DAP Tidak Akan Berubah, Jangan Harap Mereka Berubah.

Share


Peribahasa Melayu lama “bagai melukut di tepian gantang” sesuai mengambarkan situasi orang-orang Melayu di dalam DAP pada ketika ini. Apa yang pelik, adalah kebutaan mata orang-orang Melayu yang bersengkongkol dengan parti chauvinist Cina itu yang terus taat dan setia kepada parti.

Contohnya veteran Melayu DAP yang bernama Ahmad Ton dari Johor. Jika dikira-kira, sudah 36 tahun beliau menganggotai DAP, tetapi beliau masih lagi menjadi anjing kurap dan tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak di dalam parti. Pemilihan CEC DAP yang lalu membuktikan bahawa orang-orang Melayu seperti Ahmad Ton, tidak diperlukan langsung di dalam parti rasis Cina itu. Sungguhpun beliau telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi DAP Negeri Johor, namun di mata DAP Pusat, Ahmad Ton dan sekelumit kecil Melayu DAP tidak langsung dipedulikan oleh perwakilan.

Ini merupakan satu mesej yang amat jelas, DAP tidak akan memberi tempat kepada orang Melayu dan tidak mungkin akan mematuhi apa yang dipersetujui oleh rakan-rakan mereka di dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka memenangi PRU-13 nanti. Perkara ini terlalu jelas untuk dibuat-buat tidak nampak. dan terlalu terang untuk tidak diendahkan oleh para pengundi Melayu pada PRU-13 nanti. Rasanya, hanya orang yang kurang waras sahaja yang masih lagi mengharapkan DAP untuk berubah dan memasukkan pembangunan orang-orang Melayu sebagai sebahagian daripada agenda utama mereka.

Teringat lagi semasa Ustaz Nasaruddin Tantawi sedaya upaya mempertahankan kewarakkan para pemimpin DAP semasa perdebatan beliau dengan Ustaz Fathul Bari beberapa bulan yang lalu. Mungkin juga orang-orang PAS, PKR dan Melayu pembangkang berharap dengan sepenuh hati agar DAP boleh mengalihkan kiblat perjuangan mereka semata-mata untuk memenangi PRU-13 nanti. Namun, harapan mereka hancur kerana DAP terlalu mementingkan keCinaan mereka sehingga untuk menukar pendapat mereka untuk seketika pun mereka tidak sanggup. Tidak seperti PAS yang seperti ketagihan sokongan bukan Islam sehingga menyebabkan mereka terpaksa membuang sebahagian besar ideologi dan matlamat utama mereka.

Cuba bayangkan sekiranya tuntutan DAP untuk bertanding lebih banyak kerusi dibenarkan oleh rakan-rakan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang akan terjadi kepada orang-orang Melayu? Adakah orang Melayu akan terus dipinggirkan dan menerima nasib yang sama seperti ahli-ahli Melayu DAP? Ataupun orang Melayu akan menjadi pendatang di tanah airnya sendiri?

Sayangnya ada diantara kita yang berpendapat bahawa sekiranya DAP memerintah, Malaysia akan dapat menjadi sebuah negara yang kononya lebih hebat dari Singapura. Namun, apa yang mereka gagal sedari adalah Malaysia bukan Singapura dan Singapura bukan Malaysia. Singapura bukan maju disebabkan orang Cina, Singapura maju kerana mereka diperintah oleh Lee Kwan Yew, seorang manusia yang sentiasa takut dan sering bersangka buruk kepada orang lain. Ya, dari satu sudut, Singapura kaya dengan pembangunan, namun adakah pembangunan itu dapat dinikmati dengan selesa seperti kita sekarang?

Apabila melihat Pulau Pinang yang diperintah selama empat tahun oleh Lim Guan Eng, ternyata jelas, DAP bukan PAP dan mereka tidak akan mampu untuk meniru Lee Kwan Yew. Iktibar ini harus diambil dan difahami secara mendalam agar kita sedar, golongan yang menerajui DAP itu adalah terdiri dari segerombolan manusia yang tidak faham akan erti masyarakat majmuk dan madani. Perbuatan, percakapan dan pemikiran DAP, hanya untuk kesenangan orang Cina. Mungkin dari kacamata para pemimpin DAP, orang-orang Melayu hanya patut dijadikan pembantu rumah dan pemandu kereta mewah mereka sahaja. Kesedihan kita sebagai seorang Melayu Islam bertambah apabila ada diantara saudara seagama dengan kita yang sibuk menyokong dan membela kedangkalan DAP.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *