Suffian Awang Bakal Mencabar Fuziah Salleh Di Kuantan?

Pada PRU 12 tahun 2008 dulu, keputusan pengundian bagi Parlimen Kuantan cukup unik kerana semua ketiga-tiga DUN di bawahnya iaitu Rekod keputusan PRU 12 2008 - Parlimen KuantanTeruntum, Tanjung Lumpur dan Inderapura kekal dikuasai BN tetapi di peringkat Parlimen ia menjadi milik calon PKR, Fuziah Salleh.

Jika dikira dari jumlah undi ketiga-tiga DUN terbabit yang memihak kepada BN berjumlah 18,284 undi, manakala undi untuk semua calon-calon pembangkang cuma 16,622 undi saja (tanpa ambil kira undi rosak). Ini bermakna sepatutnya Parlimen Kuantan kekal milik BN, bukan begitu?

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila kerusi Parlimen Kuantan berjaya dirampas oleh Fuziah Salleh dengan undi sebanyak 18,398 menewaskan calon BN dari MCA dengan majoriti 1,826 undi.

Kenapa senario unik ini berlaku? Nak dikatakan Fuziah Salleh cukup besar jasanya kepada penduduk sekitar Kuantan, jauh panggang dari api. Kalau dikatakan separuh dari pengundi berdaftar di Parlimen Kuantan ada pertalian saudara dengannya, pun amat mustahil. Fuziah bukannya orang Pahang tapi berasal dari Johor.

Perkara unik sebegini jika berlaku melibatkan pemimpin BN, tentunya pemimpin pembangkang akan kecoh menyalahkan hantu raya dan jin syaitan, mungkin disebabkan mereka dah terbiasa berperangai macam hantu itu yang mereka mampu mengenali kaum kerabat sendiri.

Ada sebab musababnya kenapa keunikan ini berlaku. Tak lain tak bukan disebabkan adanya undi protes dari sesetengah pengundi Melayu Islam yang mahukan calon BN di Parlimen Kuantan datangnya dari UMNO atas faktor kawasan itu majoritinya orang Melayu Islam.

Menyedari hakikat itulah agaknya timbul desas-desus yang menyebut pada PRU 13 ini calon BN yang akan bertanding di Parlimen Kuantan adalah orang Melayu Islam, dah tentunya datang dari UMNO dan paling penting terdiri daripada individu yang kuat bekerja dan berkarisma.

Mengikut sumber dalaman yang sampai kepada MyKMU.Net, persetujuan telah dicapai di mana MCA akan menyerahkan kerusi Parlimen Kuantan untuk ditandingi UMNO. Jika perkara ini benar, ia merupakan satu bukti kesungguhan MCA dalam memastikan Kuantan kembali ke pangkuan BN.

Sumber itu juga menyebut berkemungkinan besar calon berkaliber yang akan mencabar Fuziah merupakan anak tempatan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) UiTM.

Siapa orangnya? Adakah cukup kekuatan radiasi yang dimilikinya untuk meleburkan kedudukan Fuziah di kawasan tersebut?

Dah tentu lebih dari mencukupi kerana beliau bukan sahaja anak tempatan yang mempunyai ramai sanak saudara dan kenalannya di sana, tapi boleh tahan juga kredibiliti dan jasanya.

Namanya ialah Dato’ Suffian Awang, merupakan Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Kuantan merangkap EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat. Beliau juga adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Ura-ura kemungkinan Dato’ Suffian sebagai calon BN di Parlimen Kuantan memang sudah diketahui sebahagian pengundi di sana dan respon yang diperoleh menunjukkan peluang BN untuk menawan kembali kerusi Parlimen itu amat cerah.

Berdasarkan kajian semasa dan trend terkini, ada kebarangkalian BN mampu memenangi kembali kerusi itu dengan majoriti sekitar 3,000 hingga 5,000 undi. Di tambah lagi dengan faktor Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai PM, tak mustahil ia mungkin melebihi jangkaan tersebut.

Di pihak PKR tika ini mengikut sumber dalaman dari sebelah sana, wujud kebimbangan ketara apatah lagi di saat isu kilang rare earth Lynas sudah menjadi backfire kepada PR. Satu-satunya yang mereka harapkan MCA akan kekal bertanding di Kuantan bagi memanipulasi protes para pengundi Melayu Islam.

Khabarnya Fuziah pun sudah tak senang duduk sekarang, ada kebimbangan di wajah tembamnya, hulu ke hilir serba tak kena. Agaknya kepanasan terkena radiasi dan aura dari Dato’ Suffian.

Tambahan pula beberapa bulan kebelakangan ini majlis yang dihadirinya makin suram dari sambutan orang ramai. Lagi lambat PRU 13 ditiupkan wiselnya entah-entah terus cengkung wajah Fuziah mungkin menyerupai Latifah Koya. Ish.. ish.. ish..

Apa pun, kita harap PKR tak terdetik untuk menghantar Fuziah pulang ke Johor, kalau di hantar juga maknanya itu saja nak membunuh politik Fuziah namanya. Biarlah hayat politik Fuziah ditalkinkan di Kuantan, rakyat Pahang pun dah tak sabar menantikan detik itu.

18 thoughts on “Suffian Awang Bakal Mencabar Fuziah Salleh Di Kuantan?

  • March 27, 2013 at 8:54 PM
    Permalink

    kesian puziah. satu2nya peluru yg dia ada iaitu alasan lynas akan dihapuskan kalau pr berkuasa, pun dah ditembak oleh bosnya sendiri yg cakap akan luluskan lynas kalau selamat. yg malah diakui sendiri selamat oleh saintis nuklear pas sendiri iaitu che rosli. sia2 saja sanggup menghina rezeki yg allah bagi dgn masak ayam toksik, last2 ketua sendiri pancung.

    Reply
    • March 27, 2013 at 9:20 PM
      Permalink

      Siapa yg menghuina rezeki Allah?? Yg bayar juta2 K-Pop dan Psy tu bukan ke menghina rezeki Allah?? Yg jemput pulak ketua Pemimpin Wasatiyyah…. he..he…

      Reply
      • March 27, 2013 at 10:08 PM
        Permalink

        Parlimen Kuantan kali ni, hangpa pacak kayu lawan dengan Fauziah pada PRU 13 ni pun. kayu tu akan menang !

        ada ke orang nak sokong perempuan 3 suku ?? adaaaaaa…orang macam hang la mooo.

        Reply
    • March 27, 2013 at 9:34 PM
      Permalink

      hehehe kesian melihat penyokong pembangkang terkedu takleh nak ulas apa2 psl puziah dan kes lynasnya, lalu buat2 tak nampak dan cuba divert psl psy la apa la. anyway psy tu dijemput oleh org luar yg tidak melibatkan 1 sen pun wang kerajaan. tapi pembangkang hanya iktiraf kalau bagi duit dan support kat pembangkang contohnya taja jet mewah anwar, tapi akan kutuk kalau support bn.

      Reply
  • March 27, 2013 at 9:19 PM
    Permalink

    Parlimen Batu KL, pengundi circa 80k, 75% sokong PR. Dgn kata 60k Pengundi sokong PR, 20k ialah penyokong BN.
    Parlimen Putrajaya pulak, ada 6k pengundi. 75% sokong BN, 25% sokong PR, dgn kata lain 4500 sokong BN, 1500 sokong PR. kalau dijumlahkan: PR (60+1.5k)=61.5k sokong PR, manakala BN (20+4.5)K=24.5 K skong BN. wbgaimana pun, kedudukan seri kerana masing2 dapat 1 kerusi dek persempadanan semula yg BN buat. Tapi jumlah rakyat yg menyampah dgn BN sebenarnya lagi byk.

    Reply
    • March 27, 2013 at 11:25 PM
      Permalink

      woiii moo lembu yang kau bandingkan kawasan kecik dengan kawasan besar buat apa !!! kau badningkan laa parlimen batu ngan parlimen ampang kaa .

      ni ayat copy paste sejak dulu lagi ni .. hahaha tipikal cybertroopers Pakatan dah kantoii berapa kali masih tak malu nak sebar fitnah !

      Reply
      • March 28, 2013 at 10:10 AM
        Permalink

        dia memang bodus dlm kira2

        Reply
    • March 28, 2013 at 2:02 AM
      Permalink

      Aku memang tunggu engkau keluar ward… aku memang tunggu engkau ulang benda ni. Keputusan PRU2008 DUN Kelantan:
      – Pas+PKR mendapat 56.4% undi, perolehi 39 @ 86.6% kerusi
      – BN mendapat 43.6% undi, cuma perolehi 6 @ 13.4% kerusi
      (aku abaikan undian calon bebas yg jumlahnya terlalu kecil)
      Walaupun Si Tua #@%&* dan Si #@%&* Bengkok tu cuma ada lebihan 12.8% undian (<77,000undi) secara keseluruhannya, tetapi diaorang dapat 73.2% lebih kerusi dari BN. Inilah proses pilihanraya yg kita amalkan.
      Lu bising APA…? Tempat Lu memang pun bukannya 'terror' sangat!

      Reply
      • March 28, 2013 at 2:04 AM
        Permalink

        Pembetulan… “Tempat Lu menang…”

        Reply
  • March 27, 2013 at 9:38 PM
    Permalink

    apasal moo ada masalahkah? terima ajalah system yang ada.

    Reply
  • March 27, 2013 at 9:56 PM
    Permalink

    BN sudah jadi BN yang macam BN yang sepatutnya. BN ditarik rohnya sementara untuk menyuntik kesedaran orang yang berada didalamnya dengan berbagai hikmat.

    Dengan transformsi ini tak ada sebab yang boleh kita fikir kenapa Kuantan tak dapat ditakloki balik selepas diberi pinjam selama 5 tahun.

    Kita tidak perlu riak dan takabbur tapi kita dikehendaki berdiri dengan kenyakinan sepenohnya bahawa selepas kerja keras dengan penoh ikhlas pasti ada ganjarannya. Ganjarannya adalah kemenangan keatas lawan

    Reply
  • March 27, 2013 at 10:01 PM
    Permalink

    tidak melibatkan satu sen pun duit kerajaan tp yg hadirnya bapak umno…cakap pd org kampung yg karat biru depa percaya le….

    Reply
    • March 28, 2013 at 12:28 AM
      Permalink

      Mek….satgi abg sampai…jangan pulak asik pakai baju kelawar lusuh yang koyak ketiak tu jer…kang hilang selera…ekekekeke

      Reply
      • March 28, 2013 at 10:29 AM
        Permalink

        Abang HAR, Mek tengok gambar terbaru pasangan abang Non cium ketiak, lagi berahi kot kalau cium ketiak. Mek nak jugak pakai baju kelawar yang koyak ketiak tu.

        Reply
        • March 28, 2013 at 10:36 AM
          Permalink

          hohoho ketiak penuh panau ! org sakit jiwa jer buat cam tu

          Reply
  • March 27, 2013 at 10:05 PM
    Permalink

    habis tu hang nak kawasan batu ada 10 wakil rakyaat ke ?? tak pe lah moooo…esok hang pi parlimen hang minta depa lantik hang jadi wakil rakyaat batu, boleh ??

    Reply
  • March 27, 2013 at 11:36 PM
    Permalink

    Mooo ni, macam demam je,pergi klinik lah dulu.

    Reply
  • March 27, 2013 at 11:40 PM
    Permalink

    dia tak demam bro…cuma terlebih dos air ketum…ekekekekek

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.