Anwar Tipu Pemilihan PKR – Cikgu Bard Sosialis

Oleh Zul Rawi

Di saat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Didedahkan sendiri oleh ‘orang kuat’ Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard. Anwar sendiri menjadi perancang sebenar di dalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

“Isu pemilihan kena tipu teruk… lepas tu nak gula-gulakan I… dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar,” katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk “Chegu Bard Kantoikan Anwar” itu.

Chegu Bard yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda PKR pada pemilihan itu turut mendakwa Anwar cuba menyogok beliau dengan wang ringgit dan jawatan bagi menutup rahsia tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu ‘turning point’ untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

“Dia datang nak offer I gaji… nak lantik I jadi Timbalan Setiausaha Agung apa semua…I’m very sorry, I’m very sorry… this is not about jawatan… but i hope its about the truth.. dan you bercakap soal demokrasi,” tegas Chegu Bard dalam rakaman tersebut.

Baru-baru ini Anwar mempertahankan Chegu Bard untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh tersebut menyebabkan Pas yang pada awalnya mempertaruhkan Mohd. Yusni Mat Piah di kerusi sama, terpaksa menarik diri.

Bagaimanapun tindakan pucuk pimpinan Pas yang menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh PKR menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi dan jentera Pas di kawasan berkenaan.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih ‘hijau’ dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya? Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR.

Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan. Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala.

Jangan biarkan ‘pisang berbuah dua kali’ dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.

Anwar memang dikenali sebagai individu lidah bercabang dan pembelit, jadi tidak hairan ramai yang tertipu dan termakan dengan penipuannya. Banyak pemimpin yang menjadi pengasas kepada pembentukan PKR telah meninggalkan parti, termasuk juga pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Anwar.

10 thoughts on “Anwar Tipu Pemilihan PKR – Cikgu Bard Sosialis

  • April 30, 2013 at 10:50 PM
    Permalink

    dengan org parti sendiri dia tipu, bayangkan dgn org lain….bodohlah siapa yang percaya anwar ni

    Reply
  • April 30, 2013 at 10:58 PM
    Permalink

    kawan makan kawan…hehehehe

    Reply
  • April 30, 2013 at 11:24 PM
    Permalink

    Alamak CheGu Bard denggu beta Nuar …macam ni la baru perjuang

    Reply
  • May 1, 2013 at 12:27 AM
    Permalink

    The reason Anwar is influential figure now is because he has position himself as THE MAN WITH THE FUTURE PROPHECY. He predicted that he will win this election unless BN and SPR cheats him of victory.

    He predicted that BN will use phantom voters to cheat.
    Using the non-washable ink was a stupid move by SPR as it gives the public to doubt the integrity of the process. SPR being government servants seldom thinks beyond the box and not explore the possibility on how Anwar can manipulate this new requirement. All the voter has to do is spray his finger with waterproofing chemical which is use widely on leather goods,let it dry and later have his finger inked at the voting station. Orang goment makan gaji will just do as they are told and nothing more beyond that. Everybody knows what ever the government does Anwar will not be happy,why make themselves vulnerable?
    Tengok muka IGP kita pun tahu that Anwar punya diabolic mind can out smart him.
    But this extreme hatred at the government we MUST give credit to Salleh Budu RM250m NFC scandal yang orang Cina betul betul BENCI BN/UMNO.

    Hishamuddin Rais has already geared everyone to start a riot and all Anwar has to do is CREATE proof or incidences to what he has predicted has happen.Itu sahaja.
    Saya tengok Najib is going around to meet the public explaining his JANJI in great details but mainstream media is not making great effort to rebut the cyberworld punya fitnah towards BN.

    Reply
    • November 7, 2013 at 7:13 PM
      Permalink

      what you think before is true now, my friend

      Reply
  • May 1, 2013 at 3:10 AM
    Permalink

    Apa nak heran dalam pkr. Bukan setakat kawan makan kawan, bahkan kawan tumpang bini kawan pun mereka tak kisah. Kalau tak takan ada keadilan dalam kamus merka

    Reply
  • May 1, 2013 at 10:54 AM
    Permalink

    dah kena tipu tahap gaban pun masih tak sedar diri lagi. memang gelap hati dan memang jenis diri sanggup ditipu la tu.

    Reply
  • May 1, 2013 at 4:09 PM
    Permalink

    Takkan ulang tayang cerita lama… Nampak sangat dah teruk korang ni.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.