Pembangkang Rancang Banyak Himpunan Untuk Cipta Huru Hara

Share


DI DEPAN ini bakal ada 3 himpunan dengan warna berbeza.  Kita ada Himpunan Oren pada 28 Disember, Himpunan Hijau pada 27 Disember dan Himpunan Sejuta Rakyat pada 12 January 2013.

Semua himpunan ini sudah tentu di dalangi pembangkang, iaitu masing-masing PAS, DAP dan PKR.  Nak mengelak macam mana pun kita tak tahulah sebab semuanya sudah jelas, memang merekalah dalangnya.

Penting untuk rakyat tahu bahawa semua perhimpunan ini adalah bermotifkan politik.

Tidak ada peneroka yang perlu diselamatkan, tidak ada radioaktif yang bakal tersebar dan tidak ada penipuan dalam pilihanraya, semuanya hanyalah ilusi yang dicipta dalam kepala Anwar Ibrahim yang begitu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

Bercakap tentang Himpunan Oren, semua orang tahu para peneroka tidak perlu diselamatkan dari apa-apa pun.  Ini gebang sahaja yang besar sebab Mazlan Aliman sedang mengintai peluang menjadi calon pilihanraya dan memilih cara tak betul untuk capai populariti dalam masa yang singkat.

Sebab itu tidak ada peneroka yang akan terlibat, sebaliknya hanya ahli PAS.  Arahan kepada ahli-ahli PAS untuk menyertai himpunan tersebut juga sudah dikeluarkan, mengukuhkan lagi kenyataan penulis di atas.

Himpunan Hijau pula hanya meneruskan usaha yang sebenarnya dimulakan pengusaha nadir bumi di China.  Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sendiri sudah memutuskan Lynas tidak ada masalah dan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan kerajaan kepada Lynas adalah menepati undang-undang ketat alam sekitar negara kita.

Sementara Himpunan Sejuta Rakyat ialah nama lain bagi Bersih 4.0, tapi dek kerana DAP yang monopoli maka angka 4 tidak mahu digunakan kerana ia membawa maksud mati mengikut kepercayaan orang cina yang menguasai DAP dari atas sampai ke bawah.

Sistem pilihanraya kita adalah adil dan baik, atau DAP tidak akan menang di Pulau Pinang, PAS kekal di Kelantan selama 22 tahun dan seterusnya, tak payah penulis ulang selalu.  Hanya kerana mereka nampak peluang tipis kali ini, itu pun sebab gagal tunai janji sendiri dalam manifesto 2008, tidak patutlah SPR dan sistem sedia ada dipersalahkan.

Kita perlu faham, semua himpunan ini adalah diasaskan dari perkara yang diada-adakan dengan sokongan segelintir dari 28 juta rakyat Malaysia hari ini.  Bercakap tentang Himpunan Hijau, itu akan ada penyertaan dari rakyat Singapura yang mengimpikan sebuah kerajaan boneka mereka ditubuhkan di negara ini.

Hakikatnya nak bagi sebab untuk berkumpul dan tunjuk perasaan menentang kerajaan.  Yang berkumpul semua tu nanti, majoriti besarnya adalah ahli dan penyokong PAS, DAP dan PKR sahaja, sementara golongan yang mereka dakwa diperjuangkan nasib mereka, peduli pun tidak.

Matlamat akhirnya ialah cuba cipta huru hara dan kumpul dalam satu masa segala keburukan yang boleh dipindahkan kepada kerajaan dan pihak berkuasa.  Dengan mereka sendiri berbekalkan janji-janji manis dan kosong sahaja.



5 thoughts on “Pembangkang Rancang Banyak Himpunan Untuk Cipta Huru Hara

  • December 22, 2012 at 7:48 pm
    Permalink

    Dah macam politik Bangladesh dah depa ni…biar je laaa, aku harap pihak polis buat bodoh jer, macam bershit yang lepas…biar backfire kat muka depa.

    Tujuan depa satu jer, buat huru hara, rosakkan harta benda rakyaat dan mengharapkan tindakan keras polis…supaya senang depa kata kerajaan zalim.

    Biarkan saja…biarkan beruk-beruk tu semua tercengang-cengang kat KL.

    Reply
  • December 23, 2012 at 8:41 am
    Permalink

    Mana derang dapat duit utk anjur ini semua kalau tidak drpd musuh2 negara/musuh2 Islam dari luar.

    Reply
  • December 23, 2012 at 9:14 am
    Permalink

    Sebenarnya PR ni sudah “DESPERATE” Cita cita mereka nak kePutrajaya memang tidak ada harapan. Mereka tahu majoriti rakyat yang boleh berfikir menolak mereka. Rakyat tahu mereka ini siapa. Mereka ini tak ubah seperti “JALANG” tua yang sudah tak laku. Cuba menonjol diri untok melariskan perniagaan. Percakapan mereka, moral mereka semuanya tidak boleh dipercayai lagi. Semuanya berlandaskan pembohongan dan berdolak-dalik. Apa tah lagi tidak mampu menyembunyikan KESILAPAN dan KELEMAHAN mereka mentakbir negeri2 yang mereka takbir. Semuanya terserlah dimata rakyat. Lihat saja diKelantan, Selangor dan Kedah semuanya bercelaru. Rakyat di”bohongi” dengan cerita2 yang tidak langsong berlandaskan kepada kebenaran. Rakyat tertipu.

    Jadi untok mengalihkan pandangan rakyat drpd kelemahan dan ketidakan kemampuan mereka untok survive maka mereka adakan demonstrasi agar bila negara huru-hara mereka akan salahkan kerajaan. Satu tindakan BODOH yang sudah tentu tidak akan memberi apa-apa keuntungan dan kebaikan kpd rakyat.

    Reply
  • December 23, 2012 at 9:59 am
    Permalink

    Jom kita mengkaji sumber-sumber dari BN dan PR.

    Barulah boleh tahu mana kaca dan permata

    Peace…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *