Pegawai SPRM Bersekongkol Penyelewengan Tanah Ladang Rakyat

Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?

Dato’ Nik Aziz Nik Mat
– Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
– Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
– Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
– Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim)
– Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

Adlina Abdul (anak Abdul Halim)
– Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
– Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
– Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
– Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
– Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

Penceramah Pas, Razak Abas
– Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

Pendedahan ini sepatutnya dapat menarik perhatian para pegawai SPRM untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku, lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada lot-lot tanah itu diperolehi secara percuma.

Sebetulnya isu ini sudah lama dalam pengetahuan SPRM Kelantan, tapi dengarnya ada segelintir pegawai SPRM Kelantan dipercayai turut terlibat menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Jika tidak kerana usaha sekumpulan kecil rakyat Kelantan yang anti rasuah membawa isu ini ke pengetahuan UMNO tentunya sampai kiamatlah khalayak umum percaya tiada seinci tanah pun di Ladang Rakyat yang menjadi milik pemimpin PAS.

Jika pembaca masih ingat, semasa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berceramah di Seksyen 24, Shah Alam lebih seminggu lalu antara jaminan yang ditekankannya ialah polisi Pakatan Pembangkang untuk menghalang mana-mana pemimpin dan wakil rakyat DAP, PKR atau PAS daripada memiliki walau seinci pun tanah.

Persoalan sekarang, apa pula komen anak perempuan Ketua Umum PKR itu bila mana terdedahnya penyelewengan tanah Ladang Rakyat serta penganugerahan tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS? Ada tak jawapan untuk pengecualian?

14 thoughts on “Pegawai SPRM Bersekongkol Penyelewengan Tanah Ladang Rakyat

  • December 1, 2012 at 7:53 PM
    Permalink

    kantoi lagi…

    aku memang dah agak ada biawak dalam SPRM yang pro pembangkang..

    itu sebab bila soh SPRM siasat nik ajis..bukan main lembap cam siput je..depa ambik tindakan…haramjadah punya nik ajis..

    Abe jak yang tunjuk KOTE kat pompuan pun ada share jugak??

    besan nik ajis dah sure banyak masyuk….

    Reply
  • December 1, 2012 at 8:21 PM
    Permalink

    Cepatnya makbul doa UMNO/BN KO depa…mcm penyamun tarbus sekoq2 lebai kulup taik kucing PASPISPUS ni….

    Reply
  • December 1, 2012 at 10:11 PM
    Permalink

    biawak ramai dlm kerajaan…biawak2 ni mesti dibanteras sebelum mereka merosakkan pentadbiran kerajaan.

    Reply
    • December 2, 2012 at 10:23 AM
      Permalink

      Ya…merekalah gunting dalam lipatan….mereka2 ini sepatutnya dibuang sahaja dan dibiarkan hdup berdikari tanpa bantuan kerajaan…hidup sudah terlalu selesa dan relek sehingga tak tahu apa yang baik lagi…jadi…sebab dah tak der kerja…maka mulalah merepek repek…mereka ini jugalah golongan yang paling banyak makan rasuah…

      Reply
      • December 3, 2012 at 5:55 PM
        Permalink

        Tuan rasuah ni bukan yg. terima je dosa tau… yg. bagi untuk dapat projek macam tuan pun dosa tau…

        Reply
        • December 3, 2012 at 8:50 PM
          Permalink

          Bila masa pulak aku bagi rasuah….yang aku ingat…zaman aku dulu…tak pernah pulak bagi rasuah…tapi yang aku tahu…depa ni suka minta2…itu sebab aku stop…sebab seolah2 kita mesti bagi….tak sama tu Bujuk….memberi rasuah pada aku adalah memberi sebelum dapat…condition aku berbeza…selepas bertahun2 cuba…baru dapat projek…tapi hakikatnya mereka ni penipu…bila kau dah dapat…walaupun cara betul…esok2 dia buat macam kita terhutang budi…sebab tu aku stop…aku cadangkan hang try sendiri…masuk line ni…baru hang tahu macam mana…

          Reply
          • December 4, 2012 at 3:11 AM
            Permalink

            Sorry.. salah sangka.
            cukuplah pengalaman hang sebagai pedoman aku.

  • December 1, 2012 at 10:19 PM
    Permalink

    aku langsung tak terkejut.dari dulu memang dah ada cerita pasal ne, yang lemaunya ialah ajen-ajen UMNO. lambat nak kasi kecoh!

    Reply
  • December 2, 2012 at 4:00 AM
    Permalink

    BUDU DENGAN BUDU BEREH BELAKO…

    Reply
  • December 2, 2012 at 10:02 AM
    Permalink

    Tanah sorang sekor dapat free! Penyamun rupanya!!Mengalahkan BOTAK CHIN !

    Reply
  • December 2, 2012 at 10:18 AM
    Permalink

    Apa laa korang ni nike ajis kan miskin..pakai kain pelikat jee..makan nasi bungkus..ambil air sembahyang pun kat sungai je..hari2 dok berkebunada rumah pun sekadar boleh tidur jee..mana dia boleh jadi penyamun..dia cuma jadi musang berjanggut je..

    TAPI….

    Nike ajis pun sama saperti manusia biasa, yang punya perasaan tamak haloba, dengki dengan kejayaan dan kekayaan orang lain serta punya niat untuk perkayakan keluarga dan kroni nya. Tengok je kebanyakan tanah diPulau Melaka tu atas nama siapa..bini dan anak bini dia.

    Reply
  • December 2, 2012 at 10:51 PM
    Permalink

    bujuk tak nak komen ke ni????..igat matlamat tak menghalalkan cara kita.

    Reply
    • December 4, 2012 at 1:37 AM
      Permalink

      Tak pe lah bujuk…aku tolong jawab untuk hang…

      Nik ajis beli tanah di pulau melaka tu semasa dia jadi cikgu KEMAS lagi…dah lama dah…

      hehe..

      Reply
  • December 4, 2012 at 12:50 PM
    Permalink

    Tinak tin tana…

    suka sangat tanah…

    nanti tanam dalam tanah…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.