Isu Pembangunan Tanah Tinggi: Dulu Selangor Sekarang Pulau Pinang?

Pembangunan tanah tinggi merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada sebuah tamadun bahawa tamadun itu maju. Sejak beribu tahun dahulu lagi manusia mengiktiraf pembinaan bangunan di kawasan tinggi adalah satu kejayaan yang hebat.

Di Malaysia, pembangunan tanah tinggi bermula sejak dari zaman sebelum merdeka lagi. Ianya diteruskan oleh pemerintah kini kerana permintaan yang tinggi oleh pasaran. Ini membuktikan kekukuhan ekonomi Malaysia yang sememangnya harus diberikan pujian.

Risiko pembangunan tanah tinggi adalah tanah runtuh yang boleh mengorbankan nyawa penduduk. Namun begitu dengan teknologi yang sedia ada, Malaysia telah berjaya meminimakan risiko tersebut sehingga ianya boleh dikatakan sangat rendah.



Beberapa tahun lepas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kononya mengharamkan terus pembangunan di kawasan lerengan dan tanah tinggi. Ianya mungkin sebagai langkah untuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempopularkan dirinya sebagai juara rakyat Selangor.

Tetapi, taringnya cepat-cepat disimpan apabila REHDA (Real Estate Housing Developers Association) mengugut akan menarik semua pelaburan mereka ke Selangor sekiranya pengharaman itu diteruskan. Tan Sri Khalid terus menikus dan menerima semua tuntutan REHDA. Kini pembangunan tanah tinggi masih terus berjalan di Selangor.

Kini di Pulau Pinang pula, pembangunan tanah tinggi yang tidak terancang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Tanpa memikirkan risiko yang harus diterima oleh rakyat, pembangunan tanah tinggi ini dilaksanakan secara rakus.

Kini terdapat lebih 19 projek perumahan dan komersil yang dilaksanakan di lereng bukit tanpa mengikut Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi di Malaysia. Pembangunan tanah tinggi juga dijalankan di tempat-tempat yang berkecerunan tinggi sehingga melebihi 25 darjah dan tingginya melebihi 70 meter.

Projek pembangunan komersil ini dijalankan di beberapa tempat seperti Sungai Ara dan Batu Ferringhi kononya mencontohi kerajaan Hong Kong yang melakukan pembangunan tanah tinggi di tempat mereka.
Tidak salah untuk kerajaan Pulau Pinang atau mana-mana kerajaan negeri di Malaysia untuk melaksanakan projek tanah tinggi atau berkecerunan tinggi. Kerajaan Barisan Nasional juga melaksanakan projek tersebut, namun perbezaannya adalah adakah perkara tersebut mengikut spesifikasi keselamatan atau tidak.

Kerajaan Pulau Pinang dengan begitu gagah memetik Hong Kong sebagai kiblat pembangunan tanah tinggi mereka. Namun adakah mereka sedar, di Hong Kong, pembangunan tanah tinggi dilaksanakan oleh pemaju-pemaju dari seluruh dunia yang mempunyai teknologi tercanggih dalam bidang tersebut.

Sebelum sesuatu projek itu diluluskan, kerajaan Hong Kong akan membuat kajian terperinci tentang pelbagai aspek pembangunan tersebut. Mereka juga tidak akan meluluskan sesuatu projek sambil lewa. Bayangkan, sekiranya ada 1000 projek dicadangkan oleh para pihak pemaju, kerajaan Hong Kong akan hanya meluluskan satu atau dua projek sahaja. Tidak seperti kerajaan Pulau Pinang yang meluluskan projek mengikut hawa nafsu mereka sahaja.

15 thoughts on “Isu Pembangunan Tanah Tinggi: Dulu Selangor Sekarang Pulau Pinang?

  • December 27, 2012 at 8:27 AM
    Permalink

    biasalah..otak pakatan letak kat lutut..tak leh pk lagi dah..

    Reply
  • December 27, 2012 at 9:27 AM
    Permalink

    Malaysian companies ?? berapa banyak company yang di miliki oleh cai pakatan haram ??? any comment ???

    Reply
  • December 27, 2012 at 12:44 PM
    Permalink

    Nak burukkan negara patut2lah Mooh. Jgn jd juara copy and paste. Kau baca ke tak 2012 Bribe Payers Survey. Malaysia duduk no. 54/174 negara yang disurvey bersama dgn Turkey. Arab Saudi yang implement hudud pun duduk no. 66. berkongsi kedudukan dgn Kuwait.

    So, how the fuck you called Malaysia as The Most Corrupt Country for Business? Do you ever use your fucking brain to analyze the data. Damn, you’re such an arsehole bro.

    Sorry, bahasa agak kasar sikit. Sudahlah lari tajuk, cerita pun main copy and paste.

    Reply
    • December 27, 2012 at 1:43 PM
      Permalink

      NIK AZIZ MAHU PRESIDEN PAS PERTAHANKAN AMANAT !!

      Rantau Panjang :
      Mursyidul PAS Nik Aziz Nik Mat mahu presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempertahankan amanatnya yang mengkafirkan UMNO.

      Menteri Besar Kelantan itu juga mengalakkan Hadi mencari jalan supaya dapat berhujah dengan pihak yang menentang amanat itu.

      ” Agama bukan milik dia seorang (Hadi), tapi hak semua, jadi kenapa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan beliau ?

      ” Adakah di sebabkan rasa takut ? kalau begitu saya nak Hadi ajar mereka yang penakut ini sebab kemungkinan mereka takut tak dapat duit ” katanya selepas melawat mangsa banjir di Meranti.

      Nik Aziz turut meminta Hadi tegas dengan keputusannya mempertahankan fatwa yang yang dikeluarkannya pada 1981 itu, walaupun mendapat tentangan termasuk daripada Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria.

      Sementara itu di Ledang, Ketua Kampung Anjang Batu, Atan Ahmad mengakui Amanat Haji Hadi tidak berjaya mempengaruhi pengikutnya di daerah ini walupun ada usaha untuk mengembangkannya.

      Ntah mengapa aku makin suka kat nik ajis sekarang ni…hehe

      Reply
      • December 28, 2012 at 4:24 PM
        Permalink

        Erm…mengurut dada aku baca cerita ni…macam tak percaya pun ada…takkan seteruk itu TGNA…adakah ilmunya melebihi kesemua mufti yang sudah bermesyuarat lama….aku harap cerita ini tidak benar…aku harap TGNA hanya berdiam diri…dan jangan banyak komen…takut salah cakap..dan menampakkan ciri2 kemunafikan dan kebodohan pula…

        Reply
    • December 27, 2012 at 3:39 PM
      Permalink

      moohh

      dah nak masuk 2013 dah

      link kau msih lagi tahun 2006 ka????

      tak menureh langsong ekau ni jang….

      Reply
      • December 28, 2012 at 10:39 PM
        Permalink

        hehe…SS bukan hang tak tau….mooo ni dia retro sikit…peshen lamaaa.

        Reply
    • December 27, 2012 at 11:06 PM
      Permalink

      ko je yang ada artis pujaan..ostajah AB..ostajah yang baru belajar alif baa taa..bodohla ko..kan puak pembangkang je yang mengusung artis pujaan yang kat luar dah tak laku..yelah pakatan karung guni..pungut je mana2 artis yang dah tak laku ajak g buat nyebar ajaran sesat korang tu..kesian tullah diorg nak tobat ko makin sesatkan..

      Reply
  • December 27, 2012 at 1:27 PM
    Permalink

    ooooo….PAS bagi tanah tu kat company yang di miliki oleh ngeh DAP bersaudara…so whats new ???

    Reply
  • December 27, 2012 at 1:35 PM
    Permalink

    Haram padamu, halal padaku jua… PR oh PR.

    Reply
  • December 27, 2012 at 1:57 PM
    Permalink

    selagi nama pakatan, semua benda yg boleh kaut duit, mereka akan sapu tak kira kepentingan rakyat atau alam sekitar.

    Reply
    • December 27, 2012 at 11:08 PM
      Permalink

      alah diorg senang je cari duit ngan karung bergerak..bagi tulis kat karung tu jihat je puak2 bodoh tu masukkanlah duit..padahal yang bawak karung tu bukan dia niatnya jihat..niatnya jahat..nak nipu org2 yang dah sedia bodoh macam org yang pakai nick moo tu

      Reply
  • December 28, 2012 at 2:34 AM
    Permalink

    Kedah juga turut jejak langkah kawan2 LANUN mereka di Selangor dan Pulau Pinang dgn membotakkan kawasan tanah tinggi, hutan dara dan tadahan air..demi MENYAMUN duit sebelum tumbang PRU13 nnt

    Mereka sebat sebanyak2nya hasil alam yg ada.. seolah2 esok sudah tiada lg bg mereka. Projek2 mewah di tanah tinggi yg mewujudkan beza tara kasta kekayaan pemilik asing dan kezaliman terhadap rakyat bawahan.. wajah sebenar Pakatan Haram!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.