa jawatan Pegerusi Barisan Nasional Pulau Pinang sudah TIDAK ‘relevant’, sebab nya Pulau ini sudah di perintah oleh orang Cina sendiri yang tak perlu minta apa apa kebenarkan dari orang melayu lagi untuk buat apa mereka SUKA.

    Jawatan ini hanya ‘ceremonial’ sahaja.Orang Cina MCA/Gerakan tahu ia tak ada apa2 power.
    Cara UMNO masih bertimbangkannya macam lah ia satu jawatan yang penting.

    Seperti apa nya di janji oleh PM gentleman Najib orang cina akan tetap dapat habuan mereka.

    Reply
    • May 27, 2013 at 7:56 am
      Permalink

      Cukup-cukup lah Pulau Pinang diperkotak katikkan oleh Inggeris dulu, kini di godam pula oleh bangsa mata sepet.Apakah Melayu harus merayu untuk dapat kuasa.SIAPA YANG MENANG DIALAH PEMIMPIN.Gerakan adalah parti yang tidak bergerak sekarang , kita kena kurang ajar sedikit, LU BILA KALAH MAHU LETAK JAWATAN, LEPAS TU MASIH MAHU PEGANG KUASA, MANA ADA JALAN MA..Biar bertahun pun , perjuangan Melayu diteruskan hingga kita berjaya merampas balik PULAU MUTIARA!

      Reply
    • May 27, 2013 at 12:28 pm
      Permalink

      kenapa najib yang kena buat keputusan?

      Dia dah banyak kali fail.

      BN Pulau Pinang tak boleh buat keputusan sendiri ke? Kata mewakili suara rakyat.

      Kalau Najib buat keputusan lagi. Bye bye GE14.

      Aku nak masuk PAS. Apa nak jadi, jadilah

      Reply
      • May 27, 2013 at 1:45 pm
        Permalink

        PAS pun tak guna,kita patut masuk Perkasa dan jadi kan ia sebagai satu parti politik yang extreme dan rasis macam DAP yang berjuang hakhak orang melayu sahaja.

        Reply
        • May 27, 2013 at 11:26 pm
          Permalink

          Patutnya kena keluar sorang macam Osama bin Laden tu…lembab sangat….huahuahuaua

          Reply
      • May 27, 2013 at 11:27 pm
        Permalink

        Kalau Najib jadikan BN satu parti…sah2 GE14…lingkuplah BN…

        Reply
  • May 26, 2013 at 2:30 am
    Permalink

    Tak kiralah sesiapun janji dapat mambawa perubahan,jika tidak berjaya dalam skop besar kecil pun jadilah,jika tak dapat jadi hang jebat jadi hang kebun pun ok lah,

    Reply
  • May 26, 2013 at 2:37 am
    Permalink

    cukup mudah utk pilih pengerusi bn negeri pulau pinang. parti bn mana yang ada kerusi di pulau pinang, siapa jadi ketua pembangkang dlm dun pulau pinang….maka rasanya orang dari parti itu yg sepatutnya menjadi pengerusi bn negeri.

    Reply
    • May 26, 2013 at 12:04 pm
      Permalink

      Jika orang Cina MCA/Gerakan sendiri tidak mengundi diri mereka sendiri boleh kah kita percaya mereka lagi untuk tanggong jawab ini sebab mereka SUDAH belot BN/UMNO?

      Reply
  • May 26, 2013 at 6:12 am
    Permalink

    Gerakan tu pro-DAP. Tak payahlah nak bagi mula dah lat depa. Tak perform pun sejak PRU11.

    Dahtu cadangkan BN ada satu parti sahaja.
    Itu cara halus fahaman Malaysian Malaysia.

    Kalsu nak teruskan konsep 1 parti sahaja – that will be the end pf support for Najib & Co by most Malays.

    Reply
  • May 26, 2013 at 8:54 am
    Permalink

    bukanmain sopan UMNO bila nak bercakap dengan MCA dan Gerakan….. atau sebenarnya TAKUT.

    Reply
    • May 26, 2013 at 3:27 pm
      Permalink

      sopan tu adab laaa yang dituntut Islam .. yang takut tu macam PAS , undang-undang Islam yang dah dibuat sampai boleh masuk campak dalam longkang sebab kena marah dengan DAPigs !!!

      Reply
    • May 26, 2013 at 10:38 pm
      Permalink

      sopan tu di tuntut agama buj….nik ajis tak ajar hang ke ?

      Reply
    • May 27, 2013 at 12:30 pm
      Permalink

      Bab ni aku setuju. Takut.

      Biar ada tulang belakang sikit la. Dah kena ludah, pijak kepala takkan nak bersopan lagi kot.

      PAS yang insaf, aku rasa lagi melayu dari UMNO yang terlena

      Reply
    • May 28, 2013 at 10:43 am
      Permalink

      Sopan2 UMNO berbatas jugak sbb mereka xkurang ajar. Sopan2 UMNO xde la biar Cina kurang ajar mcm DAP cacaikan PAS.. Kalimah Allah kena jual pun tunduk senyap.. pulun cari ‘dalil’ yg bolehkan Allah dijual??

      Bujuk.. ko buat homnework dlu sblm nk posting..memalukan!

      Reply
  • May 26, 2013 at 9:24 am
    Permalink

    bubar saja bn kat penang….melayu masuk saja pas atau pkr !!!!!!!

    Reply
    • May 26, 2013 at 10:39 pm
      Permalink

      macam PAS masuk DAP ke mek ?? hmmmmm…

      Reply
    • May 27, 2013 at 10:27 am
      Permalink

      melayu , mamak pulau pinang masih ade maruah la mek oi. depa masih waras lagi. jadah ape nk masuk parti peliwat atau parti spender stopa ali. dua2 parti pemecah belah melayu islam . jangn ko nk spin plak mek , ko kata pas & pkr wujud dulu sebelum umno. pas & pkr x mampu lagi lawan british , umno dah ke depan bersilat menggagalkan malayan union.

      Reply
    • May 27, 2013 at 12:32 pm
      Permalink

      pkr merge dengan dap. Dua-dua parti multi racial kan?

      Ke melayu PKR takut kena tindas dengan cina dap 🙂

      Melayu masuk PAS tu mungkin boleh dipertimbangkan. Kita tengok Najib. Masih lembik atau keras.

      Kalau lembik, baik masuk PAS yang namapak macam nak insaf …. apa nak jadi, jadilah

      Reply
  • May 26, 2013 at 12:14 pm
    Permalink

    Mek , mcm tu bubarkan jgk pas dan pkr di kedah , berani ? Huh ! Ckp x serupa bikin . Lain kali pakai otak .

    Reply
  • May 27, 2013 at 10:24 am
    Permalink

    pulau pinang kena diserah kepada umno. sebab umno saje yg konsisten bagi kerusi kepada BN pulau pinang. nak harapkan gerakan , dorang dah tak relevan skrg. cina pulau pinang yang banyak makan jeruk tu dah tolak total parti khoo tsu kun ni. umno jelah perbetulkan keadaan pulau pinang. PM atau TPM wajar jadi pengurusi BN negeri. itu saje jalannya untuk repair rumah bocor BN pulau pinang.

    Reply
    • May 27, 2013 at 12:36 pm
      Permalink

      Mesti best kalau umno menang semua kerusi di seberang prai .. menang majority satu kerusi je ke? Ketua Menteri Melayu di Pulau Pinang.

      Tak silap aku, melayu lagi ramai di pulau pinang dari cina. lebih-lebih lagi kalau SPR dah boleh potong nama pengundi yange berlainan tempat pengundi dengan alamat ic – tiada lagi pengundi balik kampung mengundi :)))

      Mesti best cina kena titik GE14 :))))

      Reply
  • May 27, 2013 at 11:10 pm
    Permalink

    Gerakan patut dibubarkan

    Reply
  • May 28, 2013 at 10:45 am
    Permalink

    Jika UMNO penang xde strengh nk rampas dr Cina.. bg KIMMA (India Muslim-mamak) je lah ambil alhir tugas tu.. lama sgt dahh UMNO Penang ‘sujud’ ke tanah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *