Luahan Anak Dr Mazlan – Calon BN Permatang Pauh

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini.

Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.



Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat! Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak.

Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat.

Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, “kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la”.. Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang.

Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS,bukan bawa agenda Islam,bukan ada Majlis Syura,bukan dasar Islam pun.Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar,itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Persoalannya,siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim,bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim,aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin,membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita.Berlambak lagi yang layak,nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR,PAS,bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR,dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak.Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim.Jangan dok ambik personal.Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa,kami bukan lawan PAS. PAS jugak untung kalau Anwar takdak,boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai,hampa khatam blog yang aku sertakan itu,lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu,pi jumpa ustaz-ustaz,bagi link blog tu suruh depa baca,dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi,yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la,buat video seks konon Mustafa Ali la,apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir,tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi.Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak.

Buang la sifat taksub tu…Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa,ya kita kesian kalau benda itu benar ; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni.

Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau.

Awat kalau kesian kat dia,dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.Ni orang yang fikrah Islam yang jelas,dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin.

So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq,yang konon ‘fikrah jelas’ tu diammm ja,biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang ‘fikrah jelas’ tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 “Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya”.

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa.

Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh,oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni,baik duduk diam2 kat Telekom,takdak caci maki.

Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan. Takpala… kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat.

Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua,kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua’lam.

Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

16 thoughts on “Luahan Anak Dr Mazlan – Calon BN Permatang Pauh

  • April 30, 2013 at 2:10 PM
    Permalink

    Apa perjanjian DR Mazlan dengan kerajaan dan TM seandainya dia kalah diPRU13 nanti?Ada kemungkinan DR Mazlan akan dilantik jadi CEO TM ya ke?

    Reply
  • May 1, 2013 at 3:27 AM
    Permalink

    Kalau tubir nak tahu
    tak ada perjanjian apa- apa antara Dr Mazlan dan Telekom. Tak payah nak spin. Ini soal akidah yg jauh lebih besar dari jawatan politik atau menteri. Dr Mazlan telah berserah diri pada Allah, semoga Allah memberkati usaha beliau dan member kemenangan besar.

    Bersama pertahankan akidah umat islam. Mencegah yg mungkar melalui undi dan undilah Dr Mazlan, kemenangan Dr Mazlan adalah kemenangan bagi menentang puak yg jahil serta perosak agama. Takbir.

    Reply
    • May 2, 2013 at 8:46 AM
      Permalink

      Baguslah kalau macam itu berjuang untuk ugama dan tanah air ……..Sama samalah kita tunggu 5 may dan selepasnya …..Insyallah…..bergegar

      Reply
  • May 1, 2013 at 6:27 AM
    Permalink

    betoi ka ni luahan anak dia?something smells very fishy here, sbb sebelum ni aku ada baca gak luahan uzair ni, tp dr sudut penulisan mmg sgt2 lain…

    Reply
  • May 1, 2013 at 8:09 AM
    Permalink

    hello bro gua bukan nak kata apa setakat certe yang diedit dari utusan neraka tak payahlah, bro lu pun sama bodohnya kerana gaya lu sama dengan gaya pak lu konon nak jadi penyelamat lu tahu tak bapak lu jadi calon kerana saja nak jadi hero gua cakap sama lu kalau pr menang semua bangang dalam umno akan gua korek kerana banyak pengkianatan pada rakyat 1 malaysia (slogan umno)orang macam lu otak dah lah beku kesalahan umno lu jadi buta cuma nampak pr sahaja lu kite sendiri jangan jadi bangang yang telus ok

    Reply
    • May 1, 2013 at 2:21 PM
      Permalink

      Hello bro dinosan..,
      1) Nasihat gua pada lu..,”It takes a BIG idiot to tell someone stupid”.

      2) 3 hari atau 72 jam saja lagi bro. rakyat akan menentukan siapa pilihan mereka.

      3) Selamat mengundi bro….

      Reply
      • May 1, 2013 at 9:33 PM
        Permalink

        Pedulikan mamat ni…dia bukan melayu…

        Reply
    • May 1, 2013 at 2:21 PM
      Permalink

      Hello bro dinosan..,
      1) Nasihat gua pada lu..,”It takes a BIG idiot to tell someone stupid”.

      2) 3 hari atau 72 jam saja lagi bro. rakyat akan menentukan siapa pilihan mereka.

      3) Selamat mengundi bro….

      Reply
  • May 1, 2013 at 3:20 PM
    Permalink

    mereka hanya Nampak kesalahan pihak kesalahan pihak sendiri dilupai atau buat buat tak tahu. masih ingatkah peristiwa kampong buah pala, restoran tree and ikan bakar dan restoran atas pokok doremi takkan kami lupa mengapa jalan baru di jadikan sehala bermula jam 4ptg dan mengapa tiada tindakan diambil keatas peniaga di jalan chulia street. mengapa penyokong pembakang menikus.

    Reply
  • May 1, 2013 at 3:53 PM
    Permalink

    Siapa yang bercakap untuk menyelamatkan aqidah? Apakah ideologi pelik yang dibawa oleh Saudara Anwar Ibrahim? Dari pas ke BN dan Dari cahaya ke gelap gulita bercakap fasal. Aqidah, ok kalau gitu bagaimana pula dengan pemimpin BN yang telah usang membawa fahaman fahaman komunisma hingga ke fahaman secular . Apakah masih simpati dengan manusia manusia yang bisa menjatuh maruah dan harga diri rakyat
    marhain ,serta menjatuh martabat dan bangsa menjatuh bahasa dan tulisan kerana rakus dengan kuasa yang diberikan.Kenapa tidak check manusia manusia tersebut .

    Reply
    • May 1, 2013 at 9:35 PM
      Permalink

      Hang ni aku ingat baru jer semalam lahir…itu pasal ikut sedap mulut jer cerita pasal sejarah dan fahaman…

      Reply
  • May 1, 2013 at 11:09 PM
    Permalink

    seperti yg. umum tau Dr.mazlan ni dulu pinpinan PAS PP. Dulu dia tak pernah bertanding pun, bukan tak layak tapi tak nak. Aku yakin paling kurang 1/5 ahli PAS mungkin akan sokong Dr.Mazlan lagi kerana dia bekas pemimpin PAS. Tapi aku paling tak boleh terima kenapa dia bertanding atas tiket UMNO dan bukan BEBAS jika tujuannya adalah menentang IDEALOGI. Apakah sebagai pimpinan PAS beliau rasakan IDEALOGI UMNO itu benar?
    Aku tak tau fikrah dr.Mazlan dan taknak burukkan dia, tapi bertanding atas tiket BN amat mengecewakan. Aku dengar 2008 dulu nama beliau dah d sebut.. tapi belum sedia meninggalkan TM. Jadi kalau nak berpolitik atas tiket BN, janganlah berdolak-dalik. Kerana ramai lagi yg. nak lawan DSAI termasuk papagomo.

    Reply
    • May 2, 2013 at 9:02 AM
      Permalink

      Dulu dia ni salah seorang peminpin pas ….orang orang muda dan orang orang pas ada yang suka cara dia .Itu dulu tapi sekarang dia dah jadi calun BN ….samada dia masuk UMNO atau tidak itu tak taulah ….dalam politik macam macam boleh terjadi …..yang halal boleh jadi haram…dan yang haram boleh jadi halal ….contohnya banyak …..
      Nampaknya suasana politik sekarang ini tidak menguntungkan orang orang ISLAM atau orang orang Melayu …….yang jelas kelihatan jika PR atau BN menang para pemimpin akan terus senang dan kita rayaat kebanyakan ni macam itulah juga …..kepada sesiapa yang menang nanti kurangkan beban perbelanjaan sara hidup rayaat ….

      Reply
  • May 4, 2013 at 11:32 AM
    Permalink

    Hang dok diam2 la…. tak tau apa. Kenai sangatlah pak hang tu…….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.