Air Asia Sudah Hilang Peri Kemanusiaan

Share


Membaca kisah seorang ibu, Izan  Suhaila Mohd Ali dan anak kecilnya yang baru berusia 14 bulan yang dilarang oleh kakitangan Air Asia dari menaiki penerbangan pulang ke Malaysia membuatkan mata penulis bergenang seketika.

Di tinggalkan di bumi asing bersama bayi kecil adalah satu perkara yang cukup tragis sekali untuk dikenang, ia amat zalim dan tak sepatutnya berlaku sedemikian tapi ia telah berlaku.

Tak sangka sifat kemanusiaan sudah semakin hilang disebabkan kepentingan perniagaan dan keuntungan, tiada tolak ansur dan budi bicara langsung.

Kejadian ini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas Air Asia. Setakat mendesak pihak terbabit meminta maaf sahaja tidak menjamin ianya tidak akan berulang.

Lagi pun tak mustahil banyak lagi kes sebegini yang pernah terjadi tapi tidak mendapat perhatian umum kerana ia tidak terdedah di media.

Bagi yang belum membacanya, di bawah penulis copy paste semula artikel dari AgendaDaily disertakan sekali dengan tulisan dari wartawan TV3 Mazidul Akmar Sidik.

Selepas selesai membacanya, bayangkan ibu itu adalah isteri anda atau anda sendiri, dan bayi kecil yang mungkin baru dapat bertatih itu adalah anak anda.

*****

Kisah benar dialami rakyat Malaysia di Vietnam angkara Air Asia…

Ketika bos AirAsia X Azran Osman Rani yang dibelasah depan belakang dalam soal ‘kemelayuannya’, rakyat Malaysia pada Ahad dikejutkan dengan satu kejadian malang penumpang syarikat penerbangan murah tersebut.

Ini bukan konspirasi, tapi kisah benar menimpa seorang wanita rakyat Malaysia bersama bayinya yang terdampar dibumi asing berikutan sikap kurang mesra pelanggan syarikat penerbangan Air Asia di Vietnam malam Sabtu lalu.

Untuk rekod, selepas ding dong dan segala macam masalah, wanita malang itu bersama anaknya dibawa pulang oleh penerbangan MAS petang Ahad.

Siapa tahu mungkin kisah begini sudah selalu berlaku cuma semalam di Ho Chin Min, kebetulan ada wartawan TV3 Mazidul Akmar Sidik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku dan melaporkannya dalam blog beliau.

Kisah tersebut kemudian tersebar di facebook dan twitter. Sepantas kilat, berbagai reaksi kemarahan rakyat Malaysia dihemburkan kepada pengurusan Air Asia.

Bosnya Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan di twitter kata beliau kini berada di Jepun dan sedang meneliti laporan kejadian. Manakala beliau mengarahkan pekerjanya untuk mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian di Vietnam itu.

Ceritanya mudah, ibu muda berusia 36 tahun, Izan  Suhaila Mohd Ali bersama bayinya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan bersama rombongan telah pergi bercuti di Vietnam menggunakan perkhidmatan Air Asia.

Bayi kecil itu demam campak sebelum itu, tapi doktor di Malaysia kata tidak ada masalah dan boleh pergi bercuti sejak Rabu 15 Mei lalu.

Cuma ketika hendak pulang, mereka ditahan oleh kakitangan Air Asia dan diberitahu tidak boleh naik kapal terbang tersebut selain kena tunggu di situ selama lima hari lagi.

Ada doktor yang kebetulan dok tunggu penerbangan yang sama periksa bayi malang itu dan dapati ia tidak demam lagi, cuma kesan hitam akibat campak saja yang kelihatan.

Beliau dan bayinya dipisahkan dari kumpulan, tanpa beg baju dan barang keperluan lain yang telah masuk dalam pesawat.

Kasihan melihat kesusahan yang dihadapi oleh si ibu dan anak, orang ramai pakat-pakat hulur duit untuk pasangan tersebut.

Berdasarkan cerita yang dipetik dari blog Mazidul, kakaitangan Air Asia yang mengiringi pasangan itu ke stesen teksi sambil meminta maaf.

Dan wanita itu serta anaknya terpaksa pergi beli baju sendiri selain balik ke hotel yang pernah mereka huni.

Cuma hari ini, cerita yang kecil sudah jadi besar, sampaikan melibatkan pihak kedutaan dan wakil tourist Malaysia juga syarikat penerbangan MAS.

Menurut Mazidul, kakitangan MAS telah ke hotel tersebut dan membawa keluarga malang itu ke hospital untuk pemeriksaan.

Dan pada petang Ahad, ibu dan anak itu sudah selamat mendarat di KLIA menggunakan pesawat MAS.

Di bawah kami siarkan semula cerita yang dipetik dari blog Mazidul.


IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN

Kira-kira  jam 8.45 malam tadi (Sabtu),  mengikut  waktu tempatan di  Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat  AK 1455,    warga  Malaysia  dihampiri oleh  kakitangan  lelaki Air Asia. Penerbangan  pulang ke Kuala Lumpur  dijadualkan  berlepas pada jam  9 malam ( 10 malam waktu  Malaysia ).

Setelah  beberapa minit  berlalu, perlahan  saya  kemudian  mendekati kumpulan penumpang itu  dan mengajukan soalan.

“Ada masalah apa puan?”

“Kakitangan  Air Asia ini berkata,  anak saya  dilarang  menaiki pesawat  kerana dia  demam campak.   Kami  sekeluarga,  dua belas orang,  datang  ke Ho Chi  Minh  pada hari Rabu lalu.  Kami memang  ada  membawa bekalan ubat demam,  jadi bagi kepada dia kalau dia  demam.  Dia  sudah  tidak demam lagi,”  ujar  ibu bayi,   Izan  Suhaila Mohd Ali,  36 tahun.

“The  mother and the baby had to stay here  for  five days. They cannot  board the aircraft,” arah  kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.

Mereka  bimbang sekiranya deman terbabit  menjangkiti penumpang lain.

Menurut ahli  keluarga  Izan, semua  beg pakaian  mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat.  Setelah  bercuti  selama empat hari,  kandungan beg  bercampur aduk dan barangan  keperluan  asas Izan dan anaknya,  Maryam  sukar dipisahkan.

Bayi,  Maryam  Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.

Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan  syarikat  penerbangan  tambang murah itu.

“So, all twelve had to stay  then ,”  balasnya.

“I understand the situation, law is a law but  don’t  forget, these are human beings not dogs or cats. If she  were going to stay here for another five days, she and the baby need  cloth to wear.  Please refer this matter  to your superior again before making  further decision,” balas saya.

Tidak lama kemudian,  muncul seorang penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya  sebagai  pegawai perubatan ( medical doctor )  datang menghampiri dan menyentuh  tubuh Maryam.

“Dia  kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya  tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh,”  ujar doktor terbabit.

Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh petugas di situ.

Beberapa minit  kemudian  tampil  pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah  ketiak bayi itu sebanyak dua kali.

“Apabila  kita  bertanya,  berapakah suhu  badan  Maryam,  dia membisu,”  ujar kakak  Izan,  Norhamiza.

Saya  perhatikan,  airmata  jernih mula bergenang  di bawah  dua kelopak mata Izan sambil dia terus  mendakap  erat  anaknya mengalami sindrom down.

Barangkali   dia  bak  tidak mampu  mempercayai  cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang  tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.

Keputusan muktamat  telah  dibuat  oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak  biarpun tidak  dipersetujui ramai penumpang lain.

“The captain  doesn’t  allow this baby on board,” ujar pegawai sama kepada kami.

Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya  Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak  membawa  baki wang  tunai tatkala  pulang ke Malaysia.

Di saat perpisahan hampir menjenguk,  Izan dipeluk erat  oleh ahli keluarganya. Mereka juga  tidak berupaya  menahan  deraian  airmata tumpah di pipi.

“Ibu ini diarahkan untuk  tinggal  bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak  mempunyaii wang tunai mencukupi.   Kalau  hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan,”  kata saya spontan kepada semua penumpang sedang  beratur untuk menaiki pesawat.

Tidak semena-mena,  warga Malaysia pelbagai bangsa,  Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa, tanpa berfikir panang, mengeluarkan  matawang  pelbagai jenis dari poket serta  beg duit  mereka dan pantas  menghulurkan  kepada Izan.

Hebat  sungguh warga Malaysia. Memori  sebegitu  bakal terus  terpahat  di minda saya, selagi hayat  dikandung  badan.

Saya berasa amat kagum.

Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga,  fakta  itu diketepikan.  Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan  sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator.

Kakitangan Air Asia bertugas bak  tidak sabar untuk membawa Izan,  Maryam dan dua anak buahnya  keluar daripada kawasan itu.

Sebelum beredar, Izan  sempat dipeluk oleh  beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan  wang tunai.

Saya  berasa amat  terharu menyaksikan  detik memilukan itu tetapi gagal untuk  tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.

Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan  kelihatan  berdiri di kaunter Air Asia.  Gambar mereka saya rakamkan.  Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat  mewakili  syarikat  penerbangan terbabit.

Andai  kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan  Air Asia,  Tan Sri  Tony  Fernandes  tiba-tiba berkebetulan   muncul  di lokasi itu,  pasti saya  tidak segan  untuk merayu …

“Tan Sri,  tolong  hulurkanlah  sedikit  bantuan.  Mungkin kakitangan  Air Asia boleh  mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam.  Pengguna  perkhidmatan  syarikat Tan Sri itu  juga BUKAN  orang kaya  dan ternama  seperti Tan Sri.  Apapun,  hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang  untuk pulang. Jika  penumpang tidak mengenali mereka,  sudi membantu,  inikan pula Tan Sri,  individu  tersohor di mata rakyat  Malaysia”

Malangnya  saya tidak berpeluang  bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada  Tony  tatkala beliau  diperlukan.

Saya  bukan Richard Branson and I don’t wear skirt.

Lupakan Tony  tetapi saya  berharap  selepas  membaca entri ini,  beliau  dan kakitangan Air Asia  akan  mengambil tindakan segera menangani  kesengaraaan  bakal ditempuh  penumpang  malang  pesawat Air Asia terbabit.

Tony,  just like what   I have told your staff  in Vietnam, Izan and Maryam are humans.

Sekitar  jam 9.30 malam,  kami  semua  hanya mampu menjadi penonton  ketika ibu dan anak itu  diarahkan  keluar dari pintu 18,  lapangan terbang.

Pesawat  AK 1455  terbang  pada kira-kira jam 10 malam   waktu Vietnam,  terlewat kira-kira sejam  berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN,  tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.

Sebaik menaiki  pesawat,  saya menceritakan  butiran  kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri  berhampiran  pintu  utama pesawat.  Melihat reaksi  wajahnya gadis berpakaian  serba merah itu,  saya dapat  menjangkakan  kes itu  terlalu  asing  bagi dirinya.

“Tolong maklumkan kepada kapten dan ground  staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu,”  pinta saya.

Setelah menjamah  nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.

“Saya dimaklumkan,  ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita,” kata gadis  tinggi lampai itu.

“Adakah  kapten mengetahui kejadian itu?  Kerana  ground staff   tadi  memaklumkan saya dan  keluarga  Izan,  kapten  tidak membenarkan Mariam  menaiki pesawat,” soal saya.

“Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan,”  akui Kasturi.

Kapten  bertugas,  Ariffin Bakar.

Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat  ternyata  membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera  di hospital di Ho Chi Minh  terlebih dahulu.

Sewaktu  tiba di LCCT,   saya mendapatkan  berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.

“Memang kami terkejut,” komen Zaiton terkilan.

“Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon,  Izan berkata,  kakitangan  Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen  teksi dan berkata, I am sorry.  Izan kemudian  terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May  Flower  Hotel,  tempat kami menginap  sebelum ini. Bayarannya,  USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip   pertama Izan ke Vietnam,” tambah  Norhamiza.

“Jadi  tidak benarlah kenyataan  mereka  kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?,”  tanya saya kepada ahli perniagaan itu.

“Tidak,” balasnya ringkas.

“Apakah  pesanan puan kepada Air Asia?,” soal saya.

“Periksa secara teliti  terlebih dahulu sebelum  membuat keputusan.  Jika Maryam  membawa penyakit,  sudah pasti kami antara individu paling awal  dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia.  Saya sendiri  tidur sebilik  dengan Maryam,”  luah Norhamiza, kecewa.

Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi  untuk Maryam melakukan pemeriksaan  darah di hospital di Vietnam?  Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?.

POSTING SAMBUNGAN

MAS MEMBANTU MEMBAWA PULANG KE MALAYSIA PENUMPANG AIR ASIA DIDAKWA BERMASALAH

Jam 1.30  tengahari  tadi saya menghubungi  adik  Izan Suhaila Mohd Ali,  Saiful Riza, 31 tahun, berada  di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

“Saya  berasa musykil. Maryam kena chicken pox kira-kira seminggu sebelum berangkat ke Ho Chi Minh,  Vietnam,  pada hari Rabu, 15 Mei 2013.  Doktor di Malaysia telah mengesahkan tahap  kesihatan  Maryam baik sebelum kami terbang, malah  malam sebelum ke sana,  Maryam  sekali lagi dibawa  menjalani pemeriksaaan doktor. Berikutan  pengesahan itu berstatus sama,  kami membawa  Maryam  bersama,” ujar Saiful.

Memang Air Asia berhak melarang penumpang untuk tidak  menaiki pesawat jika didapati membahayakan  nyawa penumpang lain. Maklumat itu  tercatat di salinan  terma dan syarat  perincian penerbangan.

“Masalahnya,  sehingga malam tadi,  kami sekeluarga masih  lagi kabur,  mengapakah Maryam tidak  dibenarkan pulang? Dia tidak demam dan apabila ditanyakan kepada kakitangan Air Asia di lapangan terbang Ho Chi Minh,  mereka tidak langsung memberikan penjelasan. Jururawat memeriksa suhu badan Maryam hanya membisu. Mungkin kerana dia tidak mampu berbahasa Inggeris,” kata kakitangan agensi pelancongan itu.

“Jauh  bezanya berbanding kemahiran bahasa Inggeris Tony Fernandes,” celah saya.

Di  ruangan  komen entri terdahulu, muncul kenyataan, petugas melarang Maryam menaiki penerbangan,  BUKAN  kakitangan Air Asia tetapi pekerja  lapangan terbang.

Jika kenyataan itu sahih,  di manakah wakil  Air Asia di Ho Chi Minh?  Wakil bertugas untuk membantu  sekiranya penumpang mendepani masalah?  Adalah kebajikan mereka diserahkan  sepenuhnya  kepada ground staff,  didakwa pekerja lapangan terbang?

Adakah  kejadian   berlaku,  bukti  nyata  nasib  penumpang  sah  pesawat Air Asia   boleh  diperkotak-katikkan  sesuka hati?  Jika wanita  di dalam gambar  di atas TIDAK  terbabit   dengan syarikat  penerbangan  tambang murah itu,  mengapakah mereka  bertugas di pintu 18  terpampang logo  Air Asia?

Maaf,  kerana saya  amat jarang menaiki pesawat  Air Asia,  justeru  memerlukan  sedikit pencerahan.

“Seperkara lagi,  sewaktu  kami menaiki  pesawat Air  Asia di LCCT pada jam 7 pagi Rabu lalu  untuk ke Ho Chi Minh,  tidak pula timbul sebarang masalah.  Tidak pula Maryam ditahan dan dilarang menaiki pesawat sewaktu check in.  Sedangkan pada ketika itu Maryam  mengalami   chicken pox dalam  tempoh  kira-kira seminggu.  Apapun,  dia tidak demam lagi,” jelas Saiful.

“Adakah  wakil Air Asia Malaysia  menghubungi setakat ini?,” soal saya.

“Tidak,”  responnya  pantas.

Ayah  Maryam,  Mohd Reza Mat Jan dijangka bakal  terbang ke Ho Chi Minh  petang esok.

“Pada mulanya dia ingin ke sana hari ini.  Dia bimbang mengenangkan nasib isteri dan anaknya  tetapi paspot  Reza  disimpan di peti keselamatan bank. Oleh itu penerbangan terpaksa ditunda esok,” kata Saiful.

Jam 3.15 petang,  saya menghubungi Norhamiza.

“Saya  menelefon  adik, Ahmad Johanis, kini  bertugas dengan Tourism  Malaysia di New York, Amerika  Syarikat. Dia kemudian  menghubungi Tourism Malaysia di Vietnam. Wakil Tourism  telah bercakap dengan kakitangan  Kedutaan Malaysia di Vietnam. Staf MAS baik budi, menjemput Izan, Maryam dan dua saudara kami dan membawa mereka ke hospital. Mereka ke hospital kerajaan,  caj  hanya  USD20 untuk pemeriksaan Maryam. Hospital swasta mengenakan caj lebih mahal, USD200.  Wakil Hong Leong Bank di sanapun menghubungi Izan, menawarkan tempat tinggal, jika tiada. In Shaa Allah, andai tiada aral melintang MAS  akan menguruskan penerbangan balik mereka  hari ini juga,” jelas kakak Izan itu, tenang.

Justeru itu,  ayah  Maryam membatalkan hasratnya untuk terbang  ke Ho Chi Minh.-19/5/2013

Untuk membaca keseluruh kisah dan gambar-gambar sila layari Bersama Mazidul



42 thoughts on “Air Asia Sudah Hilang Peri Kemanusiaan

  • May 20, 2013 at 4:35 am
    Permalink

    aku tak lupa kes air asia penah berhutang cukai lapangan terbang MAHB dari 2002 hingga 2008 sbanyak 132 juta air asia berdegil tamau bayar dan hanya bayar selepas MAHB kasi diskaum bukan ribu atau ratus ribu tapi diskaun sbanyak 25 juta, ini lah syarikat yang suka amik kesempatan semua pringkat yang besar atau yang kecik dia apa pedulik sebut saja tambang murah servis cam taik.

    Boikot air asia

    muehhhahahahahahaha

    Reply
  • May 20, 2013 at 8:10 am
    Permalink

    Once I was just boarding Air Asia, and was about to send a sms just before switching off my phone. Passengers just got into the plane and were busy finding seats. Then came this very arrogant Indian stewardess in a very rude and loud voice saying “if you want to use the phone you can get out of this plane!”. I was shocked! I only need a few seconds to switch it off, and I was not the only one having hp then. She thinks just because she is stewardess of AA that would mean she can behave in such a manner? I never forget that in whole life and from then on I hate AA.

    Reply
  • May 20, 2013 at 8:31 am
    Permalink

    Apakah kerana Izan dan anaknya adalah Melayu disebabkan dia dilayan sedemikian rupa?

    Sejak kes CEO yang anti rasis konon…aku dah nekat takkan naik Air Asia lagi kecuali terpaksa…

    Reply
  • May 20, 2013 at 8:59 am
    Permalink

    Siapakah doktor atau pakar yang mengesahkan bahawa kanak2 14 bln tidak boleh dibenarkan menaiki pesawat? Atau sebenarnya mereka tiada doktor untuk menesahkannya pun. Kapten bukan doktor tapi cuba berlagak pandai jer….

    Reply
  • May 20, 2013 at 10:09 am
    Permalink

    Utusan ni pun satu mangkuk..dulu nak news blackout sangat kepincangan air asia, konon-konon nak jaga business air asia…kena kat muka hangpa baru nak melompat !!

    dah berapa kali pesawat air asia hampir terhempas semasa naik dan mendarat…dah berapa kali pesawat air asia tersasar landasan..ada hangpa laporkan ?? tak dak pun !!

    la ni baru nak merengek minta bantuan !! sapa yang akan bantu bloggers dan forumers la jugak ! letih !

    Reply
  • May 20, 2013 at 10:27 am
    Permalink

    Yang meroyan ni tak nak iklan Air Asia di Utusex, banggang otak yang rugi sendiri tak der duit dikaut daripada iklan Air Asia.

    Nvm, even Bangla also can fly with Air Asia as pengundi hantu!!

    Reply
    • May 20, 2013 at 10:57 am
      Permalink

      Bangla tak naik air asia lah..byk lagi penerbangan depa blh naik..

      Btw mana pengundi hantu..sendiri letak, sendiri tangkap, sendiri meroyan..pi la report kat balai polis..report kat fb dan mykmu buat pa?

      cakap tak guna otak gini lah…

      Reply
    • May 20, 2013 at 12:06 pm
      Permalink

      hehe…Utusan dah kata harga iklan Air Asia ciput jer…income iklan baju abaya lagi mahal !!

      Reply
    • May 21, 2013 at 12:14 am
      Permalink

      @AkuAnakMalaysia

      Saya rasa lebih baik saudara tidak terus berada di website ini, dan membaca setiap artikel di dalamnya kerana apabila anda berbuat begitu ia hanya akan menyebabkan jiwa anda SAKIT dan lebih sakit dan parah jika anda meneruskannya.

      Mengapa buang masa anda dengan sesuatu yang tidak akan memberi anda apa-apa ilmu sepertimana yang anda mahukan, dan di sini adalah tempat untuk orang-orang berpolemik dengan tenang, berkongsi idea dan yang berhujah dengan FAKTA dan membuat TEORI mengikut kebijaksanaan masing2.

      Komen saudara yang sudah berkali2 kurang ajar, berunsur racism, discrimination, sexism dan juga topic yang takkan boleh disambung oleh anda sendiri.

      You are mentally demented, self-loved narcissist and a very bored person with nothing to do but spread your hatred around like a CHILD – seeking attention from other avid readers.

      Jika kamu nak berdebat, pastikan kamu ada sesuatu yang BARU dan BAGUS untuk pembaca lain berdebat dengan kamu.

      Saya rasa lebih baik kamu strolling ke laman web yang bukan seperti laman web begini kerana apa yang kamu cari takkan ada disini dan kamu hanya akan dapat
      sakit darah tinggi kerana setiap minit kamu akan marah, lebih buruk jika ia bermula dari urat saraf otak kamu.

      Sekian.

      Reply
      • May 22, 2013 at 2:20 pm
        Permalink

        Hehehe…macam Zahid junior…I like…

        Reply
        • June 6, 2013 at 2:51 am
          Permalink

          haha. geram saya dengan komen2 dia.

          Reply
  • May 20, 2013 at 10:35 am
    Permalink

    agak agak berapa ramai orang melayu naik kapal terbang? bukan aku nak hina… bila melayu naik kapal terbang mereka pilih yang murah, nak bercuti tahun depan, tahun ini dah beli tiket dan tunjuk dengan orang ramai dalam facebook ..tiket apa? Air Asia… sekarang .. dalam situasi sekarang, kalau melayu tak beli tikit murah pun mereka tak hairan sebab mereka telah ada penumpang mereka sendiri yang bersedia memboikot MAS yang di miliki oleh kebanyakkan orang UMNO.

    Reply
    • May 20, 2013 at 4:43 pm
      Permalink

      Kalau hangpa pi KLIA hangpa tengok kat ticketing counter MAS, ada masa aku tengok melayu lagi ramai pada bangsa lain..tengok flight code double digit…

      so obey one hang punya sipnosis aku rasa elok lah hang post kat malaysiakini jer….depa suka lah jenis posting orang yang macam hang.

      Reply
  • May 20, 2013 at 11:11 am
    Permalink

    Hi siti

    siapa yang nak letak kalau bukan BN- Bangla Nasional?? Bangla dibawa bas-bas yang ada bendera Cap Dacing.

    Reply
    • May 20, 2013 at 12:07 pm
      Permalink

      hehe…dah kalah tu kalah laaa

      Reply
      • May 20, 2013 at 12:45 pm
        Permalink

        Betul tu, dah kalah, kalah la.. Jgn politikkn isu ni.

        Reply
    • May 20, 2013 at 2:41 pm
      Permalink

      minah red bean meroyan pasai kalah

      muehhhhahahahahaha

      Reply
      • May 20, 2013 at 5:15 pm
        Permalink

        Aku bukan minah dan pun bukan red bean. jangan pulak main taruh saja kata aku ni minah ataupun red bean tanpa tahu asal usulku.

        Reply
        • May 20, 2013 at 9:59 pm
          Permalink

          Kau nie ada keturunan ka,macam orang tak ada mak bapa jer. Anak terbuang atau anak tak sah taraf kot

          Reply
    • May 21, 2013 at 12:50 am
      Permalink

      tapi sekor pun tak dapat tangkap , yang kena tuduh bangla tu pun rakyat Malaysia .. bodoh punya red bean dan puak DAPigs macam kau ni , sampai rakyat Malaysia pun dah taktahu nak beza !!! tu laa racist sangat

      Reply
  • May 20, 2013 at 1:31 pm
    Permalink

    Celaka punya Azran,orang Cina yang tak ada kena mengena dengan Air Asia dia boleh bela sampai kuktuk bangsa dia sendiri tapi bangsa melayu dia sendiri dia tak tolong?

    Ini macam jiwa pembangkang aje, saperti PKR dengan PAS di mana orang melayu UMNO mereka benci tapi berbaik dengan orang Cina kafir DAP. Sah AIR ASIA anti BN/UMNO!!!

    Reply
    • May 20, 2013 at 5:18 pm
      Permalink

      Azran bukan kutuk bangsa dia. Dia cuma kutuk artikel Utusan yang rasis saja. Janganlah jadi bangsa yang dendam kesumat ni…hang semua Umat Islam. Allah tak suka kat Umatnya yang ada hasad dengki, cemburu dan hati yang busuk. Bertaubatlah!!

      Reply
      • May 20, 2013 at 10:01 pm
        Permalink

        Azran berani kutuk bangsa dia sebab org melayu nie tak ada nilai pada dia. So, lepas nie ramai org melayu nak kutuk balik anak haram nie apa pula masalah kau

        Reply
        • May 20, 2013 at 10:45 pm
          Permalink

          Well said Bro omega!!!! Kalau si haramjadah AkuAnakMalaysia nak tolong perdamai kan keadaan suruh dia bawak orang PAS jumpa kita supaya kita dapat menyatukan orang islam semua.

          Reply
  • May 20, 2013 at 1:38 pm
    Permalink

    JOM BOIKOT BARANGAN DAP KAFIR HARBI YANG MEMUSUHI ISLAM SEPERTI PRODUK :

    -ROTI MASSIMO
    -TEPUNG GANDUM CAP SAUH
    -AMINAH HASSAN(SOS CILI DAN SEBAGAINYA)
    -SRI MURNI(MINYAK MASAK,NUGGET)
    -MARINA(TUNA DAN NUGGET)
    -POWERROOT
    -TEH CAP MASJID
    -MINYAK MASAK(KNIFE,BURUH,NATUREL,DAISY)
    -SEMUA MINUMAN DRINHO,ISOMAX,HOMESOY)

    WAR2KAN KEPADA SAUDARA,SAHABAT DAN RAKAN TAULAN..SEKIRANYA ADA KEDAI ORANG ISLAM MENJUAL BARANGAN TERSEBUT..SILA JELASKAN KEPADA MEREKA KENAPA PERLU BOIKOT BARANGAN TERSEBUT..BANYAK LAGI BARANGAN KELUARAN ISLAM YANG DI YAKINI BERSIH DAN SUCI..

    KEMUNGKINAN KEMPEN INI AKAN MENDAPAT TENTANGAN YANG KERAS DARI SEKUTU2 DAP KAFIR LAKNATULLAH DAN JUGA PAKATAN HARAM JADDAH…

    Reply
  • May 20, 2013 at 5:22 pm
    Permalink

    Hang ni semua nak boikot, tak fikirkah hang jika ada anak-anak melayu yang juga kerja di bawah syarikat yang nak diboikot?? Ada pulak ekonomi bergantung sesama mereka, orang cina beli dari orang melayu untuk buat produk. nanti yang rugi bukan orang cina saja, tapi orang melayu jugak. Rasional lah sikit!!

    Reply
    • May 20, 2013 at 8:43 pm
      Permalink

      laaa….hangin la pulak mamat sekor nih.kang aku kata hanAP kang hang marah pulak….abih tu yang PAKATAN HARAM JADDAH dan kronie nya yang nak tutup TOL hang tak pikiaq lak pasai anak2 melayu yang keja berpuluh tahun kot nu…yang kafir DAP nak kurangkan penjawat awam tu hang tak pikiaq pulak…bila sampai nak boikot produk kafir harbi ni hang bukan main backup noh…hang ni kafirkah….kalau takat boikot tu aku rasa gaji diorang still jalan lagi..tapi kalo ko tutup tol???manan anak2 melayu nak caghi rezki…JAHANNAM punya sekutu PAKATAN HARAM JADDAH ni..

      Reply
      • May 20, 2013 at 8:45 pm
        Permalink

        hang la emosional…mengong punya anak komunis(malu aku nak tulis nama ko…he he he)..buat malu rakyat malaysia ja…

        Reply
    • May 20, 2013 at 10:05 pm
      Permalink

      Woi babi, sebelum nie hj hadi, anuwar dan ramai lagi pemimpin pr dok marah kerajaan sbb kekalkan cukai kereta yg tinggi. Hang tau ka apa sebabnya, Kerajaan nak selamatkan kroni mereka yg berbangsa melayu beragama islam dan majoritinya rakyat berasal dari kelantan yang mentah kedarah kerja kat proton.
      Sialan mcm hang la dok kondem proton kata tak elok, tapi hang lupa berapa ramai pulak boleh tumpang rezeki dengan pembuatan kereta proton. La bila hang senang sikit hang pun mula nak sembang lebih sikit kata mcm2 kerajaan buat tak kena dan tak betui. Come on la bro, kalau kau anak gampang pun jgn lah nak ajak org lain sekali jadi anak gampang macam kau.

      Reply
    • May 21, 2013 at 12:54 am
      Permalink

      bodoh dan bebal , baik aku support barangan orang Islam yang tentunya halal untuk makanan dan ramai mereka ni jujur !!!

      Reply
  • May 20, 2013 at 9:24 pm
    Permalink

    ini kes terpencil sepatutnya jadi iktibar, perlu ada pegawai yang boleh selesaikan secara on call, azran osman rani kena minta maaf terlanjuran tu habis cerita. apa nak tunggu lama azran, osman, rani ooi.

    Reply
  • May 20, 2013 at 10:49 pm
    Permalink

    ingat dak satu peristiwa baru2 ni yang tindakan si azran tidak menyebelahi umno…itu je moral of storynya….lagi satu air asia ni dimiliki oleh si keling tony fernandes…kalau air asia ni dimiliki oleh kerabat2 umno….nadanya mungkin berbeza…ish ish

    Reply
    • May 21, 2013 at 12:57 am
      Permalink

      mekk , memang semakin bodoh kau ni , taktahu langsung sejarah air asia !!!

      Reply
      • May 21, 2013 at 9:44 pm
        Permalink

        ananda sama tony sama2 keling…hehe

        Reply
        • June 6, 2013 at 3:26 am
          Permalink

          Sejarah awal pertubuhan AirAsia ia milik 100% UMNO, pesawat yang mula-mula disewa adalah dari Pelangi Air & saham dimiliki oleh DRB Hicom.

          Ketika itu Airasia cuma ada sebuah office buruk bertapak di Subang Airport. Tony Fernandes ketika itu bersama EMI music. Dia bukan seorang aviation enthusiast tapi otak business nya geliga dan dia bersama Dato Pahamin Rejab memulakan misi Airasia.

          Mereka mendapat inspirasi dari Sir Richard Branson dari Virgin Group Britain.

          Lesen penerbangan Airasia diluluskan oleh DCA yang ditadbir kerajaan UMNO / BN, di bawah pengurusan Kementerian Pengangkutan & Pelancongan.

          KLIA, LCCT, MAB semuanya hak milik kerajaan.

          Kamu ingat lesen kopi ke boleh cincai saja?

          Maaf. Malaysia bukan negara zaman batu ya. Kita ada perlembagaan.

          Saham Airasia (oleh UMNO) ada pertalian yang kuat dengan setiap seorang Melayu di Malaysia. Sila Tanya Tony jika tak percaya.

          Reply
        • June 6, 2013 at 3:39 am
          Permalink

          Kebodohan melampau Azran terbongkar apabila dia memaki hamun Utusan dengan menggelarnya Rasis.

          Tak sampai sebulan Allah nak tunjuk, siapa yang Rasis, bahkan bukan dengan bangsa lain tetapi dengan bangsanya sendiri.

          Tragedi ibu dan anak di Vietnam inilah bukti kekuasaan Al Haliq membuka mata hati Melayu semua termasuk aku, yang selama ni tertipu dengan kemelayuan dan keramahan Azran yang hanya Melayu pada nama.

          Aku pun tak perfect dan cukup serba serbi tapi aku tau dan tak lupa asal usul aku.

          Kalau Azran tak tau asal usul Airasia tak apa tapi bila dia memaki asal usulnya sendiri, dia sebenarnya

          Tak sedar diri.

          Reply
  • May 21, 2013 at 1:36 pm
    Permalink

    salam.. secara jujurnya sy dah 2 kali t’kena dgn Air Asia..first time tu sy mgakula kslahan sndiri..sbb lewat smpai 5min sblum depart..so, consider la slh sendiri dan kena beli tiket baru..tapi kali kedua sgt2 x boleh terima alasan staff A.Asia..sy smpai LCCT awal 5/10min sblum dia org close time utk check in tp dia org still ckp dah x bleh check in by machine dah..so kena beratur dan pergi kaunter..dekat kaunter je dah stgah jam beratur, sampai depan, senang je dia ckp pergi next kaunter, then next kaunter plak tendang ke kaunter lain..dah mcm bola main tendang2 je..dgn attitude staff A.Asia yg boleh dianggap sgt biadap dan lgsung bg alasan x logik..last2..beli lagi tiket baru..balik dr KL-Penang shj utk 5org kos RM1k++. masa tu bayangkanlah kalau org yg x mampu utk beli tiket baru..mcm mana la agaknya.. staff A.Asia langsung x nak tlg dan lepas tgn mcm tu ja..dgn mimik muka & layanan mcm kita ni peminta sedekah bukan customer mrk..sumpah serik dah nak naik A.Asia..

    Reply
    • May 22, 2013 at 2:30 pm
      Permalink

      alahai….kalau setakat penang-Kl tu…..naik jer bas ekspres…train…atau drive…lagi senang….nak kencing ker berak ker boleh turun mana2 R&R (tak gamak aku toilet dalam plane)….nasib baik ler aku ni memang takut/gayat tempat tinggi…dan seboleh2 nya aku elak untuk fly…kecuali kalau kena seberang laut…if not…aku lebih rela ikut jalan darat jer..senang….bila emergency boleh turun atau singgah memana….kalau dah naik atas tu tak boleh nak buat apa…hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *