PRU13: Zul Nordin Tidak Penting, BN Yang Utama

Share


Oleh Ab Jalil Backer

Parlimen Shah Alam sentiasa menjadi antara kawasan tumpuan dalam setiap kali pilihan raya. Di anggap sebagai bandaraya Melayu, Shah Alam menjadi satu penunjuk aras pemikiran Melayu Bandar kelas pertengahan yang belum lepas bebas dari akar budaya dan agama.

Dengan jumlah 70% daripada  99,957 pengundi berdaftar  adalah Melayu Islam, Parlimen ini sepatutnya menjadi kubu kukuh Barisan Nasional.

Namun, ketika BN masih mengekalkan kebanyakan Parlimen yang mempunyai  majoriti Melayu 65% dan ke atas  di Selangor dalam pilihan raya lalu, Shah Alam memberi dimensi berbeza.

Parlimen dan kedua-dua kerusi negeri yang sebelum ini merupakan kubu kuat BN tumbang ke bumi. Tiga tokoh besar UMNO, Exco Sukan Selangor, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin, bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Aziz Shamsudin tumbang.

Sungguhpun ada beberapa isu nasional yang mempengaruhi kelompok melayu bandar ini, namun dua isu yang nyata sekali menjejaskan BN di Shah Alam ialah isu kuil dan calon luar. Hindraf berjaya memanipulasi isu kuil Hindu yang dirobohkan kerana dibina atas tanah milik orang lain tanpa kebenaran.

Kontroversi pemilihan Datuk Aziz Shamsuddin sebagai calon BN bagi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya ke 12 pada 2008 telah mencatatkan sejarah penting dalam lanskap politik Shah Alam. Sebahagian mereka memutuskan untuk menolak Aziz Shamsudin sebagai calon Parlimen kerana dianggap sebagai orang luar Shah Alam.

Sungguhpun Aziz telah memenangi Parlimen Shah Alam pada 2004, UMNO Bahagian telah menyatakan bahawa mereka berharap akan mendapat calon tempatan dalam pilihan raya akan datang. Di tambah dengan masalah perkhidmatan yang kurang baik di kawasan, desakan supaya Aziz diganti dengan calon tempatan sangat kuat.

Akhirnya, nama  Aziz digugurkan dari senarai calonParlimen Shah Alam pada senarai awal calon 2008. Namun perubahan saat akhir, memasukkan kembali nama Aziz menyebabkan berlaku bantahan dan pemberontakan kecil daripada pengundi Shah Alam. Selebihnya adalah sejarah yang telah diketahui di Shah Alam.

Realiti Hari Ini

Kali ini, pucuk pimpinan sekali lagi meletakkan calon luar untuk Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Nordin. Calon yang popular dengan panggilan Zul Nordin ini bukan sahaja orang luar Shah Alam tetapi juga bukan ahli UMNO. Suara tidak berpuas hati sudah kedengaran termasuklah pada malam pengenalan calon BN beberapa hari lalu.

Pencalonan semalam mengesahkan Zul Nordin akan menentang calon Pas, Khalid Samad bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Bagi Kerusi DUN Kota Anggerik akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Mohd Yusof Din yang ditentang oleh EXCO Selangor, Dr Yaakob Sapari dan bekas ahli Dewan Pemuda Pas, Eriq Faisal Rusli.

Kerusi DUN Batu Tiga pula ditandingi oleh Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Nawawi M Zin atas tiket BN bersama Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dan calon bebas, Uzi Che Hussin.

Parlimen Shah Alam mungkin mengulangi sejarah 2008 sekiranya tidak ditangani secara berhati-hati. Zul Nordin bukan sahaja berhadapan masalah dengan segelintir ahli UMNO yang merasakan mereka sekali lagi dipaksa menerima calon “payung terjun” tetapi juga kemarahan kaum India.

Kontroversi Zul Nordin dan Agama Hindu

Bukan lagi rahsia penganut agama Hindu yang berjumlah sekitar 15 ribu orang di Shah Alam tidak dapat menerima Zul Nordin berikutan tersebarnya video ceramah Zul Nordin yang menghina tuhan mereka. Video tersebut adalah video lama semasa Zul di dalam Pas.

Saya memahami perasaan penganut Hindu sekiranya mereka tidak mahu mengundi Zul Nordin, biarpun beberapa hari lalu calon BN ini telah  memohon maaf kepada seluruh penganut agama Hindu atas kenaifan beliau sepuluh tahun lalu.

Sama ada permohonan maaf tersebut diterima oleh penganut Hindu adalah satu persoalan lain. Hanya setiap individu yang beragama Hindu sahaja boleh membuat keputusan sendiri. Namun saya percaya ada penganut Hindu akan menghargai permohonan maaf  Zul tersebut dan memberi sokongan kepada beliau.

Tindakan Zul memohon maaf secara terbuka merupakan satu tindakan sangat besar ertinya. Tidak ramai pemimpin politik sanggup duduk merakamkan kenyataannya memohon maaf dan disiarkan di seluruh negara. Zul tidak perlu menebalkan muka, merendahkan ego dirinya untuk memohon maaf hanya sekadar mahu menjadi calon. Tidak perlu kerana beliau telah pun menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Sudah tentu ada yang sinikal berkata mengapa baru sekarang, ketika hampir pilihan raya, mahu pohon maaf? Percayalah Zul tetap akan memohon maaf jika video itu disebarkan terlebih awal. Namun video tersebut hanya disebarkan dan dijadikan kontroversi beberapa hari lalu. Maka beberapa hari lalulah Zul mengemukakan permohonan maafnya.

Zul hari ini bukan lagi zul 10 tahun lalu. Beliau telah berhijrah daripada satu ideologi yang berasaskan kebencian, adu domba, fitnah kepada masyarakat yang lebih terbuka dan rasional. Nilai dan terimalah Zul Nordin hari ini bukannya Zul Nordin ketika berada di dalam Pakatan beberapa tahun lalu.

Jika penganut Hindu boleh memberi sokongan kepada Zul 5 tahun lalu ketika beliau telah pun melontarkan ucapan menghina agama Hindu itu, tidak ada sebab mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama hari ini.  Ini kerana Zul Nordin hari merupakan individu yang jauh lebih baik dari 2008.

Saya percaya majoriti orang India sekarang menyokong Barisan Nasional dan program transformasi yang dibuat oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Jangan kerana marahkan Zul Nordin maka seluruh calon BN tidak diundi. Zul Nordin hanyalah  calon mesra BN yang Najib rasa boleh membantu mengukuhkan BN dalam beberapa keadaan.

Justeru, jika benar penganut agama Hindu tidak boleh mengundi Zul Nordin, rosakkanlah sahaja undi di Parlimen. Berikanlah undi untuk calon BN di DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik. Jangan sesekali beri undi kepada Pas, Pkr dan DAP kerana selama ini tidak ada satu pun janji terhadap orang India mereka penuhi.

Calon Luar Shah Alam Lawan Islam dan Melayu

Sebahagian ahli UMNO memang tidak berpuas hati kerana ini merupakan penggal ketiga mereka mendapat calon payung terjun. Mereka telah menyatakan dengan jelas pada 2008. Pandangan mereka diabaikan dan akhirnya semua calon BN dalam parlimen ini tumbang.

Kini sekali lagi mereka menegaskan mahukan calon dari Shah Alam sendiri. Sekali lagi pucuk pimpinan mengabaikan pandangan ini. Dan sekali lagi riak “pemberontakan kecil” sudah dikesan. Tidak ada sesiapa patut menyalahkan mereka. Mereka juga ada perasaan dan akal fikir. Mereka setia kepada parti, namun apakah pucuk pimpinan parti setia kepada ahli di bawah?

Namun kali ini kita mengharapkan ahli UMNO dan seluruh pengundi Melayu duduk berbincang dan bermuhasabah diri. Keputusan telah dibuat oleh pucuk pimpinan mengenai pencalonan Zul Nordin sebagai calon Parlimen Shah Alam mesra BN. Sama ada suka atau tidak inilah calon kita.

Pucuk pimpinan faham perasaan dan harapan Melayu Shah Alam. Namun saya percaya keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan geo-strategik politik dan calon pihak lawan hari ini. Insyallah suatu masa nanti, mungkin dalam pilihan raya umum ke -14, BN Shah Alam akan diberi peluang meletakkan calon anak tempatan atau dari kalangan pemimpin UMNO Bahagian Shah Alam untuk Parlimen.

Sehingga itu, pengundi Melayu di Shah Alam hanya mempunyai dua pilihan. Sama ada menyokong Barisan Nasional dan mengukuhkan status quo kedudukan Islam dan Melayu atau menyokong Khalid Samad dan meruntuhkan status quo Islam dan Melayu hari ini.

Sekiranya, pengundi Melayu memilih untuk memprotes pemilihan Zul Nordin dengan memberi undi kepada pihak lawan. Akibatnya ialah, calon Pas yang terkenal dengan sikap liberal dan pluralisme agama ini akan menang.

Bolehkah pengundi Shah Alam menerima wakil rakyat mereka yang bersetuju dengan cadangan DAP untuk membenarkan bible bahasa Melayu di Semenanjung menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam konsep triniti mereka? Khalid Samad adalah hanya segelintir pemimpin Pas yang bersetuju dengan permintaan ini.

Amatlah menyedihkan jika pengundi Melayu memberi undi kepada Khalid Samad hanya kerana tidak suka Zul Nordin. Mengundi Khalid Samad bermakna mengundi membenarkan pengunaan kalimah Allah mengganti Tuhan dalam bibel bahasa Melayu yang akan diedarkan di Semenanjung Malaysia.

Apakah marah dan sakit hati kita kerana calon luar dipilih BN kali ini lebih penting daripada kemuliaan Islam? Kemenangan Zul Nordin bukan bermakna beliau akan kekal selamanya di Shah Alam.

Sebaliknya,  pengundi Melayu sama ada Pas, UMNO mahu pun “atas pagar” perlu faham bahawa kekalahan Zul Nordin akan memberi kesan yang sangat besar kepada perjuangan mempertahankan status quo Islam dan Melayu hari ini. Ini merupakan ujian penting sama ada orang Melayu masih mahu mengekalkan kedudukan agama Islam seperti sekarang atau telah bersedia untuk membuka ruang kepada pluralisme agama berkembang di kalangan orang Islam.

Dalam pilihan raya kita tidak mungkin menemui calon yang sempurna kerana manusia tiada yang sempurna. Dalam pilihan raya kita mahu memilih parti yang lebih baik bagi memimpin negara ini. Kita juga akan memilih calon yang lebih baik dalam senarai mereka yang bertanding bukannya melihat keburukan calon BN dan memberi undi kepada parti lawan.

Hakikatnya dari segi apa pun, calon-calon BN di Parlimen Shah Alam jauh lebih baik daripada calon-calon yang di bawa oleh Pas dan PKR. Berilah undi kepada parti dan individu yang lebih baik antara yang ada.



72 thoughts on “PRU13: Zul Nordin Tidak Penting, BN Yang Utama

  • April 21, 2013 at 7:06 am
    Permalink

    Selamat jalan le zul….engkau tak ke mana pun…kau sama level dgn super katak…..pas tidak bn pun tidak….nasib2

    Reply
    • April 21, 2013 at 8:43 pm
      Permalink

      Selamat Datang Che Zul – kedatangan Che Zul tidak mengejutkan, malah amat dinanti2kan… Di mana jua Che Zul berada, Che Zul menjadi ‘jiran’ yg sentiasa memberikan semangat dan kerjasama yg baik, di hati kami. Dengan rasminya penghijrahan Che Zul kali ini, dapatlah Che Zul meningkatkan mode perjuangan kepada level yg lebih bermakna serta berkesan untuk kami. Bertempurlah dengan Khalid Samad ‘Stockburn’… and show him who’s Che Zul, ‘The Pale Rider’… Semoga kita memperolehi dan menikmati kemenangan bersama… aamiiin…

      Reply
    • April 22, 2013 at 7:49 am
      Permalink

      Katak tak katak ucapan Selamat Tinggal bolehlah diberikan kpd Si Khalid Samad.

      Reply
    • April 23, 2013 at 4:51 pm
      Permalink

      SALAM.
      MEK SEKURANG2NYA DIA DAH SEDAR BAHAWA SELAMA INI DIA TERSASAR DARI LANDASAN YANG SEBENAR DISEBABKAN PEMIMPIN2 DIA YANG TERDAHULU YG PANDAI MEMUTAR BELIT FAKTA, MENGADU DOMBA, HIPOKTRIT DAN LAIN2 YG MEK SENDIRI PUN TAHU.
      BAGUSLAH DIA DAH SEDAR, DAN SKRG DIA INGIN MENEBUS KESILAPAN DIA YG LALU MELALUI MENJADI CALON DAN INGIN MENABUR KHIDMAT BAKTINYA KEPADA RAKYAT. SO MARILAH KITA SOKONG DIA SBB NIAT DIA MURNI! ADUHAI MEK..MEK..JGN LAH ASYIK MENGUTUK JE MEK!

      Reply
  • April 21, 2013 at 7:07 am
    Permalink

    Kenyataannya…. Najib nak bunuh karier politik Zul Nordin. Dah tau orang SA tak suka orang luar masih bawak juga. Dah tu Zul ni fanatik tak bertempat.. +-Ibrahim Ali jugak sebab tu jadi timb.presiden perkasa. Kalau betul nak menangkan Zul sepatutnya d calonkan d Kulim, tempat dia. Isu minta maaf tak timbul lagi bila Zul bukan hanya sekali mengutuk/hina agama lain… tapi itulah kebiasaan dia bila berada d pentas dan depan mikrofon.
    Khalid Samad mungkin bukan terbaik.. tapi jauh lebih baik dari Zul Nordin. Pada pengundi SA, anda semua elit melayu bandar yg. bijak… bebaskan diri anda, buat keputusan berdasarkan rasional demi masa depan anda dan negara.

    Reply
    • April 21, 2013 at 7:43 am
      Permalink

      Saya lebih rela memberi undi kpd Zul Nordin drpd memberi undi kpd calon PAS. Khalid Samad dijatuhkan hukum Kufur oleh TG Haron Din disebabkan isu Kalimah Allah. Sikap pemimpin begini hanya akan merugikan org Islam.

      Selama ini masyarakat dpt hidup tenteram tanpa porak peranda dibawah kepimpinan BN. Semenjak pengundi memberi kepercaayaan kpd PR utk memerintah Selangor, hari2 mereka berpolitik. Kami amat tidak menyenangi situasi begini. Tanggungjawab kpd tugas2 utama nampak tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri. Masalah pengurusan sampah, isu bekalan air dan cukai pintu sahaja sudah cukup untuk membuatkan rakyat menolak calon2 PR terutamanya calon2 kerusi DUN.

      Isi asas sebegini sepatutnya tidak timbul masalah dan perlu ditangani dengan cekap kerana perkara yg sgt “fundamental”. Jesteru, bagaimanakah rakyat hendak mempercayai mereka sedangkan perkara asas begini pun tidak mampu ditangani oleh mereka.

      Manifesto PR nampak indah sedangkan kita mampu menilai “feasibility” janji2 tersebut. Berpijaklah di bumi yg nyata, adalah lebih wajar kita “tune” kekurangan BN drpd memilih PR.

      Sebagai golongan profesional muda, saya menyeru rakan2 lain agar mengundi BN. Realitinya, manifesto BN lebih realistik, dan “feasible” serta “approach” mereka lebih tersusun.

      Reply
      • April 21, 2013 at 9:55 pm
        Permalink

        nilai manifesto amendanya… kalau akujanji BN hanya copy&paste manifesto PR?

        Reply
        • April 22, 2013 at 2:15 am
          Permalink

          sapa yang nak percaya manifesto munafik macam Pakatan tu bujuk !!

          Hanya BN yang akan menunaikan janji mereka !!! ini la AKUJANJI BN yeeahhh

          Reply
          • April 22, 2013 at 8:00 am
            Permalink

            Tak percaya tapi MENIRU dan MENIPU… hahaha.

          • April 22, 2013 at 8:02 am
            Permalink

            BN tiru pakatan …kahkahkah….nama pakatan pun dah tiru dari BN , namakan apa yg pakatan tak tiru ?

          • April 22, 2013 at 8:05 am
            Permalink

            apa laa kau ni bujuk , Pakatan dah menipu RAKYAT dengan manifesto mereka pun kau masih menyokong mereka …

            Sekali BN dengan amnifesto yang mampu tunaikan janji , terus kau meroyan macam orang sewel hahahaha

          • April 22, 2013 at 1:52 pm
            Permalink

            kita ambik isu AIR PERCUMA d s’gor. Sejak 2008 BN bantah dan cakap macam2 pada PR kerana bagi air percuma. Kenapa akujanji BN d s’gor 2013 ni ada pulak janji nak bagi air percuma. Siapa yg. MENIPU???

          • April 22, 2013 at 2:07 pm
            Permalink

            ehh bila masa pulak BN bantah bujuk .. aku tanya dengan penuh sopan ni boleh bagi aku contoh kaa …

            air free ni adalah contoh janji menipu Pakatan , setelah hampir nak pilihanraya baru nak laksanakan seluruh negeri DAN maih banyak lagi rakyat duduk flat tak dapat !! malah disuruhnya pulak rakyat yang beli meter individu untuk dapat air free .. apa kee bodohnya bujuk ???

            tak kee namanya janji menipu tu

            tu belum lagiu aku masuk pasal ibu tunggal , budak sekolah , elaun taska semua tu .. MANA PERNAH DAPAT bujukkk oiii tu yang aku kata manifesto menipu dan mungkir janji bak orang munafik !!!

            Malah pemimpin Pakatan sendiri akui semuanya ini !! Dan mengatakan manifesto mereka bukanlah satu janji .. kiranya tak perlu tunai !!!

            ITULAH AKU CAKAP MANIFESTO MENIPU ORANG !!!

          • April 22, 2013 at 11:22 pm
            Permalink

            ko meroyan la sesorang… tak kuasa nak layan. Aku yakin rakyat s’gor tau yg. terbaik untuk mereka adalah PR.

      • April 23, 2013 at 4:55 pm
        Permalink

        SALAM.
        SANGAT SETUJU DGN ULASAN MYMS. MARI RAMAI2 PANGKAH BN! HIDUP TOK NAJIB! HIDUP BN!

        Reply
    • April 21, 2013 at 1:16 pm
      Permalink

      khalid samad lebih baik ??/ cakap orang yang menyokong zina dan peliwat .. apa yang boleh kita harap ??? ..

      Lepas tu nak bunuh karier politik Zul Nordin ??? kakakaka contoh orang takde otak kalau bercakap .

      Reply
      • April 21, 2013 at 9:54 pm
        Permalink

        Najib sendiri cakap dia takkan tinggalkan pengundi PEKAN walau apa pun terjadi(sebenarnya takut kalah), tapi dia campak Zul ke SA buat apa kalau bukan nak bunuh karier zul.

        Reply
        • April 21, 2013 at 11:32 pm
          Permalink

          Laaa…hang tengok contoh najib tu pasaipa…hang tengok kat pemimpin hang si peliwat tegar tu…kenapa masih jadi calon Permatang Pauh…ekekeke

          Reply
        • April 22, 2013 at 2:18 am
          Permalink

          kau buat apa nak sembang bujuk , kau tu cakap berdegar-degar pasal Anwar , dia sendiri masih kat permatang pauh jugak akhirnya hahahahaha …

          Dah bagi peluang bertanding kat Shah Alam pun kau kata nak bunuh politik dia apalaa bangangnya kau ni , kalau Zul kalah pun dia boleh dilantik apa-apa jawatan dalam kerajaan BN .. dalam menentang sikap munafik Pakatan

          Reply
          • April 22, 2013 at 7:58 am
            Permalink

            Sekurangnya ada keinginan untuk keluar dari PP, apakandaya penyokong tak benarkan kerana mereka nak PM dari P.Pauh. TGHA pun ada keinginan nak p PEKAN.. tapi Allah tak izinkan, kenalah terus d Marang.

          • April 22, 2013 at 8:04 am
            Permalink

            bujuk…makin dekat dengan tarikh buang undi …makin meroyan nampak? . Kontrol skit bro ….takut isim hang tak boleh hilang ..nanti jadi gila !

          • April 22, 2013 at 8:08 am
            Permalink

            hahaha ini jee alasan kau bujuk ?? meroyan sakan kau ni , ini alasan menjilat taik dan air ludah kau sendiri bujuk …

            memang selama ni RAMAI pemimpin UTAMA BN akan kekal berjuang dikawasan mereka demi RAKYAT !!!

            hahaha

          • April 22, 2013 at 1:49 pm
            Permalink

            tu la pasal… biasanya pemimpin UMNO tak berani keluar, tapi tang Zul perkasa najib hantar kws. maut.

          • April 22, 2013 at 2:12 pm
            Permalink

            aikk tak bernai keluar pulak , yang tak berani sampai kau menjilat air ludah dan taik kau sendiri ialah anwar .. pemimpin BN dari dulu setia dan akan berkhidmat untuk RAKYAT dikawasan masing-masing …

            Zul Nordin anggap ini satu peluang tu lawan dengan khalid gerejaa .. macamana pulak otak penipu dan kaki fitnah macam kau kata nak bunuh karier politik dia .. Zul Nordin boleh terus berkhidmat dalam kerajaan BN walaupun dia kalah .. bodohlaa kau ni bujuk hahahahaha

          • April 22, 2013 at 11:20 pm
            Permalink

            takpalah gambus…. sukati hang la.

    • April 21, 2013 at 5:49 pm
      Permalink

      Orang islam tak faham agama saja sokong Khalid Samad ni

      Reply
  • April 21, 2013 at 7:24 am
    Permalink

    memang nak undi khalid samad takkan nak undi orang yg ada krisis identiti mcm si zul ni

    Reply
  • April 21, 2013 at 7:36 am
    Permalink

    Pengundi Shah Alam kenal siapa Khalid Samad selepas diperkenalkan 5 tahun lepas. Majori pengundi melayu di Shah Alam tidak rela seorang melayu yang menjual agama mereka untuk terus memimpin mereka. Tiada masa depan yang baik boleh mereka harapkan dari pemimpin yang hanya mengekor dari belakang, anggok ketika disuruh anggok. Lagi, penjual agama adalah laknatullah.

    ZulNordin pasti tidak bersendirian ketika berkempen nanti. Terlalu banyak pelan masa depan yang boleh didengar dari team ZulNordin selain dari kisah lama yang ada dibelakang tapak tangan beliau.

    Shabas Zul, anda bukan setakat menang tetapi akan melakukannya dengan majority besar.

    Reply
      • April 22, 2013 at 2:15 pm
        Permalink

        teruskan usaha anda datacode , kadang2 kritikan anda kepada BN dalam mykmu ini , saya lihat anda kritik dengan penuh jujur dan usaha untuk memastikan kemenangan BN

        Reply
  • April 21, 2013 at 8:27 am
    Permalink

    Aku tinggal di shah alam bagi aku calon org luar ke tempatan ke tk penting yg penting latar belakang Zul. Nordin sbb dia berseh dan tiada apa skandal atau isu2 berbangket pada masa lampau,kalo pun calon dari org shah alam belum tentu semua org kenal dgn calon tu mungkin yg kenal pun kelompok dan jiran2 saja…lebeh baek zul nordin dari si PENGGADAI UGAMA….sindi maw ingat wehhh

    Reply
  • April 21, 2013 at 8:42 am
    Permalink

    Maaf , tumpang lalu.Sejak Zul Nordin beralih arah ,banyak orang sedar siapa itu PKR dan siapa itu Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan siapa itu Khaled Samad.
    Gelombang 2008 adalah berlainan dengan kebangkitan yang dibuat olih pendokong UMNO Selangor sejak menjadi pembangkang di Selangor .
    Banyak isu yang dipertikai dan diketahui umum , isu pasir , isu Talam , Isu Unisel selain dari janji hanya janji tapi tak ditepati .
    jangan hanya kerana Zul Nordin itu orang luar orang Shah Alam terpaksa menanggung lima tahun lagi maruah Islam dan segala keselesaan dan kemudahan yang sepatutnya dikecapi akan terbantut.
    Akibat pertikaian calon yang tak pernah padam .
    Dalam menghadapi pilihanraya ini kita perlu kepada kepada seseorang yang sesuai untuk menentang musuh lebih lagi kalau orang itu mengenali kelemahan musuhnya.
    Pengundi Shah Alam perlu ingat kepada pesanan Datuk Hassan Ali yang telah dipecat dari parti yang diwakili Khaled .Saya harap pengundi Shah Alam akan menerima Zul sebaiknya sebagai Calon yang akan mewakili mereka untuk mennentang Khaled .Terima Kasih Wassalam.

    Reply
  • April 21, 2013 at 8:45 am
    Permalink

    Zul Nordin menanglah.., tamat cerita.., Insya Allah..!!

    Sepatutnya patut ada lebih ramai lagi ahli-ahli politik semacam Zul Nordin. Jenis berani bersuara lantang tapi bertempat. Cakap lurus dan tidak bengkang-bengkok.

    Jenis tegas dan tidak berkompromi soal aqidah. Setia pula kepada bangsa dan taat kepada negara.

    Nak macam mana lagi..?

    Reply
  • April 21, 2013 at 8:59 am
    Permalink

    Shah Alam kawasan majoriti Melayu y pernah diasak oleh pelbagai pihak luar dan menimbulkan isu2 kontroversi spnjang PR memerintah… Dan bagi aku, Zul Nordin dgn l/blakang y tegas dlm isu2 seumpama, antara org yang boleh diharap dalam mengembalikan hak2 Melayu di situ… Tapi cuma diharap taring dia xhilang kerana mainan politik dan kuasa apabila dah menang

    Reply
  • April 21, 2013 at 9:12 am
    Permalink

    Khalid samad adalah Pas yang liberal. Zul Nordin adalah pencabar terbaik khalid. Mana mungkin silent majoriti mahu islam di gadai.

    Reply
  • April 21, 2013 at 9:41 am
    Permalink

    Adakah semua orang Shah Alam dah berjenerasi tinggal di Shah Alam?? Adakah Khalid Samad asal usul dia dari Shah Alam jugak? Keutamaan berparti adalah prinsip perjuangan bukan dari mana dia datang. Pusing macam manapun kita di atas Semenanjung Tanah Melayu saja.

    Reply
  • April 21, 2013 at 9:43 am
    Permalink

    Zul Nordin mula dipinggir oleh PKR sejak beliau mengambil pendirian menyokong Islam dan menentang murtad dalam satu kes di mahkamah. Sejak itulah Anwar dan geng pro murtad menganggap beliau sebagai musuh.
    Tepuk dada tanya selera orang Shah Alam. Jika masih sayangkan kelebihan Islam dalam perlembagaan negara, undilah Zul.

    Reply
  • April 21, 2013 at 9:55 am
    Permalink

    HIDUP ISLAM—HIDUP MALAYSIA—HIDUP ZUL NORDIN

    Reply
  • April 21, 2013 at 10:00 am
    Permalink

    yang penting Barisan Nasional menang!! Parti lebih penting!!

    Reply
  • April 21, 2013 at 10:08 am
    Permalink

    Oopsss lupa aku nk bagi tau satu benda….tapak masjid sek 7shah alam di reserved 5ekar bila sngor jatuh di tangan pakatan tapak ni dah tinggal 3ekar 2ekar di beri untuk luas kan projek kondominium mewah bersebelahan masjid ni ,skarang masjid ni dlm pembinaan ianya dah jadi kecil dan sedikit seit bila siap kelak…sapa yg terbabit skandal ni korang tanggung la doza sampai KIAMAT

    Reply
    • April 21, 2013 at 2:18 pm
      Permalink

      Ini jelas membuktikan kepimpinan Selangor yang ada tidak dapat menegakkan hak … ikut telunjuk mereka yang anti-Islam. Apakah semua penduduk Selangor hendak membiarkan perkara seperti ini berterusan? Fikir-fikirkanlah ….

      Reply
  • April 21, 2013 at 11:50 am
    Permalink

    Mengundi khalid ibarat terjun kedalam kawah lumpur. PASti terpalit sama bau spender tak basuh milik stoppa

    Reply
  • April 21, 2013 at 1:37 pm
    Permalink

    Setakat ini Masyarakat kaum India dapat menerima zul noordin walaupun tidak 100%..yang parah adalah masyarakat Melayu dalam Umno sendiri yang menjadi duri dalam daging untuk Zul Noordin,setakat ini juga banyak runggutan yang telah berbunyi secara terang dan bersembunyi,bahawa tak mungkin mereka akan memberi undi pada Zul Noordin.harap-harap untuk zul noordin menang besar nampaknya tak mungkin berlaku,,apa yang pasti,,kalah dalam genggam menang belum pasti

    Reply
  • April 21, 2013 at 1:52 pm
    Permalink

    ingat satu perkara saja utk PRU 13 ni WAJIB UNDI BN biar apa saja. ini adalah pru yang tersengit bg kita. abaikan soal calon utk pru ini, bila kita menang dan kuat nanti, kita tekankan soal calon dr awal lagi supaya pucuk pimpinan tau mana satu pilihan org tempatan…….
    lagi satu kalau letak calon temnpatan pun akan timbul juga masalah, si a merajuk si b dipilih begitu juga sebaliknya. soal calon ni sampai bila2 pasti akan ada yg tak berpuas hati kecuali calon yg dipilih memang berkarisma dan cukup popular.

    Reply
  • April 21, 2013 at 2:53 pm
    Permalink

    malulah penduduk shah alam bila wakil mnereka diparlimen adalah orang yang pertama membenarkan kalimah allah digunapakai oleh kafir dalam kitab mereka…kalau ikut fatwa haron din yang yang menyokong perwakilan sebegini akan masuk neraka terus…

    Reply
  • April 21, 2013 at 3:11 pm
    Permalink

    selamat berjaya dunia akhirat yb khalid samad. mulia manepun pujian manusia, pujian Allah maha kekal, hina manepun pandangan manusia, duk duduk dlm najis be end malah hina perjuangan pas, itu kekal dlm nerake, jgn risau, pas bersama islam nabiullah, Allah tdk persiakan hambanya….

    Reply
    • April 21, 2013 at 5:38 pm
      Permalink

      Khalid samad ni la malaun yang beria-ia menyalahkan Datuk Hassan Ali dalam serbuan di gereja semasa upacara memurtadkan orang Islam semasa bulan puasa beberapa tahun lepas.

      Dia ni jugak, berada di barisan depan dalam mengadaikan kalimah Allah pada puak nasrani.

      Dia ni jugak bersubahat dalam kepesatan pertumbuhan rumah-rumah urut dan kelab-kelab malah di Shah Alam.

      Dia ni humban masuk dalam kandang harimau lapar…harimau tu pun jijik memandang.

      Munafikun…pengkianat agama !!

      Reply
    • April 21, 2013 at 5:47 pm
      Permalink

      agama pas le tu…org islam sejahat2 mana pun di akhirat nanti akan dapat masuk syurga setelah menerima azab dan pembalasan Allah….itu yg aku belajar…tak tahu lah pulak org pas guna kitab bible bahasa melayu yg ada nama Allah utk tuhan triniti mengajar umat pas org umno kekal dalam neraka…kihkihkih

      Reply
      • April 22, 2013 at 8:12 am
        Permalink

        paling penting ….jangan menyekutukan Allah, Kalau yg satu ni tak boleh nak pertahankan … usah bercakap ttg kesucian Islam, Apakah mengucap dua kalimah syahadah semacam mengucapkan “hello” bila menjawap panggilan telepon ?

        Reply
  • April 21, 2013 at 6:22 pm
    Permalink

    Kalau tak tahu dalam bab ugama ni baik duduk diam aje.Takut-takut tersalah cakap, rosak aqidah tak guna buat amalan bertahun-tahun semua hilamg begitu saja seperti api membakar daun-daun kering.Tak takut ke kita?
    Biarlah yang ahli yang bercakap sbg contoh , biarlah doktor yang mengubatkan orang sakit dan engineer buat jambatan tapi jangan lah sebaliknya.Perkara yang merosak aqidah ni banyak perkara, tanyalah pd ustaz kita. Takut-takut kita mati dalam keadaan aqidah terbatal.

    Reply
  • April 21, 2013 at 8:13 pm
    Permalink

    Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.
    Hidup BN, Hidup BN, Hidup BN, Negara makmor, rakyat sejahtera.

    Kita doa kesejahteraan kita berterusan . Kita tidak pernah mendoa kehancuran orang lain.

    Reply
  • April 21, 2013 at 9:14 pm
    Permalink

    Kenapa la mangkuk2 ni suma tkleh nk pikir waras…yg tentu kan syurga neraka ialah ibadat, amal jariah ,sedekah dan hati yang berseh bukan parti politik

    Reply
    • April 22, 2013 at 6:46 am
      Permalink

      Kerana ulamak mereka mengatakan begitu bahawa masok parti mereka menjamin syurga. Soalnya kenapa tetiba begitu mudah akidah orang islam kendur, terpesong seolah2 mereka tidak kenal agama sebelum nya.Semoga Allah selamatkan mereka dari terus tersesat. Amin

      Reply
    • April 22, 2013 at 7:53 am
      Permalink

      Salah tu bro… kita tak masuk syurga sebab amal-ibadat kita, tapi kerana IHSAN Allah. Ada orang perempuan jahat yg. masuk syurga kerana memberi minum seekor anjing d padang pasir. amal-ibadat ni adalah kewajipan kita sebagai hamba Allah. Macam kerja jugak.. kita kena buat kerja sebab kita d bayar gaji, tapi TAK SEMESTINYA kita naik PANGKAT sebab kerja bagus… walaupun kebiasaannya begitu.
      Inilah yg. terjadi pada sesetengah calon BEBAS yg. rasa mereka dah kerja banyak, melabor banyak dan bagus, tiba2 tak d pilih jadi calon oleh parti. Sebab tu kita kena buat kerja iklas.. moga Allah bagi ihksan pada kita. Wallahualam..

      Reply
      • April 22, 2013 at 8:13 am
        Permalink

        pelik laa bujuk dari kata kau kat atas dah serupa munafik yang berbelit .. bukan kee PAS selama ni menyalak macam anjing dan kata undi mereka masuk Syurga .. malah kes terbaru juga ada macam Abby , taut nanti kena soal sebab tak bagi borang ahli PAS .. aduhhhh sesat menyesatkan PAS ni

        Reply
      • April 22, 2013 at 8:13 am
        Permalink

        patutlah nik ajis boleh jamin syurga kat pengikutnya !

        Reply
      • April 22, 2013 at 10:27 pm
        Permalink

        hang tak payah lah bercakap pasal agama. kalau kita tak masuk syurga pasal amal ibadat habis tu hanya ihsan Allah je? macam mana allah nak beri ihsanNYa kalau kita tak buat amal ibadat? buat apa Allah adakan Padang Mahsyar??? bukankah utk menghitung segala amal kebaikan dan dosa manusia? adakah Allah adakan itu semua sekadar lakonan??? so kalau nak bercakap soal agama tak payahlah bujuk…cuba selidik nawaitu hang tu dulu. memang syurga neraka adalah hak Allah, bukan hak niknajis munafiqun tu…akan tetapi utk mendapat keredhaan Allah kita perlu melakukan amal ibadat…dan setiap amal ibadat tu hanya Allah yg dapat menilai keikhlasan hati kita, bukan buat amal utk tunjuk kat manusia yg kita ni baik…dan apabila amal ibadat kita tu semata2 kerana Allah maka wajarlah kita mendapat balasan syurga dr Allah di akhirat nanti.

        Reply
        • April 22, 2013 at 11:19 pm
          Permalink

          bro.. hang baca habis dan faham bebetul… jangan terus ulas, baru baca 1/2 ayat.

          Reply
          • April 23, 2013 at 12:24 am
            Permalink

            apa yg tak faham lak…kalau hang kata amal ibadat sama mcm kerja habis tu kerja adalah suatu kewajipan, kena niat buat kerja kerana majikan. apa lak kes kakitangan kerajaan yg kerja ngan kerajaan pastu sabotaj kerajaan. hang nak buat perbandingan pun biarlah kena. stiap amalan baik kita adalah kerana Allah, bukan nak habuan. bukan kerana pahala dan syurga… tak semestinya buat baik pada pandangan kita dapat pahala. bergantung pd niat kita…kalau nak menunjuk kat manusia bukan dapat pahala, tp dpt dosa. siapa hang serta ulampukimak hangpa nak nilai perbuatan pemimpin kerajaan??? cth br1m, benda baik najib nak bantu rakyat, so rakyat dpt manfaat. kalau niat najib nak rasuah rakyat nanti di akhirat Allah akan nilai. sama gak ngan solat niknajis kat hutan tu…kalau niat nak riak, tahu2 je lah balasannya nanti.

  • April 22, 2013 at 12:28 am
    Permalink

    Dendam org melayu , x kan pernah habis , tumbangnya melayu melaka kerana hasad dengki , tumbangnya kalifah islam juga kerana hasad dengki , hasad dengki x kan habis smpai bila2 , sewaktu zaman pemerintahan mahathir atau tunM ada seorang penulis di tahan kerana mengeluarkan buku yg dikatakan tunM merbahaya(tak boleh nyatakan) buku itu telah ditarik dari pasaran permit penulis itu digantung dan penulis itu turun naik mahkamah bayangkan sewaktu anak itu sekecil 4 tahun dan isterinya tgh mengandungkan anaknya yg kedua , terpaksa naik mahkamah bergolok gadai , sbb kejadian tu carier penulis itu jatuh mendadak , semua jadi serba x kena sehingga sekarang dan bila anaknya yg sulung sudah mencapai usia yg boleh berpikir secara matang , anaknya bertanya sendiri dalam hati tidak marahkah ayahnya kpd PM itu ? Kerana sebuah buku segalanya x menjadi serba x kene sehingga jatuh tersungkur dan amak payah untuk bangkit semula,tapi ayahnya itu tetap dgn perjuangan umno kini baru anak itu mengerti , perjuangan bkn ertinaya membalas dendam , tapi kene bersatu lupakan sengketa lama dan teruskan perjuangan,kisah di atas adalah kisah benar kerana anak penulis tersebut adalah saya sendiri , ye sy alami bagaimana ayh sy jatuh kerana sebuah buku , tapi ayh ckp jgn berdendam dgn parti tersebut kerana parti x bersalah ,aku terharu dgn pengorbanan ayahku , dia adalah idola aku ,skrg aku akan terus berjuang sampai akhir hayat, biarlah yg lama berlalu melayu perlu bersatu ,insyALlah , aku berada di landasan yg betul ,hanya malaysia negara islam yg damai belum dpt ditumbangkan israel , yg lain semua sudah tumbang kecuali iran , tp jgn lupa iran bkn pengamal ahli sunnah wal jemaah ,hati2 lah bangsaku .

    Reply
    • April 22, 2013 at 1:02 am
      Permalink

      syabas darah biru…sungguh mulia ayah hang tu…takde dendam…bukan mcm ulamak mulut celupar kat kelantan tu….dr muda sampai nak mampos pun masih dendam ngan UMNO. kirim salam kat ayah hang tu…aku doakan agar family saudara bahagia selamanya dan menjadi tauladan utk pewaris bangsa dan agama di masa depan.

      Reply
    • April 22, 2013 at 8:17 am
      Permalink

      Ayah hang sangat tabah darah biru

      Reply
  • April 22, 2013 at 8:59 am
    Permalink

    bujuk says:

    Sekurangnya ada keinginan untuk keluar dari PP, apakandaya penyokong tak benarkan kerana mereka nak PM dari P.Pauh. TGHA pun ada keinginan nak p PEKAN.. tapi Allah tak izinkan, kenalah terus d Marang.

    Ooo.. Kalau Najib tak tinggalkan Pekan ko kata penakut tapi bila Hadi gendut pulak ko kata Allah tak izinkan..woi..sialan bujuk..pandai pulak ko kaitkan segala kejadian tu dengan ketentuan Allah eks..bila kena mengutuk orang lain pandai lak spin tapi bila kena diri puak sendiri dikata ketentuan Allah…tu yang Stopa balun betina tu bukan ketentuan Allah ke bujuk ataupun kote Stopa gatal..dah seminggu dah sampai sekarang ni pun Stopa masih tak buat laporan polis..wahai penyokong PAS ..apa maksud daripada perkarani..orang kata berani kerana benar takut kerana salah..ini soal moral dan melibatkan parti..sedangkan kes berebut kawasan nak tampal poster pun PAS buat laporan polis tapi kes ni Hadi gendut kata bukan soal besar dan penting pun..orang PAS ikut perangai Nuar brahi ke ..pi siam cuba cari orang yang berwajah sama dengan Stopa..

    Reply
  • April 22, 2013 at 9:20 am
    Permalink

    Ralat…eriq faisal rusli bukan mana2 ahli parti politik…beliau adalah sahabat saya

    Reply
      • April 22, 2013 at 10:59 pm
        Permalink

        dia maki dan hina hindu 1 m’sia, dia mintak maaf pada 200 orang je?

        Reply
      • April 22, 2013 at 11:15 pm
        Permalink

        Sorry la… aku nak kata, celaka lah si Zul ni. Dulu dalam PKR dialah ketua RASIS, maki hamun india, hindu dan kristian. Malah itu adalah antara sebab utama dia d pecat. Pernahkah Anwar, TGNA dan TGHA hina dan maki hamun agama hindu dan kristian serta budha seperti Zul. islam tak ajar hina agama dan tuhan lain, tapi Islam ajar ajak mereka mengenali Allah yg. Esa. Dalam PKR macam2 bangsa dan agama ada, dalam dap pun sama, begitu juga PAS. Dia berbohong jika tak d ajar berbaik dalam PR antara kaum sedangkan pemimpin2 PR memberi ceramah berkumpulan(semua parti ada wakil) dan begitu juga pendengarnya berbagai kaum.
        Aku tak tau… apa UBN akan cakap kalau pemimpin PR kena cium macam Zul pada hari pencalonan.

        Reply
        • April 23, 2013 at 3:54 am
          Permalink

          TGNA ada hina Nabi Muhammad S.A.W. Tu kan lagi teruk dr dok hina kaum2 lain yang dah tentu bukan Islam. Nabi Muhammad tu Islam weh.. bujuk, hang tok sah meroyan la… P balik tidoq la…

          Reply
  • April 22, 2013 at 12:26 pm
    Permalink

    Nampak sangat DAP cuba mempersendakan SPR dan perundangan pilihanraya …..harap SPR dapat memperkemaskanlagi perundangan dan kod atika calun yang ingin bertanding .DAP ni memang dah tak ada maruah dia orang sangup buat apa saja jika didapati ada ruang atau kelemahan didalam undang undang .Cina yang didalam DAP adalah jenis cina yang berlainan ……merika ini degil …dan sombong…..dia orang buat negara ini macam mak bapak diaorang punya ……Lihatlah karpal singh betapa angkuhnya kenyataan beliau mengenaai hudud …….walaupun dengan sinis nya beliau tidak menerima hudut pas…..tetapi dengan jelasnya maksud beliau adalah hudud Islam…….apa haknya mencampuri urusan Islam…….lagipun negara ini adalah negara islam…..soal dia nak terima atau nak iktiraf itu soal lain ……Beliau dengan jelas sombong dan menghasud….

    Reply
  • April 22, 2013 at 4:24 pm
    Permalink

    KITA JGN GADUH2…MACAM NI LA…SIAPA YG AJAK KEPADA KEBAIKAN ? SIAPA YG AJAK KEPADA KEMUNGKARAN ? KITA NAK SOKONG YG MANA UTK PARLIMEN SHAH ALAM ?
    TIDAK KE ZUL BEKAS PEGUAM LIWAT ANWAR DULU ? KENAPA SEKARANG, PEGUAM MELAYU ISLAM SEMUA LARI TERMASUK ZUL, ZAINUR ZAKARIA DLL…YG TINGGAL CUMA PEGUAM KARPAL PECAH ….

    BUKANKAH ZUL LEBIH MENGENAL HATI BUDI ANWAR LEBIH DEKAT DARI KITA SEBAGAI PEGUAM ANWAR ?
    KHALID NAK MENGKAFIRKAN ANAK2 KITA DI SHAH ALAM MENJADI KRISTIAN DAN PEMINUM ARAK APABILA BELIAU MENGHALANG HASSAN ALI BERTINDAK ATAS PENJUALAN ARAK DI 7-11 SHAH ALAM ? BELIAU JUGA MENGHALANG USAHA HASSAN ALI APABILA HASSAN ALI MENYERBU BEREJA DUMC YG CUBA MENGKAFIRKAN ANAK2 KITA ? ATAS DASAR BELUM MASANYA KONON…TUNGGU SELEPAS MENANG P/RAYA ? ADAKAH MAUT MENUNGGU ITU SEMUA ? SANGGUPKAH KITA BERSUBAHAT UTK MEROSAKKAN ANAK2 KITA DI SHAH ALAM ? FIKIR2 LA BEB…JGN IKUT NAFSU SYAITAN SEMASA MEMANGKAH….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *