PR Tak Reti Beza MyKas & MyKad, Terbongkar Misteri Pesawat MH8601 Bersama 36k Pengundi Hantu #PRU13

Kita makin hampir dengan hari pembuangan undi 5 Mei 2013, pelbagai propaganda, tipu muslihat, tipu muslimah, tipu lebai janggut dan lakonan yang dihidangkan kepada rakyat. Namun semua helah mudah untuk dikesan jika kita selidik setiap kenyataan atau laporan berita yang disiarkan oleh lidah rasmi puak Pakatan Rosak (PR).

Pengundi Hantu!

Golongan Hantu yang meraih populariti setiap kali musim pilihanraya…

Isu yang tidak pernah ditinggalkan oleh pembangkang setiap kali musim pilihanraya kecil atau umum. Mereka hanya meninggalkan hantu-hantu ini sepi tanpa berita sebaik saja keputusan PRU 2008 diumumkan setelah bapak hantu yakni pembangkang berjaya menguasai 4 buah negeri (5 termasuk Kuala Lumpur).

Selepas itu pengundi hantu timbul semula ketika kempen PRK Manek Urai hinggalah ke PRN Sarawak.

Kini misteri penerbangan MH8601 yang membawa 36,000 pengundi pula disebarkan media-media pembangkang, lebih kurang sama kes MismahGate, Kod 71 antara dua perkara yang berkaitan pengundi hantu.

Kedua-dua isu ini dijawab oleh blogger-blogger pro BN, kalau nak imbas memori boleh baca isu Mismah Gate rujuk : [Part 1 – Part 2]

Pendedahan mengenai kod 71 kononnya MyKad yang dikeluarkan oleh JPN bagi membolehkan warga asing mengundi BN dalam PRU13 pula boleh dirujuk [Kod 71]

seterusnya: http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/04/pr-tak-reti-beza-mykas-mykad-terbongkar.html

One thought on “PR Tak Reti Beza MyKas & MyKad, Terbongkar Misteri Pesawat MH8601 Bersama 36k Pengundi Hantu #PRU13

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.