Herdik Dan Caci, Cara Anwar Perjuang Kebebasan Media

Share


Memang teruk Anwar kena bahan dek kerana ungkapannya “You Ulang, I Saman” yang terbit dari lidah bercabangnya terhadap seorang wartawan Agenda Daily dalam satu sidang akhbarnya baru-baru ini.

Bukan saja di pejabat, malah Anwar dan ungkapannya itu turut menjadi bahan lawak jenaka pelajar-pelajar sekolah, khususnya bila mereka disoal guru di dalam kelas dan tidak tahu untuk memberikan jawapan bagi soalan yang dikemukakan.

Seorang pelajar misalnya hampir dibaling dengan buku oleh seorang guru sebelum guru itu sendiri ketawa berdekah-dekah mengenangkan sikap Anwar yang tidak pernah menjawab soalan-soalan “cepumas” yang diajukan media.

Bila bercakap soal Anwar diasak dengan soalan oleh para wartawan, saya teringat tentang perangai buruk Anwar yang pernah dirakam oleh TV3. Mungkin berang dengan soalan yang diajukan, Anwar mengherdik wartawan stesen TV3 dan menuduhnya sebagai “pekakas UMNO”!

Peliknya, setelah puas mengherdik wartawan tersebut, Anwar tidak pula meminta maaf padanya. Apatah lagi menjawab soalan yang ditanya. Peristiwa tersebut menjadi “benchmark” untuk melabel Anwar sebagai “tidak menghormati hak kebebasan media”.

Sikap buruk Anwar itu kemudian diwarisi pula oleh “anak ikan”nya, Rafizi Ramli, yang dibela Ketua Pembangkang itu sejak di zaman sekolah di MCKK dulu.

Baru-baru ini, Rafizi mengulangi sikap jijik Anwar itu apabila memarahi seorang wartawan yang mengajukan satu lagi soalan “cepumas” padanya dalam satu sidang media. Teruk jugalah wartawan itu diherdik…

Berbeza dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin BN yang lain, tidak pernah pula saya mendengar mereka mengherdik wartawan. Kalau ada pun, mereka akan cepat-cepat minta maaf dan ambil hati wartawan itu kembali.

Paling bagus, para pemimpin BN akan cuba menjawab soalan yang diajukan wartawan walaupun adakalanya soalan-soalan itu begitu menyakitkan hati. Maklumlah, wartawan itu dari media pro-pembangkang…

Dalam pada itu, Pakatan Haram memang muka tak malu dan cakap tak serupa bikin apabila menuduh kerajaan BN tidak mengamalkan kebebasan media di negara ini. Kononnya BN mengongkong kebebasan media.

Portal rasmi PKR, “Keldaian”daily misalnya menyiarkan laporan sebelum ini yang mengatakan bahawa negara Indonesia mengamalkan kebebasan media yang jauh lebih baik berbanding di negara ini.

Benarkah begitu? Dan apakah yang Pakatan Haram maksudkan dengan kebebasan media?

Setahu saya, PAS diberikan permit menerbitkan tabloid putar alam terbaik, Haramkah, yang boleh dikatakan tiap-tiap naskhahnya penuh dengan caci cerca, fitnah, syubhah dan cerita yang telah diputar belit berkali-kali.

Di internet pula, Pakatan Haram menerbitkan berita bohong mereka di Haramkahdaily, Keldaiandaily dan Roketkini yang tidak mementingkan soal etika penyiaran selain memaparkan “spin-spin” yang hebat untuk mempengaruhi persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.

Kalaulah Kerajaan BN tidak mengamalkan kebebasan media, saya yakin sudah lama Haramkah ditarik balik lesen dan permitnya. Haramkahdaily, Keldaiandaily dan Roketkini pun sudah lama dipadam dan disekat “url”nya.

Bahkan Malaysiakini, MalaysiaToday dan beberapa lagi portal pro-pembangkang mungkin akan “mati” begitu saja “disita” SKMM.

Pakatan Haram nak sangat ke kebebasan media mereka disekat? Kalau nak sangat, boleh juga diusahakan. Tapi saya yakin, BN tidak jijik seperti Pakatan Haram. Media diberikan kebebasan, namun sudah tentulah ada undang-undang di sebalik kebebasan tersebut.

Kebebasa memang perlu ada batasan dan batasan itu dipelihara melalui sumber perundangan. Maklumlah, Malaysia adalah sebuah negara bertamadun. Islam juga punya had dan batasan dari segi muamalahnya, bukan?



25 thoughts on “Herdik Dan Caci, Cara Anwar Perjuang Kebebasan Media

  • March 29, 2013 at 10:33 am
    Permalink

    Dah menipu/Fitnah… Padan Muka Media UMNO. Saman sampai bankrap!. (Kalau korang cerita yg betul..sure kami tak saman, apa nak takut).

    Reply
    • March 29, 2013 at 12:01 pm
      Permalink

      Media UMNO mana yang kena saman sampai bankrap ni moooo ?? hang mimpi basah lagi ke ?

      Pejuang macam tu la mooo…peluru pun tak kan memberi gundah, ini kan pulak saman !

      macam hangpa lain la…sikit-sikit lari pi kedutaan turki, nasib baik UMNO haramkan Israel, kalau tidak berkampunglah hangpa di kedutaan Israel.

      Reply
      • March 29, 2013 at 7:33 pm
        Permalink

        itu lah tipikal pembangkang di malaysia ni. Mereka laungkan kebebasan mahu hak penyiaran di media sehaluan aspirasi pemerintah .tetapi dipihak mereka tiada langsung hak bersuara, bersuara mempertahankan diri pun tidak diberi. Moo apa yang perlu berlaku untuk hang sedar dan terima kenyataan . Kalau melayu hilang kuasa itu dah kira nasi sudah menjadi bubur, tengok lah didepan mata kita apa yg berlaku di Pulau Pinang , macam mana keluhan mamak yg sekapal dengan hang.Hang pi la singapura , berapa ramai bukan cina berjaya ?.aku pun tak tau apa yg ligat dlm kepala otak hang.Hang pa selalu dok putar isu rasuah , korupsi…mmg aku percaya dlm UMNO dan BN pun ada hal2 ni, tapi itu isu personal, dah ramai kena dakwa ,Jika isu ini parah…aku tak fikir Malaysia akan jadi mcm sekarang .
        Aku berpendapat hang di cyber trooper upahan pr untuk buat onar disini,atau hang ni mungkin sebahagian admin disini untuk lihat tindakbalas forumer bila satu2 isu dilemparkan.
        Apa pun banyak tomahan pr dah tak beri kesan pada pengundi2 muda sejak dari 2012 lagi…tengoklah statistik keputusan pilihanraya kampus di ipta awam .
        Yg ada diluar pagar universiti pun dah ramai tak percayakan pr lagi, tetapi sokongan tetap ada untuk hangpa.
        Macai pr dah tak senang duduk lagi, Strategi anwar secara aggressif untuk mempengaruhi rakyat bangkit menentang BN dilayan secara positif, itu yg menyebabkan pr semacam tak ada pilihan untuk memenangi hati rakyat.
        Aku sebenarnya gembira bila BN mula mendengar suara rakyat dan mengambil tindakan proaktif membetulkan keadaan.Aku tak fikir BN akan mengabaikan apa yg dibuat semenjak dari tahun 2008 demi mengekalkan kuasa dan memakmurkan negara.
        Aku yakin sangat BN akan kembali menguasai dgnlebih 2/3 dan tidak akan mengulangi perbuatan lampau kerana pengalaman pru12 sangat2 memberi pengajaran kepada wakil rakyat BN!

        Reply
    • March 29, 2013 at 2:57 pm
      Permalink

      Laa Moo , saman jalan raya berjuta, dia orang tak takut jugak, lari laju jugak…..tak bayar saman lagi!!
      Orang tanya ko tak jawab, alih alih nak saman. Nak saman apenye ???? ….tak nak jawab cakap je le no komen. Baru orang tak syak …ni gertak, U ulang I saman …., jawab soalan tak jugak. Maknanya betullah maksud soalan yg diajukan tu…..kan!!!!

      Reply
    • March 29, 2013 at 7:33 pm
      Permalink

      Apa media UMNO berbau fitnah…? Hang Moo ingat sikit….U ulang I saman….!!!

      Reply
    • March 29, 2013 at 8:16 pm
      Permalink

      aik bukan ke mahkamah msia ni jentera umno, konspirasi, bias anti pembangkang dsb? ke hanya mahkamah yg menangkan pembangkang saja suci, yg kalahkan pembangkang tu automatik jentera umno?

      mcm tu jugalah mcm media juga. kunun pembangkang sukung kebebasan media, tapi klu media tu memilih untuk menyokong kerajaan yg dah byk berjasa, automatik dikutuk mcm2. hanya media yg memihak kat pembangkang je yg dianggap benar. mcm mahkamah juga la.

      mujurlah rakyat terbanyak tak sebodoh pembangkang dlm menilai sesuatu.

      Reply
  • March 29, 2013 at 11:53 am
    Permalink

    BN ni pun satu…bila pakatan haram membunuh kebebasan akhbar dalam negara ni, BN tak pandai gunakan kesempatan yang sebegini, war-war kan pada rakyaat, buat demo bawa banner.

    Bayangkan kalau depa memerintah…walaupun peluangnya amat kecil, habis semua media yang tak sehaluan akan di haramkan….macam kat singapura.

    Reply
    • March 29, 2013 at 3:03 pm
      Permalink

      BN utamakan rakyat, demo demo ni menyusahkan rakyat je. Tak perlu kempen cara kotor. Kalau nak naik pangkat, kita tunjuk kelebihan kita, keupayaan kita. Bukan dengan memburuk dan menyerang rakan yg sesama mohon. Tak baik…

      Reply
      • March 30, 2013 at 5:00 pm
        Permalink

        Tu la wak, dalam politik sebegini kita tak boleh lagi jadi terlalu baik…nanti kepala kita di pijak, sebab kita nak tunjuk baik lah, nama Allah di permainkan kafir, sebab kita ni bersopan santun bangsa kita di perlekehkan, sebab kita tak mau kecoh-kecoh kafir dah boleh masuk masjid bagi takzirah.

        Sebenarnya kesalahan kita….kita terlalu baik, dan kesalahan depa, depa tak menghargai kebaikan kita.

        Reply
    • March 29, 2013 at 7:36 pm
      Permalink

      Dah tu puak puak haram jadah ni mesti sakan guna kan ISA,Akta Mesin Cetak,Akta Hasutan dll untuk menyumbat penentang penentang depa ke penjara.

      PR cakap tak seghopa bikin…dulu lain sekarang lain…manifesto bukan janji….!!!!

      Reply
  • March 29, 2013 at 12:01 pm
    Permalink

    konon nak kebebasan media..baru tanya soalan cam tu pun..dah panas kote dan ponggong..

    cAKAP TAK SERUPA BIKIN punya parti KEncing Rakyat ni..hehe

    Reply
  • March 29, 2013 at 12:01 pm
    Permalink

    Dah lama aku minta bujuk dan kaumnya bagi butiran hudud PAS tapi takde jugak so disini aku bagi kenapa Tun Mahathir menentang Hudud PAS …didalam ceramah tepi longkang sibadut PAS dipentas ceramah cuma mengatakan kerajaan BN tak lulus tapi tak diceritakan alasan sebenarnya..tengok niii…

    SURAT YANG NIK AZIZ TIDAK CERITA PADA SETIAP AHLI PAS !!!

    PERDANA MENTERI MALAYSIA

    YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
    Menteri Besar Kelantan

    Y.A.B. Tuan Haji,

    PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

    Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
    Bertarikh 8 Jun 1994

    Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

    1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu :

    “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”

    Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

    2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara.

    Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama.

    Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

    3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.

    Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.

    Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita.

    Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

    4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman.

    Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kepada keterangan berikut:

    (i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.

    Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW, orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

    Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam.

    Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
    Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

    Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam.
    Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

    (ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol.

    Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

    Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik.

    Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka.

    Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat.
    Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

    Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

    5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan k3pada semua pihak.
    Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman.

    Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
    Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam.

    Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.

    Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

    6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.

    Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain.

    Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

    7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya.

    Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

    Reply
  • March 29, 2013 at 3:05 pm
    Permalink

    bodohnya kau rapahjingga Mooo kata saman sampai bangkrap..mooo tak kata kena saman dah bangrap..nak jadi pencacai sangat tu…bodoh macam batang pelir..haaa
    kau katak bawah tempurung ke… utusan malaysia sudah banyak kalah saman..rtm pun dah kena bayar saman..TV3 pun dan kena saman..

    Reply
    • March 29, 2013 at 10:37 pm
      Permalink

      pemimpin UMNO kalau nak saman geng pr banyak…tapi pemimpin UMNO tak mau kecohkan isu2 hal peribadi…Biar rakyat nilai sendiri fitnah2 tu…kalau saman dan menang korang tudah kerajaan zalim!

      Reply
    • March 30, 2013 at 11:42 am
      Permalink

      Tolong la kurangkan kata-kata kotor mcm komen anda ni..

      Reply
  • March 29, 2013 at 3:32 pm
    Permalink

    aik ! tiba-tiba jer budak ni…hang nak pi mana sampai tertinggal bas niii ??

    cuti sekolah ni bebudak macam hang, jangan dok lepak sangat kat station bas.

    Reply
    • March 29, 2013 at 4:20 pm
      Permalink

      Budak ni manic depressive disorder Raplah…mental state score dia zero…dari haritu aku dah assess dia punya posting…macam tak centre aja…Tuan Admin…orang2 tak normal macam ni tak payah bagi masuk…buat semak jer…tak pandai bawa diri langsung…(Moo pun jauh normal mental statenya)…masuk tak pernah minta izin atau bagi salam…lepas tu nak hentam orang2 yg dah lama duduk dalam ni…kalau orang baru tu…pandai2 ler…

      Reply
      • March 29, 2013 at 7:25 pm
        Permalink

        Ni la masaalah bebudak sekolah sekarang ni, mak bapak tak pantau kegunaan komputer anak-anak, last sekali macam dia cuba bagi tau dunia…dia budak yang bermasaalah.

        Reply
        • March 30, 2013 at 2:50 am
          Permalink

          Dia baru lepas layan stim gam dgn si moo.. sorang satu tin.. la ni depa tgh atas kayangan bersama bidadari yg mempunyai ‘pedang’ sbg senjata sulit. Sat lg depa buat ritual ‘pangkah belakang sesama sendiri’..

          Reply
  • March 29, 2013 at 5:16 pm
    Permalink

    Maklumlah puak itu rasa berkuasa sebelum betul2 diberi kuasa. Salah tanya sikit akan diugut nak saman. Menulis , bercakap mengenai mereka, akan diugut bunuh.

    Pendek kata they are the GREATEST and the UNTOUchables.

    Tak boleh disentuh, jangan dicuit, nahas nanti. Stay away from us, we do what we like doing, do not bother us. We are dirty, we are fucked, we are screwed… let it be. You go with your life , we go with ours.

    SEOlah2 itu yang mereka pinta. jangan peduli, jangan hirau, jangan tanya, jangan tuduh… kerana kami tahu kami memang HAMMMMPPPPEEEEEHHHHH.

    Reply
  • March 29, 2013 at 10:24 pm
    Permalink

    Ceritalah apapun,rakyat tunggu bubar parlimen bukan dengan cerita artikel panjang berjela-jela..bah

    Reply
  • March 30, 2013 at 1:27 am
    Permalink

    “Pak, tu burung apa?”
    “Burung Murai.”
    “Burung apa?”
    “Burung Murai.”
    “Burung apa?”
    “Burung Murai.”
    “Burung apa?”
    “Burung Murai.”
    “Burung ap-”
    “U ulang lagi…I saman u.”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *