Rafizi Ramli Berdepan Tindakan Undang-Undang Kerana Fitnah Calon BN Pandan

Rafizi Ramli 006

Kalau bab menfitnah dan mewujudkan cerita-cerita sensasi, Rafizi Ramli cukup berjaya. Apatah lagi apabila dia juga dibantu oleh JINGGA 13, tentera siber upahan Anwar Ibrahim yang bekerja keras untuk mewujudkan persepsi dan menjadikan FITNAH sebagai sesuatu yang nyata dan boleh diterima ramai tanpa sebarang perasaan bersalah.

Rafizi Ramli adalah ketuanya.

Di Pandan, pada hari penamaan calon, Rafizi Ramli buat hal lagi. Rafizi Ramli bising-bising tentang calon Barisan Nasional, Gary Lim Chin Yee yang kononnya telah pecah amanah dan salahguna kedudukan selaku peguam. Katanya, dia mempunyai bukti tentang hal tersebut.

Untuk beberapa hari selepas Rafizi Ramli buat sidang media – sesuatu yang amat digemarinya – Majlis Peguam yang sememangnya diketahui sangat cenderung kepada Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR dan DAP, telah mengumumkan yang mereka akan melakukan siasatan berhubung dakwaan Rafizi Ramli.

Sudah tentulah Majlis Peguam cuba mencari jalan untuk membantu Rafizi Ramli menang mudah dan kemudian menjadi sokongan moral kepada para pemimpin Pakatan Rakyat lain yang sedang berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan halangan, tidak seperti tahun 2008 apabila mereka muncul sebagai underdog dan kurang yakin kemenangan akan berpihak kepada mereka.

Namun, Rafizi Ramli yang sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung BAFIA, semakin terjerat dengan egonya yang tersendiri. Kegelojohannya untuk menjadi orang pertama yang membuat pelbagai pendedahan dan tahu segala-gala rahsia, akhirnya membuatkan dia terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Gary Lim telah membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi adalah liar dan tidak berasas. Justeru, memandangkan Rafizi Ramli telah mengadakan sidang media yang bertujuan untuk memalukannya, maka Gary Lim telah mengambil keputusan untuk menyaman budak jambu itu.

Nasihat daripada Gary Lim kepada Rafizi yang mengharapkan benar kerusi Parlimen Pandan akan berpindah kepadanya setelah mengetahui Ong Tee Kiat, penyandang kerusi tersebut tidak lagi bertanding ialah Rafizi seharusnya menerangkan kepada penduduk dan pengundi di Pandan, apakah khidmat yang akan diberikan kepada mereka berbanding mengada-ngadakan cerita seperti itu semata-mata untuk menjadi popular.

Sememangnya itulah yang sepatutnya Rafizi Ramli lakukan. Apa sumbangan yang akan diberikan kepada penduduk dan pengundi di Pandan? Apakah Rafizi Ramli akan mengulangi perangai wakil-wakil rakyat Pakatan yang hilang entah ke mana dan langsung tidak turun menjengah permasalahan rakyat, sebaliknya cukup lantang menyalak dalam media sepertimana yang ditunjukkan oleh rakan karibnya, Zuraida Kamaruddin yang mewakili Parlimen Ampang, bersebelahan dengan Parlimen Pandan atau seperti Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang melompat sana, melompat sini tetapi sama seperti Mat Sabu, Saifuddin Nasution tidak pernah bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan kepadanya bermula dari Lunas lagi.

Tidak dapat dinafikan, Rafizi Ramli sebenarnya jadi begitu kerana selama ini UMNO dan Barisan Nasional terlalu GENTLEMAN dan beranggapan bahawa segala tuduhan liar yang dibuat adalah bermotifkan politik. Apabila bermotifkan politik, maka ia harus diselesaikan dengan kaedah politik, bukannya perundangan.

Namun Pakatan Rakyat menerusi pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Husam Musa seringkali menyelesaikan masalah politik tersebut di bilik perundangan. Dan menariknya, mereka tidak pernah menang melawan fakta-fakta yang dibentangkan tetapi sentiasa mencari alternatif TEKNIKAL sebagai punca kemenangan.

Pakatan dah ajar agar selesaikan sebarang masalah dengan saman. Seharusnya para pemimpin Barisan Nasional juga melakukan perkara yang sama dengan sepantas-pantasnya dan tidak memberi muka atau ruang langsung kepada mana-mana pemimpin mahupun pecacai Pakatan Rakyat. Tindakan yang dilakukan oleh Gary Lim Chin Yee amatlah bertepatan dan dialu-alukan.

14 thoughts on “Rafizi Ramli Berdepan Tindakan Undang-Undang Kerana Fitnah Calon BN Pandan

  • May 2, 2013 at 1:36 pm
    Permalink

    mereka x takut tindakan undang2…selagi kuasa kehakiman berada lbh tinggi drp kerajaan, jgn mimpilah…

    Reply
  • May 2, 2013 at 1:48 pm
    Permalink

    sekali buat, macai pecaya…dua kali buat, macai pecaya… tpi bile dah bnyak kali buat..rakyat pun terpinga2 dan tertanya2… rafizi ni memang keje cari aib orang dan mengada-ngadakan cerita je ke?… ape dia buat pada rakyat terutama ditempat dia?…

    Reply
  • May 2, 2013 at 2:12 pm
    Permalink

    Yg dia nak dedah kononnya ada bukti tak menjadi, dlm diam aib pemimpin pakatan pula yg terlondeh.

    rasanya rafizi patutnya dedah siapakah anak ikan beliau sampai dia diberi nama manja…Rafussy

    Reply
  • May 2, 2013 at 3:39 pm
    Permalink

    Majlis Peguam ni pun satu…pasal apa hang lebih condong kat pr…hang tak percaya kat bn lagi ke ????

    Reply
    • May 2, 2013 at 4:44 pm
      Permalink

      Bar council tetap akan terus condong pada PR kerana PR beri mereka duit melalui law firm. Orang PR banyak kes. Kes saman, kes liwat, kes main bini orang, kes main depan video, jadi ini semua menjana banyak pendapatan bagi advocate & solicitor melauli law firm yang dilantik yang buat defense.

      BN tak ada kes, jadi mereka tak suka.

      Reply
      • May 2, 2013 at 6:43 pm
        Permalink

        Kalau kata fitnah………..kata2 kau ini
        sudah mencukupi

        Reply
        • May 2, 2013 at 11:34 pm
          Permalink

          mat kembong…kalau hang layak mengundi, hang pangkah BN mat.

          Reply
  • May 2, 2013 at 6:38 pm
    Permalink

    biasalah mencuri duit pelanggan sentiasa direstui oleh BN!

    Reply
    • May 2, 2013 at 6:46 pm
      Permalink

      BN takde calon yg berwibawa…….yg ade pun dah korap

      Reply
    • May 2, 2013 at 7:52 pm
      Permalink

      laaaa..tu jer ? siannnn..

      Reply
      • May 4, 2013 at 10:27 am
        Permalink

        Mana ada modal lain lagi Cyber Baboon ni….PR dah kalah teruk…

        Reply
  • May 3, 2013 at 5:19 pm
    Permalink

    Semua orang ada kelemahan, tetapi janganlah lembik pandai cakap sahaja tetapi tidak tahu buat kerja.

    Sebab mulutlah (modal air liur) badan binasa. Padan muka !

    Show your report card lah, not your bank statement !

    Reply
  • May 8, 2013 at 8:32 pm
    Permalink

    mereka yg berakhlaq rendah yg memimpin dan mengikut mereka. lihatlah bagaimana iman pas dah jd lingkang pukang .mereka yg masih memegang ugama pasti menjauhi mereka ini…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *