Siri 1: Buku Penipuan PAS Kedah Diterbitkan Tanpa Etika Islam?

Share


Saya percaya, buku Sayangi Kedah sudah bertaburan di seluruh Kedah. Buku tersebut dikarang oleh Urusetia Penerangan PAS Kedah yang kononnya menceritakan tentang “kejayaan” PAS Kedah sepanjang lima tahun mereka menjajah bumi Jelapang Padi itu. “Kejayaan” atau “penipuan”? Mari sama-sama kita tengok…

Baru saja meneliti muka surat pertama kandungan buku tersebut, saya sudah dapat menghidu bau busuk bagaikan bangkai yang menceritakan tentang urus tadbir yang dikatakan “beramanah” itu. Mujur saya tidak termuntah!

Bercakap tentang amanah, Kerajaan PAS Kedah telah menubuhkan Tabung Tunku Mahmud yang kononnya bertujuan untuk membantu rakyat ketika dilanda bencana, membasmi kemiskinan rakyat dan urusan pendidikan.

Bila bercakap tentang bencana, saya teringat “kemurkaan” Menteri Besar, Azizan Razak, yang dikatakan tidak membantu rakyat Kedah ketika dilanda banjir besar kira-kira 2 tahun lalu. Marah betul dia bila dikatakan Kerajaan PAS Kedah tidak membantu rakyat.

Memang betul pun Kerajaan PAS Kedah tidak membantu. Yang mereka bantu hanyalah rakyat Kedah yang menyokong PAS saja. Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak menerima bantuan pun! Rakyat sendiri yang cerita begitu, kenapa Azizan nak marah pula, kan?

Bila bercakap tentang “tabung” yang dikelola PAS Kedah, saya yakin ramai di kalangan kita yang terbayang tentang “Tabung Memali”. Tabung tersebut dikendalikan oleh PAS Kedah dan apakah yang terjadi pada tabung itu?

Nak tahu? Dapatkan maklumat dari pemegang amanah Tabung Memali, Cikgu Non, yang kini aktif mengelilingi Kedah mendedahkan penyelewengan dan kepincangan tabung itu. Dia lebih tahu kerana dialah yang perjuangkan hak balu-balu dan anak-anak Yatim tragedi Memali dulu!

Itupun saya masih lagi belum mendedahkan tentang beberapa amanah rakyat Kedah yang hampir hancur “dikerjakan” puak-puak PAS yang lahap berhubung Kolej Universiti Insaniah (KUIN), balak di hutan simpan kekal negeri Kedah dan banyak lagi “kerja-kerja bodoh” yang PAS lakukan.

Urusetia Penerangan PAS Kedah memang betul-betul muka tak malu untuk bercakap tentang “tabung” dan “amanah” di muka surat yang paling hadapan sekali? Nampak sangat menipu dan besar sekali daya bohongnya di dalam buku itu…

Makin loya dengan kandungan buku “sampah” itu, saya menyelak beberapa halaman di tengah dan merancang untuk membacanya ketika membuang air besar saja nanti.

Tapi terpandang pula sebuah carta yang memberitahu bahawa Kerajaan PAS Kedah telah berjaya membina 12 buah masjid di sepanjang pemerintahan mereka selama 5 tahun.

masjid palsu PAS

Selidik punya selidik, saya dapati bahawa 11 buah masjid tersebut telah dibina oleh Kerajaan Pusat melalui peruntukan yang diberikan kepada Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri!

Manakala sebuah lagi masjid yang tertera di buku itu dibina hasil kutipan derma dari rakyat, dan bukannya dana dari Kerajaan PAS Kedah pun! Perkara ini telah pun disahkan oleh Pengarah ICU Kedah, Datuk Azmi Lateh baru-baru ini.

Dengan muka tak malu, ketua Urusetia PAS Kedah, Zulkifli Yahya mengaku ia dibina oleh Kerajaan Pusat ketika PAS memerintah Kedah. Dia memberi alasan bahawa buku itu hanya menceritakan apa yang terbina dan bukannya yang “dibina” oleh PAS Kedah. Kononnya…

Nampak sangat Ketua Editor buku itu seorang pembelit besar! Putar alam tak sudah-sudah! Putar belit yang cuba membelit rakyat Kedah untuk memberikan undi pada PAS sekali lagi untuk menjahanamkan Kedah? Begitu?

Kalau Zulkifli benar-benar ikhlas dan “buat kerja cara Islam” dalam penerbitan buku itu, dia sepatutnya menjelaskan bahawa Kerajaan Pusat telah membina 12 masjid di Kedah di sepanjang pemerintahan PAS di Kedah.

Kredit penuh perlu diberikan kepada Kerajaan Pusatlah. Barulah makalah itu boleh diiktiraf sebagai berintergriti, jujur dan beretika! Macam inikah rupa perangai puak-puak PAS? Islam suruh umatnya berperangai buruk macam itu, kah?

Saya akan mendedahkan lagi tentang buku penipuan PAS Kedah yang diterbitkan khas untuk menghadapi PRU ke-13 ini secara bersiri. Segala pembohongan dan penipuan mereka perlu didedahkan demi memastikan rakyat Kedah tidak lagi tertipu sekali lagi, insyaAllah!



29 thoughts on “Siri 1: Buku Penipuan PAS Kedah Diterbitkan Tanpa Etika Islam?

  • April 1, 2013 at 6:47 pm
    Permalink

    tengok apa jadi kat surau yang nak kene roboh di kedah sampai masuk court..kalau dulu konon sampai nangis nangis cai cai PAS defend masjid atau surau yang nak kene roboh..sekarnag dah macam roboh rumah je PAS buat..

    Reply
  • April 1, 2013 at 7:33 pm
    Permalink

    biasalah pas, mereka skrg terdesak nak kekal di kedah jadi mereka gunakan apa saja pendekatan walaupun terpaksa menipu dan tidak mengikut hukum hakam islam. inilah yg dinamakan parti munafikun.

    Reply
  • April 1, 2013 at 8:30 pm
    Permalink

    Lima tahun pengundi Kedah memberi kepercayaan kpd pas untuk mentadbir negeri Kedah… tapi APA dah jadi…….

    Reply
    • April 2, 2013 at 11:48 pm
      Permalink

      Demi Allah kami kumpulan Tok Tok Ayah yang berdaftar akan bekerja mati-matian menentang kumpulan tok tok ayah yang memberi sokongan kapada Anwar Ibrahim dan Azizan yang meroboh Surau Salihiyah, Kancut, Alor Star dalam PRU13.

      Reply
  • April 1, 2013 at 8:34 pm
    Permalink

    Mcm biasa,pas gunakan taktik menipu err i mean ilmu mantik. Contohnya undi pas dapat pahala dan ada pahala masuk syurga. Tapi benda yg di imply iaitu tuk guru cakap undi pas masuk syurga,dinafikan semua org pas ckp tuk guru tak ckp pun begitu.

    Dan skrg yg ni,sebut masjid yg dibina semasa pas perintah kedah,yg pasti org akan ingat pas bina masjid2 tu. Tapi bila kantoi bn buat,pas ckp diorg tak ckp pun diorg claim diorg buat. Ceh.

    Reply
    • April 1, 2013 at 10:48 pm
      Permalink

      Haa….lah, Ilmu Mantik Tok Depa. Lady J tak nampak ke tu…..depa dah habaq ” Sepenggal Kerajaan Pakatan……….” Dengan sekali aje depa penggal, rakyat susah negeri punah. Dua tiga kali punya penggai, tarak apa tinggai.

      Reply
  • April 1, 2013 at 9:35 pm
    Permalink

    hahaha itulah perangai binatang PAS , dah laa menipu dan berbohong serupa orang munafik !!! sekali bila dibongkar setiap satu penipuan mereka boleh dtuduh pulak orang lain sebagai tak mengikut Islam ???

    dalam PAS hukum dipermainkan dengan mudah mengikut kepala hotak pemimpin gila mereka ! dasar pelacur agama !

    Reply
  • April 1, 2013 at 9:58 pm
    Permalink

    PAS kedah terbitkan lah matahari pun…lepas PRU 13, Kedah akan kembali pada BN dan pembangunan kedah akan rancak seperti satu waktu dulu.

    so orang kedah sabar noooo…tak lama jer lagi.

    Reply
    • April 1, 2013 at 11:49 pm
      Permalink

      Tapi Raplah, bagus jgk BN tumbang di Kedah dulu. Atleast kejadian tu menyebabkan pak sedara aku yg fanatik PR akhirnya tersedar dan la ni dia berjuang utk umno pulak..

      Masa ayaq bah dulu, kg aku haram tak terima apa2 bantuan tp kg sblh yg jd kubu pas dpt pula segala bantuan. Mentang2 kg aku umno pegang,haram depa tgk pon dak! Nasib baik kerajaan pusat mai bg bantuan.. kerajaan negeri buat apa? Takkan bencana alam pun nak politik jgk?

      Sepatutnnya pas bila dah dpt mandat, kenalah berkhidmat dgn amanah! Tp apa depa buat? Tuuiihh!! Haram jadah punya pas!

      Reply
      • April 2, 2013 at 12:17 am
        Permalink

        Feed and kill…fenomena PAS mengasingkan orang yg tak sebulu dengan mereka bukan setakat kes bencana alam…dahulu aku pernah bercerita tentang penyokong PAS yg dari luaran memang nampak lebih sempurna agama mereka dari orang lain…tetapi hablu minan Naas mereka…sangat rapuh…dan mereka hanya menyambung pertalian dengan geng depa sahaja….contoh..mereka tidak bercampur jiran2…ini true story…aku dah byk kali cerita pasal ni dulu…sebb terkena batang hidung aku….(jiran aku sendiri)…walaupun aku bukan ahli Umno..tetapi disebabkan aku pernah komen tentang PAS…mereka terus anggap aku sebagai musuh….hari raya…kami tak dijemput…begitu juga jiran2 lain yang tidak berpakaian macam mereka….sungguh pelik…di masjid..depa buat masjid tu macam hak depa…bila morey (buka puasa)atau raya korban….makanan2 dan daging2 diagih2 sama depa saja…bila aku komplen pada AJK (jiran aku yg ahli PAS tu)…terus dia buat musuh dengan aku….kadang aku fikir…kita sama2 Islam…tapi kenapa cara mereka tidak harmoni…tidak seperti yg dibawa rasulullah…jenis2 macam ni ker yg konon bila jadi pemimpin lebih baik dari Umno….berkawan pun memilih2 bulu….pilih kaler….set2 Mek ni laa…

        Reply
        • April 2, 2013 at 2:24 am
          Permalink

          Itulah saudara HAR, tapi dok ada lg yg backup PR sampai bila rumah nak tersembam tutuh tanah pun disalahnya BN.. padahal la ni kerajaan negeri is PR.semua benda disalahkan govt pusat. Sampaikan kena tinggal bini pun disalahkan pusat!

          Tp bila dpt bantuan br1m takdak pulak nak Tima kasih padahal duit dah masuk poket manahala dah.. apa yg pas bg? Ceramah,ceramah dan ceramah politik paihtu mintak derma..phhuuiihh..

          Reply
        • April 2, 2013 at 6:37 pm
          Permalink

          HAR…aku pun pernah alami nasib yg sama , masa tu musim durian…aku himpun 3 hari buah kat bukit, tak jual dan bagi kat sapa2 sebab ada kwn aku kata nak beli buat kenduri doa selamat so aku kira tolak harga amal jer …tup-tup buat kenduri juak2 pas jer …aku pun dia tak jemput ,aku tak kecik hati sangat tapi jiran sebelah pun dia tak panggil, sebab selang sehari lepas tu anak jiran tu tanya kat aku…”Pakcik minta sebijik buah durian ?” Masa tu aku rasa bersalah yg amat sangat !!

          Reply
          • April 3, 2013 at 9:48 am
            Permalink

            laaaa… doa kesyukuran parti PAS, camana nak ajak juak umno? nanti sembang2 pasal politik, termengumpat umno lebih-kurang panas telinga pulak.
            Apa umno buat kenduri ajak puak2 PAS ke…? kalau ajak pun nak mintak tolong baca tahlil dan doa.

          • April 3, 2013 at 1:34 pm
            Permalink

            UMNO kalau buat khenduri atas nama rakyaat bujuk, semua di jemput hadir…bukan sikit juak PAS yang pergi, ialah makan free…muka hangpa la yang ramai.

            Bukan takat khenduri jer bujuk..himpunan para ulama pun hangpa di jemput…tapi tak ada yang datang pun, itu kami faham, ialah dalam PAS mana ada ulama, semuanya sahabat syaitan.

      • April 2, 2013 at 1:56 am
        Permalink

        Kat kampung yang ada orang PAS depa bagi bantuan sikit ja, ada dalam beberapa tin sadin

        lepas tu blah!!

        Reply
        • April 2, 2013 at 6:38 pm
          Permalink

          juak2 tu mmg jenis muka tin sadin

          Reply
          • April 2, 2013 at 8:16 pm
            Permalink

            Itulah bezanya jika agama hanya dinilai pada serban dan jubah…tetapi bercakap penuh fitnah..hati penuh hasad dengki serta sifat ujub dan riak….sedangkan kemaslahatan lain seperti adab berjiran….adab berjual beli…bermasyarakat dan akhlak Islam tidak diperhatikan…..inilah dunia akhir zaman…penuh tipu daya dan topeng muka….wallahua’alam

      • April 3, 2013 at 9:53 am
        Permalink

        bukan sebab orang UMNO ANGKUH taknak terima bantuan k’jaan PAS ke? depa kata k’jaan Pusat punya bantuan lagi banyak dan besar. Siap halau dan tak benarkan wakil PAS masuk kampung mereka.

        Reply
        • April 3, 2013 at 1:36 pm
          Permalink

          Bantuan kerajaan PAS ? ada ke kerajaan PAS bagi bantuan apa-apa ?? kerajaan PAS pun harus di bantu untuk terus ujud, inikan pulak nak bantu rakyaat. Kalau ia pun agak-agak laa.

          Reply
  • April 1, 2013 at 10:22 pm
    Permalink

    islam tidak mengajar umatnya menipu,menipu itu bdosa.tapi pas mengajar umatnya utk menipu.cilaka si penipu.ya allah,hendaknya kebenaran itu akan menang mengatasi penipuan.aminnn.

    Reply
    • April 3, 2013 at 9:54 am
      Permalink

      Menipu tu berdosa… tapi maki/hamun orang pun berdosa jugak.

      Reply
      • April 3, 2013 at 1:38 pm
        Permalink

        Kalau jumpa nik ajis bukan takat menipu, dosa berzina pun dia boleh pujuk Allah minta di ampunkan.
        Pasal tu la puak PAS tak kesah halal haram, pahala dosa.

        Reply
      • April 3, 2013 at 11:30 pm
        Permalink

        Kau cakap tu memang betul……..yang putar alam dan songlap harta rakyat, lagi teruk

        Reply
  • April 2, 2013 at 1:54 am
    Permalink

    Nasib baik PAS Kedah tak ngaku Neraka pun dia buat

    Reply
    • April 2, 2013 at 6:40 pm
      Permalink

      mana nak mengaku! sebab ada kemungkinan depa semua pasang niat nak pi situ

      Reply
  • April 2, 2013 at 1:54 am
    Permalink

    Depa bukan nak bina masjid, nak meruntuhkan masjid adalah. Kisah Madrasah Salihiah masih segar dalam ingatan orang Kedah. kalau tanya Ustad Azizan dia akan jawab “Saya tak tau, saya tak perasan, takdak orang beritau saya…”

    Reply
    • April 2, 2013 at 5:00 am
      Permalink

      Itu runtuhan secara fizikal. Bila diambil pula pengalaman/cerita FnK dan HaR di atas… perpecahan masyarakat, pemulauan dan diskriminasi… itu pula sudah menjurus kepada ‘meruntuhkan masjid’ secara spiritualnya pula.

      Reply
  • April 2, 2013 at 4:07 am
    Permalink

    apa de hal pas bukan janji syurga kaa?? keegoan ugama pas terserlah.. taksub pun tak boleh jugak kn..

    Reply
    • April 3, 2013 at 4:31 pm
      Permalink

      yang saya bimbang..sekarang ni ramai kakitangan kerajaan pusat di kedah ni yang terang2 sokong PAS.ketua jabatan pun tak kata apa walau pun tahu! Kena pantau skit benda ni!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *