Al-Fatihah: Pemerhati Dari Perak Meninggal Dunia

Share

Seorang pemerhati lelaki dari Taiping Perak disahkan meninggal dunia sebentar tadi dipercayai cedera di kepala selepas terjatuh di stesyen bas berhampiran PWTC.

Mengikut sedikit maklumat yang diperolehi Allahyarham meninggal dunia secara mengejut sebaik sahaja terjatuh dan terhantuk pada lantai.

Barangkali sudah rezeki Allahyarham meninggal dunia pada hari Jumaat yakni hari yang cukup mulia.

Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan mudah-mudahan rohnya ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Zambry kelihatan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan peristiwa tersebut.

Pihak MyKMU.Net mengucapkan takziah kepada kaum keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Al-Fatihah.

4 thoughts on “Al-Fatihah: Pemerhati Dari Perak Meninggal Dunia

  • November 30, 2012 at 7:35 pm
    Permalink

    al-fatihah.
    semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin

    Reply
  • November 30, 2012 at 9:44 pm
    Permalink

    Alfatihah kepada arwah. Takziah kepada keluarga arwah.

    Kematian adalah sesuatu yang pasti, maka kita tak perlu apa apa tafsiran lain hanya kerana kematian ini berlaku semasa program politik parti pemerintah.

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman yang telah pergi lebih awal darinya.

    Reply
  • November 30, 2012 at 10:03 pm
    Permalink

    amin

    insyaAllah

    Reply
  • December 1, 2012 at 2:44 am
    Permalink

    Assalam. Al-Fatiha. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin… Diharapkan perwakilan berkabung untuk arwah atau setidak2nya ada penghormatan untuk arwah pada hari penutup.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *