PAS Mengalah Kepada Parti Calon Komunis

Share

“Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

“Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR,” demikian penjelasan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.

Kenyataan Presiden PAS itu secara langsung merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.

Walau dibaca berkali-kali kenyataan Hadi itu, maksudnya tetap sama di mana PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis. Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya.

Kini selepas menerima tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP, lain pula yang berlaku apabila PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis, bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.

Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. Baru sekarang mahu sedar, maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam PR.

Perubahan mendadak pendirian PAS ini secara umumnya dialu-alukan oleh penyokong PR khususnya dari DAP dan PKR, tapi di hati kecil penyokong PAS wujud perasaan menggelodak amarah dan malu kerana terpaksa menyokong calon yang berideologi sosialis.

Patutlah dulu beria-ia benar Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong, agaknya tahu suatu hari nanti PAS akan bekerjasama untuk menjayakan golongan yang sealiran dengan Mat Indera rupanya.

Apa pun, dengan perkembangan terbaru ini, sahihlah betapa rapuhnya PAS dalam mempertahankan pendirian dan prinsipnya, itulah puncanya kenapa dalam banyak isu misalnya kalimah Allah S.W.T, hudud, negara Islam dan kemurtadan, mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR.

Jati diri PAS zaman sekarang jauh sangat bezanya berbanding dulu, prinsipnya rapuh sampaikan sanggup digadaikan segalanya demi menuju puncak kuasa yang tak ketahuan.

Jenis parti sebegini memang tak layak untuk menjadi pengganti kepada UMNO. Bahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, eloklah pada PRU-13 5 Mei 2013 ini nanti, para penyokong PAS yang menyedari hakikat ini bergabung tenaga dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama talkinkan saja PAS. Demi masa depan, itulah yang sepatutnya.

Beruang Biru

4 thoughts on “PAS Mengalah Kepada Parti Calon Komunis

  • April 28, 2013 at 9:25 pm
    Permalink

    Jelas agenda Pakatan Rakyat kali ini adalah ‘Hancurkan BN/UMNO’at what ever cost. Jika antara mereka terpaksa kompromi nilai parti mereka akan buat demikian. Its not about winning to them but about destroying BN/UMNO first.

    Reply
  • April 29, 2013 at 3:35 pm
    Permalink

    Untuk memberhentikan anak muda kita membuang masa membca blog-blog politik ialah dengan tidak memilih calun-calun dari PAS, PKR dan DAP.

    Apabila mereka kalah teruk maka blog-blog mereka akan ikut senyap. Tidak ada yang hendak difitnah lagi.

    Politik mereka kotor!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *