Terdesak Nak Selamatkan Kit Siang, Pakatan Rakyat Serang Pembangunan Nusajaya

Share


Mungkin terlalu terdesak untuk menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor, Pakatan Haram beriya-iya mengarahkan pencacai-pencacai mereka menyerang kemajuan yang sedang diusahakan kerajaan di Nusajaya yang terletak di dalam wilayah Pembangunan Iskandar, Johor.

Terbaru, puak-puak yang suka membangkang perkara positif yang dilakukan kerajaan BN itu menyebarkan propaganda kononnya bilionare terkenal, Tan Sri Robert Kuok, membeli tanah di sana dengan harga rendah dan tidak mengikut pasaran.

Kata mereka, Robert Kuok perlu membeli tanah tersebut dengan harga RM720 sekaki persegi berbanding harga RM334 sekaki persegi bagi tanah berkeluasan 12.7 ekar. Kononnya itu harga sebenar tanah di Nusajaya…

Mereka mendakwa urusniaga penjualan tanah itu dibuat bagi memenuhkan kantung BN untuk menghadapi PRU ke-13 ini dan dikaitkan pula dengan calon BN merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, yang menentang Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

Kononnya dengan menyerang Abdul Ghani, mereka dapat menyelamatkan karier “mursyidul am” DAP yang bakal terkubur di Gelang Patah? Silap besarlah…

Sebenarnya, harga tanah yang dibeli Robert Kuok itu sangat berpatutan dan mungkin boleh dikategorikan sebagai “mahal” bagi ejen-ejen hartanah yang berpengalaman di Johor. Bayangkan, harga RM334 sekaki persegi dikatakan “murah” oleh puak-puak pembangkang itu?

Memang benar harga tanah di Nusajaya sekarang mencecah RM720 sekaki persegi di sesetengah lokasi yang strategik. Tapi perlu diingat bahawa tanah setinggi itu hanya melibatkan kawasan yang sudah dibangunkan, maju, memiliki prasarana dan kemudahan asas yang lengkap!

Dalam ertikata lain, tanah yang dibeli di Nusajaya dengan harga RM720 sekaki persegi itu tidak perlu lagi dibangunkan atau dibina kediaman-kediaman, pusat membeli belah, kemudahan asas seperti air dan elektrik, taman rekreasi, masjid dan sebagainya oleh pelabur.

Berbanding dengan tanah kosong yang dibeli Robert Kuok, sudah tentu beliau perlu mengambil risiko membangunkan tanah itu sebaik mungkin. Setelah dibangunkan nanti, barulah tanah itu boleh dianggarkan berharga RM720 sekaki persegi.

Malah menurut jururunding penilai hartanah, Messrs Assets Sdn Bhd, tanah yang dibeli Robert Kuok itu sebenarnya bernilai RM330 sekaki persegi sahaja mengikut harga pasaran terkini di Nusajaya dan ini menjadikan bilionare itu membayar 1.21 peratus lebih tinggi dari harga pasaran sebenar.

Pelabur manakah yang sanggup beli tanah kosong di Nusajaya dengan harga RM720 sekaki persegi? Pakatan Haram fikir pelabur-pelabur bodoh seperti mereka?  Awal tahun ini tanah di Puteri Harbour dijual pada harga RM401 juta ataupun RM211 sekaki persegi.

Jadi, wajarlah tanah itu dijual dengan harga RM334 sekaki persegi. Lagipun, projek pembangunan itu adalah hasil kerjasama dengan GLC negara, Khazanah Nasional, yang memegang saham 30% dari jumlah keseluruhan projek. Keuntungannya nanti masuk ke “akaun rakyat” juga nanti…

b_p9Nusajaya

Puak Pakatan Haram memang kerjanya membangkang, betul atau tidak, tak kisah.  Patut semaklah dulu, takut termalu nanti.  Kalau ditengok jualan tanah di Iskandar Malaysia baru-baru ini, DRB-Hicom jual 614 ekar tanah pada harga RM20 sekaki persegi.  Tu belum masuk Sunway Bhd beli 779 ekar tanah penghujung tahun lalu pada harga RM413 juta ataupun RM22 sekaki persegi.

Jadi dengan kepercayaan Robert Kuok kepada usaha pembangunan kerajaan BN Johor, ia mampu dijual dengan harga RM334 sekaki persegi.

Kelantan ada harga tanah kosong semahal dan bernilai tinggi itu? Di negeri mundur ke belakang yang dipimpin PAS itu tak mungkin ada harga tanah begitu. Kalau hanya mampu membina sebuah TESCO saja bagi seluruh Kelantan, jangan haraplah dapat saingi kemajuan hartanah di Johor…

Saya rasa jijik dengan cara pendekatan politik puak-puak Pakatan Haram yang “anti-establishment” begini. Perkara yang menguntungkan rakyat pun mereka bangkang dan buruk-burukkan. Kalau begini cara mereka, tidak hairanlah kalau pelabur lari Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Nusajaya-Projects

Saya yakin, sekiranya kawasan Nusajaya itu dibangunkan sepenuhnya oleh kerajaan BN kelak, ia bakal menyediakan ratusan ribu peluang pekerjaan bagi anak-anak Johor. Jadi tak payahlah anak-anak Johor itu “merempat” di negeri orang bagi mencari sesuap nasi seperti anak-anak Kelantan!

Begitulah kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan BN yang dicemburui puak-puak Pakatan Haram. Kelebihan itu tidak akan dapat dikalahkan oleh pihak pembangkang dan mungkin kerana terdesak, mereka cuba memburuk-burukkan imej pembangunan tersebut.

Apa nak jadi dengan puak pembangkang di Malaysia di zaman ini. Kalau nak bangkang pun, bangkanglah secara sihat dan membina. Kalau perkara yang baik dan menguntungkan pun mahu dibangkang, jangan marah kalau rakyat kata “Pakatan Haram sakit jiwa”!



6 thoughts on “Terdesak Nak Selamatkan Kit Siang, Pakatan Rakyat Serang Pembangunan Nusajaya

  • April 26, 2013 at 6:42 am
    Permalink

    Puak itu memang sudah sakit jiwa. Ini ditunjukkan pada tahap merapu tanpa segan silu dan meleong maruah diri ketahap paling low class. Mereka sudah tak kisah dengan tempelakan kerana menipu kerana itu memang makanan harian mereka.

    Macam Anwar sudah lama menyanyi atas pentas lagu sabah hilang. Terakhir dengan chloronology perlantikan dia jadi PM selepas PRU.

    Itu semua sama macam ayah pujuk anak kecil berumur 3 tahun yang tak henti menangis buat perangai … nanti kita pergi ke theme park kita main roller coaster lama2. Lepas main roller coaster sebelah itu ada swimming pool, kita swim pakai bouya. Kita baik dari swim kita ke baskin robbin makan aiskrim.

    SiNuar mengharapkan semua orang boleh dipujuk macam dia pujuk anak2 dia, sedangkan anak2 dia habis chow dari dia kecuali sorang yang tengah hebat meroyan. Anak mana yang sanggup mengaku dia bapak mereka, kalau perangai lebih low dari beliau yang ragut rumput.

    Reply
    • April 26, 2013 at 6:05 pm
      Permalink

      Itu perangai Najib dan k’jaan sekarang. Tak cukup KR1M, TR1Ma bagi lagi BR1M, hulur pulak pada staff GLC macam2… INI KALILAH…. UBN bagi apa pun rakyat dah tak heran, kita nak TUKAR.

      Reply
      • April 26, 2013 at 8:27 pm
        Permalink

        Betul tu ! rakyaat dah bagi peluang dah..tapi failed !

        So kita tukar kerajaan negeri pakatan haram, kepada yang halal.

        Demokrasi…rakyaat adalah penentu.

        Reply
      • April 27, 2013 at 4:04 pm
        Permalink

        PAS Negeri Kelantan dan Kedah tidak ada apa benda hasil keuntungan untuk diagihkan kepada rakyatnya kerana tidak ada apa-apa pelaburan dan perancangan ekonomi.

        Kerajaan BN ada hasil ekonomi yang baik maka apa jua keuntungan yang ada diagihkan kepada rakyat melalui subsidi petrol, beras, minyak masak, gula, melalui BR1M dll.

        PAS sendiri perlu berubah ikut Al Quran dan Hadis. Jangan terkeliru dan mengelirukan rakyat. Kasihan!

        Reply
  • April 26, 2013 at 9:43 am
    Permalink

    Orang-orang yang sakit jiwa tidak akan boleh melihat apa yang orang lain buat lebih.kerana di hatinya ada ulat-ulat sedang memakan daging busuk

    Reply
  • April 26, 2013 at 10:59 am
    Permalink

    Orang Johor dan rakyat 1 Malaysia semua tahu ke cara sebenar DAP memerintah bila berkuasa dan dapat kuasa? Bagaimana mereka melaksanakan dasar “Malaysian Malaysia” dan “Meritiocrasi” DAP mereka.

    Lihat, tengok dan baca bagaimana DAP mempengaruhi MB Selangor Tan Sri Khalid semasa mereka berada di dalam EXCO Negeri Selangor.

    Dan bagaimana pula EXCO DAP semasa mereka berkuasa seketika waktu di Perak dahulu. Nak bagi tanah 999 tahun lease.

    Dan bagaimana pula DAP Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang selama 5 tahun.

    Kalau tidak ada bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat BN mereka akan jadi macam Kelantanlah.

    Fikir-fikirkanlah saudara/saudari semua.

    Ekonomi kita rakyat 1 Malaysia perlu di samaratakan – jurang yang kaya dengan yang miskin perlu diperbetulkan. Jangan biarkan mereka DAP meneruskan dasar “Malaysian Malaysia” dimanaa yang sudah kaya akan terus kaya dan yang miskin di kampong, di estate dan di New Village tertinggal dan dibiarkan seperti di Pulau Pinang.

    Dia orang kata di Pulau Pinang rumah murah pun mereka tidak buat. Nasib baik Kerajaan Persekutuan bantu. Lapanglah dada.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *