Lahad Datu: 2 Lagi ditangkap

Polis membawa keluar satu mayat lelaki yang dipercayai penceroboh dari Kampung Lok Sambuang semalam. Mayat tersebut di bawa ke Balai Polis Cenderawasih, Felda Sahabat. Polis bagaimanapun masih menjalankan penyiasatan kerana tiada sebarang insiden tembakan dibuat oleh anggota keselamatan beberapa hari kebelakangan ini.

Dalam perkembangan yang sama Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata dari Sulu di dua lokasi berasingan.

Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di tahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu dan seorang wanita berusia 45 tahun ditangkap berhampiran kawasan operasi di Sungai Bilis in Felda Sahabat. Wanita tersebut ditahan memiliki dokumen yang dikeluarkan oleh Kesultanan Sulu.

New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/font-color-red-lahad-datu-font-another-body-found-1.249300#ixzz2PgSDHt1G

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *