Khalid Ismath : ‘Saya Tak Kisah Pemimpin Saya LGBT’

Share



AIDCNews – 17/03/13 – Khalid Mohd Ismath berkata dia tidak peduli pemimpinnya adalah tokoh LGBT (Lesbian, Gay, Bisekssual dan Transgender) asalkan pemimpin itu melaksanakan amanah rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasa.

“Saya tak kisah pemimpin saya LGBT, tak ada agama atau sosial, yang penting dia laksana amanah rakyat dan negara serta tidak salahguna kuasa,”katanya dalam twitter.com/khalidismath.

Khalid Ismath yang juga pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang berkata fikirannya lebih terbuka apabila bersahabat dengan golongan LGBT, pluralis dan ethist (tidak beragama).

Ketika kawan twitternya, @seliparjepun36 mahu menerkam dia apabila berjumpa di alam reliti, Khalid berkata perbuatan itu dibimbangi akan dituduh sebagai anak buah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hahaha! Mana boleh terkam, nanti BN kata kita gay, anak buah Anwar”

Ketika membalas twitter @zulfikriAziz, Khalid berkata dia adalah seorang pluralist yang bercita-cita mahu mewujudkan sebuah negara pluralis di Malaysia.

@zulfikriAziz bertanya lanjut, apakah maksud pluralis, adakah bermaksud Syiah boleh diamalkan di Malaysia.

Khalid menjawab, ” Kebebasan beragama, bermazhab.”

Khalid juga turut mengucapkan syabas kepada Pas kerana menganjurkan perhimpunan ulama di Perak.

“Ulama terbuka dan liberal seperti Tok Guru Nik Aziz perlu lebih ramai dilahirkan, “katanya.

@Elizs_13 turut mencelah, ” Tolong tanya Tok Guru, dia sokong tak LGBT ?”

http://www.anwaraidc.com/?p=32825


4 thoughts on “Khalid Ismath : ‘Saya Tak Kisah Pemimpin Saya LGBT’

  • March 18, 2013 at 2:05 am
    Permalink

    Minta Hadi Awang, bekas Menteri Besar Negeri Terengganu beri tazkirah bertajuk “peringatan Allah tentang Kaum Lut”

    Reply
  • March 18, 2013 at 3:39 pm
    Permalink

    tanda2 akhir zaman dah semakin jelas. nauzubillah.semoga Allah memberi hidayah dan nur ke hati budak ni sebab dah macam gelap hati dah ni.dan semoga Allah melindungi negara ini dari tangan-tangan ‘dajal’ yang rakus serta sukakan kehancuran umat Islam.

    Reply
  • March 18, 2013 at 9:07 pm
    Permalink

    inilaa contoh salah seorang pencacai Pakatan … hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *