Kekecohan Mesir, Amaran Bagi Malaysia?

Penulis masih ingat lagi semasa berlangsungnya sebuah program Pakatan Rakyat di Seksyen 16 Shah Alam. Program itu berlangsung pada tarikh dan waktu yang sama rakyat Mesir sedang menantikan pengumuman keputusan pilihanraya mereka. Majlis ceramah “hentam” UMNO tersebut dihadiri juga oleh Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim.

Begitu kuat sokongan PAS kepada Ikhwanul Muslimin sehingga majlis dihentikan sementara untuk mengumumkan kemenangan parti tersebut. Seperti biasa ia disambut dengan takbir oleh para penganut PAS.

Apa yang menarik berlaku semasa program tersebut ialah, bagaimana orang-orang PAS menyifatkan perjuangan mereka sama seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir. Bukan sekali Barisan Nasional disamakan dengan kerajaan Hosni Mubarak, sehinggakan ia seolah-olah menjadi suatu klise di majlis tersebut. Sedaya upaya mereka ingin menunjukkan bahawa sekiranya PAS berjaya merebut tempat di Putrajaya, nescaya nasib Hosni Mubarak akan diwarisi oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.



Golongan PAS yang dikatakan sebagai sebuah organisasi yang dipenuhi oleh Ulama’ dan Ustaz nampaknya lebih cenderung kepada inisiatif bahawa apa sahaja yang ada nama Islam terus disokong tegar. Walhal, bukan semua perkara yang terselit nama arab itu baik dan elok untuk diambil pakai. Perkara ini diwarisi oleh segenap umat penyokong PAS, dimana sekiranya nama berunsur Islam diletakkan diatas sesuatu perkara, maka ianya akan terus digunapakai dan diambil tanpa sebarang syak dan was-was.

Oleh itu terdapatlah perlbagai golongan yang keluar dengan imej Islamik dan arab semata-mata inginkan sokongan atau mempromosikan sesuatu. Apa sahaja yang bunyinya arab akan diambil sepenuhnya. Jadi tidak hairan lah jika PAS kini berunsur Syiah, Tariqat, Wahabi dan ada sedikit juga pengaruh Baha’i. Ini berlaku kerana kekufuran pemimpin PAS yang menolak fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sedikit demi sedikit dan melahap segala macam perkara yang asal bunyinya Islam tetapi dapat menjatuhkan Kerajaan Malaysia. Percayalah, sekiranya ada juak-juak PAS yang terjumpa Hadis Syiah atau ayat di dalam kitab Usul Kahfi yang boleh digunakan untuk menentang pemerintah, jangan terkejut ia akan digunakan tanpa sebarang ragu-ragu.

Begitu juga dengan segala perkara yang berlaku di seluruh dunia. Pada ketika kejadian “Arab Spring” meluap-luap di Timur Tengah, PAS tidak melepaskan peluang dengan mengatakan kononya Malaysia juga harus bangkit seperti negara Arab. Tanpa memikirkan kejahatan yang terselindung disebalik setiap revolusi dan reformasi negara-negara tersebut, PAS terus bercerita tentang kehebatan para “pejuang arab” yang menentang pemimpin negara mereka sendiri.
Kejatuhan Muammar Gaddafi, Hosni Mubarak, dan Saddam Hussein juga sering digunakan oleh pemimpin PAS untuk menaikkan semangat ahli-ahli mereka. Kononya kerajaan Malaysia haruslah dijatuhkan sebegitu rupa. Sedangkan para pemimpin PAS lupa, bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah pemimpin yang beragama Islam yang ingin dijatuhkan oleh kerajaan Zionist Israel dan Amerika Syarikat. Apakah mereka tidak tahu bahawa detik pertama para pemimpin ini menolak kekejaman Israel dan Amerika Syarikat, mereka terus diangkat sebagai penjahat yang perlu dihapuskan?

Penulis berpendapat, kekecohan yang berlaku di Mesir merupakan amaran awal kepada seluruh tanah Islam di dunia. Ini kerana sikap tidak bersyukur kebanyakkan rakyat di negara Islam yang telah termakan tipu daya Syaitan, telah menyebabkan mereka lupa akan realiti sebenar. Kini percaturan demi percaturan dibuat oleh para pemimpin barat untuk mendoktrinasi umat Islam di tanah Arab. Mereka menginginkan dunia yang dibawah satu pemerintahan agar mudah untuk mereka mengawal segala macam hasil yang dimiliki oleh negara-negara Islam di dunia.

Sedang kita menghina pemerintah negara sendiri, tangan-tangan ghaib dari Amerika dan Israel sibuk mencaturkan perancangan jahat mereka. Sedang kita sibuk mencari-cari petanda Dajjal di dalam video muzik selebriti Hollywood, pemimpin-pemimpin muda kita makin lama makin jauh dari agama. Sedang kita sibuk berdemonstrasi di jalan raya, generasi muda kita dimurtadkan oleh pendakwah-pendakwah agama lain.

Sedarlah bahawa apa yang terjadi di pentas dunia adalah satu amaran kepada Malaysia. Sekiranya kita tidak bersatu padu dan bergaduh sesama sendiri maka negara ini akan hancur dan dimusnahkan oleh rakyatnya sendiri. Mesir adalah contoh diantara beribu contoh yang terbaik untuk menceritakan bagaimana kejahilan dan ketaksuban akan menghancurkan negara. Pendek kata mesej untuk rakyat Malaysia adalah, “Yang Jahil Merusuh, Yang Jahil Merana”.

26 thoughts on “Kekecohan Mesir, Amaran Bagi Malaysia?

  • December 1, 2012 at 1:18 PM
    Permalink

    Kenyataanya PAS masih menyertai PRU untuk dapat kuasa walaupun telah jadi pembangkang lebih 50 tahun, PAS tak pernah rampas kuasa melalui DEMONTRASI atau curi/beli ADUN. PAS/PR sertai demonstrasi hanya untuk memberitahu pemerintah dalam satu-satu isu saja…
    UMNO/BN juga buat demontrasi d negeri PR, jadi kita raikan demonstrasi sebagai sebahagian dari demokrasi bukan rampasan kuasa. Ya.. betul PAS ada kata kena turunkan pemerintah zalim seperti d negara2 arab, tapi melalui PRU bukan demonstari….

    Reply
    • December 1, 2012 at 2:02 PM
      Permalink

      Hidup dan rai kan demokrasi dgn berdemonstrasi ALA2 BUJUK sambil memijak kereta Polis…berbaring-baring di atas jalan raya…merosakan harta awam…merempuh halang Polis…memaki hamun pemerintah dan Polis…bercita-cita untuk merobohkan penjara….mengkafirkan sesama Islam….mendoakan kehancuran sesama Islam…membela peliwat dan sahabat sejati yahudi zionis…membela ching peng….bertempur dan membunuh anggota Polis….menuduh pihak lain sekiranya kalah…melantik banggali OKU sbg ketua ulama & murshidul Am PR…wowwww…subur sungguh demokrasi ala2 bujuk…..

      Reply
      • December 1, 2012 at 2:20 PM
        Permalink

        cam ni la kot?? PAs punya demokrasi..

        Reply
        • December 1, 2012 at 2:32 PM
          Permalink

          Huyooo…meriahnya MERAIKAN demonstrasi..ini kan ibadah namanya..hehe..PAS..PAS..nanti anjurkan la lagi banyak2 ye..makin banyak ibadah yg kita lakukan kan makin banyak pahla..hehe..

          Reply
    • December 1, 2012 at 2:38 PM
      Permalink

      apa punya putar alam kau ni bujuk…

      tu yg rusuhan BERSIH PAS berketuakan ambiga anti islam sokong orang islam murtad apa cerita….

      para pendemo PAS pukul pihak berkuasa, ingkar keputusan mahkamah bukan ke nak rampas kuasa ka ala2 demonstrasi jalanan????

      bujuk bercakap ni jangan lah pusing2 ikut hati bujuk

      macam mana rakyat nak percaya dgn PR bujuk?????

      nilai kata2 pusing hang pun dah macam sampah, serupa pemimpin pujaan hang kat PR tu

      bagi tau kami kat mana kepercayaan kami pada PR harus di letak di hati para pengundi macam kami????

      contoh hang sudah bujuk, pusing sana, tipu sini, nafikan perkara2 yg benar, cakap tipu dalam banyak hal

      itu baru pencacai PR mcm hang, rakyat lagi pandai nilai moral pemimpin hang bujuk

      yg benar tetap benar bujuk

      aku nak bagi pantun lama kat hang bujuk

      siakap senohong gelama ikan duri
      bercakap bohong lama2 jadi pencuri

      ingat pantun orang tua2 ni bujuk

      Reply
    • December 1, 2012 at 4:16 PM
      Permalink

      Ada mana2 parti/pemimpin PR yg. melindungi tindakan ganas individu semasa demonstrasi??? PR hanya bela mereka yg. d zalimi dan d cedera pihak berwajib. PR tak pernah arah/suruh peserta merusuh. Jadi segala tindakan d luar kawalan adalah tindakan individu dan mereka perlu membela diri sendiri.
      Bagaimana pula tindakan pro UMNO/BN yg. berdemo d negeri PR? adakah tindakan dari pihak berwajib untuk menghalang? Apakah ada 2 set undang2 iaitu d galakkan d negeri PR tapi HARAM d negeri BN dengan alasan BERDOSA lawan pemimpin muslim walaupun zalim.

      Reply
      • December 2, 2012 at 1:42 PM
        Permalink

        Hmmmm bujuk…bujuk PH ( pakatan haram ) bela orang yang di zalimi konon, beberapa anggota polis terpaksa di masukan ke hospital akibat kecederaan semasa cuba mengekalkan keamanan dalam rusuhan bershit tu kira zalim laaa ??

        hang sekolah mana dulu bujuk ??

        Reply
        • December 2, 2012 at 5:45 PM
          Permalink

          Polis berhak dakwa mereka yg. ganas pada mereka, sama juga dengan peserta himpunan yg. d zalimi polis juga berhak mendakwa anggota polis yg. zalim.

          Reply
          • December 3, 2012 at 12:58 PM
            Permalink

            Itu la anggota Polis kita, tak sempurna tapi bila di perlukan mereka akan letakan nyawa mereka demi keselamatan rakyaat majoriti yang mahukan keamanan.

            Berapa banyak perusuh yang di masukkan ke hospital bujuk ?? seekor pun tak dak !

        • January 2, 2013 at 7:20 AM
          Permalink

          met mlm .!!! numpang nanya ngk telrlau ribet juga sich maklum anak baru dalam dunia keuangan hehehe ..langsung az ya !!!! apakah pada Laporan keuangan (SPj) untuk UP perlu dilampirkan Bukti Pengeluarannya juga atau bukti tersebut dilampirkan pada GU saja,,,dengan kata lain berarti untuk pertanggungjawaban UP tidak perlu dilampirkan buktinya. masih .sorry

          Reply
      • December 3, 2012 at 9:55 AM
        Permalink

        Betul ke takde pemimpin PR yang melindungi tindakan ganas individu semasa demonstrasi? Mereka tidak melakukannya secara terang2 tetapi backing dari belakang.

        Kes amoi pijak anak kucing sampai mati pun depa nk buat public apology kat ofis DAP.

        Reply
      • December 8, 2012 at 3:04 PM
        Permalink

        Bujuk tulis “PR tak pernah arah/suruh peserta merusuh. Jadi segala tindakan d luar kawalan adalah tindakan individu dan mereka perlu membela diri sendiri.”

        Bujuk..apa ko x pernah tengok video yg ada tayang gambaq Pemimpin PR dok bg arahan suruh org ramai merusuh pagar sempadan polis???

        Biar betoi Bujuk..Bukak la mata luas2

        Reply
    • December 2, 2012 at 3:44 AM
      Permalink

      PEMERINTAHAN ZALIM PAS DI KELANTAN YANG DIPIMPIN OELH N.AJIS WAJIB DIHANCURKAN..

      Reply
  • December 1, 2012 at 3:31 PM
    Permalink

    perubahan tidak menjamin kehidupan yg lebih baik, ia mungkin akan menjadi lebih buruk.

    Reply
    • December 1, 2012 at 4:17 PM
      Permalink

      Tapi perubahan adalah PELUANG/JALAN untuk jadi lebih baik.

      Reply
      • December 1, 2012 at 4:39 PM
        Permalink

        Adakah dgn melakukan perubahan menghalalkan perkara yg dahulunya diharamkan sbg jalan utk jadi lebih baik???….Adakah kekafiran PAS kerana bergabung dgn DAP&PKR adalah lebih baik dari kafirnya UMNO kerana bergabung dgn MCA&MIC…

        Pauk2 hang bujuk bukannya melakukan perubahan ke jalan yg lebih baik tapi terpaksa Menjilat Ludah Kahak sendiri kerana kebodohan dan kedunguan pemimpin2 hangpa…

        Reply
        • December 2, 2012 at 1:18 AM
          Permalink

          sebenar nya penyokong PAS adalah golongan yg cepat terpengaruh dgn agenda yahudi

          sbb depa taksub dgn parti depa

          Allah dah pesan apa saja perbuatan yg melampau lampau akan membawa musibah/natijah yg buruk

          Reply
          • December 2, 2012 at 1:56 PM
            Permalink

            Bagi aku pulak golongan penyokong PAS adalah jenis mereka yang suka berilusi, suka berangan dan jenis mereka yang pemalas.

      • December 1, 2012 at 10:29 PM
        Permalink

        woiii bujuk! jangan banyak auta lah! menyampah lak aku ngan ko. mampos ko ngan PAS ko. tak ada keturunan yang celaka selain keturunan yg nyokong PAS!!

        Reply
      • December 2, 2012 at 1:15 AM
        Permalink

        jadi apa yg baik nya bila morsi kata keputusan dia adalah muktamad, mahkamah pun tak boleh atasi kata putus morsi?????

        peluang baik yg rata2 rakyat malaysia nampak laa ni, ialah undi UMNO dan tolak PR pejuang yg mahu mengganyang islam di malaysia ni

        itu lah kebenaran nya

        Reply
        • December 3, 2012 at 12:19 PM
          Permalink

          Yg. hang tak tau para Hakim dan tentera amat berkuasa d mesir. Mereka adalah penyokong kristian/yahudi. tampa kuasa mutlak.. M.Morsi tak boleh ubah apa2 untuk bantu Umat Islam Palestin dan ubah dasar negara menurut kebangkitan rakyat mesir. M.Morsi akan buat pungutan suara dulu sebelum meluluskan undang2 tersebut kerana YAKIN ianya d sokong rakyat. Bukan macam UMNO, kata kuat tapi tak berani bubar parlimen..

          Reply
          • December 3, 2012 at 1:02 PM
            Permalink

            Yang hang tau ? hang tu tak tau apa bujuk oiii…Morsi pun dah tunduk pada amerika, ekonomi Mesir yang lemah menyebabkan Morsi terpaksa menerima bantuan tahunan berbillion dolar dari Amerika, Melawan amerika bererti tiada bantuan.

            Tentera Mesir penyokong Yahudi ?? ni mesti hang dengar ceramah mat sabu ni !! ikut sedap hang jer berforum…hehe

          • December 6, 2012 at 12:14 AM
            Permalink

            Puan Bujuk..,
            Rakyat Mesir baru sedar, mereka sekarang sedang berhadapan dengan ‘a dictator in the making’ seorang yang gila kuasa dan pencacai Amerika. Inilah akibatnya ‘uprising’. Kita perlu kaji, siapa sebenarnya disebalik Arab Uprising atau Arab Spring ini.
            Tentang pembubaran Parlimen tu, Puan jangan risau hanya tinggal lebih kurang 100 hari saja lagi Joke.., kalau kita kira Mac 2013 sebagai tarikh pilihanraya. Soal tak berani bubar tak timbul. Lagipun Khalid gagap tak nak bubar DUN kalau pilihanraya dibuat sekarang. Puan, pihak kamu selalu menjerit nak ubah itu dan ini. Why not, kita sama-sama ubah kerajaan negeri Kelantan. Dah lama sangat dah. Tak ada apa yang dapat dibanggakan oleh PAS di Kelantan cuma satu patung Buddha yang sedang lena tidur dan terbesar didunia. Perlu diingat penganut ini juga yang sedang membuat pembersihan etnik saudara Islam kita dan menghalau mereka dari bumi Myanmar.

      • December 3, 2012 at 10:18 AM
        Permalink

        Tapi perubahan adalah PELUANG/JALAN untuk jadi lebih baik/lebih teruk. The choice is yours.

        Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.