Chua Jui Meng Belum Pasti Dicalonkan – Azmin

photo 1Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memberitahu nama Presiden PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng hanyalah dalam pertimbangan sahaja untuk bertanding di parlimen Johor.

Hingga kini, beliau memaklumkan nama Chua tidak diletakkan di mana-mana parlimen di Johor untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Chua hanya dalam pertimbangan. Tidak ada untuk bertanding di mana-mana lagi.

“Kita akan letakkan Chua ikut kemampuan dia,” kata Azmin Ali.

Sebelum ini, Chua mempunyai pertelingkahan dengan ahli DAP yang menguasai kawasan di Johor.

Hingga baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan nama calon PKR lain untuk bertanding di parlimen Gelang Patah dan bukanlah Chua.

Chua telah ‘menghilangkan diri’ selama dua minggu dan dikatakan merajuk dengan tindakan yang dilakukan oleh Anwar.

Dikatakan juga Chua bakal meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi PKR Johor.

Dalam perkembangan lain, Azmin memaklumkan nama-nama calon bertanding untuk Pakatan Rakyat masih lagi belum disenaraikan secara bersih.

Azmin bagaimanapun menjangkakan senarai nama terakhir akan keluar pada hari esok.

“Kalau kita boleh tamatkan nama calon dalam setiap negeri, esok kita akan umumkan,” katanya.

Azmin mengumumkan PKR akan bertanding di Parlimen Labuan, Bera dan Setiawangsa

4 thoughts on “Chua Jui Meng Belum Pasti Dicalonkan – Azmin

  • April 3, 2013 at 10:03 pm
    Permalink

    Mantan menteri kesihatan ini senasib dengan peguam Zaid ibrahim yang dilihat saperti melukut ditepi gantang. Terkapai kapai tidak menentu kearah mana patut di tumpukan atau berpaling terus kearah lain.

    Mereka jenis politikus emosi yang ambil keputusan melawan arus kerana pengaruh emosi.

    Disebelah sana terdapat Khalid Ibrahim yang tentangan nya juga penoh emosi. Dari sebagai ahli koperate menerajui banyak ornganisasi besar, tetapi itu semua bukan jaminan masa depan politik nya.

    Ternyata mereka ini gagal dalam kerjaya masing2 setelah sengaja menggagalkan diri sendiri.

    Reply
  • April 3, 2013 at 10:21 pm
    Permalink

    Ini lah yang terjadi pabila mempercayai dan berkhiblatkan nuar brahi…dia akan menggunakan orang terbabit diwaktu perlu sahaja dan akan menendang keluar sekiranya tak perlu…saperti kata bekas temannya dato Nalla bahwa sejahat-jahat manusia tak sama dengan jahat nuar ..dia boleh berubah dan menghalalkan apa juga yang dilakukannya..waktu maqrib dia boleh mengimankan orang sembahyang ..selepas itu dia boleh melanggan pelacur…

    Apa yang nyata semua sahabat dan pengikut lama nuar telah sedar dan menjauhkan diri daripada beliau..yang tinggal sekarang ini merupakan golongan baru yang boleh diperkotak katikkan.

    Reply
  • April 3, 2013 at 11:51 pm
    Permalink

    Haa..haaa, pada muka Chua Jui Meng. Sekarang bukan kena main depan saja bahkan belakang juga kena taruk

    Reply
  • April 4, 2013 at 3:08 am
    Permalink

    Fuh, dicampak macam tuala buruk. Malang nasib Chua ni (tapi tak kesian pon, dia jahat gak)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *