Pakatan Tidak Ada Calon Sesuai Untuk Tadbir Selangor

Share


Oleh Nor Azlina Shaari

Pergolakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk menentukan siapa calon yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masih lagi menjadi tanda tanya.

Sepanjang satu penggal sejak tahun 2008 di mana PR berjaya merampas kuasa Selangor dari UMNO dan BN, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih banyak membawa masalah dan kemudaratan ke dalam kerajaan negeri itu.

Tidak dinafikan, dalam PRU13 nanti sememangnya akan berlakunya pergelutan merebut kuasa yang sengit. Sengit bukan untuk kedua-dua parti iaitu BN dan PR, sebaliknya pergelutan sengit antara pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PR sendiri.

Umum mengetahui, Timbalan Presiden, Azmin Ali menyimpan hasrat untuk merampas kedudukan Menteri Besar Selangor.

Sifat Azmin menyerlah apabila galak mencucuk Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak meletakkan Khalid sebagai calon di Selangor.

Kita juga ketahui, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berhasrat untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Dalam hal Wan Azizah mahu bertanding di Selangor, sekali lagi peranan Azmin mencucuk Anwar diketengahkan di mana mengeluarkan kenyataan Wan Azizah tidak sesuai untuk bertanding sementara khidmat isteri ‘solehah’ itu diperlukan di peringkat lain.

Jadi, apabila keputusan Wan Azizah untuk tidak bertanding dalam PRU13 pada Mei nanti, menunjukkan beliau patah hati dan seolah-olah membuka jalan kepada Azmin untuk menghebahkan dia adalah calon MB Selangor yang baru.

Hubungan antara Azmin dan Khalid agak ‘renggang’ berdasarkan beberapa keputusan menteri besar itu yang dilihat tidak selari dengan pendirian parti termasuk menentukan tarikh pembubaran DUN Selangor selain sikap Khalid yang sering tidak hadir ke mesyuarat biro politik.

Beberapa keputusan Khalid turut dikritik oleh kepimpinan parti termasuk cara beliau mentadbir negeri Selangor sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat negeri itu kerana gagal melunaskan manifesto 2008.

Sikap buruk Khalid itu menjadi tunjang utama bagi Azmin untuk menjaja cerita bahawa Khalid tidak harus diteruskan khidmatnya untuk mentadbir negeri Selangor.

Berbeza bagi Wan Azizah, beliau mengakui Khalid adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu untuk menjadi seorang ketua yang berkaliber untuk rakyat.

Tetapi, Wan Azizah tidak mahu mempertahankan kedudukan Khalid sebagai MB Selangor untuk PRU13 ini.

Katanya, ada beberapa calon lain disenaraikan yang mempunyai kredibiliti untuk memegang jawatan besar itu. Nampaknya, Wan Azizah tidak ikhlas mengeluarkan kenyataan ‘pujian’ kepada Khalid. Jika benar Khalid seorang pemimpin yang bagus, kenapa tidak diteruskan sahaja legasi pemerintahannya? Pasti ada silap besar yang dilakukan oleh Khalid yang tidak berkenan di mata Wan Azizah.

Malah, Anwar juga belum menyatakan sama ada Khalid akan mempertahankan kerusi DUN Ijok mahupun dikekalkan sebagai MB.

Sengit memang sengit! Azmin, Khalid dan Wan Azizah sendiri bergelut untuk merampas kuasa antara satu sama lain untuk menjadi MB Selangor.

Hakikatnya, Selangor sudah tidak memerlukan khidmat PR. Sudah tiba masanya Selangor ditadbir semula oleh BN.



37 thoughts on “Pakatan Tidak Ada Calon Sesuai Untuk Tadbir Selangor

  • April 13, 2013 at 11:03 am
    Permalink

    pkr dah tahu yg mereka tak mungkin menang lagi diselangor….dari dok buang masa decide sapa nak jadi MB baik fikir nak buat apa lepas ni…paling2 koman pun carilah 10% undi untuk refund balik deposit calon !

    Reply
  • April 13, 2013 at 11:53 am
    Permalink

    PR selangor sukar untuk mendapat mandat rakyat pada pru 13,sebab utamanya adalah manifesto tipunya pada 2008

    Reply
  • April 13, 2013 at 11:56 am
    Permalink

    Dengar khabar nyawa Anwar dalam keadaan bahaya sekarang.
    Memang betul lah ramalan yang dia sendiri akan mencederakan diri dia untuk dapat public sympathy.

    Reply
  • April 13, 2013 at 12:15 pm
    Permalink

    Memang…….Sepanjang pemerintahan khalid memang ianya banyak menimbulkan masalah dan kemudaratan kepada umno selangor….servis cemerlang khalid memeningkan noh omar dan juak2 umno….isu air selangor yang sengaja ditimbulkan dikhuatiri adalah dari pihak yang berkepentingan….

    Reply
    • April 13, 2013 at 12:38 pm
      Permalink

      servis cemerlang ?? kakakaka setelah pengambilaalihan sampah pun dah berteraburr inikan pulak nak ambil alih air ??

      Reply
    • April 13, 2013 at 1:05 pm
      Permalink

      “Cemerlang”

      HAHAHAHAHAHAHAHAHA

      Reply
    • April 13, 2013 at 1:35 pm
      Permalink

      huyooo..cemerlang..peeeerrhhhh…huhui

      Reply
    • April 13, 2013 at 2:33 pm
      Permalink

      mek…bodek khalid ker ? rasa nya masa untuk bodek mb dah tamat…nasib dia pun tak cerah tok sah bodekler

      Reply
    • April 13, 2013 at 4:03 pm
      Permalink

      Servis cemerlang khalid ?? dia servis hang ke ??

      hang ni mek dah jatuh tahap badut !

      Reply
    • April 13, 2013 at 6:49 pm
      Permalink

      servis yg azmin dpt dlm jamban lg cemerlang….khalid servis cemerle…pelir . tongong. jadi cerdik sikit la mek…yg bagus kata bagus…yg tak bagus tu takyah lah kata bagus…ada dosa kat situ….kita org islam kena fikir gak dosa pahala. insaf la mek…kembali lah undi umno. demi islam.

      Reply
    • April 13, 2013 at 9:59 pm
      Permalink

      betullah…
      Ramai kengkawan aku kata dah beberapa tahun tak bayar bil AIR. Antara perkara paling POPULAR d S’gor… kerana hanya ada d s’gor.

      Reply
      • April 13, 2013 at 11:27 pm
        Permalink

        kawan hang ?? hehe…

        Reply
        • April 14, 2013 at 10:44 am
          Permalink

          bangla pun bayar…kawan2 bujuk tak bayar? hehehe…jenis kencing tak basuh ni…jimat air

          Reply
  • April 13, 2013 at 12:39 pm
    Permalink

    khalid memang seorang MB yang cermelang apabila buat pertama kalinya dalam sejarah kerajaan negeri disaman oleh pelbagai pihak dan menyatakan manisfesto bukan janji. Orang bijak seperti mek esah tentu berbangga apabila kerajaan negeri berjaya mengumpul wang dengan menjual hartatanah pkns, membina rumah yang bernilai jutaan ringgit.

    Reply
  • April 13, 2013 at 1:05 pm
    Permalink

    Tengok-tengok Izzah yang naik jadi MB. huehue

    Reply
  • April 13, 2013 at 1:17 pm
    Permalink

    masing2 berebut nak pegang kuasa, masing2 membunuh karektor “lawan” masing2…..habisla pakatan kali ni.

    Reply
    • April 13, 2013 at 4:00 pm
      Permalink

      Ye…Boss Baba… Kita sedar perebutan untuk berkuasa memanglah lumrah… kita tahu dalam parti biasanya dilakukan melalui proses undian. Dalam KONTEKS PKR, bila perbalahan ‘antara kawan’ ini berterusan hingga ke hal penubuhan kerajaan negeri; maka kita boleh andaikan bahawa: a) keputusan undian parti mereka selama ini bukanlah penyelesaian – sekadar ‘penyedap’. b) tujuan ‘kawan’2 ini berada dalam parti amat berbeza.
      Mereka cuma menyebut slogan yg sama dibawah satu PKR. Namun tingkah laku mereka sehingga kini, cuma menampakkan perebutan kuasa antara ‘kawan’2 UNTUK TUJUAN kepentingan mereka yg berbeza.
      Waullahu’alam.

      Reply
  • April 13, 2013 at 1:21 pm
    Permalink

    Haha ! Cemerlang ? Aku x nmpk mana cemerlangnya ? Aku sewa rumah flat tapi mana air yg dijanjikan ? Mak sedara aku ibu tunggal , mana wang bantuan yg dijanjikan ? Dulu anak mak sedara aku penyokong pas tapi sbb maknya x dpt bantuan yg dijanjikan dia kecewa dgn pr dan dah keluar pas now dia join umno , dia menyesal sbb dgr ckp kwn , satu undi membawa kemenangan now satu undi pas dah hilang , come on lah jgn berjanji kalau x tunaikan .

    Reply
    • April 13, 2013 at 2:35 pm
      Permalink

      ramai yg dulu terkena dah sedar, yg mcm mek tu bukannya tak sedar dah terkena tapi jenis bodo yg suka kena tipu berkali2

      Reply
    • April 13, 2013 at 3:47 pm
      Permalink

      ngko tu yg bodoh.. nk dpt air percuma tukar la ke meter individu.. mls nk ckp klu dah bengap..

      Reply
      • April 13, 2013 at 4:05 pm
        Permalink

        hehe…masa tipu rakyaat dulu ada ke dia cakap kena tukar meter dulu ??

        Reply
        • April 13, 2013 at 6:02 pm
          Permalink

          last2 dia cakap manipesto pembangkang bukan janji…ada org jadi anti umno, hahaha…aku ni antipas dah lebih 40tahun! tak payah nyatakan …aku tau siapa pas siapa umno….yg muda2 umur tak sampai 25 th ni jer celik2 dah senang . Aku rasa kalau gen.Y ni kalau kena lalui hidup susah …generasi ni tak ada dayatahan hidup

          Reply
      • April 14, 2013 at 7:13 am
        Permalink

        Haha , aku bodo ? Kau x bodo ? Woit , kau tahu berapa harga nak tukar meter individu ? Kau tahu mcm mana susah nk tukar meter individu ? Mcm mana dgn bantuan ibu tunggal ? Nenek aku kat kg habis di janji mcm2,silap besar lah , mmg nenek aku org kuat BN , kau sogok dia tanah 25 ekar pun dia x layan ,sbb dari zaman dia lagi dia tahu siapa yg betul2 perjuangkan agama,bangsa dan negara,haha bak sini duit kau ak nak tukar meter individu,ak menyewa phm,kene jumpa owner semua bagai x ke menyusahkan?tapi ak x hadap pun nak air percuma bagai,bn bagi bantuan pun ak x pernah terliur nak beratur , haha ,jiran rumah sebelah ak beria2 isi borang semua bagai,bkn aku sombong x nak semua benda ,bagi aku dah ckup masanya org melayu di manjakan ak nak cuba berdiri di kaki sendiri ,kalau pr mng kali ni ak just boleh say tahniah,tapi ingat kalau sentuh agama aku , bangsa aku dan negara aku ,ak x dduk diam dan kwn2 ak yg lain pun x kan duduk diam , kami akan sama2 bangkit,kau tak payah nak anti umno semua bagai ,kau pergi arkib negara tu baca sejarah yg sebenar.

        Reply
  • April 13, 2013 at 3:36 pm
    Permalink

    dok sibuk calon MB PR, Umnoporno dah ada ke calonnya? ke dah memang x yakin nk rampas blik selangor.. dok memikir sapa la yg layak utk jd ketua pembangkang.. hahaha…

    Reply
    • April 13, 2013 at 4:08 pm
      Permalink

      Ketua pembangkang, ikut kan kak jijah dia nak kan khalid gagap, ikutkan bang non, dia nak assmin.

      Sabar sat…kita tengok lah nanti assmin ke khalid ke yang jadi ketua pembangkang selangor, teresa kok pun dok aim jugak kerusi tu.

      Reply
      • April 13, 2013 at 6:06 pm
        Permalink

        hehehe…bro rap…itu hari dok ngacah bubar…sekarang ada sekor mamat ntah dari mana ni dok ngacah senarai calon pulak….BN tak kecoh, macai pr pulak kecoh…lepas penamaan calon ni depa kecoh apa pulak yea ? Tapi aku grenti lepas 6mei ramai macai pr jadi biol…

        Reply
        • April 13, 2013 at 6:53 pm
          Permalink

          jangan lak nanti bila BN umum senarai calon puak depa kata tiru calon depa lak…kahkahkah…tak naya namanya. manifesto BN depa kata tiru manifesto bukan janji…kihkihkih.

          Reply
    • April 14, 2013 at 7:18 am
      Permalink

      HAHA ! Tak yakin ? Ke PR takut tersungkur dan tergolek , hanya masa yg menentukan segalanya ,InsyAllah .

      Reply
  • April 13, 2013 at 10:19 pm
    Permalink

    UMNO dah ada Calon MB S’gor ke?
    Kenapa tak UMUM lagi?

    Reply
    • April 13, 2013 at 11:30 pm
      Permalink

      alaaaa…apa nak kesah buj, lepas menang nanti akan diumumkan hang jangan risau.

      calun PM hangpa dah diumumkan ke ? hang tak payah jawab buj…sebab aku sabar menanti…hahahaha

      Reply
    • April 14, 2013 at 7:16 am
      Permalink

      HAHA ! Dlm bn ramai pemimipin yg berwibawa ,kau tak payah risau jaga dulu pemimpin pr tu , tapi bn akan support sesiapa pun yg jadi MB selangor nnti .tggu je lah .

      Reply
    • April 14, 2013 at 6:33 pm
      Permalink

      hahaha…. berwibawa, tapi 1 nama pun belum keluar. PR dah ada calon PM, Anwar dan TGHA… bukan 1, tapi 2.

      Reply
      • April 14, 2013 at 9:29 pm
        Permalink

        Sorang jantan betina dia buat bini, sorang lagi ok la sikit bini 3.

        Reply
  • April 14, 2013 at 12:32 pm
    Permalink

    Ya Allah….kau selamatkan bumi Malaysia dari UMNO yang ada hubungan dangan APCO laknaktullah. Hidupkan pimpinan islam dibumi ini ya Allah dan berjuang kerana mu Ya Allah.

    Reply
    • April 14, 2013 at 9:30 pm
      Permalink

      hang kena terpekik-pekik terlolong-lolong sikit kalau berdoa..

      hahahahaha…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *