PAS Kedah Tabur Pasir Dalam Periuk Nasi Nelayan Tanjung Dawai?

Share


Mungkin sudah ditakdirkan Allah SWT bahawa PAS akan memerintah negeri Kedah selama sepenggal dan meratah hasil-mahsul negeri Jelapang Padi itu dengan rakus serta menjahanamkan segalanya sebelum mengembalikannya kepada UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti.

Tidak puas dengan kerakusan menarah hasil balak sehingga membuat alam menangis hiba, PAS Kedah semakin “ganas” apabila membenarkan “rompakan” pasir di perairan pantai Kota Kuala Muda, berdekatan dengan Tanjung Dawai.

Terbaru,  Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Mohamad Noor Had berkata, pihaknya telah mengesan aktiviti mengorek pasir di perairan berkenaan di mana ia dijangka mampu menjejaskan punca rezeki nelayan di kawasan terbabit.

Menurutnya lagi, kerakusan mengorek pasir di kawasan tersebut akan menjejaskan rezeki nelayan dan menyebabkan pencemaran di kawasan sekitar.

Malah bukan itu saja, operasi syarikat yang dikatakan mendapat kebenaran dari Kerajaan PAS Negeri Kedah itu juga kana menyebabkan pukat nelayan-nelayan kecil di situ rosak teruk dan mengalami kerugian.

Untuk makluman, boleh dikatakan majoriti para penduduk di sekitar Tanjung Dawai menjadikan kerjaya nelayan sebagai punca rezeki mereka secara tradisi dan kawasan berkenaan begitu terkenal dengan hasil laut di negeri Kedah.

Inilah jadinya bila kuasa memerintah di sesebuah negeri diberikan kepada mereka yang hanya tahu berceramah di pentas-pentas politik, memfitnah orang dan memburuk-burukkan sesuatu pembangunan yang pihak lain buat.

Dulu ketika UMNO/BN memerintah Kedah, boleh dikatakan hampir setiap hari pak-pak lebai PAS menghentam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan setempat yang dilakukan UMNO/BN walaupun ia mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar dan agensi berkaitan.

Dan kini, bila sudah diberikan peluang berkuasa di negeri Kedah, tanpa fikir panjang atau mengambil pakai nasihat, laporan atau pandangan dari agensi yang bertanggungjawab, puak-puak PAS “balun” habis-habisan segala yang boleh dijual di negeri itu.

Mungkin pada mereka, prosedur, peraturan atau sebarang ketetapan undang-undang tidak perlu diambil kira oleh Kerajaan Negeri seolah-olah seluruh negeri Kedah itu pak-pak lebai PAS itu yang punya dan boleh dibuat sesuka hati.

Entah dari mana mereka belajar tamadun begitu. Mungkin juga dari rejim Zionis Yahudi Israel yang tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa atau PBB untuk menzalimi umat Islam di Palestin, kan?

Saya terbayang kerisauan dan rungutan para nelayan kecil yang mencari rezeki di kawasan terbabit, apalah nasib mereka bila punca rezeki mereka itu hilang begitu saja disebabkan oleh ketamakan pak-pak lebai yang tidak bertanggungjawab itu.

Mungkin sekarang Tanjung Dawai masih terkenal dengan kekayaan sumber-sumber laut, namun tidak mustahil suatu hari nanti kawasan itu akan hilang identiti dan tidak lagi menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Malang sungguh rakyat negeri Kedah. Walaupun diberikan masa sepenggal mentadbir negeri itu, PAS begitu gelojoh membolot segalan hasil bumi dan laut tanpa batasan dan sanggup menghancurkan negeri itu dalam tempoh yang diamanahkan.

Persoalannya, apakah PAS Kedah tidak rasa bersalah atau berdosa dengan tindakan mereka yang menjahanamkan negeri itu dengan “sekelip mata”?

Tunggulah nanti pembalasan Allah SWT dan rakyat Kedah pada PRU ke-13.

Majoriti rakyat Kedah kini dilihat sudah “celik” melihat “kejelikan” pemerintahan PAS yang kononnya buat kerja cara Islam, tapi jelas sebaliknya menggunakan modul pentadbiran rejim Zionis Yahudi Israel sebagai idola mereka.

Dan Allah pula tidak mungkin akan meredhai tindakan zalim yang dilakukan oleh PAS. Kecualilah jika Allah SWT mahu terus menguji kesabaran rakyat Kedah, kan? Wallahua’alam.


21 thoughts on “PAS Kedah Tabur Pasir Dalam Periuk Nasi Nelayan Tanjung Dawai?

  • December 18, 2012 at 8:01 pm
    Permalink

    Sebab UlarMak totok yg tadbir tu tak ada penasihat yg arif tentang aspek kerosakkan alam sekitar ….ntah berapa “percent” masuk poket kita tak tau , Apa saja yang boleh dijual akan dijual oleh “cara” pemerintahan “islam” ala PAS ni !. Kalau bini pun depa sanggup “gadai” status perkahwinan inikan pula ‘bahan dan hasil bumi” Puak2 ni mana takut Allah sebab tu depa boleh “jerkah” Allah senang2 jer

    Reply
  • December 18, 2012 at 8:45 pm
    Permalink

    Depa pemimpin tok lebai & hampeh haprak PAS & sekutu nya awai awai dah sedaq cuma dapat perentah negeri negeri Kedah,Kelate,Penang & Selangoq sepenggai saja. Jadi depa timbok habih segala hasil mahsol bumi,laut & dana awam sampai tinggai habok. Bila PRU 13 dah tentu depa kantoi tu tak dak hai punya sebab depa dah jadi jutawan segera dalam tempoh 5 tahun kat negeri negeri kuasaan tersebut. Janji depa dah kaya kuasa hilang mutlak tak dak hai punya….!!!!

    Reply
  • December 18, 2012 at 10:19 pm
    Permalink

    Haha fitnah lg ahli neraka ni kenapa org kedah kaya ke sepanjang bn perintah kedah lps tu jd susah masa pr perintah haha pencacai umno ni tak takut api neraka ke

    Reply
    • December 18, 2012 at 10:40 pm
      Permalink

      Orang Kedah buat experiment tukar kerajaan….tanpa mereka sedari bukan takat kerajaan jer bertukar tapi cara hidup mereka pun terpaksa di tukar…

      Cukai pintu naik membuta tuli, Hutan di sekitar Tasik Pedu sikit lagi jer nak jadi padang jarak padang terkukur…Orang Kedah nak tanam padi di kawasan MADA pun nanti terpaksa bayar air sungai yang di ambil dari sungai muda untuk pengairan, Alor Setar pun dah tak terurus dah kotor…kotoran terlalu sinonim dengan PAS.

      Jadikan ini sabagai ikhtibar untuk semua..bunga yang cantik jangan di barikan kepada beruk che meh, punah segalanya.

      Reply
      • December 19, 2012 at 8:02 am
        Permalink

        depa tak nampak hutan yg togel tu, bagi depa gambar tu “besi” , Lagi pun cai2 cam ni tak dok kedah pun , kalau dok bukan jenis yg ‘berusaha’ nak cari makan , takat jadi penjawat awam , dok tang mana pun ok , gaji bulan masuk…

        Reply
  • December 18, 2012 at 10:29 pm
    Permalink

    Mykemunet ni tau dak projek apa tu hg jngan jd batu ronson projek tu utk paedah rakyat d situ juga guna duit kerajaan pusat kontraktor pun kl yg lantik bodoh piang hg ni ni yg aku meluat dgn pemberita umno ni fitnah tak berenti tv rodio surta habaq kita ni jkkp dh malu dgn org kampong pasai pemohong hampa

    Reply
    • December 19, 2012 at 9:14 am
      Permalink

      Ha ha ha jkkp dgn bks umnu adalah pencacai pas,,, orang yang sama. nak menyamar pun bodoh, dia ingat org tak tahu. kalau bodoh mcm ni, mcmana nak menjadi dominan dlm pr? memang kerja basuh berak dap je lah taraf korang.

      Reply
  • December 18, 2012 at 10:36 pm
    Permalink

    Kuasa bubar parlimen d tangan najib cerita kegagalan negeri pr punya la banyak sana gagal sini gagal..rakyat sedar rakyat akan pilih bn semula…bn akan menang mudah bla bla tp parlimen tak bubar juga…bloger umno ni dok pujuk diri supaya tak rasa cemas sbt kot hehehe kalau dh rasa boleh mng bubar la parlimen lps ni jkkp aakan sokong pr apamacam kwn.

    Reply
    • December 18, 2012 at 10:42 pm
      Permalink

      laaa cerita bubar parlimen ke ? hang ni tertinggal bas kuala kot..hehe

      Reply
    • December 19, 2012 at 1:07 am
      Permalink

      Apa cerita ni bro? Ini adalah contoh pencacai aka cybertrooper yang “greenhorn” lagi. Apa ke jadah yang kau merepek ni bks umnu wooiii…

      Reply
  • December 18, 2012 at 10:55 pm
    Permalink

    La raplahjinga hg tlepas bas ka aku org kedah nak tukar kerajaan kena la bubar parlimen hg ni faham ka dak sistem pemerintahan d msia ni nak jd bloger kena la paham serba sedikit bloger umnu lebih2 la kena faham nnt org kata lembu umnu plk kehkeh

    Reply
    • December 18, 2012 at 11:06 pm
      Permalink

      oooo….hang nak tukar kerajaan..

      hmmmmm……

      Reply
      • December 18, 2012 at 11:16 pm
        Permalink

        Nak tukar kerajaan pusat hehe

        Reply
        • December 19, 2012 at 7:58 am
          Permalink

          Jangan lupa undi BN

          Reply
        • December 19, 2012 at 11:46 am
          Permalink

          Macam man nak tukar kerajaan pusat, sedangkan orang kedah tak sabar nak tukar kerajaan negeri ??

          Reply
        • December 19, 2012 at 12:05 pm
          Permalink

          Kalau ikut sebenarnya…kerajaan tak perlu pun tukar….yang perlu tukar adalah mentaliti dan pemikiran manusia yang jadi engine dalam kerajaan dan juga rakyat2 yang bermentaliti rendah dan celaru termasuklah penyokong2 kedua2 pihak yang celaru dan sakit mental mereka….manusia2 inilah yang merosakkan negara..kalau ada tempat untuk pembersihan minda…memang patut kena hantar dan brainwash cukup2..

          Reply
  • December 18, 2012 at 11:02 pm
    Permalink

    La mana komen aku mykemut aku cerita yg betoi td tu la nampak sgt hg ni kaki fitnah biaq p la org nak tau hak sebenaq hg dok padam buat apa projek tu yg macam aku habaq la dia projek kerajaan pusat kontraktor pun puterajaya yg lantik utk paedah org tanjung dawai yg hg dok fitnah buat apa kalau hg tak dpat projek tu hg jngan la pitnah org lain sekali lg aku meluat sungguh2 dgn pemberita pitnah dari umnu

    Reply
    • December 19, 2012 at 9:21 am
      Permalink

      yang hang dok menyamar sat bks umnu sat jkkp tu bukan bohong, bukan putar alam? kepala pakai lebai tapi mulut mcm longkang taik.
      mcm kat dlm ceramah pas jugak, tgok mcm majlis org islam berkepiah lebai rata2… bila dgr percakapan dan ceramah semua cakap benda lagha yang mendapat kemurkaan. tu pon jgn…. nak bawa islam kononn… dahla bodoh, kaki fitnah, putar belit songlap duit anak yatim, duit kohilal. hang toksah dok gebang kat sini, semua kejahatan pas ada dlm kocek kami….

      Reply
  • December 19, 2012 at 11:56 am
    Permalink

    Sian orang-orang yang masih percaya lagi dengan janji-janji palsu dan omongan kosong para pemimpin PAS, aku dah tak mau diperbodohkan oleh puak-puak tu lagi. Cukuplah dah 2 kali aku pangkah PAS tapi kali ni aku nekad akan pangkah BN selepas PAS berjaya memerintah Kedah. Aku akui dulu memang aku sangat bencikan UMNO tapi la ni selepas Najib pegang aku tertarik dengan cara dia.

    Reply
    • December 19, 2012 at 12:09 pm
      Permalink

      Itulah dia kudrat dan iradat Allah…juga qadha dan qadar Allah…tak sesiapa boleh menduga apa yang akan terjadi hari esok….kita tunggu dan lihat…apa sekalipun…kita kena percaya semua yang berlaku adalah atas kehendak Nya…dan adalah yang terbaik untuk kita semua…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *