Beku Capex SYABAS: Khalid Menipu Lagi Di Sidang DUN?

Share


Malang sungguh rakyat Selangor apabila mereka dianugerahkan seorang Menteri Besar yang bernama Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim yang bebal tidak tahu hujung pangkal dan hanya pandai mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.

Khalid sering menyalahkan SYABAS dan menjadikan syarikat konsesi air itu sebagai “kambing hitam” sedangkan segala punca masalah air di Selangor adalah disebabkan kejahilan dirinya yang tidak tahu mengurus tadbir industri air di negeri tersebut.

Dia menuduh SYABAS gagal membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat Selangor dan tidak cekap menguruskan perkhidmatan air kerana kadar peratusan yang agak tinggi dari sudut NRW di mana banyak paip-paip lama yang bocor.

Khalid baru-baru ini mendakwa bahawa dia tidak pernah membekukan perbelanjaan modal atau “capex” syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, yang mengakibatkan syarikat itu menghadapi masalah untuk mengurangkan peratus air tidak terawat (NRW) di negeri itu.

Persoalannya, apakah benar dakwaan Khalid itu? Sedangkan fakta menjelaskan sebaliknya, sekaligus menunjukkan bahawa Khalid berbohong di dalam kenyataan tersebut!

Sebenarnya, sejak Pakatan Haram mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Khalid awal-awal lagi telah membekukan permohonan pinjaman SYABAS untuk mendapatkan lonjakan modal bagi menukar ganti paip-paip lama itu.

SYABAS bukannya memohon pinjaman kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor. Memanglah syarikat itu cari sendiri duit mereka melalui pinjaman bank. SYABAS bukannya kemaruk nak gunakan duit rakyat macam Khalid yang selalu “balun” duit rakyat sampai“kering”!

Lagipun, SYABAS pun tahu diri mereka dibawah Puncak Niaga, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan tidak mengharapkan bantuan kewangan dari mana-mana kerajaan. Sebab itulah mereka mohon pinjaman dari bank. Itupun Khalid tak sokong…

Nak tukar paip-paip lama belanjanya besar, jadi tentulah dananya pun daripada pinjaman bank ataupun kerajaan, tak kisahlah persekutuan ataupun negeri.

Kalau dah dibekukan perbelanjaan modal (capex), siapa nak kasi duit secara percuma? Apa yang nak dibuat dengan batang-batang paip nanti?

Kalau Khalid ambil alih Syabas sudah tentu itulah juga yang dia akan lakukan!! Ganti paip-paip lama unuk kurangkan NRW.

Tapi, Khalid dalam usahanya mensabotaj dan memberi tekanan kepada SYABAS maka dia enggan meluluskan permohonan itu, sekaligus menggagalkan usaha syarikat konsesi itu untuk mendapat suntikan modal pinjaman!

Kerajaan Negeri mengeluarkan surat arahan membekukan perkara itu pada 2009, 2011, 2012, dan 2014 dengan memberi alasan bahawa pihak mereka sedang dalam proses menjalankan penstrukturan semula industri air. Bukannya kerana kadar NRW yang tinggi, bukan?

Sebab itulah di dalam laporan tahunan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sejak tahun 2008 membuktikan bahawa syarikat itu gagal mendapatkan “capex” disebabkan tindakan Khalid atas alasan penstrukturan semula air di Selangor!

Berikut adalah laporan tahunan Puncak Niaga yang membuktikan bahawa Khalid membekukan pemohonan pinjaman bank SYABAS sejak tahun 2008…

Jadi, adalah tidak adil sama sekali untuk Khalid “mengkambing hitam”kan SYABAS dalam masalah bekalan air di Selangor, sebaliknya dia patut sedar bahawa dialah sebenarnya“kambing busuk” yang gagal menyelesaikan kemelut air tersebut.

Jelaslah di sini bahawa Khalid menipu dalam kenyataannya yang menafikan pembekuan “capex”seperti yang dicanangkan di dalam media kesayangannya, Selangorku, yang ditugaskan untuk menyebarkan pembohongan-pembohongan Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

Orang macam ini pun rakyat Selangor mahu simpan sebagai Menteri Besar mereka? Astaghfirullahil’azim, lingkup la Selangor kalau macam ni gayanya…



20 thoughts on “Beku Capex SYABAS: Khalid Menipu Lagi Di Sidang DUN?

  • November 29, 2012 at 1:23 pm
    Permalink

    KALID GAGAP memang USELESS..
    hutang dia sendiri RM65Juta pun dia tak mampu nak setel..

    bodo bangang namanya..

    Reply
  • November 29, 2012 at 2:06 pm
    Permalink

    Dari dulu lagi tujuan SYABAS ditubuhkan untuk mengaut keuntungan tanpa batas dengan menghisap darah rakyat Selangor..tanpa modal tanpa kepakaran dengan hanya menjadi kroni UMNO Selangor semasa BN memerintah SYABAS/PUNCAK NIAGA mengaut keuntungan tanpa batas untuk menjadikan pengerusinya billionaire segera..apabila kuasa kroni dah hilang SYABAS terkial-kial mencari alasan diatas kegagalan memenuhi tanggungjawab yang mereka persetujui..selagi kroni UMNO/BN tidak dihapuskan selagi itulah darah rakyat Selangor dihirup oleh parasit2 seperti SYABAS/PUNCAK NIAGA??

    Reply
    • November 29, 2012 at 3:38 pm
      Permalink

      iye ke allabu..huyooo..jahatnya umno ye..hehe..

      Reply
      • November 29, 2012 at 8:57 pm
        Permalink

        hebat sungguh statement pencacai.. skrg perintahnya Pakatan Haram, tp mereka tetap rindu pd UMNO.. serah baliklah mahkota kalau maruah semurah air longkang ye Alyabu..

        Reply
        • November 30, 2012 at 12:47 am
          Permalink

          Pengerusi Syabas billionaire ??? hahaha itulaah bangangnya puak lembu DAPigs ni .. nak menipui tak habis-habis , ajaran nik ajis memang macamni laa jadinya , pemimpin mereka nyanyuk habis pengikut pun jadi nyanyuk dan sasau

          Reply
      • November 29, 2012 at 10:29 pm
        Permalink

        Siapa nama yahudi tu setan? G.Soros, Paul Wolfowitz atau algore? Suku sakat aljub ko ke? Yang selalu aljub jumpa minta tlg tu?
        Tukar nama lu jadi Neutronpandikutty…. Baru sesuai dgn otak ko…

        Reply
      • November 30, 2012 at 12:43 am
        Permalink

        Puak Pakatan kata Hamas adalah pengganas yang dijemput UMNO .. sekarang UMNO pulak berkaitan dengan Israel .. setelah fitnah berdagang dengan Israel ditepis dengan mudah sahaja oleh UMNO

        gila betul puak lembu DAPigs ni . menipu tak habis-habis , Nik ajis yang ajar ni laa jadinya

        Reply
    • November 30, 2012 at 12:39 am
      Permalink

      yang aku tengok haramjadah pakatan ni hanya cakap pakai air liur jee , buat fitnah sana sini .. Tapi yang pasti kat selangor kebanyakkan kawasan takde air hahahahahaha

      Alasan kerajaan DAP sebenarnya ialah mahu menghapuskan Syabas dan menggantikan Syabas yang baru yang mana semua duit akan mereka sapu dan kontrak juga akan mereka sapu .. tak percaya?? Langat 2 pun kerajaan Pakatan bodoh kata nak kontrol kontrak dia hahahahaha tak ke bodohnya tu

      Reply
      • November 30, 2012 at 9:06 pm
        Permalink

        modal fitnah air luirlah paling mudah dn murah.. xpyh invest apa2.. itu cukup mudha utk memBAHLOLkan pencacai PAS ygs edia jahil murokab tu.. senang kan..

        kalaulah Islam itu naik dgn cara begitu.. tidak susah payahlah Nabi ber Isra’ Mikraj, berperang, bersusah payah membelah sebiji tamar menjadi dua.. mengikat perut dgn ketul2 batu sehingga Saidina Abu Bakar menangis.. adakah Pork Nick Najis itu mengikat perutnya semasa naik MERCEDEZ berjumpa dgn org miskin di Jeli?

        Reply
  • November 29, 2012 at 3:21 pm
    Permalink

    Sepatutnya MB Selangor perlu berhenti mengelirukan rakyat dengan keluarkan kenyataan berbeza acap kali ditanya mengenai penyelesaian muktamad isu air di Selangor. Sekejap mahu laksana penstrukturanlah, sekejap lagi kata mahu ambil alih syarikat konsesi air pula, sekejap lagi kata mahu laksana model holistik la… Yang mana satu betul ni? Rakyat dah tak mahu dengar lagi temberang MB kerana yang penting sekarang ialah menyegerakan projek Langat 2 yang merupakan tonik ajaib selesaikan isu air di S’gor.

    Seperkara lagi, mengenai pendedahan kertas putih isu air baru2 ini yang jelas tak banyak membantu rakyat memahami isu sebenar berkaitan air. Pendedahan kertas putih tidak lain tidak bukan hanya sebagai topeng untuk menutup kelemahan kerajaan negeri yang hanya pandai berdolak dalik dari menyelesaikan segera krisis air di Selangor. Hanya mereka yang buta hati sahaja menerima kertas putih tersbut seadanya sedangkan krisis air tetap gagal diselesaikan

    Reply
  • November 29, 2012 at 4:19 pm
    Permalink

    iyalah tu! bila dh xde lagi kroni UMNO/BN, kroni sape plak yg nk buat kerja utk Kerajaan Pakatan Rakyat? bukan je nnt kita panggil diorg kroni PR?

    Reply
  • November 29, 2012 at 6:02 pm
    Permalink

    kenyataan Deepak Jaikishan !
    hahahahahahahahahahahaha!!!!!!
    siapa menipu siapa!!!!!

    Reply
    • November 29, 2012 at 10:34 pm
      Permalink

      Oi beruk, org cerita bab Khalid gagap, bukan cerita kawan siNeutron lahanat tu.
      Sekarang kita nak tanya dua tiga ekor cai pakatan haram ni, betul atau tidak statement drp duke tu? Jgn dok kona kut lain.

      Reply
  • November 29, 2012 at 7:50 pm
    Permalink

    Deepak ? hehe…hangpa yang kena tipu !!
    lagi mau tanya..

    Reply
    • November 29, 2012 at 9:22 pm
      Permalink

      Jawaban tipikal SETAN SETAN UMNO…kah..kah… suru Najib saman Deepak…

      Reply
      • November 30, 2012 at 4:31 pm
        Permalink

        Dey…tokey hang tak mai kedai ke hari ni ?…curi tulang sakan hang, jenis pemalas, semua nak free.

        Reply
    • November 29, 2012 at 10:42 pm
      Permalink

      Apa2 pun, sgor akan kembali kpd umno bak sirih pulang ke gagang, rakyat sgor dah serik dgn penyamun2 PR….
      Biarlah cai2 pakatan menyumpah nyumpah, qodho Allah akan dtg, insyaAllah.

      Reply
    • November 30, 2012 at 12:45 am
      Permalink

      dah laa tipu paal Deepak , pasal air pun lembu-lembu DAPigs ni nak tipu dan buat fitnah .. lembu DAPigs macam PAS memang laa senang kena tipu

      Reply
      • December 4, 2012 at 10:32 am
        Permalink

        SIVARASA TULIS SKRIP UNTUK DEEPAK

        Ramai yang sudah mengetahui motif kemunculan watak baru seorang penjual karpet bernama Deepak Jaikishan dengan ceritera penglipurlara disaat permulaan Perhimpunan Agung UMNO 2012 adalah untuk menimbulkan keraguan dikalangan ahli UMNO terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

        Malangnya taktikal strategik sedemikian gagal untuk mencalar imej PM dan isterinya, Rosmah Mansor dan tidak berupaya mencapai klimaks yang diingini oleh Pakatan Pembangkang yang diketuai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

        Menampilkan Deepak sebagai watak pelakon tambahan untuk menguatkan ceritera Altantuya dan PI Bala sebenarnya makin menampakkan betapa tertekannya pakatan pembangkang dalam usaha songsang mereka untuk menarik semula perhatian ramai terhadap kisah itu.

        Latar belakang Deepak yang bergelumang dengan hutang keliling pinggang termasuk bakal diisytiharkan muflis sekiranya gagal melangsaikan hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance serta berpuluh juta lagi dengan Maybank menjadikan kemunculannya ibarat seorang pelawak yang gagal menghiburkan orang ramai.

        Lebih-lebih lagi apabila apabila umum mengetahui wujudnya pertemuan di antara Deepak dengan Anwar, serta penglibatan sama pemimpin dan peguam PKR, R.Sivarasa sebagai tukang tulis skripnya lagilah kredibiliti Deepak dan cerekanya menimbulkan kesangsian ramai.

        Tapi apa nak hairan, dalam bab reka cerita dan menyuruh orang lain menghafal skrip dengan tujuan untuk mencalar imej PM dan isterinya sudah menjadi darah daging R.Sivarasa, itu keistimewaan dan kelebihannya sebagai peguam paling celaka atas muka bumi.

        Bila makin ramai meragui kredibiliti cerita Deepak mulalah Anwar mengarahkan balacinya dari PAS, Husam Musa untuk menimbulkan nama Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Yasin konon sebagai dalang yang menggerakkan Deepak untuk menggembar gemburkan cerita dongeng.

        Wakakakaaa Gelak Guling2…..Dah tak tau nak SPIN apa lagik.

        Reply
  • November 30, 2012 at 11:08 pm
    Permalink

    gara2 capex dibeku gara2 kerajaan negeri akhirnya syabas jadi capek.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *