Kafirkan UMNO: Hadi Takkan Dimaafkan Selagi Tidak Mohon Maaf

Share


Rasanya sudah lebih dari seminggu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, digesa oleh ramai pihak termasuk para Mufti dan ulama muktabar supaya menarik balik amanatnya yang mengkafirkan lebih 3 juta ahli UMNO di negara ini sejak tahun 1981.

Sebenarnya, Abdul Hadi digesa menarik balik amanatnya itu sejak 1981 lagi, namun sehingga kini dia masih berdegil dan terus mempertahankan amanatnya yang terbukti memecah belahkan umat Islam di Malaysia.

Hanya kerana para penyokong UMNO tidak menyokong PAS, Abdul Hadi sanggup mengeluarkan fatwa mengkafirkan jutaan saudara seagamanya dan hasilnya ramai yang terkeliru dek kerana “ter”percaya pada amanatnya itu.

Pelbagai kes telah berlaku dan terus berlaku sehingga kini yang menunjukkan kesan negatif dari amanat “sesat” tersebut, namun Abdul Hadi langsung tidak mempeduli atau mengambil pusing dari tindakannya yang jelas tidak wajar.

Persoalannya, tidakkah timbul sekelumit pun rasa bersalah atau berdosa di hati Abdul Hadi apabila dia mengkafirkan saudara seagamanya?

Apakah kerana tidak sehaluan fahaman politik dengannya maka Abdul Hadi dan puak-puak PAS sanggup mengkafirkan aqidah umat Islam lain di negara ini yang mana mereka juga menunaikan kelima-lima rukun Islam?

Saya tertanya-tanya, boleh dikatakan sudah berjuta umat Islam yang menyokong UMNO di negara ini meninggal dunia, apakah mereka semua meninggal dunia di dalam keadaan kafir sebagaimana yang dikatakan Presiden PAS itu?

Misalnya, Allahyarham Tun Ghafar Baba yang merupakan bapa kepada Tamrin telah meninggal dunia sedang dia masih lagi seorang ahli UMNO, apakah bapa Tamrin itu tidak layak dikafan dan dikebumikan sebagai seorang muslim?

Bagaimana pula dengan lain-lain umat Islam yang menyokong UMNO dan meninggal dunia? Apakah mereka juga meninggal dunia dalam keadaan kafir?

Bagaimana jika orang-orang UMNO yang meninggal dunia itu tidak kafir di sisi Allah SWT? Bukankah ia hanya akan menyebabkan Abdul Hadi berdosa terhadap mereka yang dituduh sebagai kafir itu? Mahukah arwah-arwah berkenaan maafkan Abdul Hadi?

Untuk menjadi seorang muslim, seseorang itu wajib mengucap dua kalimah syahadah dengan “itqan” iaitu yakin bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad SAW bin Abdullah itu merupakan rasul-Nya yang diutus sebagai pesuruh Allah SWT.

Kemudian, keIslaman seseorang itu diperkukuhkan lagi dengan empat lagi rukun Islam yang lain dan diperdalamkan lagi dengan rukun Iman serta ibadah-ibadah lain sebagaimana ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Saya melihat, ramai pemimpin dan ahli UMNO yang menunaikan rukun Islam, rukun iman dan aqidah mereka diperindahkan lagi dengan ibadah-ibadah serta muamalah berdasarkan ajaran Islam.

Bukan itu saja, dasar-dasar negara pula semuanya berpaksikan kepada Islam di mana segala teras seperti perlembagaan dan sebagainya tidak bertentangan dengan hukum syar’ie sebagaimana yang disepakati oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Tak tahulah tentang Syi’ah. Mungkin ada bersalahan dengan hukum Syi’ah dan mungkin sebab itu PAS menuduh UMNO tidak Islam seperti mereka.

Pada saya, Abdul Hadi sebenarnya sangat mudah untuk menyelesaikan masalah amanatnya itu. Hanya dengan meminta maaf secara terbuka, sekurang-kurangnya dia tidak lagi berdosa pada muslimin dan muslimat UMNO yang masih hidup.

Itupun kalau mereka memaafkan Hadi. Tentang orang UMNO yang sudah meninggal dunia sebelum Hadi meminta maaf, maka dia perlu minta maaf dari mereka di Padang Mahsyar nanti. Susah sangatkah nak minta maaf?

Kedua, Hadi hanya perlu mengaku dia bersalah dan menarik balik amanat tersebut. Selesai cerita. Dan tak payahlah pula kita mengungkit lagi amanat Hadi yang mengkafirkan kita semua kerana dia sudah sedar dan insaf.

Ingatlah, seorang muslim yang paling berani ialah individu yang sanggup dan berani mengaku kesalahan yang dia lakukan. Tapi kalau Abdul Hadi tak berani nak minta maaf, maka tanggunglah dosa berkenaan sampai hari kiamat kelak. Kami akan tuntut!



23 thoughts on “Kafirkan UMNO: Hadi Takkan Dimaafkan Selagi Tidak Mohon Maaf

  • December 23, 2012 at 10:22 am
    Permalink

    Kumpulan munafiqin serupa PAs tidak akan mengaku malah terus menyalahi pihak. Sama saperti salahlaku lain yang mereka amalkan, baiah terhadap ahli yang dikenakan dan banyak yang lain lagi.

    PAs miliki semua 4 sifat yang melayakkan mereka digelar munafiqin.

    Hadi PErlu terus dihimpit sampai kedinding dan kita sama2 terus tunggu jenis dusta bakal Hadi katakan sebagaimana dusta dia yang lain nya.

    Reply
    • December 23, 2012 at 12:00 pm
      Permalink

      Salah satu hikmah Allah turunkan perkara dan keadaan seperti ini kepada kita ialah…Allah akan membuka jalan lebih luas/mudah kepada hamba2 nya yang benar2 ikhlas dan ingin kembali kepada DIA…jalan untuk kembali bukanlah mudah…ia penuh berliku….hanya jiwa yang benar2 bersih dan suci sahaja layak untuk bertemu dengannya kelak…apabila kita diasak dengan pelbagai fahaman…maka akan timbul kesedaran untuk mencari kebenaran…dan yang paling baik…akhirnya kita akan bertemu dengan kebenaran ini…dan setelah sampai di puncak gunung dan melihat ke bawah…rupanya tidak ada apa2….dunia ini kelihatan begitu kecil dan tidak ada apa2 nilai kepada kita….kita akan lebih faham apa, mengapa kita dijadikan..dan kemana kita hendak tuju….rupanya…Islam itu sangat indah, sangat mudah…semasa untuk mendaki memang sangat payah…tetapi hakikatnya pelaksanaan Islam itu bukanlah sangat complicated…manusia sahaja yang menjadikannya sedemikian….Allah tidak minta banyak dari kita…DIA hanya mahukan hati kita sahaja…iaitu hati yang ikhlas mencintai DIA…tanpa ada sekutu dengan siapa2…total submission….

      Reply
  • December 23, 2012 at 10:24 am
    Permalink

    dah memang hadi pukimak. bodoh.

    Reply
  • December 23, 2012 at 11:51 am
    Permalink

    Pedulikan…..jika PAS nak hukumkan Umno kafir…yang nak hukumkan kita semua sama ada masuk syurga atau neraka ialah Allah azzawajal…besok2 masa nak meniti titian sirat…kena tengok lah kiri dan kanan..mana tahu terserempak dengan Bujuk…TGNA dan sapa2 lagi…kita tengok jer lah nanti sapa yang jatuh dalam dulu….masa tu tak kira dah hang parti mana…amalan masing2 dan akidah yang betul sahaja yang akan jadi pengukur….

    Reply
  • December 23, 2012 at 11:59 am
    Permalink

    Satu lagi spin umno- macam kes Nurul Izzah, umno tak paham the whole text. ambik sebahagian semata2 nak spin..

    Reply
    • December 23, 2012 at 2:35 pm
      Permalink

      berilah penjelasan kau mm !

      Reply
    • December 24, 2012 at 12:32 pm
      Permalink

      Kami masih menanti penjelasan yang sejelas2nya dari mm.

      Reply
  • December 23, 2012 at 12:04 pm
    Permalink

    Saya cukup menyesal…

    NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.
    Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.

    Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.

    MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?

    ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

    Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

    Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

    Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.

    Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

    ZAINON: Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

    Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

    Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: “Takkan sampai macam tu sekali kot” tapi malam itu saya kata balik: “memang macam inilah…Prinsip kami macam inilah,”.

    Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

    ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

    Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.

    Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

    ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

    Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang ‘kafir’ dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

    Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan ‘racun’.

    Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

    ZAINON: Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila

    Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

    Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.

    Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

    ZAINON: Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.

    Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

    ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

    Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

    Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

    ZAINON: Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

    Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah

    Reply
    • December 23, 2012 at 1:07 pm
      Permalink

      Satu lagi propaganda Umno…hehe (Moo dan mm cakap)

      Reply
  • December 23, 2012 at 12:10 pm
    Permalink

    Rasulullah bersabda yang membawa maksud : ‘Akan datang satu zaman dimana Islam tidak tinggal hanya pada namanya sahaja. Al-Quran tidak tinggal hanya pada ayat dan hurufnya sahaja. Masjid mereka indah tetapi jauh dari petunjuk. Ulamak2 mereka adalah orang yang paling jahat dikalangan manusia. Dari mulut ulamk2 ini akan muncul fitnah jahat dan kepada mereka (ulamak) ini fitnah itu dikembalikan’

    Hadi Awang menepati ciri ulamak yang baginda Rasulullah SAW sebutkan dalam hadith baginda seperti diatas. Fitnah Hadi Awang telah dikembalikan kepada Hadi dan PAS. Hadi sedang ‘dibakar’ oleh amanatnya sendiri. Hadi Awang boleh menarik balik amanatnya kerana dia masih berkesempatan untuk berbuat begitu. Tetapi bagaimana dengan dosa Hadi Awang keatas Ibrahim Libia dan pengikutnya yang mati ‘katak’ dalam peristiwa Mamali?. Bagaimapula dengan dosa2 Hadi keatas pentaksub2 Amanatnya diseluruh negara yang telah mmeninggal dunia? Sesungguhnya Allah Maha mengetahwi.
    Wallahualm.

    Reply
  • December 23, 2012 at 1:00 pm
    Permalink

    Sudah sampai masanya MAJLIS FATWA mengisytiharkan PAS itu sesat.

    Reply
  • December 23, 2012 at 2:01 pm
    Permalink

    tu dia! PAS da kena karma…

    Reply
  • December 23, 2012 at 3:32 pm
    Permalink

    kalau amanat hj hadi sesat kenapa pihak berkuasa agama (umno)tak buat tangkapan macam asari mohd arqam.kes dah lama 32 th.nak ajak muzakarah pun tak berani…hehehe.hj hadi relax je

    Reply
    • December 23, 2012 at 5:38 pm
      Permalink

      nak tahu? asal kematian Ibrahim libya adalah kerana dia engkar bila nak ditangkap polis… pihak pas arahkan kediamannya diawasi 24 jam dari tindakan polis.
      jadi awak hendak supaya peristiwa ini berulang? supaya pas boleh jaja cerita ni pulak? dan yang penting pas boleh tubuh tabung baru dan songlap semua duit tu untuk kepentingan diri dan keluarga pemimpin macam mereka buat dgn tabung memali? begitu?

      Reply
      • December 23, 2012 at 5:49 pm
        Permalink

        Lepas dia meninggal ada pulak si balau PAS yang pi sembur kubur dia dengan minyak atar…konon-konon kubur para syuhadah PAS berbau wangi.

        Berduyun-duyun la orang penuhkan tin milo konon derma jihad….mat sabu jugak kenyang.

        Reply
  • December 24, 2012 at 8:30 am
    Permalink

    Sorry la….
    Ni ISU lama yg. UMNO tak mampu pun nak berhujah pada masa tersebut. Apakah umno dah dapat jawapannya sekarang??? Pemuda PAS dah offer majlis fatwa untuk muzakarah (tak ajak umno sebab umno sekarang lebih teruk dari umno dulu, dulu ada ulamak hebat seperti Wan Mokhtar, Yusuf Nor dan Hamid Othman sebagai orang besar dalam kepimpinan umno pun tak berani).
    Tapi kalau umno masih nak berhujah atas isu ni, rasanya PAS takda masalah… sila nyatakan tempat dan masa. PAS akan hantar wakil…

    Reply
    • December 24, 2012 at 9:27 am
      Permalink

      “PAS takda masalah… sila nyatakan tempat dan masa. PAS akan hantar wakil…” Hang sapa bujuk? haji hadi ka? boleh buat keputusan?.
      Asal kantoi saja, ajak buat debat, muzakarah bagai…. nak kata apa lagi kan? awat hg ingat dgn debat/muzakarah tu boleh melenyapkan dosa-2 mengkafirkan sesama islam ka bujuk?. Kalau isu zaman tok nadoq pun apa msaalahnya? kalau dah lama hg ingat dosa boleh lupus ka?
      hanya Doa kpd yang maha esa disertai taubat dan mohon maaf saja mungkin akan dapat menyelesaikan masaalah haji hadi.

      Reply
      • December 24, 2012 at 10:26 am
        Permalink

        Allah perintah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunah bila ada perbezaan pendapat. Kenapa tidak d manafaatkan…
        Aku mintak hang dengan debat olok2 umno vs PAS yg. d pengerusikan Hamin Othman. D katakan olok2 kerana kesemuanya panel adalah orang umno dan bekas ahli PAS yg. menyertai umno. TunM hadir dalam debat ni kerana dia nak dengar hujah ulamak2 umno mematahkan hujah pemimpin PAS. Tapi apa yg. tunM dapat hanyalah ulamak PAS yg. masuk umno sanggup menafikan kebenaran Quran dan bersekongkol dengan umno. Itulak sebabnya tunM tak percaya pada ulamak politik.

        Reply
        • December 24, 2012 at 12:25 pm
          Permalink

          Kenapa tak di manafaatkan ? hang tanya la si tua kutuk tu bujuk…bukan takat perbezaan pendapat jer…cara hidup dia pun dah lari jauh dari Al Quraan.

          Please la bujuk…hang jangan nak berlakon alim boleh tak ?

          Reply
        • December 24, 2012 at 12:43 pm
          Permalink

          Bujuk, berhentilah berfantasi onani anda tu. Cerita dari Cikgu Non itu membuktikan sunnah Rasulullah pada PAS adalah serban, jubah dan berbini lebih seorang. Yang lain2 tu campak dalam longkang.

          UMNO tidak perlu berhujah dan berdebat. Bekas polis tu pun dah tak tahan dengan PAS sebab baiah. Cikgu Non pun dah fedup dengan PAS sebab tabung Memali. Hasan Ali pun kena tendang dgn PAS.

          Apa lagi yang nak diharap dengan PAS, golongan ulama dipinggir dalam PAS. Yang tinggal ialah golongan sekular atau apa yang PAS banggakan sekarang ni golongan professional kunun2nya.

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *