Selangor Bebas Rasuah Di Bawah Pakatan Rakyat (Episod WTF 2)

Selangor hari ini dipenuhi oleh papan tanda besar (billborad) yang mendakwa ini kerajaan yang bebas rasuah. Dalam episod pertama, Mykmu memberi senario keseluruhan isu rasuah di Selangor. Dalam siri kedua ini kita akan bercakap soal Skandal Talam Corporation.

Skandal Talam: Benarkah RM 181 Juta Dibahagikan antara Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim?

Bagaimanakah kerajaan Selangor menukar senario sehinggakan BN adalah kerajaan yang korup dan mereka kerajaan yang bersih?

Apabila mengambil alih kerajaan negeri, Tan Sri Khalid telah berpakat dengan orang tertentu untuk menggunakan isu Talam ini sebagai satu peluru untuk dua burung.

Pertama, mereka akan memburukkan kerajaan negeri sebagai korup kerana melindungi Talam dan tidak mengutip hutang tertunggak. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan mencerita kepada seluruh negara kononnya BN bersubahat dengan Talam Corporation merompak harta rakyat negeri Selangor kerana tidak menuntut semula hutang sebanyak RM 392 Juta.

Langkah awal ini mereka umumkan pelan pengambil alihan hutang Talam. Dalam pelan ini pun sudah ada unsur penipuan. Apabila pelan ini dikritik, mereka menyatakan Kerajaan BN bersubahat dengan Talam. Tuduhan dibuat bahawa Menteri Besar Selangor sebelumnya, Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai hubungan baik dengan Talam dan melindungi an Sri Tan Ah Cye (Pemilik Talam).

Kenapa Talam tidak tampil mempertahankan diri dan mengumumkan bahawa usaha menyelesaikan hutang dengan kerajaan negeri Selangor telah bermula sejak 2005? Tan Ah Cye dan Selangor telah pun mempunyai hubungan baik dengan Teresa Kok dan Ronnie Liu serta Tan Sri Khalid Ibrahim dan mereka telah merancang sesuatu yang besar.

Dengan memburukkan BN, Pakatan akan dilihat sebagai wira mengembalikan harta rakyat berjumlah RM 392 juta. Pada masa ini, rakyat Selangor yang kononnya cerdik pandai dan terpelajar di Selangor tidak lagi mahu mendengar apa-apa penjelasan. Mereka merasakan Pakatan ini sebaik-baik manusia politik.

Mereka menggunakan media sosial dan akhbar The Sun milik Vincent Tan dan penulis Nadeswaran untuk memburukkan UMNO dan BN Selangor.

Namun mereka sedikit gelabah apabila langkah ini turut dikritik oleh Setiausaha Agung PKR ketika itu, Salehuddin Hashim, “an old trick used by the crooks in the corporate sector.” Akhirnya Salehuddin meletak jawatan.

Kedua, sebaik sahaja imej BN dicemarkan dengan begitu hebat oleh Pakatan dan dibantu oleh beberapa pemimpin UMNO yang mahu menjatuhkan musuh politik mereka; Khalid Ibrahim, Teresa Kok dan Ronnie Liu menjalankan agenda terhuduh dan paling korup dalam sejarah politik negara.

Hutang Talam kepada kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan negeri hanyalah RM 392 juta. Bagi menyelesaikan hutang ini, kerajaan negeri mengadakan perjanjian menyelesaikan hutang melalui pengambil alihan tanah-tanah milik Talam. Ini merupakan inisiatif kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo tetapi didiamkan sehinggalah tindakan mereka dipertikaikan (Lihat petikan di bawah).

Bagaimanapun berbanding dengan BN yang hanya mahu mengambil semula hartanah yang bernilai sama dengan hutang, Pakatan maju setapak lagi.

Khalid membuat keputusan untuk mengambil alih beberapa hartanah Talam yang dinilai pada harga RM 676 juta. Ini bermakna, Kerajaan negeri perlu membayar RM 284 juta tunai kepada Talam baki daripada tolak hutang. Bayangkan mengapa Talam sanggup menyerahkan hartanahnya bernilai RM 284 juta jika mereka tidak membuat keuntungan besar?

Talam sebuah syarikat yang berkemampuan membangunkan banyak kawasan perumahan besar tentulah tidak akan menjual hartanah mereka semudah itu kepada pihak lain kecuali mereka mengetahui sesuatu. Sebaliknya, apa yang Talam jual kepada kerajaan negeri merupakan tanah-tanah yang sukar dibangunkan.

Ada sesetengah hartanah terletak dalam kawasan perlombongan pasir haram dan sah seperti di Bestari Jaya berhampiran Unisel.

Antaranya, tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM80,000 seekar atau nilai keseluruhan RM 181 juta dalam pelan penyelesaian hutang ini.

Namun mengikut laporan penilaian oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn. Bhd. kepada Talam bertarikh 11 Oktober 2010, harga pasaran tanah berkenaan hanya RM139 juta atau RM60,000 seekar dan ia beserta syarat iaitu mesti bebas daripada sebarang bebanan (komplikasi).

Mengapa ada isu bebas komplikasi ini? Ini kerana kawasan tersebut sudah hampir tiada daratan lagi. Ia menjadi pusat perlombongan pasir berlesen dan haram sejak 2009.

skandaltalam
Dalam satu transaksi ini sahaja, Kerajaan Negeri telah membayar sebanyak RM 42 juta melebihi harga pasaran. Adakah ini bukan rasuah? Ini terang-terangan rasuah dan penyelewengan yang sangat besar. Tapi apakah mereka yang kononnya mmeperjuangkan ketelusan dan anti rasuah peduli?

Jika dilihat tanah ini yang sudah tidak boleh dibuat apa-apa kecuali ditebus guna semula dengan kos sekitar RM 100 juta, sebenarnya kerajaan negeri telah memberi RM 181 juta kepada Talam tanpa sebarang justifikasi yang sah.

Apakah ada sesiapa yang fikir Khalid Ibrahim, Teresa Kok, Ronnie Liu dan Anwar Ibrahim tidak menerima sesen pun dari jumlah ini? Pakatan Selangor Bebas Rasuah? WTF!

Inilah yang dikatakan babi jika dipakej dengan baik mungkin akan dianggap halal oleh sesetengah orang Islam.

Bacaan Tambahan:

Bila Menteri Besar Suka Berbohong

1. Kali ini bukan saya yang kata Tan Sri Khalid Ibrahim berbohong. Kali ini EXCO paling berpengaruh dalam negeri Selangor, Teresa Kok sendiri secara tidak langsung menyatakan kepada umum bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bercakap bohong.

2. Lebih dua tahun Khalid Ibrahim berkokok seantero Malaysia bahawa kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan kembali hutang Talam Corporation kepada beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri. Kononnya, BN Selangor memejam mata sahaja terhadap hutang-hutang Talam ini.

3. Dalam ucapan-ucapan di Dewan Undangan Negeri Selanhgor dan kempen politik, Khalid mendakwa beliaulah yang berusaha mengutip semula hutang Talam. Beliau jugalah yang begitu bijak dan pintar mencipta cara untuk melunaskan hutang Talam melalui pengambil alihan aset. Dalam satu sidang akhbar yang dicatatkan oleh Malaysiakini pada November 2009, Khalid dilaporkan berkata,

“Hutang ini telah berlaku sejak 10 tahun lalu tapi tak pernah dikutip… Sebelum ini amaun hutang tersebut tidak pernah diiktiraf sepenuhnya atau direkod dengan teliti dalam kewangan anak-anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.
Katanya lagi, menteri besar BN sebelum ini juga “gagal mengatur keutamaannya” dalam mengurus kewangan negeri itu. (pautan)

4. Malahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menulis beberapa minggu lalu menyatakan,

“The records show that Talam Corporation Berhad was allowed to incur debts of RM392 million to the Selangor government during the BN administration before 2008. These debts were never properly documented or recorded in the books of the state government companies – Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kumpulan Hartanah Selangor and Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB). What is worse was the fact that there was no effort made by the BN administration to collect these debts.

However, the new Pakatan Rakyat state led by Khalid has demonstrated that with political will, no company will be able to escape from paying its debts to the Government. Within a year after discovering the discrepancy in the state-owned companies’ financial records, Tan Sri Khalid has via the Menteri Besar (Incorporated) (MBI) recouped every sen of the RM392 million debt from Talam Corporation in the form of cash and properties.” (Pautan)

4. Banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menggambarkan seolah-oleh kerajaan negeri semasa saya tidak berbuat apa-apa untuk mengambil tindakan terhadap Talam. Khalid Ibrahim sahaja yang bijak pandai boleh menyelesaikan hutang ini.

5. Anehnya bila tersepit dengan pelbagai skandal penstrukturan hutang Talam ini, kerajaan negeri mula menggelabah dan menjadikan pentadbiran lalu sebagai kambing hitam. Menurut Teresa Kok yang dilaporkan dalam The Star hari ini:

SHAH ALAM: The previous Selangor Government agreed to enter into a debt settlement with Maxisegar Sdn Bhd a subsidiary of Talam Corpbecause the company was under threat of being wound up.

State executive councillor Teresa Kok said that in 2006 the Barisan Nasional state government agreed to a settlement that involved 694.4ha of land in Bestari Jaya and five leasehold office lots in Menara Pandan, Pandan Indah.

“Pendidikan Industries YS Sdn Bhd (Unisel) and Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) entered into settlement agreements with Maxisegar as it owed Unisel money to set off the debts via contra arrangement,” she said after the state executive councillors meeting.

She said the first agreement, dated July 29, 2005, “was for 1,715.9 acres (694.4ha) of land in Bestari Jaya, valued at RM80,000 per acre”.

The second was dated Jan 10, 2006, for five office units at Menara Pandan at RM2,723,900, and a retail lot measuring 2,745 sq m at Ukay Perdana for RM7.8mil.

5. Bukankah kenyataan Teresa ini menunjukkan Selangor sekarang dipimpin dan ditadbir oleh pembohong dan penipu yang tidak segan silu menjual sentimen dan emosi kepada orang ramai yang tidak mengetahui cerita dalam pentadbiran negeri?

6. Memang benar semua pemimpin ada kesilapan, kelemahan dan kekurangan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Namun berbohong terutamanya membabitkan pentadbiran negeri bukanlah satu kelemahan tetapi satu kesalahan,

7. Faktanya, Khalid hanya meneruskan usaha kerajaan lalu untuk menyelesaikan hutang Talam dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri dengan melakukan pengubahsuaian yang aneh-aneh sehingga menimbul skandal baru.

8. Hakikatnya, sudah sah sekarang ini Selangor dipimpin oleh seorang pembohong yang sanggup memutar belitkan fakta untuk kepentingan politik beliau.

9. Perlu saya jelaskan dalam pentadbiran lalu tidak timbul untuk mengambil alih hartanah Talam melebihi apa yang terhutang oleh Talam kepada syarikat-syarikat terbabit apatah lagi sehingga membabitkan lebih RM 676 juta. Juga tidak timbul soal “round-tripping” (lihat: Silap Mata Kerajaan Negeri Selangor: RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?) yang dibuat oleh Khalid sekarang sehingga menimbulkan banyak keraguan dan skandal.

7 thoughts on “Selangor Bebas Rasuah Di Bawah Pakatan Rakyat (Episod WTF 2)

  • April 30, 2013 at 11:52 am
    Permalink

    Mengapa be berapa ahli EXCO Negeri Selangor tidak dicalunkan semula untuk bertanding PRU 13? Misti ada pasal!

    Reply
  • April 30, 2013 at 2:37 pm
    Permalink

    hanya org bodoh saja akan kata selangor bebas rasuah di bawah pakatan rakyat….berpuluh2 skandal dok ada, pasir la, talam la, air la, rumah urut la, judi haram la etc……WTF

    Reply
  • April 30, 2013 at 3:19 pm
    Permalink

    Spin ameno lagi…. pesal …SPRM tak siasat ka????? SPRM tido ka????

    Reply
    • April 30, 2013 at 6:53 pm
      Permalink

      sejak pr ambik selangor set sprm banyak rilek…
      tak banyak laporan tentang rasuah….hidup khalid!!!!!!!!!!!!

      Reply
    • April 30, 2013 at 8:48 pm
      Permalink

      aik? tetiba fuckatan percaya SPRM? pukimak apa ni

      Reply
  • April 30, 2013 at 10:13 pm
    Permalink

    Biasalah pr , bila kene kat dorang kata sprm penipulah , tido lah , x buat kerja lah . Mcm2 yg buruk , tapi kalau kene kat bn ,dituduhnya bn yg bkn2 pulak, x phm ak .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *