Mesir: Bila Hakim Pun Mogok, Bukti Perubahan Tak Semestinya Baik

BUKAN rahsia Mesir dan revolusi Dataran Tahrirnya menjadi inspirasi pemimpin Pakatan haram di negara ini untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia dengan cara hampir sama.  Sebaik Muhammad Morsi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir, berebut-rebut pemimpin Pakatan haram menjual nama dan cuba dikaitkan dengannya.

Kononnya Mursi pernah sekelas dengan si polan dan si polan, parti Morsi, Ikhwanul Muslimin setaraf dengan perjuangan PAS dari segi itu dan ini, malah Dataran Merdeka pun nak disamakan dengan Dataran Tahrir – tinggal lagi Dataran Tahrir memang penuh dengan penunjuk perasaan, Dataran Merdeka ‘dinampakkan’ penuh oleh jurugambar pro Pakatan haram semasa rusuhan Bersih yang lepas.

Pendek kata, semua karut marut atau kaitan yang tidak ada kena mengena diperbesarkan untuk menarik perhatian rakyat Malaysia kenapa kita juga perlu ikut perubahan yang berlaku di Mesir.

Tapi, perubahan di Mesir tidak berlaku seperti yang diharapkan.  Harga barangan melambung tinggi, situasi keselamatan semakin tidak banyak berubah dan perlancungan yang menjadi industri terbesar Mesir semakin merosot.

Malah lebih teruk lagi bila baru-baru ini, Mursi mengadakan undang-undang yang memberi kekebalan kepada sebarang tindakannya dari dipersoalkan oleh undang-undang negara tersebut, maksudnya Mursi di atas undang-undang!!

Sehinggakan golongan hakim di sana pun mengadakan mogok bagi membantah tindakan Mursi tersebut.  Hakim pun mogok? Dahsyat tak dahsyat ‘perubahan’nya tu.  Dan sekarang, kepada siapa rakyat bangkit mencari keadilan?  Di Dataran Tahrir itu jugalah – lokasi sama yang membawa kepada tumbangnya Hosni Mubarak.

Nampaknya masyarakat dunia masih tidak belajar apa-apa.

Sebelum ini di Indonesia pun sudah ada masalah yang sama timbul bila Suharto ditumbangkan dan orang lain naik menggantikan, Indonesia masih begitu juga.  Beras hancur yang dulu Rp 1,000 sekilogram, naik menjadi Rp 5,000 sekilogram.

Dalam lawatan terbaru penulis ke negara tersebut, 2 snack plate KFC berharga Rp 95,000 – lebih mahal dari harga disini setelah diconvertkan ke dalam matawang Malaysia pun.

Pendek kata disitu, perubahan kepimpinan dan revolusi di 2 negara tersebut tidak membawa kejayaan yang dimahukan rakyat.  Ia bukan berlaku di 2 negara itu saja di banyak negara pun macam Thailand, Libya dan lain-lain lagi.

Hanya kerana marahkan individu tertentu, nasib negara dipertaruhkan untuk jaminan yang tidak pasti, seperti yang bakal berlaku di negara ini kalau Pakatan haram ini dipilih menjadi kerajaan.

Bukti?  Dah banyak.  Di Selangor, di mana cerminan sebenar kerajaan Pakatan haram ini boleh dinilai rakyat, begitu banyak janji yang tidak dilaksanakan sehingga disaman penduduknya sendiri.  Penulis kurang nak bercerita tentang keadaan di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana itu semua PAS dan DAP yang berkuasa mutlak, walaupun ikut pada janji, banyak tak berlaksana juga.

Jadi kita fikir sajalah, nak ikut emosi atau nak masa depan yang bertambah baik?

28 thoughts on “Mesir: Bila Hakim Pun Mogok, Bukti Perubahan Tak Semestinya Baik

  • November 26, 2012 at 1:21 pm
    Permalink

    Kah..kah.. mamak rasa itu penulis banyak BANGANG!!! dia mau kasi tau itu HOSNI banyak bagus tarak paya tukar… dia mau kasi tau suma rakyat walau pun suda tau pemimpin Mesia sekarang macam Syaitan dikenali … jangan tukar… biarla Mesia SETAN yang perinta…kah..kah.. BODO… BODO…

    Itu penulis indirectly mau kasi tau itu worang UMNGOK rata rata suma tarak gentleman.. kalau kalah musti mau bikin negara huru hara… kah..kah … UMNGOK…UMNGOK

    Reply
    • November 26, 2012 at 1:57 pm
      Permalink

      Aneee…tokey hang tutup kedai ke hari ni ? lunch time hang sakan wifi ni. Apa pun aneee tempat bancuh air tu kasi bersih…bukan hang tak tau jenis hang…kalau meniaga tu punya la kotor, dey kebersihan tu sebahagian daripada iman.

      Kalau hang tak bersih, maknanya hang tak beriman, kalau tak beriman dah kira hang murtad tuu.

      Reply
      • November 28, 2012 at 8:50 pm
        Permalink

        SETAN RAPLAH merapu… kah..kah. apa kena mengena itu tempat buat teh sama murtad… kah..kah… SETAN RAPALH mau sokong ADAMYAN tulis merapu…kah..kah.. BODO .. BODO

        Reply
  • November 26, 2012 at 2:15 pm
    Permalink

    Yg. RPSAK dan ZALIM perlu d tukar, Jika M.MORSI zalim dia juga perlu d tukar. Tapi sebelum kita terima apa2 berita, pastikan dulu kebenarannya. Kenapakah M.Morsi minta tindakannya tidak boleh d persoal kehakiman…
    Isu antarabangsa hari ini masih tertumpu pada serangan Israel ke atas GAZA. Apakah tindakan beliau untuk memudahkan beliau membuat keputusan terbaik untuk mesir, atau untuk kepentingan diri. M.Morsi adalah penggerak utama gencatan senjata Israel-Palestin. Jadi mungkin beliau perlukan kekebalan dalam menguruskan MESIR.

    Reply
  • November 26, 2012 at 2:33 pm
    Permalink

    Puak2 Pakatan HaramJadah ni nak berubah bkn kerana ingin menuju kepada kebaikan, tetapi utk mendapat kuasa, melepaskan dendam kerana terpaksa memegang rekod dunia sbg pembongkang paling tua dlm dunia, menyuburkan LGBT, menyebarkan ajaran sesat AyahPok, menyuburkan murtad…

    Pasal tu dah 12 PRU Allah tak redha dgn perjuangan depa…sembang pasal Islam bkn main lagi, tapi qada & qadha Allah depa tau mau percaya…bg puak2 sesat ni, depa hanya terima yg baik utk depa jea, yg tak baik depa kata tak patut depa dapat…

    Allah yg mengizinkan UMNO/BN memerintah, tapi puak2 sesat ni mintak pula dgn Allah agar UMMO/BN dihancurkan…kalau percaya Allah perancang Maha Hebat pi dok diam2 muhasabah diri, awat kalah manjang jea…kalau nak menang sgt belajar lah dari kesilapan sendiri, bkn nya mewartakan diri perfect dan menyalahkan pihak lain bila kalah…

    Kalau rukun Iman ‘ qada&qadha ‘ pun tak boleh nak ikut, lagu mana nak jadi org Islam dan nak tubuhkan negara Islam…bkn semua rakyat malaysia dah minum ayaq selipar Pok Nicky sampai tak boleh pikiaq dgn waras dan jadi biul??..

    InsyaAllah PRU 13 ni UMNO/BN akan diizinkan Allah utk terus mentadbir negara ni kerana majoriti rakyat negara ini belum giler dan sesat mcm puak2 depa ni…

    Reply
    • November 26, 2012 at 2:37 pm
      Permalink

      Stingray…

      anda kata “allah izinkan umno memerintah……” – komen Moo: Itu taqdie Allah, Malah Allah juga benarkan Firaun memerintah ratusan tahun jugak…

      Reply
      • November 26, 2012 at 3:25 pm
        Permalink

        maknanya siapa yg mengizinkanya???…kalau hang yakin Allah yg mengizinkannya pi dok diam2 muhasabah diri…

        kenapa Allah mengizinkan UMNO memerintah??….adakah sama UMNO dgn Firaun???….adakah firuan memasukkan dlm perlembagaan depa Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan depa???…adakah UMNO menghalang org islam beribadat sepertimana firaun lakukan???…adakah firuan menubuhkan jabatan yg menguruskan hal ehwal islam???…adakah firaun mengalak org2 islam beribadat, spertimana UMNO sediakan, seperti masjid, Tabung Haji dll yg berkaitan dgn Islam???….adakah firuan menubuhkan sekolah agama islam, kolej&universiti islam, sekolah Tafiz???…

        Adakah firuan mendirikan solat??..adakah firuan membantu umat2 Islam yg terseksa dari luar jajahan dia???….adakah negeri firuan diiktiraf sbg negeri Islam???….adakah firuan mengucap 2xmasyahadah???….adakah firuan pergi menunaikan haji/umrah???….adakah firuan menubuhkan pusat zakat utk membantu org2 islam yg fakir/miskin???…adakah firuan menghalang murtad??…adalkah firaun menangkap org2 islam yg berkhalawat/zina/peliwat/tidak berpuasa/menyampaikan ajaran sesat???…adakah firaun menganjurkan tilawah Al-Quran???….adakah firaun cuba memastikan org islam berkuasa di kerajaan dia???…

        jangan letak akai hang di kepala lutut babun atau keldai bila menyamakan UMNO dgn Firaun…

        Reply
        • November 26, 2012 at 4:04 pm
          Permalink

          rilek stingray …totok Pas sekor ni mana buleh bezakan jahat dan baik , depa nampak UMNO jahat saja , yang baik bagi depa …nuhhh DAP . Tak heran la bila Timbalan presiden PAS pun ‘rela’ makan babi dengan guan eng !

          Reply
          • November 26, 2012 at 11:29 pm
            Permalink

            hehehehe….puak2 ni masa baling batu bkn main lagi gempaknya…lepas tu dok menyorok mcm cancurut nampak tikus bila kita bg pencerahan..

        • January 30, 2013 at 2:38 pm
          Permalink

          Ni lagi sorang mamat bebal yang takot sgt nak ubah kerajaan..ape ko tgk kat Selangor,Kedah,Penang tu huru-hara ke lepas pembangkang amik alih?UMNO dah terlalu lama berkuasa..so biarlah diorg kalah pulak supaya leh dok diam2 muhasabah diri pulak..ape2 pun kalo betul kerajaan akan bertukar, itu juga takdir Allah swt..maknanye dah sampai janji Allah swt bahawa tiada yang akan berkuasa selama-lamanye..ade paham,macha?tak payah nak cakap diri masjid,tabung haji,zakat,umrah, semua tu dah memang tanggungjawab mana2 kerajaan Islam..dey pe daaaa…

          Reply
  • November 26, 2012 at 2:34 pm
    Permalink

    Hosni Mubarak isterinya bukan seorang Islam. macam mana pemimpin macam ni nak di harap untuk memperjuangkan syariat Islam??

    Tapi umno memang pun suka style sekular ni…

    Tengok isu potong rambut bukan muhrim, Ketua Pemudda umno siap lantang menentang tindakan PAS lagi….

    Reply
    • November 26, 2012 at 3:30 pm
      Permalink

      bila bab hudud hangpa terpekik terlolong undang2 tu utk org islam saja, org kapiaq tidak terpakai dgn hudud sebab depa bkn islam…..bab gunting rambut hangpa pulun terpakai utk semua agama pulak….sesat dan bodoh…

      Reply
      • November 26, 2012 at 3:39 pm
        Permalink

        MOOOO….jgn nak spin cerita isu potong rambut bkn muhrim…isu sebenarnya gunting rambut di salon diantara lelaki dan wanita bukan Islam di kelantan…kalau tak menipu tak sah hang ni….
        —————————————-
        Exco Kelantan: ‘Hak Karpal jika mahu saman MPKB’

        25 November 2012

        Takiyuddin Hassan menunjukkan surat permohonan mendapatkan lesen perniagaan kedai gunting rambut dan buku undang-undang, hari ini. – Foto Bernama

        KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan tetap bertegas melaksanakan PERUNDANGAN ISLAM kepada ORANG BUKAN ISLAM meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh.

        Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri sedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.

        “Saya tak nak komen kenyataan Karpal. Pertamanya sebab saya tak dengar secara direct (langsung), keduanya, kalau Karpal tengok akta ini, dia akan setuju dengan sayalah. Dia pun peguam.

        “Itu hak dia nak saman Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB), tapi baca undang-undang itu elok-elok sikit… nanti kita (Karpal) pula yang kena bayar kos. Kita bukan pandai-pandai begitu sahaja masa nak buat undang-undang atau akta,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPKB di sini, hari ini.

        Akhbar hari ini melaporkan Karpal Singh menggesa Kerajaan Pas Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan ke atas orang bukan Islam di negeri itu.

        Karpal berkata, orang bukan Islam Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.

        Pengerusi DAP itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

        Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

        Takiyuddin bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada mengalami gangguan seksual dan terjebak dalam kancah pelacuran.

        “Kedai gunting rambut seringkali dilaporkan hanya menjadi topeng perniagaan sahaja di hadapan, tapi di belakang (ia) jalankan perniagaan yang bercanggah dengan undang-undang dan moral.

        “Adakah seorang ayah rela anak perempuannya diganggu (ketika bekerja), apatah lagi suami yang rela isterinya diganggu oleh pelanggan-pelanggan lelaki misalnya?” tanya beliau. – Bernama

        Reply
        • November 26, 2012 at 6:12 pm
          Permalink

          hehe…takut terjebak dalam kancah pelacuran konon….

          Reply
        • November 27, 2012 at 8:59 am
          Permalink

          Sebab tu perundangan PAS ni memang memeningkan. Bila tang jenayah dia kata hukum hudud untuk orang Islam sahaja. Bila tang gunting rambut bukan Islam terpakai pulak undang2 Islam. Pelik bin ajaib la undang2 PAS ni.

          Reply
      • November 26, 2012 at 5:38 pm
        Permalink

        Hadi dan pas kata hudud dan perundangan islam hanya untuk orang islam… balik2 kena muka sendiri dgn akta MPKB… dah jadi rojak dah segala undang2, kalau pas pegang negeri.

        Reply
    • November 26, 2012 at 9:54 pm
      Permalink

      Apakah UMNO nak menari bersama Karpal Sing. Aku yakin kalau K’tan berlembut, nescaya UMNO akan kutuk PAS kerana tak pertahankan Islam… bila K’tan pertahankan undang2 PBT(undang2 PBT bukan undang2 Islam) UMNO sebok pertikaikan jugak. Aku nak tanya… penyokong UMNO d sini gunting rambut d saloon Unisex ke?
      Bukankah gunting rambut d saloon unisex ni satu dari punca maksiat. Kerana sebelum ada rumah urut, saloon unisex adalah satu cara penawaran sex. Tengok amoi yg. kerja pun d saloon biasanya sexy. Aku tak faham kenapa UMNO nak sokong….

      Reply
      • November 26, 2012 at 11:40 pm
        Permalink

        Punca maksiat macam-macam jugak bujuk…tu la hang dok bawah tempurung….jual ubat pun punca maksiat jugak, ialah nak tunjuk sample kat bilik hotel….hehe

        Cuba menyelesaikan masaalah perkahwinan pun punca maksiat jugak…duduk dalam bilik hotel berdua-duaan…lebai pulak tu.

        bujuk…bujuk….hehehehe

        Reply
        • November 27, 2012 at 9:02 am
          Permalink

          Jantan duduk berdua-duaan dengan jantan pun boleh jadi punca maksiat. Ketua umum pulak tu.

          Reply
      • November 29, 2012 at 9:45 am
        Permalink

        GULP!…… (Bujuk) he he he !!!!
        (Tertelan Khahak Hijau)

        Reply
  • November 26, 2012 at 7:22 pm
    Permalink

    Kenapa gerakan di Medan Tahrir berhasil? Kerana kezaliman MEMANG wujud. Kezaliman yang betul-betul wujud tidak perlukan parti pembangkang untuk memperjelaskannya kepada rakyat. Rakyat akan dapat melihatnya dengan mata sendiri tanpa dipengaruhi oleh hasutan mana-mana parti politik. Sebab itulah gerakan di Medan Tahrir boleh berjalan walaupun tanpa pimpinan mana-mana parti politik termasuk Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin hanya tumpang sekaki selepas rakyat bangkit. Rakyat cuma koordinasikan gerakan melalui Facebook sahaja.

    Kenapa gerakan di Dataran Merdeka TIDAK berhasil? Kerana kezaliman yang diwarwarkan adalah TIDAK WUJUD. Ia cuma rekaan puak-puak yang gila kuasa supaya rakyat memilih mereka. Itu sahaja. Kalau benar wujud kezaliman di Malaysia ini seperti kezaliman di Mesir, Libya, Tunisia dan Iraq, maka PKR, PAS dan DAP boleh goyang kaki. Tak perlu cerita apa-apa kepada rakyat. Rakyat akan bangkit sendiri seperti di Medan Tahrir. Kini, setelah sekian banyak gerakan dilakukan, yang semakin banyak terserlah adalah kezaliman puak mereka sendiri. Itulah sebabnya gerakan di Dataran Merdeka tidak menjadi.

    Hentikan berbohong.

    Di Mesir, Iraq, Libya dan lain-lain, rakyatnya berdunyun-dunyun ke luar negara mencari rezeki kerana harta kekayaan negara dibolot oleh sebahagian kecil kaum elit sahaja. Di Malaysia? Berduyun-duyun rakyat ASING masuk mencari makan di sini kerana rezeki ada di mana-mana. Itulah bukti keadilan kerajaan Jemaah UMNO/BN.

    Bersyukurlah wahai khawarij PAS.

    Reply
    • November 27, 2012 at 9:04 am
      Permalink

      Komen terbaik bro. Mereka menonjolkan mereka dizalimi tapi kebanyakan rakyat marhaen yang tahu bersyukur tidak pernah merasa dizalimi.

      Reply
    • November 27, 2012 at 10:48 pm
      Permalink

      Saya sangat setuju dgn pandangan ini.. Terbaik. Mereka cuba nak buat peralihan kuasa spt pemansuhan ISA. Bagi rakyat biasa, isa tak memberi sebarang significant dlm kehidupan, tapi bagi pembangkang, pemansuhannya memberi ruang kpd mereka membuat onar. Rakyat hanya akan terasa bahangnya bila negara bergolak angkara hasutan pemimpin yang tidak bertggungjwb ini.

      Reply
  • November 27, 2012 at 9:28 am
    Permalink

    Hosni Mubarak memang patut digulingkan. Sejarah telah membuktikan bahawa dinegara2 Asia Barat pemberontakan adalah cara mereka ‘menyelesaikan’ masa’alah. Sejarah juga telah membuktikan bahawa rejim baru yang menguasai pemerintahan akhirnya akan berdepan dengan pemberontakan baru. Negara mereka tidak pernah mengecapi keamanan yang perpanjangan. Selepas satu pemberontakan akan disusuli oleh satu pemberontakan lain. Itu budaya mereka. Mungkin itulah sebabnya negara2 yang menjadi tempat para ambiak akhirnya menjadi tempat keganasan membiak. Kekayaan yang Allah SWT beri tidak dimanafaatkan secara adil.

    Keadaan amat berbeza dengan Malaysia yang mengguna pakai pendekatan sederhana sehingga rakyat selesa hidup aman walau pun dihuni oleh rakyat majmuk yang mempunyai latar belakang agama, budaya dan bahasa yang berlainan. Walaubagaimana pun ada segelintir manusia yang rakus cuba meranapkan segala yang terbina selama ini dengan mempromosikan dan cuba mencontohi budaya ‘memberontak’ di Malaysia. Saya percaya tipu helah ‘iblis’ ini akan gagal kerana majoriti rakyat Malaysia menamalkan sikap bersyukur. Wallahualam.

    Reply
  • November 27, 2012 at 12:59 pm
    Permalink

    perubahan yg membawa kpd perpecahan perpaduan dan menghuru-harakan pentadbiran negara adalah satu perubahan yg bodoh dan wajar ditolak.

    Reply
  • November 28, 2012 at 9:01 pm
    Permalink

    Puak SETAN DIKENALI mengamuk…kah..kah SETAN DARTH senang senang bikin kesimpulan itu HOSNI jatu rakyat biasa punya kerja… IKHWANUL MUSLIMIN tarak pandai main FB… kah..kah

    Worang MELAYU tarak sama macam worang ARAB… worang ARAB lebih berani berperang.. worang MELAYU ada kurang sikit… itu sebab nampak aman… bukan mamak kata MELAYU penakut cuma itu culture ada lain sikit..lema lumbut

    Reply
    • November 29, 2012 at 9:49 am
      Permalink

      Dia terasa… dia terasa….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *