Gagal Perbodoh Australia, Bila Anwar Nak Utus Surat Pada Rejim Zionis Israel Pula?

Share


Saya tersenyum sumbing apabila rayuan Anwar untuk Australia campur tangan dan memantau proses pilihanraya di Malaysia telah ditolak mentah-mentah oleh Kerajaan negara tersebut melalui kenyataan tegas Menteri Luarnya, Senator Bob Carr.

Dalam surat Anwar kepada Kerajaan Australia baru-baru ini, “Pemilik Omega” itu memburuk-burukkan negara sendiri dengan membuat tohmahan tidak benar, kononnya pilihanraya di sini penuh dengan penipuan dan rasuah.

Pedih sungguh bila ditolak begini, kan? Beriya-iya Anwar memburuk-burukkan nama Malaysia di Australia, tiba-tiba rayuan dia itu ditolak begitu saja.

Paling sadis apabila Bob Carr melontarkan satu persoalan yang rasional dan terbaik untuk menutup mulut busuk Anwar tentang negara sendiri…

“Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan. Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia”, – Senator Bob Carr, ABC Radio, Australia.

Tak habis-habis Anwar buat perangai. Lepas satu, satu..dan dia tak pernah berhenti menjejaskan imej Malaysia di mata dunia. Anaknya Nurul Izzah pun apa kurangnya, mengikut jejak langkah “papa”nya itu…

Betulkah proses pilihanraya di Malaysia penuh dengan penipuan?

Apakah kemenangan PAS yang menjajah Kelantan sejak tahun 1999 dulu merupakan satu penipuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia? Kalau benar ada penipuan, apakah status Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan itu tidak sah?

Sekiranya benar ada penipuan besar-besaran berlaku di dalam proses pilihanraya di Malaysia, apakah Pakatan Haram mampu menang di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan?

Sedangkan, kesemua negeri dan wilayah tersebut merupakan kubu kuat UMNO/BN sejak lebih 50 tahun merdeka dan tidak pernah jatuh ke tangan pihak pembangkang!

Kalau benar ada penipuan, adalah sangat mustahil sekali untuk Pakatan Haram menang di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen, bukan?

Jadi mengapa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) “menipu” dan “sengaja” mengalahkan UMNO/BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan sebelum ini? SPR sengaja “sabotaj” UMNO/BN? Begitu?

Menyebut tentang rasuah ketika pilihanraya, rasanya Anwar lupa tentang insiden Mursyidul Am PAS “kanto menghulur rasuah” ketika Pilihanraya Kecil (PRK) di salah satu DUN di Kelantan tidak lama dulu.

Ketika kecoh tentang isu “rasuah” Nik Aziz itu, PAS memutar belit lidahnya menyatakan bahawa wang yang diberikan itu adalah “sumbangan zakat” dan bukan rasuah seperti yang didakwa.

Peliknya, ketika kempen PRK sedang berlangsung barulah Nik Aziz nak turun padang dan beri “sumbangan zakat”? Sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan baru dia terfikir nak beri zakat di DUN tersebut? “Sumbangan zakat” atau “rasuah” untuk undi sebenarnya?

Pakatan Haram selama ini menyerang SPR melalui NGO-NGO upahan. Tak kira sama ada NGO itu haram atau berdaftar, mereka tetap dianggap NGO yang dipergunakan untuk menghilangkan kreadibiliti badan bebas yang mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Menyedari mereka gagal dalam usaha propaganda yang diketuai oleh tokoh LGBT itu, Anwar terpaksa menggunakan saluran luar negara untuk meneruskan niat jahatnya itu.

Persoalannya, apakah dia fikir rakyat di negara ini tidak mempunyai akal untuk berfikir secara waras dan akan terpengaruh dengan propaganda jahat yang dilemparkannya itu?

Apakah Anwar fikir negara-negara dunia di luar sana itu bodoh dan akan mudah terpengaruh dengan dakwaan “sesumpah” sepertinya?

Rasanya, hanya Israel yang dibodek Anwar siang malam itu saja yang akan dengar kata Anwar. Itupun kerana Israel mahu luaskan pengaruhnya di Malaysia yang selama ini dihalang oleh Kerajaan UMNO/BN.

Jadi, tidak hairanlah jika Anwar akan mengutuskan surat kepada Rejim Zionis Yahudi Israel memohon campur tangan dan pemantauan pilihanraya dari golongan laknatullah itu nanti, kan?



17 thoughts on “Gagal Perbodoh Australia, Bila Anwar Nak Utus Surat Pada Rejim Zionis Israel Pula?

  • November 23, 2012 at 5:13 pm
    Permalink

    Ada menasabah dalam ‘act of desperation’ Anwar last minit hijack satu jet pejuang dari israel menjelang PRU untuk bom Putra Jaya.

    Untuk dia pengaruh israel bantu dia , dia pun tahu yahudi sendiri pun tak percaya dia. Sebut nama Anwar orang yahudi akan cakap ” Oh you again Mr Ibrahim” I thought you are dead “.

    Mintak pinjam memang yahudi tak akan beri. Ada tak ada Anwar guna segala kepakaran putar belit dia untuk perdaya sorang drebar jet pejuang tentera udara israel yang baru balik dari Gaza. Dia puji melambong yahudi tu kemudian cakap nak test fly. Dalam test fly dia pun terus kemari.

    Anwar memang pandai bawak jet. Tunggang doll pun dia tahu, apa sangat jet pejuang. Celah gigi dia saja.

    Reply
    • November 25, 2012 at 2:17 pm
      Permalink

      RASANYA SENATOR BOB CARR NI DAH TERLEBIH UMNO DARI UMNO. MUNGKIN DIA TELAH TERMAKAN HASUTAN UMNO (UMNO AUSTRALIA) HA HA HA!!!
      ITU ADALAH KOMEN DARI TOK GURU, (BUKAN SAYA.)

      Reply
  • November 23, 2012 at 5:19 pm
    Permalink

    siapakah yang menjual minyak sawit kepada syarikat yahudi?bukankah umno?

    Reply
    • November 23, 2012 at 5:57 pm
      Permalink

      Haji Hadi sudah keluarkan fatwa harus untuk berurusniaga dengan orang Yahudi. Yang haram adalah menjaga dan mempertahankan keselamatan dan kewujudan negara Israel zionis. Undian online oleh Sinar Harian siapa paling layak menjadi PM jika Pakatan Rakyat menang PRU13 lebih 50% memilih Hadi Awang berbanding 35% untuk Anwar Ibrahim dan 15% untuk Nik Aziz. Ini menunjukkan majoriti orang Melayu dan Islam memang sudah menyampah dan meluat dengan Anwar. Bagi majoriti orang Melayu Islam Anwar tidak layak menjadi PM Malaysia kerana perilaku moral yang rendah dan akidah/ideologi songsang. Tiada perlu lagi berdolak-dalik dan putar belit. Ini kenyataan.

      Reply
    • November 23, 2012 at 7:45 pm
      Permalink

      hahahah lain kali nak cakap biaq berfakta la bodoh.. minyak tu terpaksa masuk melalui port isreal bukan jual kepada yahudi isreal pun. minyak tu adalah untuk pelestien.. palestien ada port ka? semua dah kena block oleh yahudi..

      Reply
    • November 24, 2012 at 11:38 am
      Permalink

      siapakah yang menjual minyak sawit kepada syarikat yahudi?bukankah umno?

      tony yg bodoh mengeluarkan kenyataan yg bodoh !

      Reply
    • November 24, 2012 at 11:39 am
      Permalink

      Kenyataan ULTRABANGANG dari tony gunawan. Apa ke jadah cerita minyak sawit dengan pilihanraya ni…

      Reply
  • November 23, 2012 at 7:55 pm
    Permalink

    Dulu menteri luar Australia jugak popular dengan benda-benda di luar tabie ni…pedang lawan pedang, so adalah penyokong anwar kat Australia.

    Senator Bob Carr, dia ni straight, tentu dia pun jijik tengok anwar. Lagi pun kan dah didedahkan WIKILEAKS komunikasi antara diplomat Singapura dan Australia yang mereka mempunyai bukti ” teknikal ” tentang pengelibatan anwar dalam dunia gay yang penuh glamour…hehe

    Reply
  • November 23, 2012 at 8:23 pm
    Permalink

    Semua Mat Salleh sudah naik loya dan muak dgn Anwar. Sebut nama Anuwar Ibrahim mereka sudah jadi allergic.

    Kalau tidak apa perlunya Anwar berpaling ke Australia. Ini semua aksi desperado yang teramat sangat. Kenapa Anwar tak rujuk kawan dia di IMF yang tentunya orang yahudi duduk di USA. Kerana dia tahu yahudi pun sudah allergic, mungkin sebut saja nama Anwar serta merta kulit mereka jadi gatal2, tekak jadi loya, perut memulas sama macam effect food poisoning.

    Anwar pun sudah ngeri untuk mengadu jiran sebangsa di Indon yang terlalu kerap dikunjung dalam satu masa dulu.

    Kerana dia jugak tahu cakap dia tak laku disitu. ” Oh itu Bapak Anwar besar shekali bohongnya ” Orang Indon cakap.

    Reply
  • November 23, 2012 at 9:56 pm
    Permalink

    israel mesti akan tolong anwar punya, anwar kan ejen mereka

    Reply
    • November 24, 2012 at 9:54 am
      Permalink

      Anwar sekarang ni…yahudi pun dah meluat…depan yahudi kata dia sokong yahudi…depan orang Islam dia kata…yahudi tu pengganas.

      Bayangkan lah tahap kejahatan anwar…dah ngalahkan yahudi !!

      Reply
  • November 24, 2012 at 10:05 am
    Permalink

    Anwar Ibrahim kelihatan begitu bodoh bila ‘merayu’ kepada Kerajaan Australia untuk mencampuri urusan dalam negara Malaysia. Jawapan Menteri Luar Australi sekaligus menjadi tamparan kepada Anwar Ibrahim.

    Duania juga tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya. Media asing yang satu ketika dahulu menjadi tempat Anwar Ibrahim memburukan negara sendiri pun sudah mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai ‘sesumpah’ dan pembohong. Ruang Anwar Ibrahim semakin sempit, perjalanan Anwar Ibrahim semakin berliku. Didalam negara sendiri Anwar Ibrahim macam ‘cacing kepanasan’. Program2 jelajah Anwar Ibrahim semakin dijauhi. Memburukan keadaan apabila anaknya sendiri telah membuat kesilapan yang memaksa Anwar Ibrahim, PKR dan rakan sekutunya, DAP dan PAS membayar ‘dengan’ harga yang amat mahal diatas KEBODOHAN Nurul Izzah. Jadi apa lagi yang tinggal kepada Anwar Ibrahim sekarang?

    Majoriti rakyat semakin jelas dan boleh menilai Anwar Ibrahim sekarang berbanding sebelum PRU12 yang lalu. Agaknya ‘ANUGERAH’ telah tuhan tarik balik dan yang tinggal hanya ‘ANUnya’ sahaja yang masih boleh dibanggakan oleh Anuar Ibrahim. Wallahualam.

    Reply
  • November 24, 2012 at 11:37 am
    Permalink

    Pilahanraya umum di Malaysia akan dikatakan ADIL dan SAKSAMA bila PR menguasai Putrajaya. Selain dari itu pilihanraya kita tetap dipandang KOTOR dan TIDAK TELUS. Apa nak buat, kita berurusan dengan puak2 ULTRABANGANG yang KUFUR NIKMAT dari dulu kini dan selamanya.

    Reply
  • November 24, 2012 at 1:35 pm
    Permalink

    salah ker jual minyak sawit kpd org yahudi atau org hitam ker org biru ker … drp hutang duit org yahudi…lg pun bukan nye jual jet, peluru berpandu atau senjata kpd org yahudi… memang org pas selalu nye bodoh

    Reply
    • November 26, 2012 at 1:32 pm
      Permalink

      he..he.. tapi itu kerajaan mati mati tarak mengaku ada bisnes sama Israel.. kerjaaan pakai worang tengah. tarak direct… apa mau buat ..sapa tarak kenal itu SETAN SETAN DIKENALI..

      Reply
      • November 27, 2012 at 12:55 am
        Permalink

        laaaaa…hang pun pandai mengata kat nik ajis. hehe

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *