Anak Nurul Izzah Bakal Murtad 18 Tahun Akan Datang?

Share


“Salah seorang anak kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dilaporkan telah memilih untuk keluar dari menganut agama Islam dan mendaftarkan diri sebagai salah seorang penganut agama Yahudi.

Melaporkan dari ibu pejabat IFC, anaknya yang baru saja murtad dari agama asalnya itu bertegas bahawa tindakannya itu tidak salah sama sekali dan selari dengan perjuangan ibunya yang memperjuangkan hak kebebasan beragama selepas berusia 18 tahun.

Cucu kepada Anwar Ibrahim itu turut merasa bangga kerana berjaya menyempurnakan aspirasi ibu dan datuknya itu sekaligus mengajak ramai lagi rakan-rakan yang berusia 18 tahun sepertinya untuk mengikut jejak langkah yang diambil.” – Haramkah Daily

Cuba bayangkan pada 18 tahun akan datang, umat Islam di negara ini berpeluang untuk membaca laporan dari media seperti yang di atas.

Apa yang terbayang di wajah anda semua sebagai penganut agama Islam?

Apakah anda tidak rasa apa-apa dan menganggap insiden tersebut hanyalah perkara biasa atau ia sepatutnya tidak terjadi?

Cuba bayangkan pula apakah perasaan anda sekiranya yang keluar dari agama Islam itu adalah anak anda sendiri. Sanggup membayangkannya?

Pada saya, bukan sekadar membayangkan, memikirkan perkara seperti di atas pun mampu membuat saya gusar gelisah memikirkan masa depan aqidah generasi yang akan datang yang begitu mudah tergadai akibat kesilapan seorang pemimpin politik pembangkang.

Saya tidak dapat membayangkan apakah Nurul Izzah sanggup berhadapan dengan insiden tersebut pada 18 tahun akan datang!

Namun, itulah yang mungkin akan berlaku sekiranya Pakatan Haram dibiarkan menjajah negara ini di mana segala dakyah dan doktrin songsang bakal dilaksanakan tanpa berfikir tentang kesan-kesan yang bakal terjadi.

Berapa ramaikah anak-anak kita yang akan murtad jika Pakatan Haram dibiarkan memerintah di Putrajaya dan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

Pada saya, elok rasanya saya menuding jari kepada Pakatan Haram.

Sekiranya ia berlaku, maka Nurul Izzah merupakan orang yang paling gembira dan dia boleh berpuas hati dengan hasil perjuangannya yang berjaya memastikan ramai umat Islam yang murtad sewenang-wenangnya.

DAP pula akan tersenyum lebar memandangkan agenda IFC dan agenda memecah-belahkan bangsa Melayu serta umat Islam di negara ini telah berlaku di mana mereka boleh mengambil kesempatan untuk merepublikkan Malaysia.

PAS? Pada para penganut agama PAS, isu anak-anak umat Islam yang memilih untuk keluar dari Islam pada umur 18 tahun hanyalah satu isu remeh dan tidak perlu dipedulikan, begitulah kata mereka di Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung, bukan?

Persoalannya, apakah kita yang menyedari mengenai ancaman tersebut hanya mampu tersengih-sengih macam kerang busuk, berpeluk tubuh dan membiarkan saja perkara tersebut berlaku tanpa sebarang bantahan?

Harapnya ia tidak akan berlaku.

Dari awal lagi saya memohon dari Nurul Izzah supaya menarik balik kenyataannya itu dan mengaku tentang kesilapannya yang terlanjur kata di majlis forum berkenaan.

Namun, sehingga kini dia tidak berbuat demikian. Malah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipertahankan pula oleh kedua ibubapanya dan para “penganut agama” PAS, jauh sekali dari mengaku atau meminta maaf dari ketelanjuran itu.

Apa salahnya meminta maaf? Ego? Sudah terlanjur kata, tapi enggan menarik balik, mengaku silap dan memohon maaf. Susah sangatkah untuk berbuat demikian?

Pada saya, selagi Nurul Izzah tidak berbuat begitu, selagi itulah dia bakal diserang oleh seluruh umat Islam yang sayangkan aqidah umat Islam yang akan datang.

Sampai bilakah anak sulung Anwar itu mahu berdegil? Dia mahu berdegil sehingga anaknya murtad dan memeluk agama lain? Begitu?



20 thoughts on “Anak Nurul Izzah Bakal Murtad 18 Tahun Akan Datang?

  • November 17, 2012 at 10:58 am
    Permalink

    Sebenarnya sebahagian daripada agenda PR telah pun berlaku di Selangor walaupun dinafikan oleh pihak PR termasuklah Adun yang kempunan memegang jawatan Exco Hal Ehwal Islam yang kini dipegang oleh MB Selangor.
    Sebagai rakyat Selangor, kehampaan cukup terasa apabila melihat kedai2 runcit yang sudah pasti tidak mempunyai lesen menjual arak bagai menjual minuman berkarbonat.
    Istilah negara berkebajikan sememangnya di terjemah dengan sebaik mungkin, dengan banyak pusat2 urut tidak berlesen. Memang kerajaan negeri Selangor kata mengurangkan pengeluaran lesen, tetapi yang tidak berlesen bagai cendawan tumbuh.
    Sebab itu baginda sultan tersangat sesak nafas dengan kerajaan berkebajikan Selangor ini. Banyak keajaiban yang berlaku dan tidak pernah berlaku dalam kerajaan sebelumnya.
    Yang pasti jarang kita dengar operasi2 membanteras seperti yang dilakukan pada zaman Rahman Palil dan Hassan Ali berlaku di zaman MB Selangor.

    Reply
    • November 17, 2012 at 11:01 am
      Permalink

      Siapa lagi yang ada dalam barisan kepimpinan Selangor yang mahu menghalang…kerosakan ini dari berluasa ? Hassan Ali telah PAS pecat atas arahan DAP, siapa lagi yang ada ???

      Reply
  • November 17, 2012 at 11:16 am
    Permalink

    Penulis, silap tu. Sepatutnya ‘“Salah seorang anak kepada bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, 18 tahun dahulu, Nurul Izzah Anwar’….

    Reply
    • November 17, 2012 at 4:53 pm
      Permalink

      atau pun ” salah seorang cucu kepada mendiang peliwat tersohor negara “…

      Reply
    • November 17, 2012 at 10:28 pm
      Permalink

      Tak baik membuat andaian yang yang buruk terhadap budak tu walaupun pemahaman ibunya yang cetik terhadap ilmu tafsir al quraan ……..Jangan lah kita menjadi sebahgian dari merika .Doakan yang baik baik untuk anak anak .

      Reply
  • November 17, 2012 at 4:57 pm
    Permalink

    mana bujuk…alahai bujuk ..cepatlah spin

    Reply
  • November 17, 2012 at 5:35 pm
    Permalink

    Kesian kat anak tu….dapat mak kaki pembohong, atuk peliwat, nenek menangis memanjang….dia bersih dan suci cuma di lahirkan didalam keluarga yang pelik.

    Reply
    • November 20, 2012 at 12:11 am
      Permalink

      Anak2 kecil ini ibaratnya seperti kain putih…ibu bapa yang mencorakkan mereka menjadi nasrani, majusi etc2…tetapi ada satu perkara yang kita terlupa…setiap anak ini membawa mesej (DNA) daripada bapa dan ibu (Second Mendelian LAW)…telah terbukti secara saintifik bahawa mesej yang dibawa ini bukan sahaja bersifat fizikal…tetapi juga bersifat yang tidak fizikal juga seperti karakter individu…contoh: pemarah, sensitif, pelawak, hatta cara berfikir, kecenderungan sex etc2….jadi…walaupun seperti kain putih…ibu bapa wajib mencorakkan anak2 ini dengan persekitaran dan didikan yang baik supaya mesej2 yang tidak baik yang dibawa oleh genetik tadi tidak di’express’ atau dengan kata lain kena suppress….(contoh…jika ada gene kuat nafsu…maka jika dilatih dengan didikan agama…maka kecenderungan melampau..boleh dikawal)…maka benarlah orang berkata like father like son…kerana itu…kita dapati keturunan nabi dan rasulullah adalah dari susur galur yang sama dan baik….kerana genetik mereka ini terpelihara….dari fizikal dan psychological…iman bukan diperturunkan…ya benar…tapi sifat2 dominan dan recessive memang diperturunkan…..so…aku harap…biarlah ada seorang sahaja Anwar Ibrahim…wallahua’alam…..

      Reply
  • November 17, 2012 at 10:06 pm
    Permalink

    Sekian banyak muslim MURTAD hari ni, UMNO boleh buat apa?
    D.Harusani gemparkan negara dulu, kata ratusan ribu muslim murtad… Menteri jawab itu hanya kes terpencil dan mereka yg. kafir jadi mualaf(muslim) dan kemudian murtad ke agama asal. Begitu mudah… sepertinya mereka yg. mualaf ni bukan benar2 Islam.
    Hari ni UMNO lagak juara.. tapi takda pun UMNO nak fikirkan bagaimana nak atasi masalah murtad ni. 2 X TGHA usulkan d parlimen tapi d tolak. Sekarang nak salahkan orang lain pulak. Memang perangai BN macam ni, isu kg.buah pala, condo bt.caves dan sekarang isu murtad pulak.

    Reply
    • November 17, 2012 at 11:00 pm
      Permalink

      Benda ni macam wabak. Wabak tu mesti di”contain”kan. Dan punca wabak serta katalis kepada wabak hendaklah dihapuskan. Namun begitu dalam isu sekarang, nampaknya sister Izzah yang menjadi katalis kepada wabak ini dengan menyokong Melayu Islam murtad.

      Bila kali terakhir TGHA usulkan tu. Cuba la dia buka mulut sekarang tengok sister Izzah dan father Anwar bangkang. Orang PAS dan macainya pulak cuba berlagak juara dengan backing kenyataan sister Izzah bagai nak rak. Pathetic la lu.

      Reply
      • November 18, 2012 at 11:14 pm
        Permalink

        Paklah ketika jadi PM juga telah berkata seperti yg. nurul Izzah kata, tapi ia tidak pernah d manipulasikan. Tapi Nurul telahpun menerangkan perkara sebenar yg. beliau maksudkan… masih terus d manipulasi.

        Reply
    • November 18, 2012 at 9:44 pm
      Permalink

      Woi bujuk yahudi laknat, apa yang PAS buat pada pejuang anti-murtad, Dr Hassan Ali? Pecat! Sendiri mau ingat la barua kapir oi!

      Reply
      • November 18, 2012 at 11:17 pm
        Permalink

        DHA langgar peraturan parti walaupun setelah d nasihat. Kalau UMNO pertahankan sangat DHA.. boleh bagi dia 1 kerusi DUN d S’gor dan lantik jadi MB bila BN memerintah s’gor. Kalau tak boleh bagi 1 kerusi pada DHA… baik diam, kerana ia menunjukkan sifat munafik korang.

        Reply
        • November 19, 2012 at 12:31 am
          Permalink

          Hahaha…peraturan apa? peraturan parti PASyaitan sekarang yang wajib cium kaki DAPig harbi tu ke????? Hahaha….bagus diam daripada bagi kenyataan yang menunjukkan sifat ala2 kapir macam BAPAK KAPIR Nicky Najis babi korang tu…

          Reply
          • November 19, 2012 at 2:53 am
            Permalink

            Apakah UMNO akan bagi DHA 1 kerusi DUN d s’gor pru13 nanti???

  • November 18, 2012 at 5:51 am
    Permalink

    orang islam yang bagi undi pada pakatan haram dalam pru13 nanti memang sah anak haram. ” sumber haramkah harami versi jawi pru13 “

    Reply
  • November 18, 2012 at 7:49 pm
    Permalink

    Inilah bila ada budak seperti teloq tiga suku masak jadi YB ..nihhh laaah jadinya…..

    Reply
  • November 19, 2012 at 8:01 am
    Permalink

    Bila ibu dia ikan, anak pun ikan. Ibu kucing, anak pun kuching. Demikianlah kalau ibunya anjing anak pun anjing.

    Ada ke ibunya BAbi, anaknya anak kuching ?

    Tentu tak ada bukan ?.

    Reply
  • November 19, 2012 at 8:50 pm
    Permalink

    Huiyoo.. bahasa cacai MyKemut melambangkan jiwa dan bangsa… mendoakan seorang anak atau seorang muslimah menjadi murtad… apa nak buat cacai lebih suka bangsa dari agama..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *