Kecewa Tidak Jadi Calon, Tiga Pemimpin PKR Kedah Letak Jawatan dan Buat Ugutan

IMG-20130429-WA023 (1)

S.Manikumar, Lim Soo Nee dan Tan Chow Kang telah meletakkan jawatan walaupun tidak keluar parti dalam satu sidang media yang diadakan di Tingkat 5 Wisma Darul Aman semalam. Berita tersebut amat menggemparkan PKR terutama ketika hari pengundian sudah semakin hampir.

Ketiga-tiganya adalah penyandang kerusi DUN yang tidak terpilih semula. S.Manikumar adalah penyandang kerusi DUN Bukit Selambau, manakala Lim Soo Nee pula adalah penyandang kerusi DUN Kulim. Tan Chow Kang pula adalah penyandang kerusi DUN Sidam.

DUN Bukit Selambau menyaksikan pertandingan lima penjuru kali ini dengan PKR diwakili oleh Krishnamoorthy a/l Rajannaidu, manakala Barisan Nasional pula diwakili oleh Maran a/l Mutaya. Kamal Nasser bin Thow Beek pula mewakili KITA. Dua orang calon BEBAS yang mencuba nasib di kerusi berkenaan adalah Syed Omar bin Syed Mahamud dan Thivagaran a/l Supramany.

Di DUN Kulim, PKR diwakili oleh Chu Maw Nian manakala calon BN pula adalah Chua Tiong Gee. Seorang lagi calon adalah dari parti BERJASA, Mohd Junip bin Huzayin.

DUN Sidam menyaksikan pertandingan enam penjuru dengan PKR diwakili oleh Robert Ling Kui Ee manakala calon BN pula adalah Bee Sieong Heng. Uh Chorng Von mewakili KITA dan tiga calon BEBAS pula adlaah Oii Beng Kooi, Tan Hock Huat dan Zamil bin Ibrahim.

Penyisihan ketiga-tiga penyandang dan juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah itu, sebenarnya tidaklah mengejutkan pun. Umum mengetahui bagaimana campurtangan Anwar Ibrahim selain pertembungan kuasa antara Wan Salleh yang merupakan Pengerusi PKR Kedah dengan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang lebih rapat dengan Anwar Ibrahim tetapi tidak dipercayai oleh Wan Azizah, isteri Anwar merangkap Presiden PKR.

PKR di Kedah sedang berhadapan dengan krisis yang amat teruk. Antara kem Anwar Ibrahim-Azmin Ali dan Wan Azizah-Nurul Izzah, wujud pergeseran yang sangat besar. Bagaimanapun, memandangkan kuasa dan pengaruh Anwar Ibrahim-Azmin Ali lebih besar, membuatkan sebahagian besar daripada mereka yang dikenalpasti menyebelahi Wan Azizah-Nurul Izzah, dicantas dan dibuang nama.

Mungkin kerana sudah tidak tertahan dengan apa yang berlaku, maka Manikumar, Lim Soo Nee dan Tan Chow Kang mengambil keputusan untuk ‘memberi amaran’ kepada pucuk pimpinan PKR yang sedang bergelut untuk mempertahankan jumlah kerusi yang mereka menangi pada PRU12 yang lalu.

Motif utama perletakan semua jawatan yang mereka sandang di dalam PKR, adalah kerana kecewa tidak dipilih semula sebagai calon PKR meskipun masing-masing adalah penyandang. Manikumar dalam kenyataannya mempersoalkan tentang ‘tangan ghaib’ yang telah membuat pemilihan tanpa memikirkan kemenangan yang sepatutnya dipentingkan untuk PKR.

Lim Soo Nee yang merupakan Ketua Biro Aduan PKR Negeri Kedah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan setelah berbincang dengan Wan Salleh, Ketua PKR Kedah. Wan Salleh juga telah memintanya meletakkan jawatan. Bagaimanapun, Lim Soo Nee enggan memberikan punca-punca atau sebab-sebab sebenar Wan Salleh menasihatkannya meletakkan jawatan, sebaliknya meminta media bertanyakan perkara itu kepada Wan Salleh sendiri.

Tan Chow Kang juga memberikan alasan yang sama. Mereka telah berbincang dan Wan Salleh telah menasihatkannya untuk meletakkan semua jawatan yang disandang. Tan Choo Kang adalah Naib Ketua PKR Kedah dan Naib Ketua PKR Cabang Sungai Petani.

Manikumar bagaimanapun memberikan alasan yang lebih jelas dan berterus-terang apabila menzahirkan kekecewaannya berhubung kuota caln India PKR yang telah dikurangkan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat. Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh PKR Pusat itu jelas memperkecil-kecilkan sumbangan masyarakat India kepada PKR di seluruh negara.

Tidak sahaja kecewa, dia selaku penyandang tidak terpilih, pengurangan jumlah calon India dalam PKR untuk bertanding juga baginya membayangkan keraguan pucuk pimpinan PKR kepada masyarakat yang telah memenangkan mereka dalam PRU12 yang lalu.

PKR di kawasan selatan Kedah amat bergantung harap kepada undi masyarakat India. Bermula dengan perlecehan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din yang tidak lagi dicalonkan, dari sehari ke sehari, pucuk pimpinan PKR yang begitu yakin, PAS akan memberikan bantuan dan undian kepada calon-calon mereka, telah mengenepikan masyarakat tersebut.

Dan sepanjang PKR berkongsi kuasa di Kedah, tiada suatu apa pun yang dilakukan oleh PKR untuk membela nasi masyarakat India terutama sekali yang menyokong mereka. Bahkan dalam satu kes, PKR sekadar tersenyum apabila PIBG-PIBG sekolah-sekolah Tamil diberikan cek tendang oleh Kerajaan PAS Kedah.

Kekecewaan dan sakit hati semakin meluaskan krisis PKR di Kedah. Apabila tiga orang pemimpin PKR Kedah yang mempunyai pengaruh di Kedah Selatan sudah meletak jawatan dan menzahirkan kekecewaan meskipun tidak keluar parti, ianya merupakan satu petanda bahawa sabotaj besar-besaran akan berlaku terutama di kerusi-kerusi yang pernah dimenangi oleh PKR sebelum ini.

Hero Tua

Cucu Tok Wan - The Flying Kick

3 thoughts on “Kecewa Tidak Jadi Calon, Tiga Pemimpin PKR Kedah Letak Jawatan dan Buat Ugutan

  • May 1, 2013 at 11:52 AM
    Permalink

    Muka2 x relevan tp demand lebih2…inilah fuckatan…jenis x sedar diri

    Reply
  • May 1, 2013 at 1:42 PM
    Permalink

    Kemungkinan 3 orang itu sukar untuk dilembukan oleh pimpimnan atasan PKR,sebeb itulah ditendang berada diatas rakit calon pada pru13

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.